View: 12943|Reply: 114
|
[Tempatan]
Sultan Selangor Sokong Farah Ann
[Copy link]
|
|
Farah Ann dapat sokongan Sultan Sharafuddin
Antara pingat emas untuk negara dan penampilan di gelanggang, sesetengah peminat nampaknya lebih berminat memperkatakan pakaian digunakan atlet gimnastik negara, Farah Ann Abdul Hadi.
Farah memenangi pingat emas ketiga skuad gimnastik negara melalui kategori rutin lantai di Sukan SEA 2015 di Singapura lalu.
Bagaimanapun, pengkritik Farah disenyapkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah apabila baginda menulis surat penghargaan malah mempertahankan atlet wanita itu.
“Mengkritik pakaian anda sepatutnya menjadi perkara terakhir difikirkan mereka yang memberi komen negatif di media sosial.
“Mereka perlu meraikan kejayaan anda untuk Malaysia dan Selangor,” kata baginda kepada Farah.
Dalam laporan The Star, Sultan Selangor memuji atlet gimnastik itu kerana mengharumkan nama Malaysia dan Selangor.
Farah diiringi bapanya Abdul Hadi Ahmad, menerima surat penghargaan itu daripada seorang pegawai Istana Selangor hari ini.
Sultan turut menasihati Farah tidak mengambil kisah komen daripada mereka yang berfikiran sempit, sebaliknya terus berusaha untuk menjadi yang terbaik dalam bidang itu.
"Masa depan Malaysia terletak pada generasi muda seperti anda dan rakyat akan menyokong mereka (atlet) untuk cemerlang dan bukannya memberi komen negatif.
“Beta yakin, ia harus mengambil masa beberapa tahun untuk bekerja keras, dedikasi, keazaman dan masa latihan yang lama bagi mencapai tahap yang telah kamu capai,” Sultan Selangor dilaporkan sebagai berkata.
Dalam reaksi Farah kepada The Star, beliau terharu dengan surat yang diterimanya itu.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Sultan Selangor kerana meluangkan masa untuk menulis surat kepada saya,” katanya.
http://www.malaysiakini.com/news/303164
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku sokong sultan selangor....
Sangat berharap raja2 melayu kasi halau erebbbbbisasi dalam dunia melayu ni.....
Aku nampak diorg je yg berkuasa sekat mende ni dan penyalahgunaan kuasa oleh badan agama |
|
|
|
|
|
|
|
sekat talibanisasi itu encik tuanku sultan.
patik tidak sudi sulangor ada nilai2 ketalibanan dan holier than thou properties. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau I farah, I nampak je lobai express I akan kangkang2 dah tonggeng je kat dia orang. |
|
|
|
|
|
|
|
pening la dgn malaysian ni.
Melayu khasnya.
sibuk sgt dgn menda remeh temeh ni.
erk..remeh sbb isu pakaian ni biarlah individu dan team dia yg ikir.
sebuk betul nak sentuh bab aurat n hukum,
hingga satu negara nk highlight psl pakaian tu hingga bab kejayaan tenggelam terus.
eeii..sibuk hitung dosa org! |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by BalasKomenBodoh at 27-6-2015 04:38 AM
lebih elok haramkan Islam terus. peredaran zaman xsehaluan dgn hukum2 islam, dan lebih elok jgn mengaku islam kalau xikut ape yg dah Allah SENDIRI larang. doubled-meaning facts. |
|
|
|
|
|
|
|
pinkzara replied at 27-6-2015 03:28 AM
pening la dgn malaysian ni.
Melayu khasnya.
sibuk sgt dgn menda remeh temeh ni.
Kalo ko mnjdi melayu islam yg byk brpikir mmg akan pening pastu ko tnye byak2 ko mgkin akan dicop murtad |
|
|
|
|
|
|
|
pinkzara replied at 27-6-2015 03:28 AM
pening la dgn malaysian ni.
Melayu khasnya.
sibuk sgt dgn menda remeh temeh ni.
ko bukak je mana2 rancangan agama kt tv or youtube tu..boley kata semua asik cakap psl aurat. Macamkan kalau betina semua bungkus, negara automatic jadi aman damai and ekonomi terus naik.. |
|
|
|
|
|
|
|
sebok sgt bab aurat kan?aku rasa, yg paling penting ialah solat.
bagi sempurna betul solat tu..yg lain akan jd ok dgn pertolongan Allah.InsyaAllah.
ni sebok suruh bertudung (si hijabis tuh)..
ntah solat ke tidak.
mekap sekati
baju melekap..
eh..apa aku tulis ni..?
astaghfirullahal'Azim...
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalo aku jd minah ni malu lak satu malaysia argue abt her lurah 'fajar' |
|
|
|
|
|
|
|
satu lagi..
aku rasa la...ini pendapat eh..
aku rasa rambut perempuan tak menggoda sgt nak banding dgn dada dan punggung.
ye ke idok bro?
|
|
|
|
|
|
|
|
melayu tgo arab macam negara impian/negara pilihan tuhan...arab wannabe
tp holiday ke studi ke jadi pr ke semua pi negara kapiaq |
|
|
|
|
|
|
|
pinkzara replied at 27-6-2015 07:41 AM
satu lagi..
aku rasa la...ini pendapat eh..
aku rasa rambut perempuan tak menggoda sgt nak banding ...
kalau melayu, pakai selendang aja. ini budaya dan identiti bangsa. tak yah tudung, burqah bagai |
|
|
|
|
|
|
|
nak kata tak yah tak boleh jugak.
sbb tuntutan agama.
tapi tu lah..over benor bab tudung tu ngalahkan bab solat.
sbb apa aku ckp camni..
sbb kat opis aku ada yg bertudung tapi tak solat.
yg tak bertudung, pakai kebaya kain terbelah, solat on time..
krikk2 sgt.
|
|
|
|
|
|
|
|
Lobai express memang stim tengok rambut, sebab itu mereka lebih menggalakkan tutup kepala dari jaga adab dan tingkahlaku.
Sebab itu kita selalu nampak setengah perempuan yang bertudung tapi perangai ........
Bagi lobai express ni... tudung adalah lebih dari segalanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
golongan2 taliban sila gi istana johor dan selangor protes |
|
|
|
|
|
|
|
extreme sgt ni.
kalau buang islam maksudnya kafir terus,
takde hisab.terus humban masuk neraka.
tapi kalau tak patuh islam, tapi still percaya Allah yg satu..lain ceritanya.
huhuhu...
|
|
|
|
|
|
|
|
belum lagi yg sedey, concern & pertikaikan nasib melayu singapura ........maaf akak enterframe
|
|
|
|
|
|
|
|
Tgk rupa sultan selangor n family pun ofkos dh tau dia sokong siapa....tp perlu ke tunjuk sgt sokong mana... |
|
|
|
|
|
|
| |
|