CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4584|Reply: 23

< Mana Hilang 2.6 Bintang >, Sungguh Menyentuh Perasaan!

[Copy link]
Post time 6-11-2015 12:45 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO




Berdepan ekonomi global yang merundum, harga antarabangsa petroleum yang menurun, situasi politik negara yang tidak stabil akibat isu 1MDB dan skandal dana poiltik berjumlah 2.6 Billion.


Tambahan lagi nilai matawang terus jatuh dalam jangkamasa yang agak lama sehingga menyebabkan harga barangan mengalami kenaikan dan termasuk kenaikan kadar tol di keabanyakan lebuhraya dalam bandar serta pengangkutan awam seperti KTM komuter, LRT dan monorail, semuanya diumumkan harga tambang terpaksa dinaikan.


Pelbagai isu dan berita negatif yang berlaku menyebabkan orang ramai rasa amat tertekan dalam usaha menyara hidup harian!


Di laman sosial tidak kurang juga tulisan artikel yang mengecam pihak kerajaan yang mengundang pembaca bertambah geram.


Baru-baru ini, seorang penyanyi berbangsa Melayu bernama Amirudin Hizadin, menerbitkan sebuah lagu yang berjudul <  Mana Hilang 2.6 Bintang >, lirik lagu tersebut berjaya menyampaikan suara hati kebanyakan golongan muda masa kini yang sedang berdepan apa yang disifatkan sebagai zaman kegelapan politik negara serta tekanan hidup, sekali gus menerima perhatian dan memperolehi sambutan menggalakkan di kalangan netizen.










Pada permulaan lagu, Amirudin menyanyikan jika ketika itu dia tidak datang ke Kuala Lumpur, kemungkinan dia tidak akan menghadapi keperitan sedemikian.

"Kena bayar tol, minyak kereta, elektrik dan sebagainya, mungkin kehidupan saya diselubungi kegelapan, namun tidak mengapa, saya boleh menunggu bantuan BRIM dan bantuan yang lain. "

"Mungkin harga barang akan jatuh, ini kerana cukai GST menguntungkan setiap orang, tetapi kenapa kelihatan semakin ramai orang rasa murung dan tertekan."


Di bahagian chorus, Amirudin menyanyikan "Mana Hilang 2.6 Bintang" sebagai sindiran terhadap skandal dana politik 2.6 billion.


2.6 biji bintang sudah hilang ke mana pergi?  Saya tanya ' Pak Mentari ' , tapi dia mendiamkan diri. Berikutan sebutan mentari dengan menteri agak sama, maka ianya membuatkan ramai netizen beranggapan lain.


Tidak kurang netizen yang setelah mendengar lagu tersebut, memberi komen dan memuji kehebatan bakat Amirudin dengan mengatakan Amirudin telah berjaya meluahkan suara hati rakyat Malaysia.


Contoh komen seperti : " Melodi lagu yang indah dan lirik lagu yang bermakna, memang terbaik!" , "Rasa nak menangis apabila mendengar lagu tersebut! " " Sungguh terharu! " Semua warga di bumi turut serta mencari 2.6 bintang itu.  "Namun, terdapat juga netizen yang bimbang Amirudin akan dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa, maka secara khusunya netizen mengingatkan Amirudin perlu berhati-hati.


Sebenarnya kebelakangan ini, ramai pemuzik telah menyuarakan ketidakpuasan terhadap kerajaan menerusi lagu, antaranya kumpulan band bernama 'Nao', telah menghasilkan lagu bertajuk , dengan menggunakan elektrik gitar, bass dan drum untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kerjaaan, menaruh harapan tinggi negara boleh melakukan perubahan demi kebaikan generasi akan datang.





Ketika perhimpunan Bersih2,0 yang lalu, banyak juga lagu yang dihasilkan oleh sebilangan pemuzik tempatan. Antaranya lagu jenis rap iaitu  dan lagu Bersih3.0 yang berjudul  yang menyaurakan isi hati kebanyakan rakyat Malaysia, sehingga mendapat sambutan hebat di kalangan netizen.- CARI Infonet


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2015 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
hope Yuna wat cover version lagu ni.. lagu cam sesuai ngan suara dia
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2015 01:57 PM | Show all posts
yang hilang bukan 2.6billion dik. nilai tu .. yang dijumpai dalam akaun org tu dik.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2015 02:13 PM | Show all posts
najib dan macai2 amat sensitip bukan x tau
nanti dia bankan radio yg menyiarkannya
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2015 02:24 PM | Show all posts
"Kena bayar tol, minyak kereta, elektrik dan sebagainya, mungkin kehidupan saya diselubungi kegelapan, namun tidak mengapa, saya boleh menunggu bantuan BRIM dan bantuan yang lain.


