View: 11458|Reply: 63
|
adakah pengebom berani mati boleh dikira sbg mujahid?
[Copy link]
|
|
cth: palestinian, hamas...dll.
adakah mereka ni dikira sbg mujahid?
[ Last edited by sayangidaku at 13-9-2006 03:19 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Petikan-petikan ayat dari Al-Qur'an berkenaan Jihad dizaman Rasulullah
Muhammad 47:20
Dan (kerana gemarkan pahala berjuang menegakkan Islam) orang-orang yang beriman berkata: Alangkah baiknya sekiranya diturunkan satu surah (dari Al-Quran, yang memerintahkan kami berjuang)? Maka apabila diturunkan satu surah (dari Al-Quran) yang tegas keterangannya dan tersebut padanya hukum-hukum yang mewajibkan perang Jihad (menentang pencerobohan musuh), sudah tentu engkau akan melihat orang-orang yang ada penyakit (kufur) dalam hatinya memandang kepadamu dengan terbeliak matanya kerana gerun takut menghadapi mati; dengan yang demikian, maka kebinasaanlah lebih hampir kepada mereka.
Al-Anfal 8:15
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan orang-orang kafir yang sedang mara menyerang, maka janganlah kamu berpaling undur dari menentang mereka.
Al-Baqarah 2:216
Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
Di Palestin tu, tindakan pengebom berani mati samaada Jihad atau tidak cuma Allah sahaja yang boleh menentukan. Kita yang hidup di tempat yang aman tak akan tahu azab dan sengsara yang mereka lalui dibawah pemerintahan Zionis. So, berhak kah kita mempertikaikan atau mempersoalkan tindakan mereka? Pokoknya apakah niat mereka melakukannya....
Muhammad 47:21
(Mereka selalu berkata: Pendirian kami) mematuhi perintah dan memperkatakan perkataan yang baik (yang diredhai Allah). Dalam pada itu, apabila perkara (peperangan Jihad) itu ditetapkan wajibnya, (mereka tidak menyukainya); maka kalaulah mereka bersifat jujur kepada Allah (dengan mematuhi perintahNya), tentulah yang demikian itu amat baik bagi mereka.
Al-Baqarah 2:190
Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh. |
|
|
|
|
|
|
racerX This user has been deleted
|
Encik Jukebox, ni mungkin keluar tajuk sket, tapi ada tak ayat yang menghalalkan atau memerintahkan pembunuhan orang wanita, kanak-kanak dan warga tua? |
|
|
|
|
|
|
|
In a war and against enemy military..maybe. Macam Suicide bombing ala Palestine. saya rasa ini sahaja option yang mereka ada bila keluarga mereka dibunuh oleh askar Israel, kena rape, rumah kena bom, ditindas sepanjang hayat dia oleh kerajaan israel .. tak ada senjata nak lawan .. |
|
|
|
|
|
|
|
Betul Rasulullah mengharamkan pembunuhan kanak-kanak dan wanita
Hadis Abdullah bin Umar r.a:
Sesungguhnya pernah terdapat seorang wanita terbunuh dalam satu peperangan yang diikuti oleh Rasulullah s.a.w. Lalu Rasulullah s.a.w melarang daripada membunuh wanita dan kanak-kanak
tetapi kalau serangan yang dilakukan tanpa disengajakan atau kebetulan mereka berada disitu maka ianya menjadi harus
contoh pada zaman Rasulullah serangan waktu malam...
Hadis As-Sa'bi bin Jathamah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w pernah ditanya tentang perempuan dan kanak-kanak kaum Musyrikin yang diserang pada malam hari dan ternyata serangan itu terkena isteri dan anak-anak mereka, lalu baginda menjawab dengan bersabda: Dalam keadaan seperti itu isteri dan anak-anak mereka termasuk dari kalangan mereka
Macam saya katakan, sama ada Jihad atau tidak di Palestin...bukan kita yang menentukan tetapi hanya Allah sahaja yang menentukannya. |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam memerangi yahudi, saya ade dgr wanita & kanak2 tak terkecuali... sbab dr kecik lagi diorg dah belajar utk membenci org Arab & muslim keseluruhannye...
(lan tardha ankal yahudu wan nashara hatta tattabi'a millatahum)
wAllahua'lam... |
|
|
|
|
|
|
|
Salam,
Saya bersetuju dengan encik Jukebox...
