View: 9606|Reply: 40
|
Misteri Rumah Lama Aku
[Copy link]
|
|
Edited by cik_gebu at 13-3-2016 09:27 PM
Hai sedara sedari cikebum..cikebum.... nama aku Linda tapi kawan2 aku kat kl ni suka panggil aku mek aje. Aku ada satu cerita pengalaman aku dan keluargaku sendiri masa kecik2 dahulu di suatu daerah hulu kelantan.
tapi sekarang tempat aku tinggal dulu dah jadi bandar dah. rumah aku ni 2 tingkat atas papan bawah simen. so kalau jalan kuat2 arwah ayah aku berdehem kuat tandanya dia marah kalau ada sape2 jalan kuat hentak papan, bising katanya. aku cerita satu2 ye bagi uols faham.
kisah 1 :
belakang rumah aku ni ada rumah sewa, sepupu aku namanya kak han tinggal kat situ. pada satu malam, semua orang dah tidur sedang aku sembang-sembang dengan supupu sorang lagi namanya kak sah tiba-tiba aku terdengar ada orang panggil nama aku. aku tanya kak sah, kak han ni belum tidur lagi ke tak pernah dia panggil aku tengah-tengah malam. aku masa tu dalam darjah 5, tak d nak fikir bukan2 terus buka tingkap. aku nampak dia berdiri dekat pintu rumah dia memandang aku, aku tanya dia " kak han belumtidur lagi ?" dia tak jawab, senyap aje. heran aku, panggil aku, tapi diam. aku nampak la macam kabus2 je dekat kawasan dia tu. dah puas tunggu dia tak jawab, aku pun tutup la tingkap. besok tu aku tanya kak han kenapa panggil aku malam tadi, kenapa tak jawab ?. dia tak ngaku, dia cakap tak d pun dia nak panggil2 aku. terus aku terdiam.
kawasan rumah aku tu walaupun keliling bayak rumah orang, tapi malam2 seram. mak aku cakap bekas isteri jiran aku dulu ada bela hantu raya, sampai sekarang tak d orang nak ambik, so merayau la dia.
kisah 2 :
cerita ni masa aku darjah 4 kalau tak silap, masa ni semua orang tak de kat rumah. untuk pengetahuan rumah aku dulu ada orang gaji dan sepupu ayah aku bela tinggal dengan kami. so semua ni tak d masa tu bercuti. tinggal aku, mak, ayah, dan adik 2 orang. aku tido sorang2 kat dalam bilik paling hujung di belakang. sebelah bilik aku dapur yang dipisahkan dengan tingkap aje. jadi kalau nak intai sape ada kat dapur aku buka tingkap aje.
pada satu malam, tengah malam yang sunyi. aku terdengar bunyi orang susun pinggan. aku tau tak d orang kat dapur sebab gelap. kalau ada orang mesti lampu bukak. bunyi susun pinggan dekat rak tu dekattt je dengan katil tempat aku tidur. aku dah berpeluh, fikir sape la disebalik dinding ni. nasib baik tak keluar bunyi lain. aku pejam mata kuat-kuat sampai aku terlelap. tidur dalam ketakutan.
malam kedua, jeng jeng jeng ada bunyi susun pinggan tu lagi. dalam diri aku yakin confirm benda tu yang ganggu, sebab time sama tengah2 malam menyusun pinggan mangkuk. sapa nak susun pinggan dalam gelap tengah2 malam buta ?
malam ke 3 tak tahan sangat aku makin kuat pulak dah, terus aku terjun katil berlari ke ruang tamu tido sekali dengan mak ayah aku. pagi besok ayah aku tanya kenapa tido sini ? tak jawab, sebab takut nak cakap ada hantu, confirm dia tak percaya.
sampai sini dulu ye nanti mek sambung lagi...
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
penceritaan yg bagus...kipidap
klo nk smbog jgn tggu thn dpn ek... |
|
|
|
|
|
|
|
Tunggu sambungannn.... |
|
|
|
|
|
|
|
Lagi |
|
|
|
|
|
|
|
OK tima kasih la uols sudi baca cerita mek ni, ingat tak d yang minat nak baca. mek akan bercerita sampai pengalaman hantu mek alami ni sampai habis ye.
kisah 3
masa ni pun sekolah rendah jugak ni, masa ni aku dah faham pasal benda2 mengusik ni. satu hari orang gaji aku cerita yang dia selalu dengar orang basuh pinggan mangkuk kat dapur bawah. rumah aku tu malam-malam sunyi. tingkat atas tu papan so memang senang nak dengar apa-apa bunyi dari bawah. konfem lah semua orang tengah tidur time tu, orang gaji aku dah cuci kemas semua dah basuh semua. bila dia bangun pagi besok, tak d apa-apa perubahan pun.