teruskan perjuangan subsidi itu dik..semoga cahaya kesenangan yang dicari akan menyinar..
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2015 02:48 PM | Show all posts
2.6 bintang bintang ....
Mimpi ngeri... bagus lagu ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-11-2015 02:54 PM | Show all posts
ni pulak lagu cina DAP:

"Luit bapak lim guan eng kasi
sama lim guan eng

suka hati guan eng la mo
pakai.. hoh?

...ho ho ho yeah"
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2015 02:59 PM | Show all posts
isk2..untung yg dapat bantuan..yg xder ni kerja keras mcm nk mampus ank tinggal..sedy2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2015 03:40 PM | Show all posts
lagu 3.85 bila nak buat

3.85 iq ku
3.85 iq mu
iq iq eq eq
mana satu
pilihanmu
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2015 03:48 PM | Show all posts
teringat aku ada satu lagu dari soundtrack Fame, lebih kurang sama macam ni....

cilaka punya ameno!!
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2015 04:19 PM | Show all posts
heheh lagu mentari suruh bangun pagi..hehe pun nak dgr jugak........
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2015 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Dengan belon sentap apa kaa dengan lagu ini juga jibby akan terasa hati ?
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2015 04:57 PM | Show all posts
cHimo replied at 6-11-2015 04:42 PM
Dengan belon sentap apa kaa dengan lagu ini juga jibby akan terasa hati ?

Tun yg terasa kot....
kesannya hingga ke generasi kini..
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2015 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
rashiman replied at 6-11-2015 04:57 PM
Tun yg terasa kot....
kesannya hingga ke generasi kini..

Ya bagus la kalau madey projek ic tuh pun terasa.. Spesis jibby kepit jugakan..
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2015 05:10 PM | Show all posts
Saingan untuk lagu anney yang nyanyi lagu beribu tahniah ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2015 05:56 PM | Show all posts
Apalah orang politik tu peduli... Selama dia memerintah negara... Mana dia peduli pasal rakayat... Hanya nak mengejar ranking dunia semata-mata. Biar rakyat susah, asalkan pencapaian kerajaan dimata dunia nampak bagus. Itulah relaiti Menteri kita sekarang. Kita telah dianak tirikan oleh bangsa sendiri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2015 08:35 PM | Show all posts
Edited by rashiman at 6-11-2015 08:41 PM
aduhaiya replied at 6-11-2015 05:56 PM
Apalah orang politik tu peduli... Selama dia memerintah negara... Mana dia peduli pasal rakayat... H ...

Kau nie...penat pemerintah pedulikan rakyat....bersyukurlah sikit...mcm2 pemerintah buat utk rakyat...
Sprti Bantuan Rakyat 1M, Kedai Rakyat 1M, Klinik Rakyat 1M, Perumahan Rakyat 1M dll.

Bila kita byk bersyukur, InsyaAllah rezeki suka dtg kat kita.

Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2015 08:48 PM | Show all posts
dizek replied at 6-11-2015 02:54 PM
ni pulak lagu cina DAP:

"Luit bapak lim guan eng kasi

Hohoho
Apa lu melepek ni
Buatla lirik yg touching sket yg sng difahami
Lu punya metafora lu sorang sja faham
Kitaolang tatak paham
Apa kena mengena luit apak Lim Guan Eng dgn rakyat jelata
Haiyya ini maciam pun ala
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2015 08:54 PM | Show all posts
Oh bulan mana hilang
Atas pucuk kayu ara
Oh bintang mana hilang
Masuk dalam akaun aku punya

Tanya sama bintang apa sebab hilang
Nanti jawab bintang aq duit derma
Bintang rayu derma
mntk masuk dana
Pak Mentari jawab apa
Itu aq yg punya
Rakyat pakat nganga
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2015 08:59 PM | Show all posts


Njaib xboleh bgtau sebab Njaib xmahu pahala ibadat beliau hilang sebab menunjuk2 akan kebaikan beliau dlm merencanakan 2.6 Billion itu...

Njaib mohon kita bertenang dan bervape dulu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:29 AM GMT+8 , Processed in 0.063358 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list