View: 14170|Reply: 40
|
Tarikan pisang goreng keju, kopi kampung
[Copy link]
|
|
Tarikan pisang goreng keju, kopi kampung
Oleh Nurul Husna Mahmud
[email protected]
MENARIK antara menu disajikan.
Keenakan pisang goreng keju (cheese), The Gorpis pencuci mulut di Kafe Kopi XOXO milik dua selebriti, Nora Danish serta Betty Rahmad bersama tiga rakan sukar diterjemahkan dengan kata-kata.
Mana tidaknya salutan tepung rangup serta dihidangkan panas ketika itu dinikmati bersama kopi kampung ais dalam kole semestinya gandingan tidak mampu dilupakan buat peminat makanan andainya mengunjungi kafe berkenaan di Bangsar.
Malah hidangan itu menawarkan pilihan mengujakan seperti White Chocolate, Chocolate, Strawberry dan Original membuatkan juadah manis itu tidak menjemukan bagi pengunjung datang berkali-kali menikmati hidangan itu.
Pengasas bersama kakak Nora, Nadya Danish berkata menu di kafe terbabit mempunyai konsep ‘fusion’ gabungan tempatan mahupun Barat, membuatkan hidangan mereka
mudah dihadam selera pengunjung selain turut dikunjungi warga asing di sekitar Kuala Lumpur.
“Setakat ini hidangan tetap kita tampilkan dalam senarai menu biarpun hampir setahun, kami masih menerima sambutan memuaskan dan ramai menyukai pilihan menu terbabit.
“Menariknya menu kami hidangkan ini mempunyai sentuhan ‘personal’ apabila setiap kami selaku pemilik bersama berkongsi idea dalam pilihan menu dihidangkan.
“Selain itu, cukup ‘authentic’ kerana Kopi XOXO turut menawarkan minuman kopi kampung yang mana pilihan serta adunan itu kami lakukan sendiri untuk ketengahkan kelainan dalam pilihan kopi disajikan kafe,” katanya.
Tidak menafikan hidangan The Gorpis antara ‘pelaris’ menarik peminat pisang goreng ‘cheese’ kembali mengunjungi kedainya.
“Reputasi The Gorpis, ramai sedia maklum ia antara pilihan pencuci mulut mesti dipesan pelanggan di sini. Meskipun tahu hidangan berkenaan antara paling hangat, kami tetap menjaga kualiti servis apabila pisang ini hanya digoreng sebaik dipesan.
“Kami turut menyediakan servis penghantaran dan tempahan diperlukan untuk kuantiti banyak. Selain itu kami mempunyai pelbagai pilihan minuman kopi berkualiti barista untuk peminat minuman berkenaan,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 Ogos 2015 @ 5:00 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/67585#sthash.j0PlgRkV.dpuf |
|
|
|
|
|
|
|
Sape artisnya d sini?
Oh..ND. Konfem bakar line jap lagi.
Hai @annehuda |
|
|
|
|
|
|
|
bersediakah TT? |
|
|
|
|
|
|
|
thread bakar line... |
|
|
|
|
|
|
|
owh kopi kampung |
|
|
|
|
|
|
|
jgn bergaduh dgn gorpis sudah la nyer....
klu bertahan lepas 5 tahun mmg salute la... |
|
|
|
|
|
|
|
artis tu mesti x pernah masuk kilauan emas kan |
|
|
|
|
|
|
|
pisang goreng cheese aka trend perniagaan melayu terkini. lepas dah habis musim ni, bungkus lah uolls. |
|
|
|
|
|
|
|
Apakah restoran ni? Tarikan mereka adelah seasonal street food and air kopi je? Sungguh x worth nak g |
|
|
|
|
|
|
|
user2012 replied at 3-8-2015 04:22 PM
pisang goreng cheese aka trend perniagaan melayu terkini. lepas dah habis musim ni, bungkus lah uoll ...
Kannn.. sama cm beger bakar dulu... |
|
|
|
|
|
|
|
aku makan pisang nangka gorang kat ulu langat, gerai tepi jalan, bukan main sedap lagi. besar, tepung rangup, makan dgn kopi o panas. tak kuasa aku nak gi restoran feeling urban semata2 nak makan goreng pisang. |
|
|
|
|
|
|
|
ade da benang ni smlm..hiks |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by kmelankolia at 4-8-2015 09:38 AM
mana tau kan boleh berkembang maju mcm carlos bersaing secara sihat girtuh |
|
|
|
|
|
|
|
haish.. mana ada sama ngan Carlos uols..
Carlos tu classy tau.. jual arak beer bagai
kopi XOXO cuma ada kopi kampung jah..
tak sepadan sungguh...
erk tp bukan Carlos ni dah bungkus... hihihi
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by kmelankolia at 4-8-2015 03:45 PM
aiseh dah bungkus ye, classy & urban pun boleh bungkus, tak seswai pulak nak dibanding dgn xoxo yg biasa2 ajer kan |
|
|
|
|
|
|
|
The Gorpis #kopixoxo
|
|
|
|
|
|
|
|
Bubur Betty #kopiXOXO
|
|
|
|
|
|
|
| |
|