View: 1307|Reply: 9
|
[Dunia]
Mencuri: Wanita mengandung diikat, dipukul
[Copy link]
|
|
Edited by EJALTI at 3-9-2015 12:20 AM
Mencuri: Wanita mengandung diikat, dipukul
Wartawan Sinar Harian
2 September 2015
http://www.sinarharian.com.my/global/mencuri-wanita-mengandung-diikat-dipukul-1.426465
Rakaman video wanita berkenan dipukul dan ditendang
ZHENJIANG - CHINA. Seorang wanita mengandung diikat dan dipukul oleh sekumpulan penduduk kampung di wilayah Zhejiang minggu lalu selepas dikatakan mencuri wang salah seorang penduduk kampung tersebut.
Menurut laporan SCMP, wanita yang tidak dikenali berusia 28 tahun itu dicekup ketika mencuri 900 Yuan (RM 596) di sebuah rumah di Hengshanqian.
Walaubagaimanapun, wanita berkenaan memulangkan semula wang yang dicurinya dan penduduk kampung mengambil keputusan untuk tidak menghukumnya dan tidak melaporkan perbuatannya itu kepada polis.
Namun, 10 hari kemudian, ketika wanita itu kembali semula ke kampung berkenaan, penduduk kampung berubah fikiran dan menjatuhkan hukuman ke atas wanita berkenaan.
Rakaman video menunjukan wanita itu diikat di sebatang tiang.
Dia turut ditendang, ditampar dan rambutnya ditarik oleh beberapa penduduk kampung sehingga tidak sedarkan diri.
Sementara itu, polis Taizhou berkata, individu yang memukul wanita berkenaan ditahan lapan hari dan diarahkan untuk membayar denda sebanyak 300 yuan (RM198).
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
apa2 pun, tak baik tau buat perempuan mengandung macam tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Caprutnya. Tak repot polis tapi habis cikki tu korang belasah. : |
|
|
|
|
|
|
|
Errrr....tak tau nak kesian ke atau macam mana... Tapi dia dah pulangkan duit... |
|
|
|
|
|
|
|
di China??? heran bin Ajaib..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|