tapak rumah aku ni dulu, arwah ayah beli dengan tuan tanah yang dulunya arwah isteri dia membela. aku dah cerita intro tu kan. so benda ni merayau-rayau lah sesuka hati dia.
rumah kami ni berjiran rapat-rapat, kalau tak rumah aku yang kena jiran-jiran aku pun sama lah.
kisah 4
yang ni lagi seram u ols, masa ni aku kecik sangat lagi diceritakan balik oleh jiran aku. masa ni orang cakap hantu apa pun mana lah aku reti, kadang-kadang blur.
jiran aku mak kawan aku, satu hari aku g rumah kawan aku ni lah belakang rumah aje. dia tanya malam tadi ada dengar apa-apa tak ? aku jawab tak dengar, tidur mati agaknya mak cik. semua orang dengar dan tidur awal, kunci pintu semua sebab malam tu dorang dekat kawasan rumah aku tu dengar bunyi orang mengilai. hahahah nasib baik aku tak dengar.
nanti mek sambung lagi ye, dah habis masa, drama kan cerita dia15 minit, iklan 15 minit. hahha
|
|
|
|
|
|
|
|
Ok, saya tunggu sementara ada iklan
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by cik_gebu at 10-3-2016 06:41 PM
kisah 5
ada satu kali tu jiran aku, kawan aku jugaklah bgtau ada satu malam dia nampak ada perempuan rambut panjang menyisir rambut atas bumbung jiran sebelah rumah dia tapi tak nampak muka sebab rambut dia lebat sangat. hohoho nasib baik menyikat rambut je tak d nak bertegur sapa nak shampu sekali ke ye dok. kitorang sesama jiran ni selalu share cerita kena kacau, so memang best kalau dengar boleh sesama rasa seram. lepas tu malam2 takut nak tidur sorang-sorang.
kisah 6
ni kisah aku dah masuk sekolah menengah kena tinggal kat asrama di kb. masa ni first time dok asrama. aku memang tau asrama ni berhantu, macam-macam cerita aku dengar tapi aku biasa ajelah sebab belum experienced.
pada satu malam, dah tengah malam semua orang dah tidur. aku terjaga sebab dengar bunyi bising kat atas bumbung. kalau uols nak tau, asrama aku ni 3 tingkat. aku tinggal tingkat 3, bumbung hostel kita boleh naik atas lepak situ dan jemur pakaian. zaman tu kalau aku nak skodeng budak2 lelaki kat kompleks sekolah, aku pakai teropong tengok dorang hehhe. maklumlah sekolah tak bercampur, gatal lebih sikit lah.
uols nak tau iols dengar apa kat atas bumbung hostel ni ? iols dengar bunyi orang berlari beramai-ramai berulang alik dari hujung bangunan sampai ke hujung bangunan. aku tak boleh nak tidur takut, nasib baik bunyi macam tu je. banyak kali jugak lah aku kena macam ni. aku tanya senior2, dorang cakap tak dengar, ye la korang tidur mati mana nak dengar. aku ni jenis sensitif bunyi, tak boleh dengar bunyi sikit akan terjaga. asrama ni dulu yang aku dengar2 cerita lah zaman dulu tapak sekolah ni tempat askar jepun. agaknya dorang la kot dok berlari-lari kat atas tu.
begitulah al-kesahnya. nanti mek sambung lagi ye. bye uols
|
|
|
|
|
|
|
|
ok mek...kipidap mek....share lagik cite ye... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by cik_gebu at 11-3-2016 01:11 PM
kisah 7
pasa suatu malam jumaat keliwon, masa ni aku form 3 tinggal dekat blok hostel yang sama lagi tapi pindah ke tingkat 2 bilik paling hujung sebelah kiri. malam-malam suasana memang sunyi sebab jarang orang lalu kat tepi jalan raya. walaupun tinggal dalam bandar tapi malam-malam kawasan hostel aku ni sunyi dan sepi.
malam tu aku n the geng tak tido lagi sebab besok weekend. aku pasti korang tau kan kalau weekend , belah pantai timur jumaat & sabtu. so malam tu tengah kitorang syok dok sembang2, bergelak ketawa tiba-tiba pintu bilik kami bergoncang kuat-kuat macam ada orang tergesa-gesa nak masuk ke dalam bilik. goyang kuat pulak tu macam nak tercabut. geng, geng. geng bunyi dia.
