View: 10770|Reply: 95
|
[Tempatan]
Tidak Boleh Berucap, Muhyiddin Mengamuk Selepas Mesyuarat MT
[Copy link]
|
|
Tidak Boleh Berucap, Muhyiddin Mengamuk Selepas Mesyuarat MT
Posted on December 10, 2015 by Editorial|
Kuala Lumpur – Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan marah dengan keputusan ahli Majlis Tertinggi (MT) yang memutuskan hanya Datuk Seri Najib Razak akan melakukan ucapan penggulungan pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO 2015, Sabtu ini.
Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi, sejurus selepas mesyuarat khas tersebut Muhyiddin dikatakan menarik Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein ketepi sebelum menjerit sambil mengeluarkan kata-kata kesat bagi meluahkan rasa tidak puas hatinya.
“Kenapa tak bagi aku berucap, ********* betul” jeritnya kepada Hishamuddin dengan nada berang sebelum beredar.
Menurut sumber yang enggan mendedahkan identitinya itu, jeritan Muhyiddin itu di dengari oleh beberapa orang ahli (MT) lain yang berada tidak jauh dari tempat kejadian.
Keputusan yang dibuat itu turut mengambil kira perasmian dan penggulungan perhimpunan ketiga-tiga sayap parti hari ini hanya dilakukan ketua pergerakan masing-masing.
Sumber itu turut menjelaskan majoriti ahli MT merasakan adalah tidak wajar untuk membenarkan Muhyiddin memberikan ucapan memandangkan beliau telah melakukan perkara yang bertentangan dengan prinsip parti apabila mengadakan perjumpaan khas semata-mata untuk bagi mengutuk dan menyerang pemimpin tertinggi UMNO Isnin lalu.
Muhyiddin ketika berucap di dalam perjumpaan khas yang diadakan di Kampung Baru itu, sekali lagi membangkitkan isu 1MDB dan derma RM2.6 bilion yang jadi punca pemecatan beliau dari jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Tidak cukup dengan itu, Muhyiddin juga dilaporkan sengaja enggan hadir pada sesi taklimat tertutup presiden dengan pemimpin pelbagai peringkat Selasa lalu walaupun berada di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Perkara itu disahkan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika ditanya mengenai perkara itu.
“Kita dimaklumkan beliau (Muhyiddin) telah sampai ke PWTC, tetapi tidak masuk ke dalam Dewan Merdeka,” katanya sewaktu sidang media di PWTC semalam.
Menurut Zahid sehingga kini pihaknya tidak mengetahui mengapakah Muhyiddin bertindak sedemikian. – SuaraTV
|
|
|
|
|
|
|
|
sudah dijangka
xkan Muhyiddin nak memuji pula...so u gotta go go go goalllllLLLLLLLLLLLLLLLL |
|
|
|
|
|
|
|
drama tamil..... |
|
|
|
|
|
|
|
pandai carut gak heshe...
******** tu apa? Bugima kah? |
|
|
|
|
|
|
|
tak payah emo lah..tu kan parti najibul...suka hati dia nak buat gapo |
|
|
|
|
|
|
|
harap wak midin pulangkan tulur presiden |
|
|
|
|
|
|
|
Partai komunis |
|
|
|
|
|
|
|
korang tau kalau Taurus ni memang la lembut dan banyak mengalah tapiiiiii kalau dah tercabar memang jangan buat main la.dia akan balas balik. |
|
|
|
|
|
|
|
Perkara itu disahkan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika ditanya mengenai perkara itu.
disahkan oleh dia nie mmg aku tak percaya la... |
|
|
|
|
|
|
|
******** betul...
Aku lebih teruja utk mengira berapa * dan cuba utk teka apa maksud *********** |
|
|
|
|
|
|
|
sama la kita, dok gigih nk meneka apa maksud di sebalik bintang2 yg berderet tu...
|
|
|
|
|
|
|
|
lagi muhyidin mengamuk lagi la wak zahid suka
makin cerah la peluang dia nak jadi pm nanti |
|
|
|
|
|
|
|
kalau bagi muhyidin berucap, najib kencing x lawas la. |
|
|
|
|
|
|
|
“Kenapa tak bagi aku berucap, ********* betul” jeritnya kepada Hishamuddin dengan nada berang sebelum beredar.
sila isi tempat kosong mengikut kesesuaian ayat dan situasi.
|
|
|
|
|
|
|
|
p*kimK kah yg disebut sebut itu..
Takkan la kut kan..
|
|
|
|
|
|
|
|
jom kita main hang-man teka word carutan apakah itu.
|
|
|
|
|
|
|
|
hahha...drama sangat...aku tak rasa yiddin jerit camtu...drama sangat... |
|
|
|
|
|
|
|
aku teka hangsuang
sebab ada 9 * |
|
|
|
|
|
|
| |
|