Sama ada Jihad atau tidak di Palestin atau tempat2 lain...
bukan kita yang menentukan...
tetapi hanya Allah sahaja yang menentukannya...
Mujahid adalah orang Islam yang yang terlibat di dalam jihad. Jihad pula adalah peperangan terhadap orang2 kafir (yang dipandang musuh), kerana membela agama Allah.
Tujuan peperangan yang menjadi pokok ialah untuk membela, memelihara dan meninggikan agama Allah. Islam mengizinkan peperangan dengan menentukan sebab2 dan maksud yang ditujukan dari peperangan itu. Iaitu untuk menolak kezaliman, untuk menghormati tempat2 ibadat, untuk menjamin kemerdekaan bertanah air, untuk menghilangkan fitnah dan untuk menjamin kebebasan setiap orang memeluk dan menjalankan agama.
Menurut Rasulullah SAW berperang kerana ingin kepada harta rampasan, ingin menampakkan keberanian, kerana kemegahan, kerana marah, dan dendam adalah bukan yang dimaksudkan.
Kesopanan dalam Peperangan
1. Perempuan dan anak2 tidak boleh diganggu (dibunuh) kecuali apabila terpaksa atau mereka menjadi pengintip.
Sabda Rasulullah SAW,
Dari Ibnu Umar, 'Sesungguhnya Nabi SAW telah memeriksa pada salah satu peperangannya, beliau memperolehi seorang perempuan terbunuh, beliau tidak membenarkan pembunuhan ke atas perempuan dan kanak2'
- (riwayat Bukhari dan Muslim)
2. Orang tua yang tidak kuat lagi berperang tidak boleh diganggu dan disakiti. Kecuali sekiranya dia ahli yang pandai seluk belok peperangan atau dia orang yang berpengaruh, tidak dihalang untuk dibunuh kerana berbahaya.
3. Utusan musuh yang rasmi datang kepada kita, tidak boleh diganggu.
4. Merosak negeri dengan membakar dsb, tidak dibolehkan kecuali keadaan memaksa dan tidak ada jalan lain.
5. Musuh yang belum sampai kepada seruan Islam, tidak boleh diperangi tetapi hendaklah diajak dan diberi penerangan lebih dahulu. Kalau tidak mahu dan telah cukup syarat2 untuk memeranginya barulah boleh diperangi.
6. Orang yang masuk Islam sebelum dia ditawan, baik ditawan dari medan perang atau lain, terpelihara dirinya, hartanya dan anaknya yang belum baligh. Malah anak2nya itu dianggap muslim mengikut salah seorang ibu bapanya. |
|
|
|
|
|
|
racerX This user has been deleted
|
Originally posted by fleurzsa at 9-2-2004 11:39:
Salam,
Saya bersetuju dengan encik Jukebox...
Sama ada Jihad atau tidak di Palestin atau tempat2 lain...
bukan kita yang menentukan...
Firstly, I'm not interested in defining whether something is a jihad or not: the term as I understand it is so wide and vague that it is open to all kinds of interpretation. What I am doing right now, for instance, can be considered a jihad.
Secondly, maksud cik/puan Fleurzsa, dalam peperangan semuanya samarata (in war, all things are fair)? Interesting point. So what differentiates a Muslim from, say, a Hindu fanatic burning Muslims on a train when in his/her mind he/she is also waging a "jihad" on "infidels" who have invaded his/her "land" and are threatening his/her religion?
We say he/she is wrong simply because he/she does not belong to the same system we do. So you see the perception of people who are outside our system, too, towards people who kill civilians "in the name of God".
Hence my question, again: where in the Quran (God speaks directly in the Quran but not in the hadith quoted by Encik Jukebox above, yes?) does God say it is okay to kill civilians in desperate times? Where does God command us to kill civilians in the Quran, if we say that we are acting "in His name"?)
Or are we basically saying that we are no different from them, I wonder? |
|
|
|
|
|
|
racerX This user has been deleted
|
And I quote:
Originally posted by fleurzsa at 9-2-2004 11:39:
Menurut Rasulullah SAW berperang kerana ingin kepada harta rampasan, ingin menampakkan keberanian, kerana kemegahan, kerana marah, dan dendam adalah bukan yang dimaksudkan.
