CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 125330|Reply: 100

[kompilasi] SAYURAN

 Close [Copy link]
Post time 10-3-2004 06:29 AM | Show all posts |Read mode
BABY KAILAN [gigi kuning]

SAYUR NI GUA PANGGIL BABY KAILAN

UTK MENUMIS
SEDIKIT UDG KERING DIRENDAM DULU
BAWANG PUTIH DAN MERAH
TUMBUK YA PUAN2

KALAU LU ORG NAK BAGI SAYUR GORENG TU NAMPAK HIJAU DAN BERKILAT, CAMNI CARANYA
JERANG AIR, BILA DAH DIDIH TARUK 2 SUDU BESAR MINYAK MASAK
CELURKAN SEKEJAP SAYUR TADI......ANGKAT DAN TOSKAN
TARUK DLM PINGGAN

TUMIS BAHAN TUMISAN TADI
TARUK GARAM
PAK AJI
TAK LUPA......KEWAJIPAN GUA........SOS TIRAM

DAH MASAK TUMISAN TADI CURAHKAN ATAS SAYUR


baby kailan kukus bersos tiram[paja]

baby kailan
bawang putih (3 ulas, cincang halus)
halia (1cm, cincang halus)
sos tiram (3 sudu besar)
minyak masak

cara:
1) baby kailan tu kukus dulu. jangan lama sangat. letak dalam pinggan.
2) tumis bawang putih, halia sampai naik bau. masukkan sos tiram, letak air sikit dalam 3 sudu gak. masak sampai mendidih. pastu taburkan atas sayur.

[ Last edited by NoorMasri on 30-7-2005 at 10:44 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2004 02:21 PM | Show all posts

[Kompilasi] SAYURAN & TELUR

Baby Kailan Tumis Cili dengan Udang [Paja]


Bahan:

baby kailan (dalam 8,9 jurai, potong 2 atau 4)
udang (100 gm)
cili kering (10 jurai atau lebih)
bawang putih (2 ulas)
bawang merah (2 ulas)
halia (sehiris je cukup)
belacan
asam gelugor
garam

Cara:

1) blend cili, bawang putih, bawang merah, halia dan belacan. jangan banyak sangat air bila blend tu.
2) tumis bahan yang dah dikisar sampai naik minyak. api kecik je.
3) masukkan udang yang dah dibuang kulit, asam gelugor, garam secukup rasa. nak balance rasa tu .. letak gula sikit.
4) last sekali baru masukkan baby kailan. gaul rata. tumis tu jangan lama sangat ... rasa cam dah masak sayur tu .. angkat, hidang.

Nota...paja pernah cuba masak baby kailan ni tumis cili macam tumis cili asparagus .. sedap gak.



Brokoli dan Tofu Telur [Paja]
brocolli dalam 200gm
soft tofu @ egg tofu
bawang putih (3 ulas)
osyter sauce
halia muda - hiris halus
daun bawang - chopped
minyak bijan
tepung jagung
cili merah sebiji - hiris halus

- brocolli dan tofu steam. kalau guna egg tofu, potong pastu deep fry sikit. masuk dalam pinggan
- tumis hirisan halia dan chopped garlic sampai kuning, naik bau.
- masukkan oyster sauce, tambah air sikit. minyak bijan dalam 1 sudu kecik
- bancuh tepung jagung .. masak kuah sampai pekat. tambah garam kalau tak cukup masin.
- tabur atas brocolli dan tofu. sprinkle daun bawang dan hirisan cili merah. siap!!

makan dengan nasi panas2. budak2 mesti suka. kalau nak sedap lagi, boleh tambah button mushroom dalam masakan.

Broccoli

variasi [antique]

brokoli ni tak keras cam cauliflower.. so kalau masak tu kena treat macam treat baby sawi.. tak boleh lama sangat.. kalau tak memang dia jadi fragile sangat.. brokoli ni saya treat as sayur yg boleh dicampak di mana-mana sebagai tambahan.. saya masak sup ayam campur karot pun kekadang saya campak brokoli, saya masak tomyam pun kekadang saya campak brokoli.. tapi yg sedap masak ngan oyster sauce, or buat mix vege, or celur je and sprinkle sikit table salt, makan gitu je..


variasi [Cokelat-Rawk]

seblm masak mix-vege... celurkan semua sayur tu....
so tinggal nak tumis bawang putih, masuk lada sulah, halia, minyak bijan, sos tiram/abalone...
stir-fry kejap, pastu hidang.... tak sampai 5 minit kalo guna api kuat.


