CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5129|Reply: 48

[Tempatan] Tujuh pegawai imigresen ditahan

[Copy link]
Post time 5-2-2015 07:05 AM | Show all posts |Read mode

SEORANG suspek (kiri) ditahan oleh anggota penguat kuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dipercayai terlibat menjual PLS kepada warga Pakistan di Sabah.

KUALA LUMPUR 4 Feb. - Satu sindiket dipercayai menjual ratusan Pas Lawatan Sosial (PLS) sehingga RM11,000 setiap satu kepada warga Pakistan di Sabah, berjaya ditumpaskan berikutan penahanan tujuh pegawai imigresen termasuk seorang berpangkat Timbalan Penolong Pengarah di negeri itu kelmarin.

Penahanan yang disifatkan terbesar di Sabah membabitkan pegawai imigresen itu dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut sumber, semua mereka ditahan di pejabat masing-masing iaitu lima di Lahad Datu manakala dua lagi di Kota Kinabalu.

Modus operandi pegawai terlibat dipercayai termasuklah menerima sijil nikah palsu daripada ‘bakal pembeli’ warga Pakistan terbabit, bagi tujuan kelulusan PLS Jangka Panjang.

Sijil nikah merupakan bukti penting dikehendaki pihak imigresen daripada pemohon PLS Jangka Panjang iaitu di bawah kategori pemohon adalah suami atau isteri kepada warganegara Malaysia, bagi membuktikan perkahwinan itu wujud.

Sumber memberitahu, SPRM turut merampas wang tunai berjumlah RM50,000 di rumah salah seorang daripada mereka, dua keping cek bernilai RM175,000 dan RM7,500 serta beberapa fail berkaitan di Pejabat Imigresen Lahad Datu.

“Sindiket ini dipercayai telah mengeluarkan ratusan PLS Jangka Panjang termasuk kepada warga Pakistan sejak tahun lalu dengan harga mencecah RM11,000 setiap satu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sebelum memperoleh PLS Jangka Panjang, pemohon yang bernikah dengan warganegara Malaysia mestilah mendapatkan Pas Khas yang perlu diperbaharui setiap bulan atau PLS jangka pendek (tempoh sah tiga bulan) untuk tinggal di negara ini.

Sedangkan, tempoh sah PLS Jangka Panjang enam bulan, setahun, tiga tahun atau lima tahun itu.

Seseorang yang mempunyai PLS Jangka Panjang dan telah tinggal sekurang-kurangnya lima tahun di negara ini, boleh memohon taraf Pemastautin Tetap (PR) Malaysia.

Sumber tersebut menambah, tangkapan ini dilakukan ekoran aduan berkaitan terdapat warga Pakistan memperoleh pas tersebut dengan menggunakan sijil nikah palsu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan pe*nahanan tersebut dan memaklumkan semua suspek kini direman antara empat hingga tujuh hari sejak semalam.

“Majistret mengeluarkan perintah tahanan reman selama tujuh hari bermula semalam kepada lima pegawai yang ditahan di Pejabat Imigresen Lahad Datu manakala empat hari kepada dua lagi yang ditahan di Kota Kinabalu,” katanya di sini hari ini.

Tambah Hishamuddin, kes ter*sebut disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.


- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jena....8z4DytdZ.dpuf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2015 07:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Pengkhianat negara
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2015 07:26 AM | Show all posts
ini la petualan bangsa yang seharusnya kita hapuskan .... masa negara aman barua baruan ni ambil kesempatan ..agak agak kalau negara kita ni huru hara mcmana la jahatnya mereka ni....jatuhnya kota melaka disebabkan oleh barua barua sperti ini la...
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2015 07:26 AM From the mobile phone | Show all posts
...pegawai2 imigresen tu mesti cina Dap, sengaja nak sabotaj kurajaan....mulayu tak huat begitu sebab depa patriotik...
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2015 07:31 AM | Show all posts
Edited by auntieagony at 5-2-2015 03:02 PM

Mmg dah byk kes melibatkan penjualan PLS dan kad pengenalan kpd warga asing. Terutama kpd pembantu rumah yg melarikan diri drp rumah majikan.

Cuba tengok kat shopping complexes yg menggajikan warga Filipina,  diaorg mengaku drp Sabah & tunjuk IC. Padahal IC tipu jer.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2015 07:38 AM | Show all posts
patutlah jiran aku pakistan duk sebelah umah pakai keta plate sabah

hidup kaya raya

oooo rupanya ikut jalan ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-2-2015 07:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Ic palsu tu boleh cek validity dia sebb ic palsu guna sim kad telefon je letaknkat ic tu.takde maklumat cap jari..majikan kena invest untuk beli alat cek validity thumb print..kebanyakan majikan pon sama.dah tah ic palsu.bg cash money..kena tangkap budak2 dia apa susah..carik je la pekerja baru.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2015 07:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Kan musti set3 kaper jah...ummah suchi embun xkan khianat nehara kurana mureka ummah yang alim dan muntaati ugama..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2015 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Ikan bilis sajork yg kena

Jerung2 lahabau tuh bila nak kena?
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2015 08:13 AM | Show all posts
patutlah rata-rata kakitangan imigresen yang aku kenal sumer hidup mewah... dari macai sampailah ke bos.. gamaknya malam2 buka gerai burger...
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2015 08:13 AM | Show all posts
selayaknyalah
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2015 08:18 AM | Show all posts
Pakistan kat sini mostly bukak kedai runcit... yg mata berwarna biru, hijo, cekelat cair...now i know
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2015 08:21 AM | Show all posts
imigresen dan kastam kene berjaga2 sbb senang terima rasuah
kalo ada barang sangkut kat kastam melibatkan high profile owner...pastu sogok RM50K utk lepaskan, mau xmenggigil nak ambil duit tu
kalo kastam jujur xlama pastu mati kene tembak kat traffic light
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2015 08:25 AM | Show all posts
Org sebegini patut dihukum sama seperti hukuman kesalahan melancarkan perang ke atas yang dipertuan agong
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2015 08:55 AM | Show all posts
sila pakai spenda renoma atas pala
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2015 09:09 AM | Show all posts
Ramai anak2 pegawai imigresen tak menjadi orang...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2015 09:15 AM | Show all posts
patut la ramai pakistan di papar...
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2015 09:17 AM | Show all posts
inilah dia  pengkhianat yang sebenornya... elok buat macam indon... hukum tembak sampai mati...
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2015 09:26 AM | Show all posts
kenapa nk buat kerja2 mcam ni.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2015 10:13 AM | Show all posts
celaka diorg ni..pasal tu negara kita makin sesak dgn warga asing
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:37 AM GMT+8 , Processed in 0.046396 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list