I've read a couple of interviews with would-be suicide bombers. They seemed pretty angry (marah) and vengeful (dendam) to me. The young ones who are not yet able to go for such missions, their ambition is to follow in the footsteps of their fallen brethren because "that's what it takes to be a man" (menampakkan keberanian).
But you're right: why are we so obsessed with judging the actions of men and women, anyway. |
|
|
|
|
|
|
|
knowledge & faith is the highest Djihad at all,
Suicide bombing is OPTIONAL for those who all suffer from Zion. Attempting more suicide bombers will raise more hatred to all us, not only the palestinian & arabs, but the entire ummah. |
|
|
|
|
|
|
AdrianMutu This user has been deleted
|
Pasal syahid tak syahid ni, aku ada mengikuti satu kuliah baru-baru ni. Persoalan yang sama ditanya dalam kuliah tu ... so, aku menyampaikan sahaja apa yang aku dengar.
Ulamak bercanggah pendapat dalam permasalahan ni. Mereka menggunakan contoh semasa satu peperangan zaman Rasulullah (tak ingat dah nama perang tu, siapa yang tahu sila bagi tau kat sini) dengan tentera Rom di mana tentera Rom telah berjaya mengepung tentera-tentera Islam. Kira masa tu tentera Islam buntu camner nak atur strategi pasal dah kena kepung. Ketika terkepung ini, salah seorang tentera Islam iaitu anak Abu Lahab (pun aku dah tak ingat nama dia) telah dengan tiba-tiba tanpa konsultasi dengan tentera-tentera lain telah ke hadapan dan menyerang tentera-tentera Rom yang menyebabkan tentera-tentera Rom terkejut. Serangan berani mati anak Abu Lahab tu menyebabkan dia mati syahid di situ juga ... diceritakan 60 anak panah menembusi badan beliau dan kepala telah bercerai dengan badan. Serangan berani mati tu juga menyebabkan tentera Rom gabra dan gelabah sekejap dan tentera Islam dapat peluang untuk bergerak dari kepungan.
So, dari cerita ni, ada ulamak yang mewartakan pengebom berani mati adalah syahid dan ada yang kata bukan syahid (mungkin sebab collateral damage kot, semua kanak-kanak dan perempuan yang tak berdaya pun terkorban sama).
Sekian sahaja, sekadar menyampaikan apa yang didengar.
[ Last edited by AdrianMutu on 9-2-2004 at 04:28 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
saya ada tanya ustaz yg belajar kat Jordan...
katanya
Pengebom Berani Mati tu...
1) mati syahid - kalau mrk hidup dikalangan Jews yg menindas mrk
di Palestine tu -
krn bom diri sendiri utk menyelamatkan ramai lg Islam yg lain
ulama Arab menamakan mereka - musyahid - mati syahid
Setiap saat mrk diancam... katanya- classmatenya org P
Palestine - walau berada di luar negaranya - diekori org Jews
dan pelajar Palestine ini kalau pulang ke kg... amat sedikit yg
dpt kembali meneruskan pelajaran ke Jordan
- samada terbunuh and di penjara
2 ) tidak syahid/ jd pemberontak - kalau suka2 bom cam di Bali atau J W Mariot
Jakarta... krn kita masih lg bebas bergerak
tanpa ancaman bunuh setiap saat.
nin suicide bomber
wallahualam
[ Last edited by gorgonz on 9-2-2004 at 05:44 PM ] |
|
|
|
|
|
|
Adm_Cheng_Ho This user has been deleted
|
Hello sayangku,
Suicide bombers seperti oragn-orang PLO, Hamas, Islamic Jihad, Hezbollah... bukan mujahid. Apabila they commit to indiscriminate killings, do you still wanna keep them into the fold of Islam? I think not.
regards.
Wahai Mr. Jukebox,
Petikan-petikan ayat yang dikemukakan sudah off-topic kerana irrelevant. Isu Israel dan jirannya bukan satu peperangan kerana jiran-jiran Israel sudah renounce militarism selepas kalah 3 kali berturut-turut kepada Israel yang initiated by Arab neighbours. Jadi mereka resort to terrorism kerana perbuatan ini dilakukan oleh radical factions kerana mereka dilabelkan sebagai outcast yang tiada kena mengena dengan agama and kerajaan (walaupun dipercayai sponsored by these governments). Dengan terrorism, Israel tidak boleh menyerang negara jiran. Terrorist tidak memakai seragam. Kalau mereka pakai uniform, they're not terrorist.