Variasi[ninoZ]

celur kejap or kukus..
gaul dgn butter sket..sprinkle garam ajishio n bawang goreng..cecah mayonis/sambal belacan

[ Last edited by  NoorMasri at 20-11-2006 03:49 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2004 02:23 PM | Show all posts
Claypot Bean Curd with Mushrooms [chempaka_ku]

Recipe dari Everything Bean Curd by Betty Saw

Bahan-bahan:
90g  udang
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2004 02:25 PM | Show all posts
Gado Gado (Indonesian & M'sian cooking) [khtan]

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2004 02:27 PM | Show all posts
Grill Jagung bersama mentega berherba [zegna]

Bahan?:-

? cawan mentega - dilemb*tkan dalam suhu bilik
3 sudu besar daun herba dill - di cincang
3 labu bawang putih - di cincang halus
6 batang jagung segar - di bersihkan

Cara membuatnya: -

Gaulkan mentega, daun herba dill serta bawang putih yang telah dicincang tadi
sehingga sebati dalam sebuah mangkuk berbentuk empat segi,
setelah itu tutup mangkuk dan sejukkan selama 8 jam.  
Apabila telah sejuk dan beku, potong mentega berukuran 1" x 1.5" dgn. ketebalan setebal 1 cm.

Jagung segar yang telah dibersihkan grill di atas api yang sederhana selama 10 minit
atau sehingga jagung empuk, sekali sekala pusing kan ia, agar masak rata.  
Setelah siap, hidang kan panas? jagung tersebut bersama mentega berherba
(dengan cara meletakkan mentega tersebut diatasnya.



Jagung Bakar Bersama Nenas [RasaCinta]

saya suka bakar jagung ngan pineapple sekali..
patahkan tiga kemudian cucuk cam buat fruit salad ngan potongan nenas..bukan yg dlm tin nye..

pastu cicah ngan thai cili sos

Grill Capsicum [ajinomonosuga]

kalo nak tips capsicum meh aku ajor skit..
ko beli sebijik kaler pe pun
potong dua..buat edge putih2 dia tuh..
ko filling dengan apa pun..
kalo yang jiran aku ajar..just cut half dia buh garlic je kemudian plenty salt pepper dia masuk oven...
fuhhhh slurpzzzzz sedapzz..
mende ni mahal so tokleh buang apa pun pasal kesedapan capsicum ni memang tersohor..
aku makan mentah je kaler apa pun.
sayur2 ni salu aku makan mentah..dah basuh laa




Grill Capsicum [ninoZ]

capsicum esp yg kaler merah, oren or yellow..kalau grilled mmg sweeet sangat2

Cara[1]

capsicum sebiji2 tu..grill je direct atas api dapo..bior sampai kulit dia cam hangus sket..
pastu terus masuk dlm plastik bag..tutup kejap bior cam dia berpeluh sket..
pastu leh peel off kulit luar dia dgn senang..


Cara[2]

penah sekali buat masak capsicum nih style maghribi..
stuffed dgn daging cincang yg dicampur dgn herbs, bwg beso chopped..
campo beras sket..tomato puree sket [kene tumis sket dulu stuffing dia]
pastu masa nak bakar tu tuang cam sos tomato  atas dia..pastu bakar
cedappppp..:
pastu buat salad esp cold one..dgn leftover chicken ke ape ke..
aduhhhhh...sedap sekaliiii


Cara[3]

satu lagi kalau guna stuffing yg sama..taruk dlm daun kobis yg dah scalded..
pastu bungkus..tuang sos yg sama tu then bakar..
tabur cheese sket
yummmyyyyyyyyyyyyy..

utk stuffed cabbage tu..
buat sos dia guna grilled capsicum pun sedapp...
sweeet je rasa dia

[ Last edited by  NoorMasri at 20-11-2006 02:52 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2004 02:28 PM | Show all posts
Gulai Roti Canai [seribulan]

BAHAN
* 1 cawan dal Austalia (boleh tanya kat kedai - jgn beli yg lain..ada tu
special nek buat vadai)
  (di rendam selama 1 jam)
  Bawang merah secukupnya
  Bawang putih secukupnya
  Halia di tumbuk
  Cili hijau 3 - di belah dua
  Daun kari
  KAyu manis,cengkih,bunga lawang(A)
  Rempah campuran (biji sawi, halba, jintan dan sbg)(B)
  Ubi krntang-3 biji
  Carrot
  Serbuk kunyit secukupnya / Serbuk kari ayam (jika mahu)
  Minyak masak
  Garam

