(Video) Kumpulan Anti-Bersih Buat Demonstrasi Aksi Pertahankan Diri Sempena Bersih 4.0
KUALA LUMPUR, 25 Ogos 2015 : Satu demonstrasi yang difahamkan sebagai aksi mempertahankan diri dibuat kumpulan Anti-Bersih di depan Sogo hari ini, lapor TheRakyatPost.
Kumpulan tersebut dilihat memakai pakaian merah di dalam aksi tersebut manakala kumpulan Bersih 4.0 akan memakai baju bewarna kuning.
Kumpulan tersebut membabitkan gabungan pertubuhan bukan kerajaan(NGO) Melayu. Kumpulan terbabit diketuai oleh Datuk Jamal Md Yunos yang berkata, demonstrasi itu sebagai persiapan pertahanan diri jika berlaku keganasan antara 'merah' dan 'kuning.
“Jika penganjur Bersih 4.0 mengotakan kata-kata mereka, untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 100,000 orang menyertai perhimpunan haram itu, maka, pihak berkuasa sudah tentu akan menghadapi masalah untuk memberi jaminan keselamatan kepada semua peserta kuning dan juga kami.
“Kami tidak akan memulakan sebarang keganasan tetapi sekiranya pasukan kuning berbuat demikian, maka, orang-orang kami yang berpakaian mereka berkemampuan mempertahankan diri masing-masing,” kata Jamal.
Menurut Jamal, seramai 30,000 penyokong anti-Bersih sudah siap sedia dan akan berkumpul di kawasan sekitar Low Yat pada Sabtu 9 Pagi sebelum bergerak ke Dataran Merdeka.
“Semua 30,000 penyokong sudah menandatangani borang persetujuan bahawa sebarang keganasan fizikal menimpa mereka, kami tidak akan bertanggungjawab, tetapi kami menyediakan insurans kemalangan untuk mereka,” kata Jamal.
Namun, Jamal turut berkata sekiranya Bersih 4.0 dibatalkan, mereka juga akan mengundurkan diri dari perhimpunan.
“Kami berhimpun untuk menunjukkan sokongan kepada kerajaan yang dipilih oleh majority rakyat Malaysia, dan memastikan Malaysia kekal sebagai negara aman dan harmoni.
“Jadi, jika mereka membatalkan Bersih 4.0, kami akan membatalkan perhimpunan aman kami.”
Video persembahan yang dimuat naik oleh TheRakyatPost Network di Youtube itu memperlihatkan aksi beberapa kumpulan tersebut memukul sesama sendiri menggunakan kayu dan juga aksi memecahkan atap siling menggunakan kepala.
Bersih 4.0 dijangkan akan berlangsung pada hujung minggu ini. - Siakapkeli.my
Video persembahan yang dimuat naik oleh TheRakyatPost Network di Youtube itu memperlihatkan aksi beberapa kumpulan tersebut memukul sesama sendiri menggunakan kayu dan juga aksi memecahkan atap siling menggunakan kepala.
btw datuk jamal ni yg bisnes ikan bakar hauk tu kan? apakah bisnesnya ittew masih survive atau sudah melingkup
memperlihatkan aksi beberapa kumpulan tersebut memukul sesama sendiri menggunakan kayu dan juga aksi memecahkan atap siling menggunakan kepala.
bio butul...kayu pun cam plywood...
atap siling....????
plaster siling ke...
kalau setakat plaster siling....anak buah aku yg darjah 3 pun boleh kasi pecah.....
ini satu ugutan... so aku rasa p[ara peserta bersih perlu bersedia dengan kemungkinan keganasan
situasi yg sama terjadi masa Revolusi Hijau di Teheran dulu dan revolusi Mesir dulu .
Apa punya bangang la geng2 ni.. geng yang nak pi "BERSIH" tu makan taik.. korang pun nak makan taik gakkk
Pastu hendak aksi taik kuceng kat situ.. kalo betul geng2 seni silat ka apa ka.. mai masuk gelanggang tunjuk "hero" .. bukan kat tepi jalan serupa orang bangang macam geng2 "BERSIH" nanti
"Kung Fu" Show Oleh Kumpulan Anti-Bersih 4 Di Sogo
Kumpulan anti-BERSIH 4, yang tampil dengan imej berbaju merah, hari ini sekali lagi berhimpun di ibu kota bagi menyatakan bantahan terhadap perhimpunan 34 jam Sabtu ini.
Menurut video yang dimuat naik di Internet, mereka mempamerkan pelbagai aksi lasak, termasuk memukul kepala dengan kayu sehingga patah selain aksi memecahkan atap genting dengan kepala.
Mereka juga memakai baju bertulis “BERSIH 4 Keamanan”.
Berdasarkan video, beberapa orang juga mempamerkan beberapa aksi balik kuang serta beberapa “bunga” silat seperti dalam aksi berlawan. — at KL SOGO.