Satu demi satu kekejaman terserlah dari individu rakus dan tidak berperikemanusiaan.
Terbaru, sekujur mayat seorang kanak-kanak, Putri Nur Fauziah, 9 ditemui dalam keadaan sangat tragis, di Jakarta.
Mangsa dipercayai telah dirogol berdasarkan kesan luka dan lebam di badan, selain adanya kesan tusukan di bahagian kemaluan serta dubur.
Keadaan mangsa sangat menyayat hati kerana ditemui tanpa seurat benang, tangan dan kaki diikat dengan pita pelekat serta disumbat badannya ke dalam kotak! Memang kejam! Semoga pesalahnya dijatuhkan hukuman setimpal! - CARI Infonet