CARA
* Didihkan air sebanyak 5 atau 6 cawan dan masukkan dal yg direndam tu
(tapis air)...biarkan ia mendidih.
* Masukkan beberapa ulas bawang putih,sedikit minyak masak (2 sudu), sedikit
garam dan sedikit serbuk kunyit...didihkan pada api yg kecil sehingga dal
masak atau empuk.
* Setelah masak angkat dan ketepikan.
* Panaskan minyak, masukkan bawang merah, bawang putih, halia, daun
kari,cili, bahan A dan Bahan B..kacau kacau..
* Masukkan ubi kantang dan carrot...tambahkan sedikit air..air rebusan dal
tu pun boleh..
* setelah ubi separa masak..masukkan dal yg telah masak..kalau pekat
masukkan air yg sekupunya.
* Masukkan garam, ajinamoto (kalau mahu) dan serbuk kunyit
secukupnya...serbuk kari sekucupnya.
* bolehlah angkat setelah ubi masak...taste and see

Kuah Parpu [Dhall] [ninoZ]

1 cawan dhal[parpu holland] - rendam semalaman
serbuk kunyit
3 biji cili hijau - dipatah2
1 bawang besar - diced
4 ulas bwg putih
1" halia - finely chopped
1 tomato - potong wedges
1 petola [yg kecik sket] - slice
1 terung- belah 2 then slice
1 cawan santan
utk tumis darat:
3 bwg merah - mayang halus
daun kari
1 tsp jintan manis
1 tsp halba campur
cili kering - potong pendek2
garam gula secukup rasa

Cara
rebus kacang dal dgn kunyit, cili hijau, bwg beso, bwg putih  n halia..
rebus bior kacang dal tu empuk n bahan2 lain semua separa hancur
kalau nak senang..blend je separuh bahan2 ni bila dah agak2 nak empuk..
so ade aa texture sket..yg smooth n yg chunky]

bila dah empuk.. bleh masukkan sayur-sayuran plak..
bleh gak pecahkan telur ke dlm kuah kalau suka
then masukkan santan..kacau bior mendidih jap..hingga kepekatan yg dikehendaki..
perisakan garam gula
tumis bhn2 tumisan darat then curah je kedalam kuah parpu..
bior kejap then bleh tutup api n siap utk dihidangkan


DALCA SAYUR [hanieliza]

Bahan
1 cawan kacang dhal (rendam hingga kembang)
3 biji ubi kentang (dibelah empat)
1 batang lobak merah (dipotong dadu)
5 batang kacang panjang (dipotong 2 cm)
2 biji terung bulat (dibelah enam)
5 biji kacang bendi( di potong 2)
1/2 biji kubis bulat (dipotong dadu)
6 biji tomato (dibelah enam)
2 labu bawang besar (dihiris) 3 ulas bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
4 mangkuk santan
2 bungkus serbuk kari ikan [bancuh jadikan pes]
Minyak masak
Garam

Cara:
1. Tumis bahan dihiris hingga kekuningan dan wangi
2. Masukkan rempah kari dan biarkan hingga naik minyak.
3. Masukkkan santan dan biarkan mendidih.
4. Masukkan kacang dhal, ubi kentang dan biarkan setengah masak.
5. Masukkan sayur yang lain dan masak hingga sayur empuk dan masukkan garam.
6. Akhir sekali, masukkan tomato dan angkat.

[ Last edited by  NoorMasri at 21-11-2006 06:14 AM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-4-2004 02:30 PM | Show all posts
Jantung Pisang Stir Fry [style india] [ninoZ]

1 jantung pisang - belah 4 memanjang pastu hiris kecik2
ikan bilis sket - bersihkan then tos
1 tbsp kelapa parut
1 tbsp tairu/plain yogurt
1 bwg beso - hiris
3-4 garlic sket - titik
2 btg cili kering - bersihkan n potong pendek
1 tsp jintan putih
daun kari
secubit serbuk kunyit
garam n gula secukup rasa
minyak utk menumis

rendam jap hirisan jantung pisang tu  dlm air panas/suam n campurkan garam [agak2 10 minit ke] pastu toskan
panaskan minyak, then saute garlic dgn bwg beso sampai golden..
pastu masukkan jintan putih, daun kari,ikan bilis n cili kering..kacau lagi sampai naik bau
then masukkan jantung pisang, kelapa parut, tairu n perisakan garam gula secukupnya..kacau kejap
tabur kunyit n kacau lagi sampai sedikit kering..
pastu angkat n siap utk dihidangkan panas2



Masak Tempoyak Jantung Pisang [Paja]

1 jantung pisang (sederhana besar) - hiris nipis
daun kunyit (3 helai, hiris nipis)
semangkuk santan pekat (kira mangkuk kecik ler ni)
semangkuk tempoyak
cili api (10)
bawang merah (5)
bawang putih (3)
kunyit hidup (dalam 1/2 inci. nak pakai serbuk pun boleh gak)
serai ( 1 dititik)

