View: 9111|Reply: 120
|
[Tempatan]
1.6 juta penjawat awam terima bonus esok
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Kira-kira 1.6 juta penjawat awam dan sejuta pesara kerajaan akan menerima bonus masing-masing sebanyak RM500 dan RM250, esok. Pemberian ini membabitkan peruntukan RM645 juta, selaras pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2016 di Dewan Rakyat, pada 23 Oktober lalu. Berdasarkan pekeliling dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebelum ini, pemberian itu bukan sahaja membabitkan pegawai awam lantikan tetap, malah kakitangan kontrak. Ia termasuk pegawai lantikan sementara, perkhidmatan dalam kontrak, guru interim dan pegawai sambilan harian (PSH), tertakluk kepada syarat. Bagi kakitangan yang meninggal dunia antara 1 Januari hingga 31 Disember 2015, mereka turut layak menerima pemberian RM500 tertakluk kepada beberapa syarat termasuk sudah berkhidmat sekurang-kurangnya 30 hari.
Selain pemberian itu, penjawat awam juga akan menerima beberapa lagi insentif lain yang terkandung dalam Bajet 2016. Ia termasuk menaik taraf skim perkhidmatan yang akan memberi manfaat kepada 406,000 kakitangan serta penetapan gaji permulaan terendah dalam Perkhidmatan Awam kepada RM1,200 sebulan, bakal memanfaatkan 60,000 penjawat awam. Langkah-langkah yang dijadualkan dilaksanakan pada 1 Julai tahun ini akan membabitkan peruntukan sebanyak RM1.4 bilion. Di samping itu, hampir 50,000 pesara yang mempunyai 25 tahun perkhidmatan akan menikmati pencen minimum tetap sebanyak RM950 sebulan. Pegawai kontrak yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun akan diserap ke dalam perkhidmatan tetap. Ini akan memberi manfaat kepada 10,000 kakitangan kontrak. |
|
|
|
|
|
|
|
Untungla...aku pkn dpt bonus jgak..tiba2 dpt msj dri yaysan anak sdra yg aku jga study kt cni...syukur alhmadulillah. |
|
|
|
|
|
|
|
banyak yang diberi
besar juga yang akan diambil balik |
|
|
|
|
|
|
|
Betul tu. Sebagai contoh, digunakan bayar roadtax kereta/insuran.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kecohla media takat 500 je pun nak kecoh bagai
Gi interview sama glc mnc la tgk
brape bln bonus depa dpt..puih |
|
|
|
|
|
|
|
GLC nmpk je banyak ,tp disedut LHDN. |
|
|
|
|
|
|
|
tagas replied at 3-1-2016 06:07 PM
Kecohla media takat 500 je pun nak kecoh bagai
Gi interview sama glc mnc la tgk
ala, bang..tak payah la nak kait mnc glc segala..setiap sektor ada perks and cons memasing..terima seada nya lah jalan yang dipilih sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
Ai happy je dgn apa yg diterima. Drpd takde lansung, RM500 pun okay apa. |
|
|
|
|
|
|
|
Horrayyy. Tambah lg dgn br1m nanti. Makin masyukk lahh. Bole queue dpn kedai paritdah |
|
|
|
|
|
|
|
yulbit replied at 3-1-2016 06:12 PM
GLC nmpk je banyak ,tp disedut LHDN.
Jadi tax officer la best. Bonus 7 bulan katanya lhdn betul ke? Masam je yg keje audit. Nak lari masuk tax tak boleh. Lain bidang dah |
|
|
|
|
|
|
|
guna lah sebaik mungkin.. |
|
|
|
|
|
|
|
Esok ke?Alhamdulillah. Syukur wpun cuma 500 brbanding zaman Mahathir...br je pening fikir nk tunggu next gaji.. |
|
|
|
|
|
|
|
ala kecoh..rm500 je pun...
|
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah.. tumpang happy.. utk para ibu bapa yg pening dgn belanja sekolah.. sekurang2nya ringan sikit beban.. |
|
|
|
|
|
|
|
gst diguna manfaat rakyat dan pembanguan ngr |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah..esok ramai dpt duit, asb pun ye.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|