Salam Sejaterah.Saya dapati banyak member yang tidak kisah, marah atau rasa leceh terhadap perlaksanaan undang-undang pengasingan sampah pada 1st Sept baru-baru ini.
Saya ingin memberi sedikit pandangan, bermula daripada cubaan "no plastic bag" day di Penang beberapa tahun dulu.
Masa itu saya selalu diketawakan apabila membawa beg recycle ke shopping mall...saya kelihatan melecehkan dan tidak bergaya. Ada lagi yang komen jika perlaksanaan "no plastik" bag berjaya, kita semua akan rugi besar kerana tiada lagi plastic bag percuma dari hypermarket.
Hari ini, biar kita perhatikan sekeliling kita. Jalaraya memang menjadi lebih bersih, terutamanya selepas hujan lebat, tiada lagi terapungnya plastic bag yang berwarna-warni. Memang ada lagi sesetengah orang yang suka membuang sampah merata-rata, maka kita perlulah bersyukur kepada pengorbanan wira majlis perbandaran. Mereka sanggup bertahan dengan kebusukan longkang untuk membersihkan kesan-kesan sikap buruk sesetengah orang bagi mengembalikan kebersihan kepada kita. Jikalau pakcik di bawah ini saudara kita, apakah perasaan kita? saya tak kenal dia, tapi saya rasa marah juga!
Dengan masalah jerebu yang teruk sekarang, apakah kita terbau kepentingan perlindungan alam sekitar?
Apa itu perlindungan alam sekitar? apakah kepentingan pengasingan sampah? Perlulah kita faham bahawa sampah yang tidak diasingkan akan dikategori dan dikendalikan sebagai sampah biasa iaitu dibakar atau ditanam. Penanaman sampah amat memudaratkan alam sekitar maka pembakaran jauh lebih baik. Walaupun teknologi hari ini sudah cukup bagus sehingga penghasilan asap daripada pembakaran sampah menjadi minima, namun itu bukan penekanan topik ini. Yang paling penting ialah bagaimana mendidik rakyat Malaysia berasa serious terhadap sampah, jangan membuang merata-rata, melaksanakan pangasingan sampah, mengitar semula sampah sehingga mencapai pengurangan sampah yang efektif. Di sesetengah negara maju seperti Norway dan Denmark, loji pembakaran sampah mengalami masalah kekurangan sampah sehingga kena ditutup! Malaysia kenalah berkerja kuat lagi untuk mencapai kejayaan ini.
Lihatlah jiran kita, Indonesia. Takkan kita nak anak kita hayati sungai macam ini? berapa tenaga diperlukan untuk membersihkannya?
Hakikatnya, selagi pembuangan sampah merata-rata berterusan, pembersihan dengan apa kaedah sekali pun tidak akan berjaya.
Itulah sebabnya kita perlu bermula daripada pendidikan, mendidik kawan di sekeliling kita dan anak-anak kita. Yang dewasa kenalah menjadi satu contoh yang baik. Jangan la komplain pengasingan sampah melecehkan...
Lapangkan suatu kawasan dalam rumah untuk meletakkan tong sampah kitar semula, penuhkan sampah terasing baru membungkus dan meletakkannya di luar rumah untuk kutipan.
Demi anak anak kita, marilah kita bersama-sama membina Malaysia yang lebih bersih dan cantik.
depa sediakan bag plastc warna hijau - u letak apa sahaja then ada banyak tong tong recycle - so tak payah asingkan- depa juga specify benda apa yg boleh recycle benda apa yg tak....
Alaa... iPhone ribu-ribu buleh beli, takkan nak beli TIGA KETUL TONG SAMPAH UNTUK PENGASINGAN pun susah...
Tong 200 liter kaler hijo tu pun tak sampai RM300 max. Darab tiga baru RM900 max.
Pehtu campak laa sampah plastik tong sini, kertas tong situ, aluminum tong sinun.
kata nak jadi negara maju..kalu sembang pun asyik sebut UK jepun france singapore bla bla..tp nak asingkan sampah pun bising..camne nk jdi ummah urban nih
Post time 21-9-2015 08:11 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Aku dh start buat pengasingan sampah ni tp x sure la betul ke idak...yg aku asingkn botol2 plastik n kaca....mcm lain2 plastik cekedis semuavtu nk masuk skali dgn botol plastik ke?
Satu yg aku x puas hati dgn org amgkat spah ni
TUTUP LA TONG SAMPAH AKU BALIK...BILA HUJAN BERAT TAU NK ANGKAT BUANG AIR:
Longkang tersumbat sebab sebab perangai rakyat yg suka buang sampah merata-rata. Bila hujan turun, sampah-sampah itu nanti akan masuk ke dalam longkang.Kedai makan pula buang minyak masak dalam longkang. Itulah sebab longkang tersumbat tu
Post time 21-9-2015 08:15 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Weols da lama buat...kat pjaya mmg ada org recycle dtg kasi beg plastik....so weols amek n letak sampah ikut kaler yg da diberi n letak je dpn umah...senang sgt sbb rasa lg bersih n teratur je......
En.Krab... barang2 tu bungkus dengan plastik dan letak tepi tong kalau taknak tong kena selongkar dan air bertakung. Hat sampah basah (sisa makanan) jaa En.Krab letak dalam tong.
Post time 21-9-2015 08:25 PMFrom the mobile phone|Show all posts
airfilterkotor replied at 21-9-2015 08:21 PM
En.Krab... barang2 tu bungkus dengan plastik dan letak tepi tong kalau taknak tong kena selongkar ...
Hehehe....tq
Tp mcm tu la iolls buat...cuma tak pasti tang plastik cekedis ....nk masuk dlm beg yg sama dgn botol plastik ke? Or nak bungkus dgn sisa makana skali sbb biasanya kan org buang plastik cekedis dlm tong sampah kt dapur tu...
Yg tong sampah penuh air tu...mmg diorg ni malas nk tutup bslik bila angkat sampah
Post time 21-9-2015 08:29 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Semalam baru aku jual botol2 plastik..sekilo 40sen..boleh la buat habuan beli beg sampah baru..tapi kaca tak laku..pasni kena buang je la botol kaca kat tong sampah besar..
bukanka setiap setengah jam/sejam akan ada tukang selongkar tong sampah mecari tin kertas botol. setiap lorong tong sampah mmg ada penjaganya. kita semua tak perlu asing sampah
Yang setarap plastik macam cekedis, maggi, cekelat bar, oreo tu seme aku asingkan tak sama macam botol plastik.Kengkadang kat umah bila ada banyak bag plastik pasaraya, aku asingkan jugak.
Kotak-kotak minuman aku asingkan dari kertas biasa.
Aku rasa kat umah ni jer ada 5 ke 6 tempat pengasingan jenis sampah yg aku buat. Dah jadi tebeat kot.
Time masuk lori nanti, pandai-pandai laa orang tu angkut nak asing kaa nak longgok sekali kaa.
Author|Post time 21-9-2015 10:15 PMFrom the mobile phone|Show all posts
ninja boy replied at 21-9-2015 09:39 PM
bukanka setiap setengah jam/sejam akan ada tukang selongkar tong sampah mecari tin kertas botol. set ...
Kerja tukang selongkar tu akan lagi mengotorkan kawasan tersebut. Setiap warga Malaysia wajib berkerjasama untuk bersihkan negara kita. Mulai dengan asingkan sampah sendiri.