I thought this thread ialah untuk mengklasifikasikan (classify) sama ada suicide bombers itu mujahid. Bukan menjustifikasikan (justify) perbuatan mereka itu betul. Apatah lagi disabitkan sah disisi agama. Itu lagi tidak betul kerana Muslims di serata dunia ingin membetulkan image Islam. saya keliru...
Hi Kak Darsita,
<<ini sahaja option yang mereka ada bila keluarga mereka dibunuh oleh askar Israel, kena rape, rumah kena bom, ditindas sepanjang hayat dia oleh kerajaan israel .. tak ada senjata nak lawan>>
Israeli soldiers terdiri dari orang Jews dan Bedouin Arab(Muslims). Saya tak faham mengapa Israeli soldiers mahu membunuh orang awam macam orang tak sihat. Yang saya tau ialah Israeli soldiers selalu mengejar terrorists deep inside Palestine (made into a security buffer zone by IDF after 1967) dan terrorists ini selalu hide amongst civilians. Kanak-kanak dijadikan alat untuk mengacau Israeli soldiers dengan membaling batu while terrorists wait for chance & opportunity untuk menembak Israeli soldiers. Apabila mereka bertempur, civilians lah yang mati bersama-sama dengan Israeli soldiers & terrorists. Israel membuat satu policy yang tegas to hunt down wanted terrorists wherever they are to WEED out threats. Dengan cara ini, Israel mampu bertahan dalam tempoh aman yang agak lama kerana terrorist perlu mencari pengganti leadership yang baru. That's different story. But my point is, both Israelis and Palestinian terrorists sama tak betul.
Mr Jukebox, hi again,
<<tetapi kalau serangan yang dilakukan tanpa disengajakan atau kebetulan mereka berada disitu maka ianya menjadi harus>>
Jadi Israeli soldiers bukan sengaja kerana terrorist suka hide amongst the civilians. Terrorists sengaja mencari tempat awam seperti bus, kompleks, hospital... to inflict maximum damage and casualties. So, terrorists itu berdosa. Tidak boleh dimasukkan dalam kelompok Islam. They deviated and violated Islamic teachings.
CD-RW,
<<sbab dr kecik lagi diorg dah belajar utk membenci org Arab & muslim keseluruhannye>>
Pandangan anda tidak berasas. Pernahkah anda berkawan dengan Israeli Arabs? My goodness!
Baru-baru ini, Israeli Arabs dan Palestinian Arabs (di Gaza) making the biggest outcry menentang Sharon's policy untuk berundur and menghapuskan Jewish settlements di Gaza. Kerana mereka bergantung kepada economy yang generated by these Jewish communities. Sempadan Israel-Palestine juga thriving. Tahukah kamu berapa Palestinian yang pergi bekerja di Israel setiap hari seperti Malaysian pergi Singapore setiap hari?
Orang Israeli Arabs(puak Bedouin) gembira tinggal di Israel. Mereka mempunyai status yang same dengan Yahudi walaupun ada sedikit tindasan yang berpihak kepada Yahudi. Sama macam di Malaysia where Malays ada privileges sikit lah. Tapi kaum lain masih tinggal dengan aman dan gembira.
Jadi, kalau Yahudi benci akan Arab & Muslims, mengapa Arabs di Israel dan sempadan-sempadan Israel-Palestine tidak rasa discriminated? There's contradictory in your assertion. Tidak betul.
Hi Cik fleursza,
I refuse to touch on the some of the sentences you put forth here because I'm not Muslim. But one thing to say, this thread is not about religion. Get this right.
Isu Israel-Palestine adalah politics. Bukan agama yang Arabs katakan.
HeaLogix, Hi,
Nobody's suffering under Zionist rules in Israel. Arabs wanted to be part of Israeli ruling. Telling them they'll be under Palestinian Authority rule sent shudders down their spine because their children will be made into suicide bombers and living in poor. That's WHAT they don't want.
