View: 3649|Reply: 24
|
[Tempatan]
{MainAcuCakKeTuAbamBomba}Budak 2 Tahun Terperangkap Dalam Kereta
[Copy link]
|
|
Kanak-kanak 2 tahun terperangkap dalam kereta
NORHASPIDA YATIM
10 September 2015
Sepasukan bomba membantu membuka pintu kereta untuk membawa keluar Sharifah Nur Ain.
KUALA TERENGGANU - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun terperangkap hampir setengah jam dalam kereta datuknya yang di parkir di depan Klinik Mohd Ramly, Simpang Tok Ku, di sini, semalam.
Kejadian pada jam 5 petang itu berlaku disebabkan kunci kereta datuknya tertinggal dalam kereta yang terkunci dari dalam dan ia menyebabkan orang ramai mengerumuni kenderaan itu untuk menyelamatkan kanak-kanak malang tersebut.
Kanak-kanak berkenaan, Sharifah Nur Ain Syed Aris menangis teresak-esak selama lebih 30 minit sebaik melihat orang ramai mengerumuni kereta milik datuknya, Syed Alwi Syed Abdullah, 60.
Pada mulanya orang ramai cuba membantu, namun tidak berjaya menyebabkan sepasukan anggota bomba terpaksa dipanggil untuk mengeluarkan mangsa daripada kereta terbabit.
Ibu saudara mangsa, Sharifah Nur Jannah Syed Alwi, 23, memberitahu, insiden itu berlaku ketika dia dan keluarga menemani ibu mereka membuat pemeriksaan bulanan penyakit kencing manis di klinik berkenaan.
Dia tidak menolak kemungkinan Sharifah Nur Ain tertekan butang kunci automatik menyebabkan tingkap dan pintu kenderaan yang pada awalnya dibuka, tertutup dan terkunci.
"Ketika kejadian hujan renyai-renyai, jadi ayah (Syed Alwi) meletakkan Sharifah Nur Ain bersama abangnya yang berusia 5 tahun dalam kereta terlebih dahulu sebelum ambil emak yang tak boleh berjalan.
"Sebaik saja kembali ke kereta, saya dan ayah terkejut kerana abang Sharifah Nur Ain berada di luar kereta sementara Sharifah Nur Ain ada di tempat duduk hadapan dengan enjin kereta masih hidup," katanya.
Katanya, pada awalnya Sharifah Nur Ain kelihatan ceria dan mereka sekeluarga memujuk kanak-kanak itu agar membuka cermin serta pintu kereta, namun usaha tersebut gagal.
"Sharifah Nur Ain mula menangis apabila lihat kereta dikerumuni orang termasuk anggota bomba. Lama juga dia nangis.. mungkin takut dengan keadaan tu.
"Anggota bomba kemudiannya cungkil tingkap untuk buka pintu kereta. Lebih kurang pada jam 6 petang baru anak saudara saya itu berjaya dibawa keluar dari kereta," katanya
http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/kanak-kanak-2-tahun-terperangkap-dalam-kereta-1.429177
|
|
|
|
|
|
|
|
haru budak2 ni. bulan posa hr tu ada budak terkunci dlm kreta. dia tido nyenyak. habis kitorang ketuk kereta ketuk cermin, jerit2 panggil. tak jugak bgun2. siap dia boleh mngeliat merekot lagi. lagi org goyang kereta lagi nyenyak dia. sampai org berjaya bukak ikut tingkap pon dia tetap x bgn tido mati |
|
|
|
|
|
|
|
nasib takde kejadian buruk berlaku.. moral of the story..jgn la percaya sangat tinggalkan budak2 bawah umur ni dlm kereta..hatta nak ke toilet sekalipun.. |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib baik tak jd pape... |
|
|
|
|
|
|
|
comey je bomba tu jenguk mcm tu |
|
|
|
|
|
|
|
haha..ini kelaka okeh
kekecik dah pandai tido mati
|
|
|
|
|
|
|
|
masa tu bulan posa kt bazar ramadhan. habis semua peniaga keliling tu tinggal gerai sbb nk kejutkan dia. hampeh btl
|
|
|
|
|
|
|
|
jgn la tinggal kn bdk2 ni wpon sesaat |
|
|
|
|
|
|
|
budak bwah umur mana bleh tinggal sendirian dlm kete..
masih x jdkan pengajaran kisah org lain..
|
|
|
|
|
|
|
|
masok ayor ke pepagi kaka ghost?
mentang2 mlm ni malam jemaat.. malam keliwon |
|
|
|
|
|
|
|
mujur la selamat.. semoga jadi pengajaran kat atuk nya.. |
|
|
|
|
|
|
|
biasa la malam ni obertime untuk hantu2 malaysia
|
|
|
|
|
|
|
|
kenapa nak kena panggil bomba, kenapa tak panggil je mekanik mana2 workshop...
aku aritu kete terautolocked...panggil mekanik je... |
|
|
|
|
|
|
|
baca article ke tidak diorang ni..
kan dia kata hujan.
letak budak budak tu dulu dalam kereta sebelum ambik wife yang tak boleh berjalan tu bawak ke kereta..
|
|
|
|
|
|
|
|
semoga jadi pengajaran untuk aku dan semua. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau yer pn nk tgal bdk dlm keta, crmin tu biar bkk skit, biar udara luar msuk, bhya klau tak bkk crmin. |
|
|
|
|
|
|
|
makenik kena upah pulak nanti kot
|
|
|
|
|
|
|
|
hehheh...memey la...
ingat nak free service je..
tu yg aku pelik...biasa kalau kes cenggini trus je panggil bomba, mekanik kan bersepah ...diorg lg terror bab2 ni
|
|
|
|
|
|
|
| |
|