View: 4818|Reply: 51
|
[Tempatan]
Tetiba ada peruntukan khas RM5 juta dengan syarat menang PRK
[Copy link]
|
|
BUKIT MERTAJAM: Penduduk Permatang Pauh bakal menerima peruntukan khas lebih RM5 juta jika Barisan Nasional (BN) menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen itu. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata peruntukan itu akan digunakan bagi membaik pulih serta menaik taraf pelbagai kemudahan dan infrastruktur.
"Setiap Ahli Parlimen biasanya akan memperolehi peruntukan RM5 juta, tetapi di Permatang Pauh ini saya sendiri akan mengusulkan kepada Perdana Menteri untuk menambah peruntukan berkenaan. "Ini bukan gula-gula pilihan raya, kita tahu Permatang Pauh amat memerlukan pembangunan. Justeru, peruntukan tambahan itu akan digunakan untuk menambah baik infrastruktur selain bagi tujuan kebajikan masyarakat setempat," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Mobile UTC anjuran Kementerian Kewangan di Pusat Komersial Permatang Pauh, di sini, hari ini. |
|
|
|
|
|
|
|
iyolah tu bukan gula2 :zz |
|
|
|
|
|
|
|
zahid...ko mmg lawak la...jom ujibakat kat maharajalawak mega |
|
|
|
|
|
|
|
Desperado ya amat |
|
|
|
|
|
|
|
kak jijah kipas gak mng kat pp...undi buat laki di sg.buloh |
|
|
|
|
|
|
|
terdesak sungguh. nampak sangat |
|
|
|
|
|
|
|
Tak bleh ka pengundi permatang pauh boikot jgn p mengundi... |
|
|
|
|
|
|
|
Erm... rompin tak nak offer apa2 ke? mementang la rompin kawasan BN dulu kini dan selamanyee |
|
|
|
|
|
|
|
ini bukan gula2,ini bukan rasuah,ini hadiah sajo kpd rakyat yg mengundi bn |
|
|
|
|
|
|
|
Biasa la.. ahli parlimen persekutuan ada peruntukan utk buat projek pembangunn di kwsn diorg.. kwsn bukan bn mmg yilek la.. tu yg dia kata kalo menang br dpt duit.. x menang xde peruntukn.. |
|
|
|
|
|
|
|
Eleee...ini tak termasuk 7 benda ajaib dunia pon |
|
|
|
|
|
|
|
untungnya org PP
pilihanraya bbrp kali, byk gula2 ditawarkan |
|
|
|
|
|
|
|
nikaido replied at 26-4-2015 05:35 PM
Zahid hamidi buat komedi
Jgn cakap mcm tu.. nnti terguris hati @Anak_Nogori |
|
|
|
|
|
|
|
Lah....korang ni buat innocent pulak. Masa PRU lepas, Jibby kata akan kekalkan BR1M jika dorang menang dan korang pun undinya jugak.
TPM: BR1M kekal jika rakyat terus pilih BN
22 Januari 2013
Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services
8
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Muhyiddin Yassin
< 1 / 1 >
MELAKA - Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), yang dibayar buat kali kedua, bakal diteruskan bagi tempoh masa yang panjang sekiranya rakyat terus memberikan mandat kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata, bantuan yang dimulakan sejak tahun lepas dan akan diteruskan pada bulan depan itu memberikan impak besar dalam membantu meringankan beban lebih empat juta isirumah di seluruh negara.
"Saya percaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melihat ini (BR1M) sebagai satu perkara yang perlu diteruskan dan saya percaya apabila rakyat melihat ini satu pendekatan yang baik, mereka harapkan ia dapat dilaksanakan untuk tempoh masa yang panjang.
"Saya tidak jangka ia hanya dibuat untuk sekali atau dua kali, saya jangka ia akan dilaksanakan selama mana BN diberikan kepercayaan untuk menjadi kerajaan selapas PRU13," katanya kepada pemberita selepas menghadiri jamuan rakyat 1Malaysia yang dihadiri kira-kira 10,000 penduduk sekitar Melaka di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Haji Abdul Malik di sini, hari ini.
Turut hadir isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Muhyiddin berkata, bantuan RM500 yang diberikan pada masa ini kemungkinan akan dinaikkan sekiranya pendapatan negara meningkat pada masa depan.
Katanya selain BR1M, bantuan lain seperti bantuan awal persekolahan kemungkinan akan diteruskan kerana telah memberi impak yang besar dalam membantu meringankan beban rakyat.
"Apa yang kita harapkan supaya rakyat menilai sumbangan ini dan kalau dianggap ia satu cara yang baik, kita harap mereka akan terus memberikan sokongan kepada kerajaan BN," katanya.
Terdahulu, dalam ucapannya pada majlis itu, Muhyiddin menegaskan bahawa pakatan pembangkang tidak berupaya meneruskan usaha pembangunan negara yang telah dilaksanakan BN sejak 55 tahun lepas kerana tidak memiliki kesepakatan antara mereka.
"Isu demi isu, sampai ke hari ini Pas dan DAP masih bercakaran antara satu sama lain, PKR pula gagal membawa mereka semua duduk semeja berbincang masalah mereka, tiada kesepakatan ini akan sebabkan kerajaan menjadi lemah," katanya.
Justeru Muhyiddin berkata, kejayaan BN memelihara ketenteraman dan keselamatan negara, membangunkan ekonomi dan memberi keselesaan kepada rakyat selama ini perlu dikekalkan dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara maju.
"Kerajaan yang kuat seperti kerajaan BN mampu melaksanakan janji yang kita buat, kita bertanggungjawab kepada masyarakat menjaga keselamatan di samping membangun ekonomi," katanya.
Dalam pada itu, Muhyiddin mengumumkan peruntukan segera berjumlah RM250,000 bagi menaiktaraf surau SMK Tun Haji Abdul Malik dan RM4.5 juta bagi pembinaan dewan sekolah itu yang akan dilaksanakan pada 2014. - Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
"Setiap Ahli Parlimen biasanya akan memperolehi peruntukan RM5 juta, tetapi di Permatang Pauh ini saya sendiri akan mengusulkan kepada Perdana Menteri untuk menambah peruntukan berkenaan. "Ini bukan gula-gula pilihan raya, kita tahu Permatang Pauh amat memerlukan pembangunan. Justeru, peruntukan tambahan itu akan digunakan untuk menambah baik infrastruktur selain bagi tujuan kebajikan masyarakat setempat," katanya.
Macam laa kat tempat lain tak perlu pembangunan. Muntah.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|