CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12643|Reply: 107

[Tempatan] Ikan Sebesar MyVi Tersadai di Tebing Sungai Johor

[Copy link]
Post time 20-5-2015 08:05 AM | Show all posts |Read mode
      
                       
               
Kota Tinggi: Seekor ikan naga atau nama saintifiknya arapaima gigas dijumpai mati di tebing bawah jambatan Sungai Johor berhampiran Balai Trafik Lama Jalan Omar-Jalan Tembioh, di sini, kelmarin.

Ikan gergasi air tawar terbesar di dunia berasal dari Amazon, Amerika Selatan berukuran  dua meter itu ditemui seorang penduduk yang kebetulan berada di tebing sungai berkenaan jam 6.30 petang.

Menurut Roslan Sanif, 48, dia mendapati tiada sebarang kesan kecederaan pada bangkai ikan berkenaan yang boleh dikaitkan dengan punca kematiannya.
Katanya, dia dan beberapa kaki pancing yang berada di situ ketika bangkai ikan ditemui  terkejut kerana tidak menyangka sungai berkenaan turut dihuni spesies yang berasal dari Amazon itu.


“Memang ada kaki pancing yang bercerita umpan mereka pernah disentap ikan besar yang mempunyai badan kemerahan, tetapi tidak menyangka ia adalah arapaima,” katanya.

Katanya, bantuan daripada empat lelaki dewasa terpaksa digunakan untuk membawa ikan itu naik ke darat, sekali gus menarik perhatian orang ramai yang terkejut melihatkan saiz yang besar.

“Berkemungkinan ikan itu terlepas dari kolam peliharaan individu ketika banjir besar pada 2006/2007 atau pemiliknya melepaskannya ke sungai kerana tidak mampu menjaganya,” katanya.

Seorang penduduk Abdul Nasir Mohamed, 28, berkata, pihak berkaitan perlu melakukan siasatan untuk mengetahui bagaimana ikan pemangsa itu boleh berada di sungai berkenaan.






      Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Mei 2015 @ 7:50 AM   

                     
IKAN gergasi yang dijumpai tersadai di tebing Sungai Johor.




http://www.hmetro.com.my/node/52149






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2015 08:06 AM | Show all posts
Sebesar myvi????
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2015 08:08 AM | Show all posts
sape2 yg bela ikan2 eksotik ni, bila tak mampu bela takyah la lepaskan kat sungai2 kolam tempatan..bunuh jer..
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2015 08:09 AM From the mobile phone | Show all posts
gundu nya ikan ni
dolu gi aquaria..mmg gila gundu woo...
dia.suka.kacau.pemancing
member aku kata..kalau naik.sampan..dia.suka tolak tolak...hahahahah
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2015 08:14 AM | Show all posts

kalu tajuk dilanggar myvi tu ada logik sket la dari 'sebesar myvi'
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2015 08:17 AM | Show all posts
shernazz replied at 20-5-2015 08:09 AM
gundu nya ikan ni
dolu gi aquaria..mmg gila gundu woo...
dia.suka.kacau.pemancing

amendela ko ckp ni......sepatah haram tak paham..
bahasa apa ni?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-5-2015 08:18 AM | Show all posts
bangcak replied at 20-5-2015 08:14 AM
kalu tajuk dilanggar myvi tu ada logik sket la dari 'sebesar myvi'

Haha...tu lah, nakk jugak dikaitkan dgn myvi....nak lagi gempak kaitkan dengan nama yana la...
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2015 08:22 AM | Show all posts
Le.....buang? Kenapa tak jual je....eksotik gitu....ada la yg sggup membeli nanti...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2015 08:23 AM | Show all posts
harkktuih replied at 20-5-2015 08:08 AM
sape2 yg bela ikan2 eksotik ni, bila tak mampu bela takyah la lepaskan kat sungai2 kolam tempatan..b ...

kenapa bunuh? xde solution lain ker
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2015 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
zulka replied at 20-5-2015 08:17 AM
amendela ko ckp ni......sepatah haram tak paham..
bahasa apa ni?

apa yang kau tak paham
gundu tu besar..
tu je..
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2015 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 20-5-2015 08:09 AM
gundu nya ikan ni
dolu gi aquaria..mmg gila gundu woo...
dia.suka.kacau.pemancing

Nak makan ke apa
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2015 08:28 AM | Show all posts
Edited by rosa_canina at 20-5-2015 08:30 AM

tajuk tak bleh blah

nak jgk ada perkataan mybi

tp ikan tu mmg besar gedabak
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2015 08:31 AM | Show all posts
aku mcm rasa ikan tu tertelan sesuatu yg membuatkan dia mati
mungkin selipar crocs atau tali pinggang logo superman
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2015 08:32 AM | Show all posts
most probably tuan dia dah lepas lah nih...tank/kolam kat rumah tak cukup besar dah tak mampu nak tampung
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2015 08:33 AM | Show all posts
kejoraria replied at 20-5-2015 08:23 AM
kenapa bunuh? xde solution lain ker

ikan spesis luar, bila masuk dalam local ecosystem, akan rosakkan ekosistem..ikan2 jnis pemangsa mcm ni, kompom2 akan lebih dominan and makan ikan2 spesis tempatan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2015 08:34 AM | Show all posts
zulka replied at 20-5-2015 12:17 AM
amendela ko ckp ni......sepatah haram tak paham..
bahasa apa ni?

gundu tu besar gilak maksudnya zulka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2015 08:37 AM | Show all posts
ikan ni makan haper?
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2015 08:38 AM | Show all posts
sakit tua bangkali......
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2015 08:39 AM | Show all posts
kalau ade yg sengaja lepaskan ikan ni kat sg tu, mmg x patut la. sb ikan ni mkn ikan kecik lain ke? ke aku silap ikan ni??
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2015 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Patutla ikan2 sungai makin pupus ...berapa byk agaknya ikan myvi ni ada dlm sungai...teringat pergi zoo taiping bbrp thn lps..punya la besar2 ..geli
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 08:23 PM GMT+8 , Processed in 0.070322 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list