Edited by katibism at 1-5-2016 12:07 AM
Mula2... iols nk tepek yg ni dulu;
A la a la berita berangkai
PERTAMA
mStar Online & SuriaFM Lancar APO2016Diterbitkan: Khamis, 3 Mac 2016 3:18 PM [size=0.688em]Oleh: MSTAR
Majlis pelancaran Anugerah Pilihan Online (APO) 2016 disempurnakan oleh Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Media Star, Datuk Seri Wong Chun Wai (kiri), Pengerusi Kumpulan Radio Star, Datuk Dr Aminuddin Mohd Rouse (tengah) dan Pengasas D'nars, Faziani Rohban Ahmad. Foto THE STAR
KUALA LUMPUR: Kumpulan Media Star Berhad buat julung kalinya menganjurkan program khas yang dikenali sebagai Anugerah Pilihan Online 2016 (APO2016) bagi mengiktiraf penggiat dalam pelbagai industri yang aktif menerusi dunia digital.
APO2016 yang dikendalikan portal berita mStar Online dan Suria FM dengan tajaan produk kosmetik Dnars memperkenalkan 18 kategori membabitkan sembilan dalam bidang hiburan, tiga kategori sukan dan lima lagi kategori gaya hidup.
Majlis pelancaran APO2016 disempurnakan oleh Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Media Star, Datuk Seri Wong Chun Wai di Zebra Square di sini pada petang Khamis.
Yang turut hadir ialah Pengerusi Kumpulan Radio Star, Datuk Dr Aminuddin Mohd Rouse; Pengasas D'nars, Faziani Rohban Ahmad; Pengarah Perhubunganraya RTM, Rohani Harithuddin dan Pengarang Eksekutif mStar Online, Rozaid A Rahman.
APO 2016 yang bertemakan Glam Digital dimeriahkan dengan kehadiran selebriti tempatan seperti Sona One, Indah Ruhaila, Dafi, Bunkface, Caliph Buskers, Awi Rafael, Aliff Aziz, Forteen serta I Am Neeta. Turut hadir memeriahkan pelancaran APO 2016 ialah jaguh bina badan negara, Sazali Samad; chef selebriti, Zamzani Abdul Wahab atau Chef Zam, ikon fesyen seperti Wak Doyok dan Muhammad Rizki Zaidani atau Ikie Coki.
Usahawan muda yang turut tersenarai dalam pencalonan awal APO 2016 seperti Ketua Pegawai Eksekutif Chatime Malaysia, Bryan Loo, Januar Haikal dari Furby and Sugar dan pengasas Viperbekam, Sharkradzuan turut memeriahkan majlis.
Faizdickie yang begitu dikenali di laman sosial dengan pelbagai watak lucu seperti Sarabanon, Kak Leha Bunting dan Nurse Puaka yang membawa semangat #villagepeople turut disenaraikan dalam pencalonan awal APO 2016. Sementara itu, selain 17 kategori yang akan diperkenalkan, kategori kemuncak akan dikenali dengan nama Selebriti Terunggul APO yang dipilih berdasarkan undian tertinggi menerusi keseluruhan kategori yang dipertandingkan.
Sembilan kategori hiburan yang dipertandingkan melibatkan Aktor Terbaik Pilihan Online, Aktres Terbaik Pilihan Online, Penyanyi Lelaki Terhebat Pilihan Online, Penyanyi Wanita Terhebat Pilihan Online, Lelaki Tampan Pilihan Dnars, Wanita Anggun Pilihan Dnars, Selebriti Komedi Pilihan Online, Grup Pilihan Online dan Penyampai Radio Pilihan Online.
Sementara itu tiga kategori sukan ialah Bintang Sukan Lelaki Pilihan Online, Bintang Sukan Wanita Pilihan Online dan Pasukan Pilihan Online.
Bagi lima kategori lain dalam kategori gaya hidup pula ialah Ikon Fesyen Pilihan Online, Ikon Niaga Muda Pilihan Online, Blog Pilihan Online, Chef Selebriti Pilihan Online dan Selebriti Media Sosial Pilihan Online.
Pemilihan pemenang adalah berdasarkan 70 peratus pengundian secara dalam talian sementara 30 peratus lagi adalah menerusi juri profesional.
Selain itu pembaca mStar Online dan pendengar Suria FM boleh terlibat dalam pengundian awal untuk mencari lima pencalonan utama bagi setiap kategori yang dibuka bermula 3 Mac (hari ini) hingga 31 Mac.
