Pertunjukkan penari tarian gelek berpakaian menjolok mata di Bazar Karat, Johor Bahru mengundang kecaman daripada pelbagai pihak termasuk daripada kerajaan negeri Johor.
Ini kerana pertunjukkan oleh wanita dipercayai warga asing sambil diiringi oleh muzik Arab turut ditonton kanak-kanak.
Ramai pengguna media sosial mahukan pertunjukan menjolok mata itu dihentikan dan penari terbabit ditahan serta pihak yang bertanggungjawab ke atasnya ditahan.
Bazar Karat yang amat popular dalam kalangan penduduk Johor Bharu dan dikunjungi oleh ribuan pelawat dalam serta luar negara terutamanya daripada Singapura dianjur dan diselaras oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru.
Exco Agama Negeri Johor Abdul Mutalib Abdul Rahim berkata, perkara seperti tidak sepatutnya berlaku dan ia telah mencemarkan imej Bazar Karat.
"Bazar Karat merupakan tempat mencari rezeki dan ia tidak sepatutnya dicemari dengan perkara-perkara yang melanggar hukum syarak," kata di dalam reaksinya menerusi laman sosial Facebook.
Beliau berkata, rata-rata peniaga di Bazar Karat adalah berbangsa Melayu Islam dan kejadian tarian gelek itu adalah amat memalukan.
Abdul Mutalib percaya ada pihak yang membawa masuk penari tarian gelek itu dan mahukan tindakan dikenakan terhadap pihak terbabit.
Beliau berkata telah memaklumkan kepada Datuk Bandar Johor Bahru tetapi belum menerima respon daripadanya.
Post time 19-2-2015 10:38 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Kat situ mmg ada buat mcm tarian2.Aritu ada battle menari ala showdown lh.
Ni menari gelek plk.
Kat acara gelek mmg ramai tgk..yg bwk ank .Harap pakai tudung bini.dok tgk.malu seh org gini.baik suruh bini cabut je tudung.bini2 dok bwk ank xmlu tgk
Nyonya joget ala chacha ngn joget lambak kat dpn sikit dr tempat tu..xda pun nk tgk.time nyonya dpn joget..ckp dh tua xsedar..time org bgelek..dia plk xsedo diri hilang kemauan terconggok tgk.
bukan org jdt suka hiburan ke?? x pelik pun,. tgk la diorg layan af konsert2 pn byk wat kt jb artis rmai wat show kt stu sbb sambutan hangat..so x pelik la kut depa layan tarian gelek secara terbuka
Aku bukan sentiasa baca semua isu dalam CI. Ada 'bugs' dalam notification forum, harini ada orang lain 'calling' dalam thread lain baru keluar notification yang lama ni.
Post time 17-3-2015 12:34 PM