CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32311|Reply: 173

Zahnita persoal imigresen keluarkan pasport baharu kepada anak-anaknya

 Close [Copy link]
Post time 7-1-2016 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Actually iolss baru nk tanya pasal dia, skali td scroll fb, ada cerita pasal dia.kebetulan ada pic dia tengah buat PC, tengok rupa dia, hurmmm siap ada orang cakap rupa dia mcm pondan lagi (Bh online)

Zahnita persoal imigresen keluarkan pasport baharu kepada anak-anaknya

Oleh KHAIRULANUAR YAHAYA

KUALA LUMPUR 7 Jan. - Model dan pelakon, Zahnita Dorothy Hussein Wilson atau Zahnita Wilson hari ini mempersoalkan tindakan Jabatan Imigresen Shah Alam yang mengeluarkan pasport baharu kepada dua anaknya tanpa proses siasatan yang sempurna.

Zahnita yang kini dalam proses perceraian dengan suaminya Abdul Zackery Ghouse Abdul Ghafoor, 38, berkata, pasport lama anak-anaknya iaitu Zahrafeena, 9, dan Zasharayna, 3 masih lagi sah sehingga 27 Mei 2019.

Duta jenama Jakel itu berkata, suaminya telah menggunakan pasport baharu itu untuk membawa anak-anak mereka bercuti di Phuket, Thailand dari 3 hingga 9 Disember lalu.

"Saya hairan bagaimana pasport baharu boleh dikeluarkan sedangkan semua dokumen asli seperti surat beranak, MyKid dan pasport lama masih dalam simpanan saya.

"Bagaimana pengeluaran pasport baharu dikeluarkan sewenang-wenangnya tanpa proses yang sepatutnya. Saya mahu penjelasan. Motif saya buat begini (aduan) kerana terlalu banyak jenayah berlaku sekarang, seperti penyeludupan kanak-kanak," kata Zahnita.

Zahnita yang bercakap dalam sidang akhbar di pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini berkata, beberapa laporan polis telah dibuat mengenai isu tersebut.

Turut hadiri aktivis PPIM, Dr. Mazlina Abu Bakar dan Syed Kamarulzaman Abdullah.

Sementara itu, Mazlina berkata, PPIM bimbang dengan isu tersebut.

"Kalau kita nak buat pasport baru ada prosedur yang kita kena ikut. Kalau dah tamat tempoh kita kena bawa pasport lama kena gunting, kena buat pasport baru. Itu prosedur yang digariskan oleh Jabatan Imigresen.

"Jadi bila ini tidak diikuti kita risau ia boleh menyumbang kepada masalah yang lebih besar lagi. Contohnya macam pemerdagangan manusia," jelas Mazlina.

Menurut beliau, PPIM telahpun beberapa kali cuba mendapatkan penjelasan daripada Jabatan Imigresen nanum mendapat maklum balas yang tidak memuaskan.

"Mula-mula dia kata keluarkan baharu. Macam mana nak keluarkan baharu kalau yang lama masih ada. Kalau hilang mana laporan polis?

"Kemudian mereka kata pembaharuan. Macam mana pulak pembaharuan kalau pasport lama masih dalam tempoh sah lagi," jelas Mazlina. - UTUSAN ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2016 04:21 PM | Show all posts
serius mula2 mmg ta cam muka beliau ...



Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 04:30 PM | Show all posts
Muka tua sebelum waktu... Muka byk masalah ni..
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 04:31 PM | Show all posts
nape teruk nau muke die ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
mmg cm.pondan la
tp ppndan siap la..

immigresen mcmana bleh approve passport baru? sebab bapak kandung dia apply ke walaupon tanpa dokumen berkaitan?
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 04:33 PM | Show all posts
lain betul muka dia sekarang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-1-2016 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 7-1-2016 04:32 PM
mmg cm.pondan la
tp ppndan siap la..


Aku syak bapak dia buat report yg passport anak2 dia hilang. So imigresen kasi la buat baru
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 04:35 PM | Show all posts
muka dia dulu cute2.. kenapa skrg raut kasar sgt. siap bermisai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2016 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Lain bebeno mukanya
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 04:37 PM | Show all posts
ini soal salah guna kuasa atau rasuah??
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
lazim replied at 7-1-2016 04:35 PM
muka dia dulu cute2.. kenapa skrg raut kasar sgt. siap bermisai

Lighting camera yg tak cun wak
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 04:39 PM | Show all posts
muka beliau.. botox expired ke?
dulu bukan main lawa lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 04:41 PM | Show all posts
aku speku ex laki dia ada kawan org dlm.. mintak proses tanpa dokumen asli
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
barfi replied at 7-1-2016 04:34 PM
Aku syak bapak dia buat report yg passport anak2 dia hilang. So imigresen kasi la buat baru

i see
kalau hilang..xperlu bawak dokumen berkaitan ek?
kira cm.hilang ic la..
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 04:44 PM | Show all posts
ya ampun...lainnya rupa paras beliau...aku suka tgk dia ni...tp pe kes lain nau nau rupa skrg

pelik gak ek pasport anak masih sah tp dah dikeluarkan pasport yg lain...fishy sgt
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 04:44 PM | Show all posts
AprilLova replied at 7-1-2016 04:21 PM
serius mula2 mmg ta cam muka beliau ...







gila berbeza...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2016 04:45 PM | Show all posts
lain giler muka dia skrg
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau hilang mestilah ada report polis.takdenya ckp hilang pastu boleh dpt baru
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 04:47 PM | Show all posts
takkan nak sentiasa awet muda je..
umur kita kan makin meningkat..
mungkin dia ada banyak masalah nak kena pikir..
anak, penceraian.. wallahualam..
sampai xde masa nak jaga muka agaknye.. urmmm
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 04:51 PM | Show all posts
malaysia darul kelakar.. apa nak diherankan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 07:37 PM GMT+8 , Processed in 0.073729 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list