Selepas itu proses pengundian lima pencalonan bagi mencari pemenang utama setiap kategori pula dibuka bermula 1 April hingga 27 April depan.
Pencalonan dan pengudian secara dalam talian boleh dibuat dengan melayari laman web khas iaitu http://apo.mstar.com.my
Sebarang perkembangan terkini mengenai APO2016 juga boleh diikuti di laman Facebook https://www.facebook.com/AnugerahPilihanOnline
Anugerah yang bertemakan Glam Digital itu bakal bersiaran secara langsung di TV2 pada 30 April depan. mStar Online adalah penerima Anugerah Portal Berita Gaya Hidup dan Hiburan Terbaik Asia 2015 pada Anugerah Media Digital Asia di Hong Kong pada 18 November tahun lalu.
KEDUA
Siti Nordiana Tempat Teratas Calon Awal APO2016Diterbitkan: Rabu, 16 Mac 2016 3:58 PM
PETALING JAYA: Penyanyi Siti Nordiana yang sebelum ini dianggap sebagai ‘penyanyi kampung’ mempunyai pengaruh besar di kalangan penggemar media sosial apabila menduduki tempat teratas bagi tempoh pencalonan dalam Anugerah Pilihan Online (APO2016).
Menurut rekod pencalonan sehingga pukul 11 pagi Rabu, Siti Nordiana atau Nana, 33, mendapat pencalonan terbanyak menerusi kategori Penyanyi Wanita Terhebat Pilihan Online.
Artis lain yang turut tersenarai dalam kategori itu antaranya Dayang Nurfaizah, Datuk Siti Nurhaliza, Ayda Jebat, Misha Omar, Yuna dan Ella.
Bagi kategori penyanyi Lelaki Terhebat Pilihan Online pula menyaksikan Akim Ahmad memperoleh kedudukan tinggi bersama Hazama.
Aktor Terbaik Pilihan Online pula sehingga Rabu menyebelahi Shaheizy Sam manakala Aktres Terbaik Pilihan Online berpihak kepada Ayda Jebat.
Pelakon Syarul Ridzwan pula menunjukkan peningkatan ketara pencalonan apabila berada pada kedudukan kukuh berbanding Shaheizy Sam, Aaron Aziz dan Fattah Amin bagi kategori Lelaki Tampan Pilihan Dnars.
Wanita Anggun Pilihan Dnars pula setakat ini menjadi milik Mira Filzah manakala Selebriti Komedi Pilihan Online berpihak kepada Zizan Razak.
Bagi Grup Pilihan Online menyaksikan Akim & The Majistret mendapat pencalonan tertinggi dan Penyampai Radio Pilihan Online adalah milik Johan (Era FM).
Untuk kategori sukan memperlihatkan Datuk Lee Ching Wei mendapat pencalonan tinggi menerusi Bintang Sukan Pilihan Online.
Bintang Sukan Wanita Pilihan Online pula berpihak kepada Datuk Nicol David manakala pasukan bola sepak JDT (Johor) mengungguli Pasukuan Sukan Pilihan Online.
Penggemar media sosial turut memilih Mia Ahmad bagi Ikon Fesyen Pilihan Online manakala Neelofa (Naelofar Hijab) dipilih Ikon Niaga Muda Pilihan Online.
Peminat blog mencalonkan Siakap Keli dalam kategori Blog Pilihan Online manakala pensyarah dari UiTM Pulau Pinang, iaitu Chef Azli memperoleh undian dalam kategori Chef Selebriti Pilihan Online.
Selebriti Media Sosial Pilihan Online pula menyaksikan Amran Fans memperoleh pencalonan terbanyak.
Dalam pada itu Pengurus Produk mStar, Michael Fredericks berkata, sambutan tinggi Siti Nordiana dan juga kategori membabitkan artis adalah disebabkan kempen dilakukan kelab peminat masing-masing.
Katanya, trend itu secara tidak langsung menggalakkan orang ramai dan pengikut personaiti berkenaan berlumba-lumba membuat pengundian.
“Kita lihat sahaja di Facebook, Instagram dan Twitter dengan hastag #APO2016, banyak kempen dilakuklan oleh kelab peminat untuk membolehkan personaliti yang dicalonkan mendapat pencalonan tinggi,” katanya.
