CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
123Next
Return to list New
View: 7702|Reply: 53

[Tempatan] Atok najib penyelamat restaurant 24 jam. Syabas!

[Copy link]
Post time 28-6-2015 02:45 AM | Show all posts |Read mode



PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika ditemubual media selepas Majlis Sumbangan Bubur Lambuk di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur, sebentar tadi. - Foto Yazit Razali

KUALA LUMPUR: Kerajaan membuat keputusan untuk mengekalkan operasi restoran dan kedai makan 24 jam bagi memberi keselesaan dan kemudahan kepada orang ramai, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata, keputusan itu juga dibuat bagi mengelak kebimbangan dalam kalangan peniaga bahawa kerajaan menyekat waktu perniagaan.

"Keadaan yang diguna pakai sekarang ini nampaknya memberi keselesaan dan kemudahan kepada orang ramai, dan mereka yang berniaga pun mendapat rezeki yang sepatutnya diterima oleh mereka.

"Kalau kita menyekat waktu-waktu pembukaannya, ia akan menimbulkan banyak kesulitan kepada orang ramai," katanya kepada pemberita di Masjid Jamek Kampung Baru di sini, hari ini.

Sebelum ini, akhbar melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai berkata bahawa mesyuarat Majlis Sosial Negara (MSN) akan membincangkan cadangan untuk mengehadkan waktu operasi kedai makan sehingga 12 tengah malam sebagai langkah membendung gejala sosial.

Perdana Menteri berkata, beliau turut menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai mengenai perkara itu yang membuatkan kerajaan mengambil keputusan mengekalkan pembukaan restoran dan kedai makan berkenaan.

Najib juga berkata, jemaah Masjid Jamek Kampung Baru dilihat berpuas hati dengan pembangunan semula masjid itu yang membabitkan kos lebih RM20 juta yang ditanggung sepenuhnya oleh Yayasan 1Malaysia Development Bhd.

"Saya dah sembahyang dua kali (di Masjid Jamek) bersama jemaah, keadaan jauh berbeza...lebih indah, selesa, lebih luas, tambah lagi masjid akan (guna) pendingin hawa dalam sikit masa lagi" katanya.

Menurut perdana menteri, beliau berhasrat menjadikan masjid berkenaan sebagai satu mercu tanda dalam pembangunan semula Kampung Baru yang kini dalam perancangan.

Terdahulu, Najib menunaikan solat Asar di masjid itu sebelum mengedarkan kira-kira 1,200 bungkus bubur lambuk sumbangan peribadi beliau kepada orang ramai di perkarangan masjid. - BERNAMA


http://www.bharian.com.my/node/64029


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2015 02:51 AM | Show all posts
Spidey semakin menyukai kepimpinan Datuk Seri Najib yang sentiasa menyelamatkan rakyat pada saat-saat terakhir bagaikan hero.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2015 03:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah.. Kalau lapar tengah malam boleh cari restoran 24 jam
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2015 03:09 AM | Show all posts
semua tu permainan politik je....sekor wat taik...maka muncul lah wira..Nampak x game tu?
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2015 03:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Well played Najib. Well played.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2015 03:29 AM | Show all posts
ice_sky92 replied at 28-6-2015 03:16 AM
Well played Najib. Well played.

sapa kata dia x cerdik? dia tahu mentaliti malaysian la...suh sekor badut buat hal..then ..yeayyyy hero mai..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-6-2015 04:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Sendiri cadang,sendiri bangkang,sendiri jadi hero.limkokwing,u can do it better la
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2015 05:09 AM | Show all posts
terpakso kekal...sobab kodai lain pooong terlibat....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2015 05:41 AM From the mobile phone | Show all posts
razhar replied at 28-6-2015 03:09 AM
semua tu permainan politik je....sekor wat taik...maka muncul lah wira..Nampak x game tu?

nampak nampak...
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2015 05:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Sial jer tetiba timbulkan isu, pastu dan2 tu berlagak hero  setelkan... Dah banyak kali dah guna taktik bodoh ni..... Ni mesti idea taik kokwing...
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2015 06:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Yay..jom pakat undi najib.
Penyelamat ummah.
Lps ni bakal keluar mcm2 berita hingga pru
Tentang najib jd hero.
Bkemungkinan terus btukar jd superman.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2015 06:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Hallelujahhh sangat dek
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2015 06:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Untungla najib mempunyai menteri2 yg suka bg stetmen kurang cerdik, dia akan counter dan jd hero....tp it comes from your own cabinet, not the opposition...tak ke pelik tu?
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2015 06:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Wahhhh baguih lak tok ajib ....x sangka no dh 2 kali solat kt mesjid jamek..2 kali tuuuuu.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2015 06:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa bodoh sangat komen masing2 ni?..
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2015 06:34 AM | Show all posts
nak ambik hati org melayu..upgrade masjid,nak ambik hati mamak ..teruskan buka 24jam..

yeyyyyyyyyyyyyy.....punahsihat lkw yg sgt berkesan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2015 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Setelah  menghayati komen kt atas  AN je yg lain
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2015 07:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Ingat KIMMA tu anak ayam ke?
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2015 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Ngehehe.. Teringat komik superman die.. DSAI jadik villainnya.. Bongok nak mam..
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2015 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Yeah boleh sambung lepak doploh pat jam kat mamak. Thanks tok jib.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
bhatt ji
akkuio9bhatt ji
Views : 606 Replies : 0
Tok Arab Dubai buat video dera, seks ganas
Tumpang-SibokTok Arab Dubai buat video dera, seks gan
Views : 25667 Replies : 22
Koleksi Juadah Hari Raya
GigihadidntKoleksi Juadah Hari Raya
Views : 45158 Replies : 1
Wanita bimbang suami bergaji 5k mahu berhenti kerja kerana toksik dan stress dan ingin jadi rider penghantar makanan.Wajar atau tidak
YgBenarWanita bimbang suami bergaji 5k mahu ber
Views : 8922 Replies : 4
Siapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong Ni Boleh Masuk Sini
beggSiapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong N
Views : 5703 Replies : 2
Kaka Sotong2..What happened to you??Lupa tukar MN ke?
Julia_RaessKaka Sotong2..What happened to you??Lupa
Views : 14531 Replies : 292
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 57742 Replies : 1094
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 365163 Replies : 3557
PENANG AIRPORT HARI NI.... WEYY KORANG SERIOUS LAA......
akido_kidoPENANG AIRPORT HARI NI.... WEYY KORANG S
Views : 14273 Replies : 1
mempromosikan menu restoran utk valentine's day. Boleh ke?
batman76mempromosikan menu restoran utk valentin
Views : 22221 Replies : 3

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 03:16 AM GMT+8 , Processed in 0.720664 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list