kami heran la , sape la nak masuk bilik kami ni, biasa dorang ketuk pintu, panggil mintak tolong kami bukakan, ni bagi salam pun dak, ketuk pintu pun dak. biasa kalau ada budak nak masuk dia ketuk pintu, tak d goncang-goncang pintu nak masuk bilik. memang nak kena maki la kalau kuang ajor macam tu cam gangster .
so, kami terdiam sebentar, eh sapa tu ? nak masuk bilik malam-malam ni ? tak reti panggil orang ke, bagi salam ke ? aku cakap. kuang ajor macam gangster. salah sorang member aku jerit, " sape tu ?" . diam. "sape tu ?" sekali lagi. diam lagi. tadi kemain goncang pintu macam tak menahan nak masuk bilik. nak berak ke apa ?
lepas dia diam tu, member aku cakap, " bengo la main-main malam-malam ni"
masa tu aku dengan member2 aku tak terlintas benda tu lagi, lagipun kami ramai yang belum tidur. so tak takut lah. kitorang sambung sembang lagi lepas benda tu senyap.
tengah2 syok , tiba2 haaa pintu tu goncang lagi. aku pun geram, intai la kat bawah pintu nak tengok siapa yang buat hal. takut gak orang gila seks nak pecah masuk ke ( pernah berlaku ).
aku g mencangkung tunduk intai kat bawah, weh, tak d pun kaki aku cakap kat member. korang tau kan pintu bilik kita kan kat bawah tu ada ruang sikit. kita boleh intai nampak ada cahaya ke, kaki orang ke kan. nasib baik aku dok jauh sikit, kalau tak bertentang mata lah kita....... manalah tau kan ? jatuh cinta pandang pertama . nasib baik tak nampak muka uols, yang pastinya tak d kaki, bukan orang.
masa ni, masing-masing terdiam. eh tak d kaki, jangan-jangan haaa kami tak nak sebut la benda tu malam-malam ni. PANTANG !
masing-masing dah start takut, tak cakap apa2 lagi dah, tak jadi sambung cerita, sambung besok lah. so, semua lompat katil tarik selimut, tidur himpit2.
kitorang ambil keputusan cerita malam ini, kita investigate besok. besok tu kitorang check2 lah kot2 ada sape nak pedajal nak takut2 takutkan kitorang ke, memang tak d dan aku pasti benda tu yang mengusik.
that's all for today. next episode, aku cerita kejadian masa aku mc pulak. ok bye
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by cik_gebu at 13-3-2016 08:40 PM
kisah 8
kisah ni berlaku 4 tahun lepas yang lalu, masa ni aku dah kerja. suatu hari aku ada appointment di bangunan sebelah marinara iaitu syarikat telco blue. memandangkan parking dah penuh jadi aku decided parking di bangunan sebelah iaitu marinara.
keadaaan bangunan marinara pada masa itu masih lagi dalam status terbengkalai, tapi bahagian basement dijadikan tempat parking extra bangunan sebelah, ada 2 tingkat basement. dekat sini, kalau korang nak tau memang berhantu, sebab salah satunya hantu-hantu kat bangunan blue ada yang ditransfer oleh ustaz2 ke bangunan marinara.
dan kalau korang nak tau, setiap hari basement parking dipasang ayat2 suci al-quran. korang tau lah kenapa kan ? sampai macam tu sekali.
al-kisahnya pada satu hari aku terpaksa parking kat sini walaupun aku sedar amat berisiko tinggi, kerana aku parking pada waktu lewat dekat 1pm macam tu. masa ni tak d sorang pun yang ada area basement ni sebab semua orang tengah keje.
mula-mula aku round ground parking, huh dah penuh. so terpaksalah naik tingkat atas. so, yang tingkat atas ni lah seram sebab apa korang tau tak, bangunan ni kosong. office2 tu kalau aku intai kat dalam kelam gelap je.
terpaksa naik lif sorang-sorang yang dalamnya macam cerita JU ON, gelap dan kelam, lampu pun ala2 suram je. aku sorang tu naik lif. nak turun ke bawah. masa ni belum berlaku apa-apa lagi.
yang nak jadi apa-apa tu masa aku nak balik ambik kereta keluar bangunan tu. so, aku naik lif sekali la, masa masuk tu memang terasa macam-macam tapi aku tak tau je nak buat macam mana tawakkal aje la. aku pun tak tau kenapa aku ni bengong nak naik lif dah tau ko sorang je dalam bangunan ni. lif ni transparent boleh nampak kat luar tu haaa.
so, aku tekan nak g tingkat 3 kalau tak silap, korang tau ke mana dia bawak aku lepas aku tekan tu ? naik atasssss tak stop kat ting 3. dalam ni aku dah start panik weh. nak tekan loceng kecemasan pun sape nak tolong ? mana ada maintenance tu semua.