Populariti Siti Nordiana juga katanya naik secara mendadak selepas dia menjuarai Gegar Vaganza 2015.
Dalam pada itu orang ramai boleh terus membuat pencalonan sehingga 30 Mac ini agar selebriti kesukaan masing-masing boleh berada dalam senarai top five.
Untuk membuat pencalonan, mereka hendaklah ke laman web apo.mstar.com.my dan perlu mempunyai akaun media sosial masing-masing.
Bagi tempoh ini, hanya sekali sahaja pencalonan dibenarkan bagi setiap akaun media sosial.
APO2016 yang dilaksanakan dengan kerjasama Suria FM membawa tema glam digital dan bakal bersiaran pada 30 April 2016 menerusi saluran TV2.
Sebanyak 18 kategori dipertandingkan termasuk satu kategori khas itu Personaliti Terhebat Pilihan Online yang dipilih berdasarkan undian tertinggi dalam semua kategori.
APO2016 dihebatkan oleh Dnars sekalu penaja rasmi.
KETIGA - TOP 5
Artis Baharu Warnai Senarai Pencalonan 'Top 5' APO2016Diterbitkan: Khamis, 31 Mac 2016 2:30 PM
Majlis Pengumuman Finalis APO2016
PETALING JAYA: Artis-artis baharu mewarnai senarai pencalonan lima terbaik Anugerah Pilihan Online 2016 (APO2016) yang bakal berlangsung pada 30 April depan.
Menerusi sembilan dari 17 kategori yang melibatkan selebriti, ia memperlihatkan pelakon dan penyanyi baharu mendominasi senarai dengan sekurang-kurangnya dua pencalonan.
Kategori Aktres Terbaik Pilihan Online memperlihatkan persaingan lima penjuru bintang-bintang baharu iaitu Ayda Jebat, Janna Nick, Mia Ahmad, Mira Filzah dan Zara Zya.
Janna, Mira dan Mia turut terpilih menerusi kategori Wanita Anggun Pilihan Dnarsbersama-sama penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza dan juara program Gegar Vaganza 2, Siti Nordiana.
Hafiz bergambar kenangan dengan kakitangan Star Media Group.
Siti masih membuktikan beliau mempunyai pengikut yang kuat apabila mendominasi senarai pencalonan termasuk Penyanyi Wanita Terhebat Pilihan Online dan Ikon Fesyen Pilihan Online.Manakala Siti Nordiana turut terpilih menerusi kategori Penyanyi Wanita Terhebat Pilihan Online disamping Ayda Jebat, Dayang Nurfaizah dan Stacy.Kategori Penyanyi Lelaki Terhebat Pilihan Online pula memperlihatkan persaingan di antara Hazama, Hafiz Suip, Faizal Tahir, Syamel dan Sufi.
Dalam pada itu, Sahahrul Ridzwan satu-satunya artis lelaki baharu yang tersenarai dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik Pilihan Online dan memperlihatkan dia bakal bersaing dengan nama besar iaitu Aaron Aziz, Adi Putra, Shahiezy Sam dan Zizan Razak.
Hazama sempat mendendangkan sebuah lagu pada majlis berkenaan.
Saharul, Aaron Aziz, Adi Putra, Shaheizy Sam dan Fattah Amin turut terpilih bagi merebut trofi kategori Lelaki Tampan Pilihan Dnars. Abam, Johan, Jepp, Jihan Muse dan Zizan Razak pula tersenarai lima terbaik menerusi kategori Selebriti Komedi Pilihan Online manakala Akim & The Majistret, Bunkface, Caliph Buskers, Defam dan Forteen bakal bersaing untuk kategori Grup Pilihan Online.Penyampai Radio Pilihan Online pula menyaksikan persaingan di antara AG, Fara Fauzana, DJ Lin, Johan dan Radin.
Dalam perkembangan sama, Bintang Sukan Lelaki dan Wanita Pilihan Online pula memperlihatkan nama-nama seperti Azizulhasni Awang, Datuk Lee Chong Wei, Nazmi Faiz, Farah Ann, Datuk Nicol David dan Pandelela Rinong terpilih ke senarai lima terbaik.
Chef Adu dan Datuk Fazley Yaacob tercalon dalam kategori Chef Selebriti Pilihan Online.