Adrian Mutu,
Tak main bola sepak lagi ker? Minat politic dan agama?? :bg:
Keadaan yang disebutkan adalah zaman peperangan. Sekarang bukan peperangan antara negara dengan negara. Suicide bombers are not representing any governments but religion. Jadi, they're made a pawn by their own Arab politicians untuk meneruskan perjuangan mereka membinasakan Israel.
------------------------------------------------------------------------------------------
Hallo kalian kawan-kawan. Tujuan saya ialah untuk memberi pandangan saya yang lain daripada media Malaysia. Saya jarang membaca media Malaysia walaupun saya Malaysian kerana isu Middle East dan agama ini agak slanting to the fence of Palestine because of religion. Not fair. Usually saya mendapat maklumat dari media asing(yaya... Barat yang berat sebelah) tetapi saya juga verify dengan United Nation, encyclopedia dan orang yang saya bertemu. Saya juga mengutuk Israeli extremists. In fact, both sides ada extremists. Bukan semua orang dalam Knesset Israel atau PLO itu orang jahat. Ada juga orang kurang siuman. Tetapi pendapat saya ialah, menjadikan perbuatan & perjuangan ini sebagai agama, religious thing adalah salah. Oleh sebab itu, Muslims fanatics adalah lebih ramai daripada Israeli exremists. Tetapi extremists kini cuba mengulingkan Sharon kerana tidak come in line with their view. Yitzhak Rabin yang hampir mencapai keamanan dengan Palestine dibunuh oleh right-wing Israeli exremist. Tetapi, harus ingat, bukan semua orang Yahudi adalah jahat dan keji seperti yang dikatakan.
I think Arab propaganda is very successful in the Muslim world. Crazy! No rationale into exact situation of that region. After this, saya rasa mesti/mungkin ada yang cuba marah saya dengan mengatakan Israel merompak Palestinian's land dulu. That's other stories...
regards |
|
|
|
|
|
|
AdrianMutu This user has been deleted
|
Originally posted by Adm_Cheng_Ho at 9-2-2004 18:34:
Adrian Mutu,
Tak main bola sepak lagi ker? Minat politic dan agama??
Keadaan yang disebutkan adalah zaman peperangan. Sekarang bukan peperangan antara negara dengan negara. Suicide bombers are not representing any governments but religion. Jadi, they're made a pawn by their own Arab politicians untuk meneruskan perjuangan mereka membinasakan Errrr ... tak yah jawab ler yer. Kau cam tak faham jer apa yang aku maksudkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada beberapa perkara yang perlu kita ambilkira disini.
- Pertama, Rasulullah sendiri pernah meninggalkan kampung halamannya untuk menyelamatkan diri. Begitu juga dengan orang-orang Islam dizaman itu.
Ini menunjukkan bahawa bila kita tak berdaya menentang musuh kerana kita masih terlalu lemah, kita hendaklah pergi ketempat yang lebih selamat, bukan menentang musuh sehingga mendatangkan kemusnahan kepada diri kita dan saudara-mara kita sendiri (fikirkan kesan tindak-balas Israel setiap kali berlaku serangan berani mati).
- Kedua, Allah menyuruh umat Islam menentang musuh (bila ada kekuatan) dan tidak berundur dalam peperangan. Tetapi, tidak ada satu perintah pun yang membenarkan seorang Islam membunuh diri!
Kalau kita lihat kepada pejuang-pejuang dizaman Rasulullah dan dizaman khalifah-khalifah sehingga Sayidina Ali, tidak ada satu pun pejuang yang mengambil nyawanya sendiri dalam memerangi musuh. Semua yang tewas adalah mereka yang dibunuh oleh musuh.
- Ketiga, seperti yang disebut oleh fluerzsa, Islam tidak membenarkan pembunuhan keatas orang awam, terutamanya wanita dan kanak-kanak. Mereka ini tidak turut memerangi Islam (they are just leading their everyday lives! ), sedangkan yang boleh ditentang ialah musuh yang menentang Islam.
Tak pernah terjadi dizaman Rasulullah dimana kanak-kanak atau wanita sengaja dibunuh dalam peperangan. Rasulullah sendiri telah memberi penghormatan terhadap wanita ahli keluarga musuh apabila berkahwin dengan Safiyah, anak ketua Yahudi yang ditewaskan di Khybar.
|
|
|
|
|
|
|
doktorno This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
|
Pada pendapat saya seseorang mujahid itu mempunyai alasan yang kukuh untuk mereka melakukan pengeboman berani mati. Tidak mungkin sengaja2 untuk membunuh diri dengan sia2. Hanya Allah yang menentukan kematian mereka itu boleh dikira syahid...
