View: 8758|Reply: 61
|
[Jenayah]
Perbualan Seksual Yang Berakhir Dengan Guru Kena Ugut
[Copy link]
|
|
Guru jadi mangsa ugutan SMS
Wartawan Sinar Harian
31 Oktober 2015
Ibrahim Sharif
REMBAU – Rasa ingin tahu seorang guru terhadap pengirim mesej berbaur lucah membawa padah apabila dia diugut untuk menyelesaikan kes di luar mahkamah oleh seorang individu yang mendakwa dirinya sebagai 'pegawai kanan polis' yang bertugas di Pahang.
Sinar Harian difahamkan, guru lelaki berusia 33 tahun itu menerima mesej melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dari seorang individu yang menamakan dirinya sebagai ‘Fara’ pada waktu tengah hari, 28 Oktober lalu ketika dia sedang menjalani kursus di daerah ini.
Menurut sumber, guru berkenaan cuba menghubungi nombor tersebut untuk mengetahui siapa sebenarnya pengirim mesej terbabit, kira-kira jama 5.30 petang.
"Namun panggilan itu tak dijawab. Tetapi tidak lama selepas itu, guru berkenaan menerima SMS daripada 'Fara' yang memohon maaf kerana tersalah hantar mesej.
"Guru berkenaan bagaimanapun masih ingin mengetahui identiti sebenar pengirim mesej berkenaan dan masing-masing semakin galak menghantar SMS antara satu sama lain,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Tambah sumber lagi, guru terbabit terkejut setelah menerima satu lagi SMS dari nombor sama yang mengaku dia adalah ayah kepada 'Fara' dan bertugas sebagai pegawai kanan polis.
"Dalam SMS itu juga, lelaki itu memberitahu isteri dan anaknya telah mengadu serta membuat laporan berhubung SMS guru berkenaan. Malah, dia turut memberitahu telah menjalankan siasatan ke atas nombor telefon guru terbabit dan menyatakan dengan lengkap nombor kad pengenalan serta alamat kediaman guru berkenaan.
"Pegawai kanan polis itu juga mendakwa telah membuat tuduhan ke atas guru terbabit kerana melakukan gangguan seksual," katanya.
Menurutnya, lelaki yang mendakwa dirinya bapa ‘Fara’ itu juga telah meminta seorang anggota polis berpangkat Koperal untuk merakam perbualan mereka dan meminta bayaran sebanyak RM10,000 jika mahu kes berkenaan diselesaikan di luar mahkamah.
"Takut dengan ugutan itu, mangsa telah melakukan transaksi melalui mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Pekan Rembau sebanyak RM5,000 ke nombor akaun yang diberikan oleh ‘pegawai polis kanan’ berkenaan di atas nama pemilik akaun lain.
"Mangsa juga dipaksa untuk menjelaskan baki bayaran sebanyak RM5,000 lagi. Bagaimanapun, selepas insiden itu, guru itu berasa tertipu dan berasa bimbang dengan ugutan yang dibuat oleh ‘pegawai kanan polis’ berkenaan," katanya.
Sumber berkata, guru berkenaan akhirnya nekad untuk membuat laporan polis keesokan harinya (kelmarin).
Tambah sumber, kes yang dialami guru malang berkenaan bukanlah kes pertama memandangkan terdapat dua lagi laporan polis yang dibuat sebelum ini menggunakan modus operandi serupa antaranya di Dungun, Terengganu.
Sementara itu, Ketua Polis Rembau, Deputi Superintendan Ibrahim Sharif ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan menyatakan kes berkenaan masih lagi dalam siasatan.
“Buat masa ini, kita telah membuka Kertas Enkuiri Polis bagi menjalankan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan," katanya.
http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/guru-jadi-mangsa-ugutan-sms-1.446283
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebab tulah me marah sgtlah org yg suka2 je bg no tepon kat org... |
|
|
|
|
|
|
|
Sekarang dah nak masuk 2016. Masih berbalas SMS ?
|
|
|
|
|
|
|
|
untung la.... senang2 je org tu dapat 5k...
byk duit cikguuuu yerr |
|
|
|
|
|
|
|
cikgu pun tertipu jugaaa.... |
|
|
|
|
|
|
|
iye ke mula2 cikgu nak siasat siapa yg hantar msg lucah...ke cikgu sbnrnya nak try test? |
|
|
|
|
|
|
|
maknanya pegawai polis tu x wujud pun?? |
|
|
|
|
|
|
|
itu la.. lain kali orang dah kata tersalah hantar msg, tak payah panjangkan lagi..
padah ingat nak menggatal la tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
cikgu pon bod jugak ka..ayya |
|
|
|
|
|
|
|
cash la ni..alasan je tu nk tahu identiti sbnr pengirim sms la bagai.. |
|
|
|
|
|
|
|
old skool kekdahnya
|
|
|
|
|
|
|
|
cikgu nak try jugak kut tu yg gelabah pi masuk duit |
|
|
|
|
|
|
|
cekgu ni cuma ingatkan si fara, anak murid dia kat kelas biology yg putih gebu tu la...
tu yg gigih nak siasat...
untung2 dapat buat experiment seround dua.. |
|
|
|
|
|
|
|
Cikgu tu sepatutnya tak layan sms lucah tersebut. Sekarang sudah terjerat. |
|
|
|
|
|
|
|
cikgu pun ada keinginan jua sbg insan biasa... |
|
|
|
|
|
|
|
Tu la, layan lagi bebudak gedik ni. Kan dah sendiri susah. Ni kalau ada anak bini lagi malu nih.
Tapi,
Korang yang kutok2 cikgu tu, hengat senang ke nak tepis godaan bebudak sekolah menengah badan tengah sedap ranum? Ingat senang ke hah, HAH?! Akak kalau lelaki pun akak rasa susah nak tepis godaan dik - bebudak la ni ramai cun2 - mekap murah, produk pemutih berlambak - jarang dah nampak bebudak zaman sekarang berkerak tak reti bergaya. |
|
|
|
|
|
|
|
pandai dia target cikgu yg xde smartfon |
|
|
|
|
|
|
| |
|