Cara:
1) Kisar cili, bawang2, kunyit.
pastu masukkan dalam periuk, campur santan, serai tempoyak, didihkan ..
api kena pelan.
2) masuk jantung pisang, garam, daun kunyit.
bila dah menggelegak 2 kali ... boleh angkat.

kalau nak balance rasa masam, masin tu ... letak sikit gula.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2004 02:33 PM | Show all posts
Kerabu Jantung Pisang [hanieliza]

bahan
1 biji jantung pisang...........rebus sehinggalembut........hiris
250 gm perut lemb*..........rebus juga sehinggalembut..hiris
1 cawan santan pekat
2 sudu besar kerisik
air  limau dan asam jawa secukupnya

1 labu bawang besar... ]
2 batang serai.........] mayang halus
cili merah.............]
cili api & cili merah..]
sedikit belacan
garam
gula

Gaulkan semua bahan dan perahkan air limau dan air asam jawa.
Rasakan masin & manis kerabu ini.
Hidangkan bersama nasi putih.


Sayur Bunga Durian [Baiduri Othman]

cili merah
bawang merah  
bawang putih
udang kering or ikan bilis
belacan.

Bahan2 ditumbuk & digoreng hingga garing.
Lepas tu masuk bunga durian.
Masuk garam & sos tiram & goreng hingga masak & tambah sedikit air.
Fulamak.....!



MASAK LEMAK PUTIH JANTUNG PISANG n PUCUK UBI [anak_minang]


1.1 ikat pucuk ubi dicelur n toskan
2.1 ketul jantung pisang bersihkan dan rebus hingga  empuk n toskan.
   agak2 dah sejuk, carik2kan.
3.1 biji kelapa diperah n ambik santannyer
4.2 ikat tempe potong serong

bahan untuk menumis :-
minyak utk menumis
2 ulas bwg putih
5 ulas bwg kecil
sedikit cili padi
1 batang serai diketuk
garam secukup rase

Cara..
mule2, panaskan periuk n minyak.
pastu tumis bhn2 tu, agak2 dah naik bau,
masukkan santan kelapa kemudian tempe.
last skali...nampak cam dah nak mendidih santan tu, masukkan pucuk ubi dan jantung pisang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2004 02:35 PM | Show all posts
Kangkong Goreng Belacan [Za]

Bahan:
Kangkong dua ikat(dipotong)
belacan melaka 1/4 keping(dibakar dulu)
lada kering 5 biji   ]
4 ulas bawang merah  ]dikisar halus
4 ulas bawang putih  ]
seiris halia  
Air asam jawa sejemput
garam seadanya plus sedikit ajinomoto.

Method:
Panaskan kuali dan 1/2 cawan minyak
masukkan bahan yang dikisar tadi dan goreng hingga lada tadi masak naik minyaknya.
Masukkan air asam jawa dan garam secukup rasa,ditambah sedikit perasa ajinomoto.
Setelah bahan nya menepati rasa barulah masukkan secamca gula
akhir sekali masukkan sayur kangkong tu dan digaul.
Bila kangkongnya dah masak ,angkat dan masukkan kedalam bekas lauk untuk dihidangkan.
P/S Sekian selamat mencuba


Kentang ala India[ninoZ]

kentang - kupas n potong dadu..jgn kecik sgt la
bwg beso - chopped coarsely
garlic - chopped
biji sawi
cili merah/hijau - chopped
daun kari [optional]
serbuk kunyit
air secukupnya
garam secukup rasa
minyak/ghee
daun ketumbar - chopped

panaskan minyak/ghee pastu tumiskan biji sawi n daun kari sebentar..
then masukkan garlic dgn bwg beso sampai bwg beso tu layu n translucent..
masukkan kentang..saute kejap
add in cili, air secukupnya, kunyit n sedikit garam [nak sedap bubuh stok ayam sketttt je ]
nak tutup pun bleh gak..
masak slowly sampai kentang tu masak n cam separa lecek..then bleh set aside
pastu taburkan dgn daun ketumbar..
siapppp..


Kentang Goreng McD [virgomal]


korang boleh kopek/kupas kulit kentang yang dbeli kat pasar..
kemudian potong memanjang macam  kat KFC tu.... cuci dan tos
celop kan kat dalam air panas yang baru mendidih 1-2 min...
terus goreng kat dalam minyak panas..... sampai kekuning?an... angkat...
dah siap pon untuk dimakan

kalau nak tambah carrot n kacang peas pun bleh gak

kentang goreng bersalut tepong[marr]

2 biji ubi kentang, dikupas dan dipotong dadu.  saiz sederhana.
3 sudu tepong gandum
garam & lada sulah secukupnya
minyak untuk mengoreng

panaskan minyak.  gaulkan garam, lada sulah & tepong.  bila minyak cukup panas, baru gaulkan kentang bersama tepong dan digoreng.  api musti sederhana, kalu tak.. tepong jadi hangit!  dah kuning, angkat...