Sebab2 dan alasan2 yang membolehkan orang berperang serta apa maksud dan tujuan peperangan itu menurut nash Al Quran.
Firman Allah SWT,
‘Diizinkan untuk melawan, mereka yang diperangi dengan aniaya; dan sesungguhnya Allah berkuasa memenangkan mereka, orang2 yang diusir dari negerinya dengan tidak ada alas an yang benar, selain kerana mereka berkata; ‘Tuhan kami Allah’. Jikalau Allah tidak memberi perlindungan kepada umat manusia memeluk agama masing2, nescaya hancur binasalah gereja2 Nasrani, Yahudi dan masjid2 orang Islam, tempat orang menyebut nama Allah sebanyak2nya. Dan sesungguhnya Allah menolong barang siapa yang menolong Dia, sesungguhnya Allah Maha Kuat dan Maha Berkuasa. Mereka yang bila kami kuatkan kedudukannya di muka bumi, dikerjakannya sembahyang dan dikeluarkannya zakat serta dianjurkannya sembahyang dan dikeluarkannya zakat serta dianjurkannya kebaikan dan dilarangkannya dari kejahatan, dan bagi Allah terserah akibat semua pekerjaan’ - (surah Al Haj 39-41)
Firman Allah SWT,
‘Dan perangilah mereka sehingga tidak ada fitnah lagi, dan adalah agama semata2 bagi Allah, jika mereka telah berhenti maka tidak ada serangan lagi melainkan atas orang2 yang aniaya’ - (surah Al Baqarah: 193)
Di dalam ayat2 tersebut teranglah betapa Islam mengatasi semua fahaman dan ajaran. Di situ dijelaskan bahawa maksud peperangan itu untuk menangkis serangan dan menghentikan kezaliman dan keaniayaan. Oleh kerana itu jika penyerang sudah menghentikan serangan dan kezalimannya dan tidak membuat fitnah dan kekacauan lagi habislah kewajiban perang terhadap mereka itu, menurut hukum agama Islam. Bererti peperangan itu tidak boleh dimulai atau diteruskan lagi, kecuali atas mereka yang menganiaya atau mereka yang zalim, yang masih melakukan penganiyaan dan kezaliman, yang masih suka menghasut2, memfitnah2kan, mengacau dan memaksa2 orang meninggalkan agama atau merintangi orang beramal.
Menurut agama Islam membuat fitnah, memaksa2 dan merampas kemerdekaan orang memeluk dan menjalankan agamanya, adalah kesalahan yang amat dimurkai Allah, lebih dimurkaiNya daripada membunuh orang.
Ada pun ayat2 yang memerintahkan kaum Muslimin memerangi segenap kaum musyrikin di mana juga mereka bertemu dengan tidak diberi ampun… perintah2 yang serupa itu ialah perintah sewaktu dalam peperangan, api peperangan sedang berkobar, …bukan untuk menyatakan perang.
Firman Allah SWT,
‘Perangilah kaum musyrikin itu seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya. Ketahuilah bahwa Allah beserta orang2 yang taqwa’.
– (surah At Taubah; 36)
Firman Allah SWT,
‘Perangilah mereka itu di mana kamu berjumpa, dan usirlah mereka dari mana mereka telah mengusir kamu’ - (surah Al Baqarah; 191)
Firman Allah SWT,
‘Berangkatlah kamu ke medan perang berjalan kaki atau berkenderaan. Dan berperanglah kamu di jalan Allah dengan harta dan jiwa raga kamu. Demikianlah lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui’. – (At Taubah: 41)
Dari ayat2 ini dapat kiranya kita mengerti bahwa semua itu berkenaan dengan peristiwa sedang berkobarnya api peperangan. Di saat itu hendaklah kaum Muslimin dikerahkan melawan dengan sebaik2nya, sampai tercapai kemenangan yang sempurna. Iaitu tercapainya keamanan dan kesentosaan bagi setiap pemeluk agama Allah dan sampai agama Allah tegak berdiri tidak diganggu dan difitnah lagi oleh pengacau dan perosak.
