CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2388|Reply: 0

Bro, Nak Kelihatan Lebih Menyerlah, Kenalah Solek..

[Copy link]
Post time 21-12-2015 11:14 AM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO





sumber foto: http://i.imgur.com/mdPii.jpg





Kaum lelaki hari ini sudah boleh menerima kenyataan bahawa mereka juga memerlukan solekan untuk tampil lebih yakin di khalayak ramai. Ia juga rahsia bagaimana kebanyakan personaliti kelihatan lebih yakin di depan khalayak dengan wajah yang sekata!





Walaupun kulit lelaki dan wanita berbeza, anda sebagai lelaki juga perlu menumpukan perhatian terhadap kulit wajah anda. Meskipun kulit lelaki lebih kasar dan tebal berbanding kulit wanita tetapi kemunculan jerawat, jeragat, warna kulit tidak sekata dan apa saja masalah kulit juga boleh menyerang wajah anda.






Begitu juga dengan penjagaan bibir anda. Mana mungkin wanita boleh jatuh hati pada anda yang sedang berdepan masalah bibir kering dan gelap! Bulu-bulu halus yang terdapat pada wajah anda akan menampakkan anda sebagai seorang yang tidak menitikberatkan penampilan. Bulu kening dan bulu hidung yang panjang dan berselerak perlu di 'cantas' agar nampak lebih kemas.





Berikut beberapa langkah mudah bagaimana seorang lelaki juga boleh mengenakan solekan agar kulit tampil lebih bersih dan bebas cela.  




sumber foto: https://salonihb.files.wordpress.com/



1. Mulakan dengan membasuh wajah. Lakukan tiga langkah asas seperti membersih, melembap dan menyegar. Basuh wajah mengikut urutan bulatan untuk mengeluarkan sel kulit mati. Elak menggosok dan lap dengan tuala yang bersih. Untuk melembap, cari pelembap yang mengandungi SPF 15 ke atas di sekitar wajah sehingga leher.





2. Bagi lelaki metroseksual, foundation adalah cecair wajah yang wajib dipakai pada muka. Namun, ia tidaklah penting kerana ia sekadar mahu menutup keseluruhan wajah anda. Jika anda benar-benar mahu menutup keseluruhan wajah anda, pastikan anda cukur wajah terlebih dahulu.





3. Gunakan concealer untuk menutup cela pada wajah anda. Apabila memilih concealer, pastikan anda uji pada pergelangan tangan untuk mencari warna yang serasi dengan kulit wajah. Concealer bertindak sebagai penutup kesan jerawat, bulatan gelap bawah mata dan bintik merah pada kulit. Cara mudah untuk menyapu concealer adalah dengan menggunakan  jari.



4. Untuk meratakan concealor supaya tidak kelihatan bertompok dan bertindih dengan warna kulit asal, gunakan berus untuk menyapu bedak tabur pada wajah supaya sekata dengan wajah anda. Sapukan bedak pada kawasan yang anda sapukan concealor.




sumber foto: http://i.imgur.com/mdPii.jpg



5. Lip balm atau pelembap bibir amat berguna untuk melindungi bibir dari kering akibat cuaca seperti penghawa dingin. Semestinya pilih lip balm tanpa warna. Memakai lip balm setiap hari membantu bibir anda lebih lembut dan mengelak bibir menggelupas.




6. Elak tidur dalam keadaan bersolek. Pastikan anda membersih wajah setiap hari sebelum masuk tidur kerana kulit juga perlu bernafas. Membiarkan kulit tanpa menanggalkan solekan boleh merosakkan kulit anda. Jika anda mempunyai kulit yang kering, jangan lupa sapukan pelembap khas untuk malam.





Mungkin anda merasakan langkah ini menyusahkan dan tidak sesuai dilakukan oleh kaum lelaki. Sekurang-kurangnya, wajah yang bersih dan bebas cela mampu memberi anda keyakinan untuk berdepan dengan orang ramai tanpa perlu mengenakan kaca mata hitam atau topi untuk melindungi wajah kusam. - CARI Infonet







sumber info: http://www.beautytipsonline.com/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Najib 'sangkut' ke semua tuduhan kes 1MDB
maklukpenggodaNajib 'sangkut' ke semua tuduhan
Views : 67148 Replies : 49
bhatt ji
akku8876ddbhatt ji
Views : 0 Replies : 0
Najib Masih Mahu Jadi Tahanan Rumah
MahathirinaNajib Masih Mahu Jadi Tahanan Rumah
Views : 1522 Replies : 10
EPSTEIN FILES PT.2:  Nama Trump naik lagi bersama Tok Arab, David Copperfield, founder Victoria Secret...etc
Tumpang-SibokEPSTEIN FILES PT.2: Nama Trump naik lag
Views : 5377 Replies : 1
bhatt ji
akku8876bhatt ji
Views : 1010 Replies : 0
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 23710 Replies : 9
berita malam seram:pocong parit buntar tumpas.jadi bahan jenaka Public Health Malaysia
YgBenarberita malam seram:pocong parit buntar t
Views : 26297 Replies : 22
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 57513 Replies : 1092
WUTHERING HEIGHTS
SY_MumiWUTHERING HEIGHTS
Views : 350 Replies : 3
THE BRIDE!
SY_MumiTHE BRIDE!
Views : 281 Replies : 2

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 03:28 AM GMT+8 , Processed in 2.040835 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list