Edited by qqOfficial at 13-7-2016 10:45 AM
Keluarga Beri Restu : Cinta Erra dan Shahir dikatakan masuk 
ke fasa baharu apabila direstui keluarga
SEKIAN lama mendengar kisah percintaan ini, namun hanya baru-baru ini sahaja ada sumber yang khabarnya yakin memang Erra Fazira dan Shahir kini sedang hangat bercinta. Kata sumber ini, walaupun keduanya enggan mendedahkan status sebenar kisah mereka, hakikatnya kedua belah keluarga juga sudah tahu hubungan yang terjalin. Memang ngam, memang sedang angau ler kedua-duanya.
Menurut sumber, Erra sudah mengaku dia kini sedang dalam fasa mengenali seseorang. Walau bagaimanapun sedaya upaya merahsiakan siapa sebenarnya lelaki tersebut, mungkin atas dasar privasi. Erra pernah menjelaskan cintanya kali ini agak berbeza dari orang lain kerana mereka sukar sekali untuk berjumpa, malah hubungan yang berlangsung juga kata Erra hanya saling difahami antara dia dan kekasihnya sahaja.
Tetapi menurut sumber tersebut, memang ada cara pasangan ini berjumpa, tetapi bukan selalu, sekali sekali sahaja. Setiap kali pertemuan bukan sahaja akan ada Erra tetapi juga akan bersama ibu serta pembantu Erra, itu syarat cinta mereka.
Aida tidak melihat satu kesalahan juga jika benar kisah yang disampaikan ini, sebabnya memang kita tahu masing-masing juga sudah solo. Jika Che Ta boleh bahagia dengan Zain yang muda lebih sedekad, Aida tidak lihat mengapa Erra dan Shahir tidak boleh. Lagipun Shahir sendiri pernah kata, dia memang sukakan wanita yang lebih berumur atas sifat matang mereka.
sumber : Utusan Malaysia
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Woww beruntung Shahir.... beruntung laaa juga Erra ...dapat pucuk mudaa.... meols akui Shahir tu memang encemm...kalau digrooming2 ..pasti kehensemannn nya pasti terserlahhhh ....
p/s : jeless laaa plakk... nak cari anak ikan la... hahaaaa....
|