Wanita Koyak Kerandut Zakar Kekasih Dipenjara 2 Tahun
SEORANG wanita dari Indiana, Amerika Syarikat dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh mahkamah atas kesalahan menyerang bekas kekasihnya pada Mac 2012.
Dalam kejadian itu, Christina Lorena Reber, 46, bertindak mengoyakkan kerandut zakar lelaki berusia 60 tahun itu di kediamannya hanya dengan menggunakan tangannya, memetik laporan Mail Online.
Ia berpunca daripada keputusan mangsa mahu berpisah dengan Christina beberapa hari sebelum itu.
Laporan polis menyebut, wanita itu telah memecah masuk ke dalam rumah mangsa sebelum menumbuk kepala dan menarik kerandut zakarnya.
Christina kemudiannya membenamkan jarinya ke dalam kerandut tersebut sebelum memulasnya sekuat hati sehingga menyebabkan mangsa mengalami kesakitan melampau.
Dalam pergelutan itu, kedua-duanya terjatuh dan situasi itu akhirnya memberi peluang kepada mangsa untuk melepaskan diri.
Mangsa kemudiannya dikejarkan ke hospital untuk pembedahan bagi memulihkan semula bahagian zakarnya yang cedera teruk akibat serangan itu.
Sehingga kini, mangsa dilaporkan masih mengalami kesakitan berterusan akibat perbuatan Christina.
mynwshub.cc
|