Selama petunjuk, dan pengajaran yang baik2 tidak dapat menghentikan kejahatan dan kekejaman, selama orang tidak suka hidup rukun dan damai terhadap sesamanya, selama ada orang yang tidak menghendaki keadilan dan kemerdekaan menjalankan agama, selama masih ada orang yang berniat jahat terus menerus untuk mendapat jalan melakukan kejahatannya itu, maka selama itu tentu peperangan tidak dapat dihindarkan. Di hadapan bukti2 kenyataan seperti tersebut, orang Islam tidak akan tinggal diam, berpeluk tangan dan bersikap ‘ buat bodoh’, tetapi pasti dihadapinya dengan sikap yang tegas dan nyata. |
|
|
|
|
|
|
doktorno This user has been deleted
|
Originally posted by fleurzsa at 9-2-2004 09:55 PM:
Pada pendapat saya seseorang mujahid itu mempunyai alasan yang kukuh untuk mereka melakukan pengeboman berani mati. Tidak mungkin sengaja2 untuk membunuh diri dengan sia2. Hanya Allah yang menent ...
penjelasan tu tak menjawab kemusykilan ramai samada orang awam yahudi ,,kanak kanak apa seme bleh dibunuh atau tak..doc nak terang tak berapa terer tapi rasanya seme tu ada di bincang dan dijawab dalam link yang doc kasi kat atas nuh. |
|
|
|
|
|
|
|
HeaLogix, Hi,
Nobody's suffering under Zionist rules in Israel. Arabs wanted to be part of Israeli ruling. Telling them they'll be under Palestinian Authority rule sent shudders down their spine because their children will be made into suicide bombers and living in poor. That's WHAT they don't want.
:stp:
You're likely Zionist supporters. The opression is not towards moslem, but also non muslim arabs. Daily evidence can be reach via newspaper. It has some photo Palestinian throwing stone compare to well fitted IDF equipment.
"...That's WHAT they don't want.."
You only care for them (damn Zionistnf, what they want.
But you never think what other side (Palestinian) what they don't want.
blaphemously to Palestinian are nothing, compare to Zionist crime in this centruy :agr: |
|
|
|
|
|
|
doktorno This user has been deleted
|
paste dari topik di borak
Antara adab peperangan dalam Islam ialah tidak membunuh orang tua, kanak-kanak dan wanita yang tidak terlibat dalam peperangan. Meletupkan diri dalam sasaran awam mungkin menyebabkan orang tidak berdosa terbunuh dan itu satu yang ditegah oleh syarak. Jika ini berlaku bagaimana ia boleh dianggap sebagai kaedah yang diterima oleh syarak dan pelakunya dianggap sebagai mati syahid ?
Meneliti fatwa yang mengharuskan penggunaan kaedah bom manusia khususnya dalam kes pejuang Palestin yang meletupkan diri dalam sasaran awam Yahudi, ulama' didapati telah mengkategori masyarakat Yahudi semua sekali sebagai masyarakat ketenteraan.
Kata al Qardhawi: "Masyarak Zionis adalah masyarakat ketenteraan, lelaki dan wanitanya askar dalam tentera yang boleh dikerahkan bila-bila masa. Ada pun orang tua dan kanak-kanak yang terbunuh adalah dengan cara yang tidak disengajakan dan termasuk dalam kemestian peperangan yang sukar dielakkan".
Adakah Fatwa ini umum untuk semua masyarakat atau khusus untuk masyarakat Yahudi sahaja?
Secara umum kaedah meletup diri dalam sasaran musuh boleh dipakai untuk apa-apa sasaran musuh dimana sahaja di seluruh dunia. Namun daripada kajian yang dibuat operasi "isytiyhad" atau meletupakan diri dengan bom yang dililit pada badan pada sasaran yang melibatkan "orang awam" hanya diharuskan dalam masyarakat Yahudi sahaja dan tidak harus dilakukan dalam masyarakat lain yang tidak ditakrifkan sebagai masyarakat ketenteraan.
jadi tindakan menembak dengan senapang ke meshingun ke pada kanak kanak,perempuan yahudi tu tetap salah.ia hanya melibatkan tindakan mengebom diri sendiri je. |
|
|
|
|
|
|
| |
|