View: 5740|Reply: 36
|
[Tempatan]
{2} Datuk & pasangan ditangkap berkhalwat dlm kontena!
[Copy link]
|
|
Edited by tongkatwaran75 at 18-1-2016 09:00 AM
18 Januari 2016
Seorang nenek berusia 53 tahun yang tinggal di dalam sebuah kontena di Anak Bukit di sini, ditahan kerana berkhalwat dengan pasangannya berusia 62 tahun tengah malam semalam.
Kisah wanita yang tinggal bersama seorang anak lelaki orang kelainan upaya (OKU) berusia 19 tahun di dalam kontena sejak lebih setahun lalu, pernah mendapat liputan media kerana mengaku miskin dan memerlukan bantuan untuk meneruskan hidup.
Dia ditahan pada kira-kira jam 12.30 tengah malam apabila pihak penguat kuasa Jabatan Agama Islam negeri Kedah (JAIK) menyerbu kontena berkenaan dan mendapati seorang lelaki warga tua turut berada di situ.
Selain anak lelaki OKU wanita itu turut mempunyai seorang anak perempuan berusia sekitar 20-an namun sudah berkahwin dan tinggal berasingan.
Ketika operasi dijalankan, nenek kepada dua cucu itu yang hanya berkemeja T dan berkain batik, terkejut sebaik membuka pintu kontena berkenaan apabila melihat ramai anggota penguat kuasa JAIK di luar rumah.
Jurucakap JAIK berkata, hasil pemeriksaan menemui seorang lelaki yang hanya berkain pelikat tanpa baju berada dalam rumah itu sedang tidur bersama anak lelaki wanita berkenaan.
Katanya, hasil siasatan mendapati, mereka tidak mempunyai sebarang ikatan sah sebagai suami isteri atau mahram menyebabkan pasangan itu ditahan untuk siasatan kerana disyaki berkhalwat.
“Pasangan itu sebelum ini mendakwa kepada penduduk berhampiran mereka adalah suami isteri malah dipercayai menetap di situ sejak hampir setahun lalu.
“Bagaimanapun, berdasarkan maklumat awam mendapati mereka sebenarnya tidak mempunyai sebarang ikatan sah.
“Hasil siasatan awal mendapati wanita berkenaan sudah berpisah dengan suaminya sejak 10 tahun lalu namun menjalinkan hubungan dengan lelaki berkenaan selama kira-kira setahun,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Berikutan itu, mereka ditahan dan dibawa ke Balai Polis Kota Setar untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke pejabat agama untuk diambil keterangan. “Kes disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana disyaki berkhalwat dan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya.
p/s atok tu alami Medomalacuphobia...
|
|
|
|
|
|
|
|
memang ada lelaki yg masa mudanya dibuang mcm itu shj dan bila tua pandailah pula merempat sana sini...
masa muda anak bini ditinggalkan....dia entah merambu sana sini.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ishdah tua tua tu |
|
|
|
|
|
|
|
makin menjadi²..tua² mmg makin ligat..... |
|
|
|
|
|
|
|
da nak tinggal sekali kenpa x kawin jerk..
kn senang.. |
|
|
|
|
|
|
|
Wah! Bukan main lg yea
Mungkin itu cara dia cari keseronokan di sebalik kemiskinan dan usia tua
Tp dah tua tu xigt mati, dosa pahala ke? |
|
|
|
|
|
|
|
glemer org anak bukit
|
|
|
|
|
|
|
|
tahnyaa...aku rasa more to nak dok sekalifeel secure gituhhh
tapi apasal x nikah aje..lahaiiiii
|
|
|
|
|
|
|
|
dunia sekarang...yang muda remaja cam gini, yang tua kerepot pula cam gitu |
|
|
|
|
|
|
|
buat maksiat ni syok agaknye...
sbb ada pilihan yg halal pun, tak nak buat... |
|
|
|
|
|
|
|
ada contoh rumah kontena tu?
|
|
|
|
|
|
|
|
Ni nak hidup berteman semasa tua, seks tu mungkin tak sangat or takde langsung kot. Permudahkan aje la dua2 orang ini bernikah, payah sangat nak nikah sekarang nak pergi kursus kahwin, nak isi borang online, nak buat test HIV, itu ini.... orang muda boleh la, orang tua macam atuk & nenek ini, permudahkanlah ya. |
|
|
|
|
|
|
|
setuju gak...
tapi tuduhan bersekedudukan tu gugur tak?
|
|
|
|
|
|
|
|
nikah terus kan bagus.... |
|
|
|
|
|
|
|
Berkhalwat tak semestinya dorg berzina.. Bersangka positip |
|
|
|
|
|
|
| |
|