rangup & sedap weiiii

Potatoes Skin.
-------------------

Bahan
--------

1 kg potatoes
3 bijik buah tomato
2 bijik bawang besor
cheese
salsa

Bahan salsa
---------------

1 tin besar whole peeled tomatoes
herbs basil
1 bawang besor
seulas garlic
secubit butter
sesudu minyak
3 sudu chilli paste
chili pickles or jalapenos

cara membuat
-------------------

salsa.
-------

masuk minyak lam pot buh butter masuk bawang yang telah di potong halus
blend whole peeled tomatoes dan masukkan
masuk basil, jalapenos, chili paste  dan masak sampai didih dan off api

[ Last edited by  NoorMasri at 21-11-2006 06:50 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2004 02:37 PM | Show all posts
Gulai Daging dgn Jantung Pisang [ninoZ]

caranya mudah je
buat gulai cam biasa, paling sedap daging/tulang or ayam la
tapi taruk kerisik sket bagi pekat..daging/tulang/ayam bior empuk
pastu taruk je jantung pisang yg telah di potong n direndam air panas+ garam terlebih dahulu
[ bior byk sket jantung tu..sedap wooo]
masak bior jantung tulembut..then bleh dihidangkan

Kerabu Mangga [antiQue]

Bahan-bahan
Mangga yang belum masak tapi dah tua.. ala-ala mengkal-mengkal gitu (kalau masam sangat pun tak best gak)
Serai
Bunga kantan
ikan bilis digoreng dan ditumbuk
cili padi
fish sauce (yang dalam botol tu)
sotong / udang dicelur
(setengah orang taruk bawang, tapi saya prefer tak letak)

Cara-cara
Mangga tu racik halus-halus. Serai ngan bunga kantan pun gitu gak. Cili padi potong halus..
then campur sumer bahan tadi.
Then gaul sekali ngan sotong / udang celur, ngan ikan bilis yang dah siap goreng dan ditumbuk tadi.
Then masukkan fish sauce, pastuh letak lah perisa apa pun..
kalau tak cukup masin tabur garam,
tak cukup masam perah asam limau,
tak cukup pedas tambah cili, tak cukup perisa tambah pak aji. Sukati lah..

Makan ngan nasi panas dan ikan bakar..

[ Last edited by  NoorMasri at 20-11-2006 03:13 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2004 02:44 PM | Show all posts
Masak Lemak Pegaga [ninoZ]

pegaga
halia + baw. merah + garlic + kunyit
santan
daun kunyit
serai
lada hitam


tumbuk sedikit halia + bwg merah + garlic + kunyit...
masukkan dlm periuk bersama santan n hirisan daun kunyit [nak tambah sebatang serai pun bleh gaks]
masukkan pegaga..masak kejap till mendidih
masukkan lada hitam yg ditumbuk kasar
kacau seketika n siap utk dihidangkan

[nak tumbuk cili merah or cili padi pun bleh gaks..
terpulang pada selera masing2..
or buat je cam masak lemak cili api biasa]



Rendang Pegaga [ninoZ]

pegaga
udang hidup [ganti udang kering pun bleh..masuk sekali dgn bahan kisar]
santan
dikisar halus: [serba sket je]
bawang merah
bwg putih
halia
lengkuas
kunyit hidup
serai
cili kering - seeded, rendam n toskan

sedikit kerisik
gula merah
garam secukup rasa

masuk semua bahan kecuali pegaga ke dlm kuali n renih hingga pekat
then baru masukkan pegaga..
masak seketika..jgn terlampau lama or terlampau kering..bior lembab2 sket baru sedap
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2004 02:47 PM | Show all posts
Terung Tauchu [Paja]

Bahan:

terung lonjong
tauchu (2 sudu besar)
halia (1cm, hiris halus)
bawang putih (2 ulas, hiris)
bawang merah (2 ulas, hiris)
bawang besar (sebuku .. sedap kalau bawang besar kuning tu ..crunchy)
cili hijau (3 biji, belah tengah)
ikan bilis (dalam sejemput dah cukup)
asam gelugor

cara:

1) potong terung ikut suka hati. nak elak lebam, rendam dalam air sejuk.
2) tumis bawang putih, bawang merah, halia, ikan bilis. dah naik bau ..



