View: 98712|Reply: 935
|
Menyanyi selepas berpurdah. Ina Naim tak kisah dikritik #339
[Copy link]
|
|
Edited by barfi at 1-3-2016 07:29 AM
"Isteri saya, Ina akan kembali aktif menyanyi memandangkan anak-anak pun semakin membesar.
"Malah, saya bercadang untuk berduet dengannya menerusi single, Jutawan Pemurah. Insya-ALLAH, ia akan diterbitkan dalam tahun ini," ujar suami Ina Naim, iaitu Suhaimi Saad yang merupakan penyanyi nasyid.
Untuk info, selain bekas ahli kumpulan In-Team, dia kini sibuk menguruskan perniagaannya, Karya Mosus iaitu sebuah syarikat penerbitan karya seni dan pengurusan artis yang ditubuhkan sejak 2007.
"Syarikat ini sudah hampir 10 tahun ditubuhkan. Namun, setakat ini hanya pernah menerbitkan satu album dan single.
"Malah, kita juga masih belum bersedia untuk menguruskan artis lain," ujarnya dipetik sebagai berkata.
Apa yang menarik, selain pasangan suami isteri ini menjadi penyanyi, empat anak mereka iaitu Nurlayla El Ghufrony, Phyrosh El Fadwah, Sallman El Khoyri dan Hadie El Fardie yang berusia di antara dua hingga lapan tahun turut berminat dalam bidang seni.
"Saya juga bertuah apabila dua anak kami, Hadie dan Sallman berminat dalam bidang ini dan sudah merakamkan 10 lagu zikir, doa dan selawat. Album mereka juga akan dikeluarkan pada tahun ini.
"Insya-ALLAH, single duet dan album kanak-kanak itu nanti bakal melihat kebolehan saya sepenuhnya terhadap bidang penciptaan lagu dan penulisan lirik," tambahnya.
Bagi yang tidak tahu, Suhaimi sudah 10 tahun bergerak secara solo selepas mengambil keputusan berundur daripada kumpulan In-Team.
Hingga kini, dia sudah menghasilkan empat album solo iaitu Kias Cinta (2006), Kalamak (2008), Zikir Selawat dan Doa (2013) dan yang terbaru, Maksud Hidup (2015).
Sementara itu bagi Ina Naim pula, dia kini sudah bersedia menghadapi sebarang kontroversi selepas berpurdah.
"Saya berpurdah selepas diminta oleh suami, sejak 2012 lagi.
"Pada awalnya saya kurang selesa, namun selepas sekian lama saya mula serasi dan tidak bermasalah dalam melakukan segala aktiviti harian.
"Saya malas mahu ambil tahu apa yang orang hendak cakapkan. Biarlah orang hendak bercakap apa pun, yang penting saya tahu apa yang saya lakukan.
"Kalau kerana berdakwah, biarlah. Saya sedia terima apa sahaja," katanya.
Sumber: Sinar Harian - Foto Ina FB
|
|
|
|
|
|
|
|
@dino sila mencemar duli
iols teringat uols pernah berdebat secara hemah dgn laki ina naim tntg suara merdu bini dia nih |
|
|
|
|
|
|
|
Halahai...dah berpurdah bagai tapi masih gigih nak menyanyi?
Please lah ina....laki nya pun 2 x 5
Gigih bertutup muka tapi suara diperdengarkan pada khalayak ramai...apakah??? |
|
|
|
|
|
|
|
Apakata chuols laki bini pindah je ke jazirah arabiah sana....nampak beria2 nk jadi arab...saampai nama anak diorg pun meols berbelit lidah nk sebut....mohon cikgu2 anak diorg nnt bertabah ya
10 thun bukak company tp xde product? Tp gigih la renew ssm tetiap tahun khuenn |
|
|
|
|
|
|
|
hmmmmm.... mcm kurang perlu je nyanyi dah diri penuh hidayah mcm ni... akhir zaman, ramai penyanyi wanita
byk lagi kan cara cari rezeki lain yg lebih afdal.
oh well, whatevs la for them. semoga hidup sentiasa diberkatiNYA |
|
|
|
|
|
|
|
Baideway dah 4 anak theyols ye
Subur Ina & suami..Alhamdulillah
Nama anak2 theyols bergulung lidah nak menyebut...Arabisasi sangatttt |
|
|
|
|
|
|
|
Arabnyer name anak dia..fuhh |
|
|
|
|
|
|
|
nama anak tak nak kalah.. nama org arab lagi senang nak sebut
|
|
|
|
|
|
|
|
dorang ni sendu sgt.. apa kerja selain nyanyi ni? berapa je la dpt..bukan popular pun kan..
|
|
|
|
|
|
|
|
meols hampir terlupa dah kewujudan ina dan suami sheols.. |
|
|
|
|
|
|
|
weh tak serik rupanya...... wpun dah dibg pendpt secara ikhlas......
|
|
|
|
|
|
|
|
Nehiiii...kabi nehiiii... |
|
|
|
|
|
|
|
ko cemana nak nyanyi kalu berpurdah bagai?? musykil mek |
|
|
|
|
|
|
|
napa aku baca nama anak dorang, aku teringat kebab |
|
|
|
|
|
|
|
sepaham aku berpurdah ni psl kat padang pasir nun... debu habuk..... ke guane....
dah berpurdah motif nak nyanyi...
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 26-2-2016 02:59 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by barfi at 26-2-2016 04:17 PM
Masih segar di ingatan iols sewaktu Wardina masih menjadi pengacara Al-Hidayah TV3.
Waktu itu ust jemputan adalah si Suhaimi laki ina ni la.
Dia ulas tajuk redha ke hikmah bersabar gtu la.
Dia bagi contoh pada wardina.
Lebih kurang macam ni la ayat dia.
" Dulu heboh 1 Malaysia artis wanita putus tunang dengan artis tersohor. Wanita itu sgt bersedih. Namun dia yakin dan redha dengan ketentuan Allah. Tak lama kemudian Allah hantarkan seorg lelaki yg jauh lebih baik dan soleh utk artis wanita itu berkat kesabarannya. "
Wardina yg dengor tu macam tersenyum sinis. Iolss yg dengor ni lagilah nak tersedak.
Si suhaimi ni pesen manusia yg masuk bakul angkat sendiri rupanya. Ya ya je claim diri dia lagi soleh dari Mawi |
|
|
|
|
|
|
|
carik rezeki lebih kah....... |
|
|
|
|
|
|
|
Tak payah la nyanyi. Perlu ke? Meols lagi gumbira kalau ahkak Noorkumalasari nyanyi balik. Diva gitu |
|
|
|
|
|
|
|
Ape benda dah berkelubung nak nyanyi lagi ni..bukan sedap pun suara ina ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 26-2-2016 03:01 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
enchikfitz replied at 26-2-2016 02:59 PM
Tak payah la nyanyi. Perlu ke? Meols lagi gumbira kalau ahkak Noorkumalasari nyanyi balik. Diva gitu
Last week iols terjumpa noorkumalasari makan kat kedai makan bawah rumah iolss. Dia dan laki dia dan anak dia.
Kurus gila dia. |
|
|
|
|
|
|
| |
|