|
Edited by ladybird_ at 26-2-2016 04:37 PM
Tidak Aeril mahupun Wawa Zainal, kedua pasangan ini sentiasa menjadi perhatian orang ramai. Sama padan, sama elok itu bonus, ditambah lagi dengan gelagat mereka yang suka berangan dengan lagu Hindustan, pergh sweet gila kot, macam pasangan yang baru bercinta lah pulak. Tidak terlalu exposed, tidak mengejar populariti, merendah diri, itulah sifat yang boleh dilihat menerusi dua pasangan romantik ini.
Tanggal 24 Februari 2016, genap 4 tahun pasangan ini berkahwin. Aeril ada memuat naik satu video berserta dengan kapsyen yang sangat menyentuh hati. Betapa sayangnya Aeril dekat Wawa Zainal ini, umpama isterinya merupakan cinta agung yang pernah dimiliki. Kalau korang baca, pasti setiap orang akan rasa bertuah Wawa Zainal kerana memiliki Aeril Zafril sebagai suami.
Selamat Ulangtahun ke-4 Pernikahan Kita : @waw4_zainal ......
Rupanya waktu dan tanggal yang sama ini, masih basah kenangan 2012 itu - saat dikau kuperisterikan dengan penuh cinta kasih dan itu tak kan pernah berubah dan terkurang. Melainkan kian bertambah bila kita diamanahkan putera-puteri untuk dididik mencintai ALLAH & RASUL serta menyayangi agamanya.
Terima kasih sayang kerna sudi terima diri ini menjadi pembimbing zahir batinmu. Perjalanan kita dan pelayaran bahtera perkahwinan masih jauh dan mudah mudahan tetap utuh. Doakanlah diri ini kelak dapat menuntun dirimu bersama anak anak kita menuju dan masuk ke SURGA ABADI nanti
Satu kata-kata yang sangat bermakna malah memberi insipirasi bagi setiap pasangan. Walaupun sudah menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke 4, pasangan ini tetap bahagia dan tidak pernah merosakkan halwa telinga orang ramai dengan kontraversi yang tidak sihat. Kini,mereka sudah dikurniakan 2 cahaya mata iaitu lelaki dan perempuan, Kehadiran Ahmad Fakhruddin Atta yang berusia 3 tahun dan juga anak perempuannya Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa yang sudah berusia 6 bulan ni melengkapkan lagi kehidupan Aeril Zafril dan juga Wawa Zainal
Nak cari pasangan yang elok, baik hati dan yang pasti, boleh membimbing kita ke jalan yang benar itu susah, Jika anda dapat pasangan seperti ini, hargai, jangan sia-siakannya. Sweet kan Aeril Zafril? Perempuan mana yang tidak cair jika suami memberi ucapan seperti itu. Secara automatiknya diri akan berasa sangat istimewa dan dihargai. Kami dari ERA fm mengucapkan selamat meraikan ulangtahun yang ke 4 buat Aeril Zafril dan Wawa Zainal, semoga hubungan suami isteri itu kekal bahagia selama-lamanya.
Sumber : erafm
|
|