Terung Berlada [Paja]

bahan kisar:

cili kering
bawang putih
bawang merah
halia
belacan

terung
ikan bilis
asam jawa

cara:

1) goreng terung sampai agak layu. angkat masuk dalam bekas.
2) pastu tumis bahan kisar sampai naik minyak.
3) masukkan terung, ikan bilis, air asam jawa, garam, gula secukup rasa.
masukkan tauchu, tumis sampai naik bau lagi.
3) masukkan terung, bawang besar, asam gelugor.
4) kalau nak kuah, letak air sikit. rasa ler ..
kalau tak masin, tambah garam sikit. selalunya tauchu dah masin.



Pajeri Terung [Paja]

bahan:

terung (selalunya guna terung lonjong tu ..potong panjang2)
serbuk kari udang (sepeket kecik, campur ngan air sikit)
udang kering
bawang putih
bawang merah
halia
santan
kerisik
asam gelugor

cara:

1) tumbuk bawang putih, merah, halia, udang kering.
kalau nak pedas, tumbuk sekali cili kering .. ikut suka nak berapa jurai.
2) tumis bahan tumbuk sampai naik bau.
pastu masukkan rempah kari. tumis lagi sampai naik minyak/bau.
3) masukkan santan, asam gelugor.
4) bila kuah dah pekat .... masukkan terung dan kerisik.
bila dah masak, hidangkan ..

makan dengan nasi atau roti.

Pajeri Terung [woman]

cara saya:

1)bawang merah tumis separuh garing

2)masukkan ikan bilis....goreng bersama bawang tadi

3)bila bawang kekuningan,masukkan rempah kari

3)isi air sikit

4)masukkan kerisik + gula melaka +santan

5)tunggu sampai kuah mendidih

6)masukkan terung

7)lebih kurang 5 minit lps tu tutup api

PAJERI TERUNG [bebeh]

  
Bahan-bahannya:-
- terung panjang 3 biji
- bawang merah & putih 3 ulas ditumbuk
- bawang merang & putih 3 ulas dimayang halus
- sedikit halia, bunga cengkih, b.lwang dan kayu manis
- 3 sudu kecil rempah kari ikan atau rempah udang
- daun kari, 1/2 biji santan

Cara-Menyediakannya:-
1.  Bawang merah bawang putih yang tumbuk digaul bersama rempah kari
     dan daun kari (a)

2.  Tumis bawang merah dan putih yang mayang bersama halia, bunga
     lawang dan yang lelain. Bila garing, masuk rempah tadi dan halia.  Goreng
     hingga garing dan naik bau

3.  Masuk terung yang dipotong separah atau kalau suka biar sebiji pun boleh
     masuk santan, sedikit gula, garam dan kerisik kelapa yang paket kecil  
     masak hingga mendidih biar pekat.

*  Kalau hendak sdap boleh tambah rencah udang kering.
    Resipi ini boleh juga ditukarkan nenas masak.

[ Last edited by  NoorMasri at 21-11-2006 06:05 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2004 02:49 PM | Show all posts
Kerabu Terung [hanieliza]

Bahan....
4 biji terung panjang..potong kecil [celur/rebus]
200 gm udang[buangkan kulit dan celur]
4 biji limau nipis[ambil airnya]
1 cawan santan pekat
1 ulas bawang merah....]
1 biji cili merah.............] mayang halus

3 biji cili merah   .. ]
sket belacan         ]
2 biji cili api      .....] kisar/tumbuk halus
1 s/k lada hitam     ]  
garam

cara.....
Gaulkan semua bahan dan rasakan garamnya.
Hidangkan.

Kerabu Terung ala Thai [ninoZ]

bahan-bahan:

terung panjang hijau - grill pastu buangkan kulit luar..perah sket air dia
cili padi - dititik
lemon juice
gula kelapa [gula biasa pun bleh]
fish sauce [nampla]
bawang merah- mayang nipis2
bawang putih - chopped
udang kering - goreng garing n tumbuk kasar
daun ketumbar - hiris
daun pudina [jika suka]

potong terung kecik2, gaulkan dgn cili padi, bwg merah, bawang putih n udang kering..
pastu season secukup rasa dgn nampla, gula kelapa n lemon juice..
tabur daun ketumbar n daun pudina
siappp


Terung Goreng [Amelie_Poulain]


terung dihiris nipis2... gaul garam & kunyit.
goreng dgn minyak byk sampai kekuningan. Angkat,
masak dgn sambal udang kering/hidup.

Atau masak dgn kicap sikit & bawang besar
masukkan terung yg dah di goreng tu

Terung Goreng [hanieliza]

Terung panjang ..dipotong 2 dan belah 2
garam
kunyit
cili mesin sket + baw. putih tumbuk

Gaul semua bahan [macam gaul ikan goreng] pastu goreng dalam minyak panas yg banyak..
Dah garing dua2 belah tu angkat dan hidangkan..
makanlah dgn sup tahulembut ke...
atau makan ngan bubur nasi pun okey gak..