eh, kenapa lif ni naik atas lagi kenapa tak berenti tingkat 3, giler aahhh. aku pun baca2 lah ayat ape yg aku ingat. dalam kepala mintak2 lif ni terbuka la.
tiba2 lif pun terbuka, aku kat tingkat 13 , menggigil rasanya aku. nasib baik diusik macam ni je aku, jangan ada penampakan dah, harus pengsan dan orang tak jumpa aku, sebab tak d sape2 pun kat banguanan tu. aku ambil keputusan untuk tak meneruskan naik lif dan turun ikut tangga. korang bayangkan rasa nak tercabut kepala lutut dari tingkat 13 aku turun ke 3.
itu je nak share buat kali ini, ok bye.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sekolah asrama perempuan ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Sambung lagi....saya suka olahan cerita anda. |
|
|
|
|
|
|
|
a'a sekolah perempuan u..
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by cik_gebu at 13-3-2016 09:29 PM
kisah 9
arakian al-kisah pada suatu hari pada waktu senja disaat matahari sudah tenggelam, aku yang ketika itu masih lagi bekerja di kampung halaman, baru sahaja sampai di rumah setelah habis waktu kerja. rumah ini masih baru lagi siap dibina oleh arwah ayah ku. ayah ku mengambil keputusan untuk berhijrah ke kampung halaman setelah lama menetap di suatu daerah di hulu kelantan kerana tuntutan kerja.
tapak rumah ini ada sejarahnya sendiri, semasa di dalam pembinaan rumah baru ini masih ada lagi bekas tapak rumah sebelum ini. ada dapur kayu zaman dahulu dan sebuah perigi lama.
ayah aku tidak merobohkan ia dan membiarkannya sahaja, mana tau satu hari nak guna dapur kayu ni. rumah kitorang yang baru ni terletak jauh dari jiran-jiran. jiran yang paling dekat adalah di seberang jalan sana. di belakang dan di tep[i rumah aku ada tali air.
rasa seram pulak nak cerita pasal rumah aku ni sebab kami sekeluarga masih tinggal di sana sampai sekarang. tapi alhamdulillah sekarang rumah aku itu sudah pulih 100%, tiada lagi gangguan mistik. cuma nak imbas balik kenangan lalu tu ada rasa seriau sikitlah bila nak ingatkan balik sebab nak tulis cerita ni.
ok sambung balik cerita aku balik kerja time senja tu, masa ni aku baru je parking kereta kat bawah rumah, sedang aku bukak pintu kereta tu aku nampak ada sorang perempuan muda memakai baju merah memandang ke arah ku. pandangan nya aku tak nak describe sebab aku tengah sorang2 ni kat rumah.
masa ni aku tak takut ke apa sebab masa tu ingat fikiran aku tu tengah fikir bukan-bukan so aku anggap bukan betul2 lah yang aku nampak tu.
masuk rumah, aku macam biasa buat aktiviti peribadi tapi malam tu aku rasa lain macam. rasa berat dan malas, rasa nak tidur awal. malam tu kebetulan ada sepupu datang rumah , so aku tidur dengan dia.
sampailah pada waktu tengah malam dan lebih pukul 12 sepupu aku ni seorang OKU yang macam bodoh-bodong alang tu tiba-tiba mengilai semasa tengah tidur.
aku terjagalah tengok dia pandang aku semacam je. aku pun kejutkan dia " eh kenapa tidur macam ni ?, bising je." dia diam.
aku pun sambung tidur balik, lepas tu tak lama tengah tidur aku terjaga lagi sebab dengar sepupu aku mengilai lagi. aku pun mula lah seram, dah pukul berapa ni kan.
terus aku terjun katil, tinggalkan dia, aku pergi ketuk pintu bilik adik dan aku tidur dengan dia. lepas tu adik aku ni pemberani sikit, dia pergi bukak pintu bilik dan tengok sepupu aku tu pun tak leh tidur, dia duduk kat meja makan tengah belek majalah tengah2 malam.
aku tak tanya dia kenapa dia mengilai sebab kalau aku tanya dia pun mesti dia tak faham. kesimpulannya di sini aku menganggap benda tu ikut aku dan merasuk didalam badan sepupu aku disebabkan aku balik waktu maghrib.
dah lah uols, mak dah takut ni. eh, nanti siang2 mak describe detail.
ok bye
|
|
|
|
|
|
|
|
cpt sambung yea tt |
|
|
|
|
|
|
|
hurmmm |
|
|
|
|
|
|
|
hurmmm |
|
|
|
|
|
|
| |
|