CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 3550|Reply: 6

Cara Kurangkan Pedih Ulu Hati Akibat Gastrik

[Copy link]
Post time 8-1-2016 07:55 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : Dean BZ








Anda adalah penghidap gastrik? Seringkali gastrik membuatkan anda trauma dan membuatkan segala aktiviti harian tergendala. Mari kita kenali apakah itu Gastrik, punca dan cara mengurangkan sakit akibat gastrik, dipetik dari perkongsian mamawidad.com :




Apakah Gastrisis Dan Punca Yang Menyebabkan Gastrik

Gastrisis ialah radang pada lapisan perut. Ada beberapa punca yang menyebabkan gastrik. Yang paling selalu ialah disebabkan oleh:


1. Jangkitan bakteria Helicobacter pylori yang menyebabkan ulser pada perut.


2. Penyakit autoimmune.


3. Aliran semula cecair hempedu ke dalam perut.


4. Penggunaan ubat anti keradangan (NSAIDs) dalam tempoh yang lama, seperti ibuprofen.


5. Dalam sesetengah kes, lapisan perut seolah-olah ‘dimakan’ menyebabkan terjadinya peptic ulcers pada perut ataupun pada usus kecil.









Punca Jangkitan
- Bakteria (selalunya Helicobacter pylori)
- Virus (termasuk virus herpes simplex)
- Parasit
- Jangkitan kulat/ fungus






Cara Kurangkan Sakit Akibat Gastrik
1. Elakkan makanan pedas dan berempah dan juga makanan yang selalu buatkan rasa sakit perut seperti makanan berminyak dan juga berlemak.


2. Makan lebih kerap pada siang hari tapi dalam kuantiti yang sedikit-sedikit untuk elakkan perut rasa lapar dan pedih. Selalu sediakan biskut disisi.


3. Hentikan minum minuman beralkohol.


4. Belajar untuk mengawal tekanan dalam kehidupan dengan mengamalkan senaman, yoga ataupun dapatkan kaunseling.


5. Ambil vitamin B12, vitamin E dan vitamin C untuk menggantikan kehilangan vitamin-vitamin berkenaan semasa kesakitan akibat serangan gastrik. Soya protein ESP dan Ostematrix mengandungi kalsium yang bersifat alkali untuk mengurangkan keradangan perut dan sakit hulu hati akibat gastrik.


6. Boleh amalkan makan halia atau minuman halia untuk buang angin. Supplement Peppermint Ginger Plus sangat handy untuk dibawa kemana-mana dan sesuai diamalkan. Rasa pun sedap berangin tak susah nak makan atau minum sebagai bancuhan teh.


7. Amalkan minum air kelapa, licorice tea, buah-buahan segar seperti nenas dan betik yang bersifat alkali untuk meneutralkan asid perut.


8. Minum air sekurang-kurangnya 3L air sehari untuk kurangkan simptom.


9. Elakkan minuman alkohol, minuman kafein dan minuman bikarbonat.


10. Elakkan makan makanan yang mempunyai bahan pengawet seperti makanan diperap, dijeruk dan makanan masam.


11. Amalkan mengambil sarapan dan elakkan makanan berasid di waktu pagi. Elakkan makan lewat supaya asid perut tidak terkumpul.


12. Kalau perut rasa pedih dan tak tahan, boleh cari ubat anti-asid di farmasi untuk kurangkan pedih perut, angin dan dalam masa sama lindungi lapisan perut daripada tercedera akibat tindakan asid perut berlebihan.


13. Kalau gastrik selalu terjadi dan sukar dikawal, boleh dapatkan ubat gastrik yang bukan dalam kumpulan NSAIDs daripada doktor.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2016 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Nice info...tq
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2016 02:06 AM | Show all posts
common ly gastric erosion sebab stress, acidity, mkn pedah etc. tapi jika dah jadi ulcer kena treat la dgn PPIs and antibiotics. If amik NSAID, kena la stop. If on steroids eg prednisolone, kena la amik PPI sama
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2016 04:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Sangat membantu
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2016 10:15 AM | Show all posts
Terima Kasih... info yg membantu.
Hubby saya gastric yg tahap teruk.
Saya akan cuba cari supplement2 yg diberitahu...
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2016 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru sahaja dapat gastrik

Sakitnya rasa mcm nak putus nyawa
Cukup segala dengan muntah bagai
Terpaksa mintak doc  jab ubat sbb tak lih nak telan ubat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-10-2016 12:16 PM | Show all posts
Thank youuuuu uuu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Siapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong Ni Boleh Masuk Sini
beggSiapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong N
Views : 22780 Replies : 11
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 365404 Replies : 3560
Wanita bimbang suami bergaji 5k mahu berhenti kerja kerana toksik dan stress dan ingin jadi rider penghantar makanan.Wajar atau tidak
YgBenarWanita bimbang suami bergaji 5k mahu ber
Views : 23992 Replies : 10
Rosmah kena lagi, uolssss
stingerkentotRosmah kena lagi, uolssss
Views : 6614 Replies : 39
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi lebih RM4.8 juta termasuk faedah kepada kerajaan
ultra78Keluarga Altantuya pulangkan semula gant
Views : 20442 Replies : 12
Tok Arab Dubai buat video dera, seks ganas
Tumpang-SibokTok Arab Dubai buat video dera, seks gan
Views : 25878 Replies : 24
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 42785 Replies : 569
Kaka Sotong2..What happened to you??Lupa tukar MN ke?
Julia_RaessKaka Sotong2..What happened to you??Lupa
Views : 14787 Replies : 294
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 57839 Replies : 1095
Harap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Azam Baki tidak isytihar jutaan saham dalam syarikat tersenarai, dedah Bloomberg
YgBenarHarap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Az
Views : 22441 Replies : 17

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 12:44 PM GMT+8 , Processed in 0.208982 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list