Sambal Goreng Terung Pipit & Ikan Bilis [hanieliza]

1 cawan terung pipit...buangkan tangkai dan basuh...goreng dalam minyak dan toskan
1 cawan ikan bilis goreng

Sambalnya...
1 cawan cili mesin
2 labu bawang besar       }
2 ulas bawang putih       } mesin
sikit belacan..jika suka  }
1/2 cawan air asam jawa

Cara memasak..
1. Tumiskan sambal sehingga garing dan masukkan air asam jawa.
2.  Bila dah naik minyak dan pekat baru masukkan ikan bilis daan terong pipit tadi.
3.  Hidangkan bersama nasi panas...ikan goreng dan sayur lemak kobis...

[ Last edited by  NoorMasri at 20-11-2006 03:21 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2004 02:50 PM | Show all posts
Terung Masak Kicap [CoKeLat-RaWkZ]

Terung (dipotong 3, pastu belah 2)
Cili
Ikan bilis
bawang merah/ putih
kicap
garam, perasa dan sedikit gula

1.  tumbuk cili, ikan bilis, bawang merah/putih.
2.  Tumiskan bahan tumbuk, bila dah kekuningan/ naik bau masukkan terung
3.  tuang kicap, masuk perasa, gula dan garam (jika nak masin lagi...)
4.  bila terung dah empuk, siap lah tuuuu....

[ Last edited by  NoorMasri at 20-11-2006 03:20 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2004 02:56 PM | Show all posts
Terung Dayak Dan Ikan Salai [CoKeLat-RaWkZ]

Bahan-Bahan:
1 kg terung Dayak
1 liter air
2 batang serai
15 gm halia
2 ulas bawang putih 2 biji bawang merah
500 gm Ikan Lumbi Salai
Garam secukupnya
1 camca teh serbuk lada putih

Cara:
Basuh terung dan hiris setebal 1 cm. Jerang air.
Titik serai dan halia.
Bawang putih dan bawang merah ditumbuk lumat dan dimasukkan ke dalam air yang sedang menggelegak.
Masukkan terung Dayak dan masak hinggalembut.
Rendam ikan salai seketika.
Apabila terung dayak hampir masak masukkan ikan, garam dan serbuk lada putih.

[ Last edited by  NoorMasri at 20-11-2006 03:21 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2004 02:57 PM | Show all posts
Terung Panggang [CoKeLat-RaWkZ]

Bahan-Bahan:
2 biji terung yang sederhana besar
1 ulas bawang putih (ditumbuk lumat)
1 biji cili merah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2004 03:00 PM | Show all posts
Urap Rampai Pucuk Paku n Babat [ninoZ]

kelapa parut - bahagian putihnyer aje
dicelur:
babat - potong memanjang
pucuk paku - potong pendek
taugeh - buang akar
kacang pjg - potong pendek [kalau hiris nipis takyah celur pun tak pe]
ditumbuk kasar :
cili merah
bawang merah
belacan
uadang kering/ikan bilis
sedikit cekur
sedikit kunyit hidup

garam n gula secukup rasa
perahan limau nipis

kelapa parut digaul dgn bahan tumbuk n disangrai seketika..pastu gaulkan dgn sayur-sayuran n babat
perisakan garam gula dan air limau nipis secukup rasa..
siappp!

variasi:
asas sambal n kelapa tu leh buat apa apa urap..gunakan sayur pilihan anda, tak taruk babat pun tak pe
sayura yg biasa digunakan :
daun kaduk
pucuk ubi
pucuk meranti
kacang panjang
pegaga
daun selom
kacang botol
dan lain lain lagi yg sewaktu dgnnyer



Kubis Tumis ngan Kicap [Strawberry]

Bahan-bahan:
bawang kecik ngan bawang putih tumis..
Cili kecik..
Bilis..
Soon (sohun?) rendam,
kubis hiris halus..

Tumis bahan2 berkaitan... taruk bilis, taruk belacan sket..
Buh air... kubis... serbuk perasa, last sekali kicap
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2004 03:02 PM | Show all posts
Lobak Asin Bertelur [dewi]

lobak asin
kacang tanah
bawang merah & bawang putih
cili merah & cili api
telur


potong dadu lobak asin, goreng kacang tanah.
tumis bawang merah, bawang putih cili, merah ,cili api.
peh tu campur kan lobak asin tu and then masukkan kacang tanah....
peh tu pecah telur ( pukul sikit) then tuang telur tu atas campuran semua tu tadi. ....
biarkan kejap peh tu baru kacau.




lobak Asin with Kacang Buncis [NurAlara]

bahan:

1.lobak asin
2.kacang buncis
3. cili kering- 5 tangkai
4.bawang besar-1 labu
5.bawang putih-
6.tahu jepun
7.minyak
8.tepung jagung
9.air
10.sos tiram

cara:
1.rendam lobak asin dlm air..5 minit
2.potong kacang buncis pendek2..(patah2kan)
3.tahu jepun potong nipis2..goreng.
4. cili kering-patah2kan
4.panaskan minyak..masukkan bawang putih..
5.masukkan cili kering yg di potong panjang2 dan lobak asin
6.masukan bawang besar
7. masukkan kacang buncis
8.masukkan tahu jepun.
9.curah sedikit air.1/2 cawan dan 2 sudu sos tiram
10.masukan tepung jagung yg dibancuh dgn sedikit air..utk pekatkan kuah.
11.hidang..




Lobak Asin Tumis Ikan Bilis [Paja]

lobak asin
bawang besar
cili padi
ikan bilis

potong lobak asin ni kecik2, rendam dengan air.
potong bawang besar, cili padi.
goreng ngan ikan bilis sampai garing.
sedap makan ngan nasi panas2.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2004 03:04 PM | Show all posts
MASAK LEMAK KOBIS [putubambu]

Bahan-bahannya :
1. dah tentulah sayur kobis..takkan sayur bayam pulak kot..
2. kelapa 1/2 biji - diperah dan diambil santannya
3. bawang merah - dihiris
4. cili merah - dihiris
5. sedikit udang kering/udang basah ataupun ikan bilis..dlm sejemput
6. Garam secukup rasa

Cara Memasaknya :
Ambik semua bahan di atas...
bubuh dalam periuk
tenggek atas api... kacau selalu..
bila mendidih..bubuh garam sikit..
rasa dulu... baru angkat..





Masak Lomak Kubis [ninoZ]

Cara I

kubis - hiris ikut suka
cendawan telinga beruk - rendam hingga kembang
udang hidup
bawang merah - mayang
bawang putih - mayang
cili merah - mayang
sedikit halia - mayang
santan
garam gula secukup rasa
sedikit minyak

panaskan minyak,
tumis bawang merah, garlic, halia n cili merah till aromatic..
pastu masukkan santan pastu kobis, cendawan n udang hidup..
perisakan garam gula secukup rasa..agak kuah tu mendidih..tutup api


Cara II

Masak Lomak Kubis II

kobis - potong ikut suka
bwg beso - potong wedges
tauhu - goreng pastu potong
dikisar bersama:
santan
ikan bilis sket
bawang merah sket
bwg putih sket
cili merah
kunyit

garam gula secukup rasa
daun kunyit - hiris halus/siat2
masukkan semua bahan dlm periuk..
kacau agar santan tak berkepala..
agak2 mendidih..leh tutup api
siappp!
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2004 03:21 PM | Show all posts
Sawi bersama Cendawan dan Lobak  [Paja]

Bahan-bahan  
200g sawi
100g lobak merah (dihiris serong)
1/2 cawan cendawan tiram yang jenis kecil - jangan dipotong
2 ulas bawang putih (dihiris)
3 biji bawang kecil (dihiris)
1/2 inci keping halia (dihiris halus)
1 sudu makan kicap cair
sedikit serbuk lada putih
1 sudu makan minyak makan
1 sudu makan minyak bijan

Cara-cara

1) Panaskan minyak makan bersama minyak bijan. Masukkan bawang putih, bawang kecil, halia.
2) Bila dah wangi, masukkan lobak dan cendawan.
3) Masak beberapa minit lagi, campur pula kicap cair, serbuk lada putih.
4) Masukkan sawi, kacau biar cepat-cepat. Dah siap!


Mushroom Cheese Omelette [Paja]


Bahan-bahan
4 biji telur
cheddar shredded Cheese
button mushroom (dalam tin pun boleh .. dapat yang fresh lagi sedap)
black pepper powder
1 susu makan susu cair

Cara-cara

1) Potong button mushroom - sederhana tebal.
2) Pecahkan telur, campur sedikit susu cair atau susu segar.
3) Kacau rata (macam telur dadar).
4) Panaskan kuali (letak minyak sedikit sahaja tapi rata satu kuali).
5) Dah panas, goreng mushroom then masukkan telur.
Jangan api besar.Jangan terbalikan telur.
Apabila agak garing bahagian bawah, dan bahagian atas dah kering,
taburkan shredded cheese atas telur, lipat dua.
6) Taburkan black pepper atasnya - kalau tak suka tak payah letak.

[ Last edited by  NoorMasri at 20-11-2006 03:24 AM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Makanan & Resipi


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:15 AM GMT+8 , Processed in 0.056277 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list