Manakala Pasukan Sukan Pilihan Online pula memperlihatkan persaingan di antara Kelantan (bola sepak), Kedah (bola sepak), JDT (bola sepak), PPBN (bawah 13) dan Pasukan Memanah Wanita Kebangsaan. Antara kategori yang turut dipertandingkan adalah Ikon Niaga Muda Pilihan Online, Blog Pilihan Online, Chef Selebriti Pilihan Online dan Selebriti Media Sosial Pilihan Online.
Pengumuman top five dibuat oleh Editor Eksekutif, Rozaid A. Rahman.
Proses pengundian fasa kedua bermula 1 April hingga 27 April depan dan sepanjang tempoh itu undian boleh dibuat setiap hari (sekali sehari) menerusi akaun Facebook, Instagram dan Google di laman web apo.mstar.com.my
Janna Nick tercalon menerusi dua ketegori.
Debaran APO2016 mulai dirasai selepas peringkat pertama berakhir pada 31 Mac dan pengumuman senarai pencalonan lima terbaik itu diadakan di Menara Star di sini, Khamis. Semasa tempoh pencalonan yang bermula 3 Mac sehingga 30 Mac 2016, pihak penganjur menerima kira-kira 120,000 pencalonan yang dibuat menerusi laman web khas APO2016 iaitu apo.mstar.com.my
Ia memperlihatkan sambutan luar biasa apabila wujud keghairahan orang ramai khususnya penggemar media digital untuk mengambil bahagian dalam penganjuran APO2016 yang buat julung kalinya diperkenalkan oleh portal mStar Online bersama stesen radio Suria FM.
Paling meriah, hastag #APO2016 yang boleh diikuti menerusi Facebook, Twitter dan Instagram menyaksikan pelbagai ragam dan telatah khususnya mereka yang mempunyai kelab peminat artis dalam usaha melakukan kempen pencalonan agar artis mereka tersenarai dalam calon lima teratas.
Dayang Nurfaizah tercalon menerusi kategori Penyanyi Terbaik Pilihan Online.
Malam kemuncak APO2016 bakal diadakan pada 30 April 2016 (Sabtu) dan akan dipancarkan secara langsung menerusi TV2 dari Auditorium Perdana, Angkasapuri Kuala Lumpur, pukul 9 malam. Ia bakal dimeriahkan dengan gabungan tiga pengacara iaitu pasangan deejay Suria Pagi, Suria FM iaitu Adibah Noor dan Baki Zainal yang akan disokong oleh pengacara hebat Awal Ashaari.
Acara ini bertemakan Glam Digital yang bakal menyaksikan pentas dan laluan karpet berwarna ungu (purple carpet) sebagai simbolik kepada kemeriahan tema yang dibawa. Pemenang bagi setiap kategori bakal menerima trofi , hadiah dari penaja utama Dnars, seutas rantai mutiara sumbangan Rafflesia, jam tangan jenama Ice Watch dan penginapan serta makan malam sumbangan hotel Dorsett Putrajaya.
Berikut adalah senarai penuh pencalonan APO 2016:
1. AKTOR TERBAIK PILIHAN ONLINE
ADI PUTRA
AARON AZIZ
SAHARUL RIDZWAN
SHAHEIZY SAM
ZIZAN RAZAK
2. AKTRES TERBAIK PILIHAN ONLINE
AYDA JEBAT
JANNA NICK
MIA AHMAD
MIRA FILZAH
ZARA ZYA
3. PENYANYI LELAKI TERHEBAT PILIHAN ONLINE
HAZAMA
HAFIZ SUIP
FAIZAL TAHIR
SYAMEL
SUFI
4. PENYANYI WANITA TERHEBAT PILIHAN ONLINE
AYDA JEBAT
DAYANG NURFAIZAH
SITI NORDIANA
SITI NURHALIZA
STACY
5. LELAKI TAMPAN PILIHAN DNARS
AARON AZIZ
ADI PUTRA
FATTAH AMIN
SAHARUL RIDZWAN
SHAHEIZY SAM
6. WANITA ANGGUN PILIHAN DNARS
JANNA NICK
MIA AHMAD
MIRA FILZAH
SITI NURHALIZA
SITI NORDIANA
7. SELEBRITI KOMEDI PILIHAN ONLINE
ABAM
JOHAN
JEPP
JIHAN MUSE
ZIZAN RAZAK
8. GRUP PILIHAN ONLINE
AKIM & THE MAJISTRET
BUNKFACE
CALIPH BUSKERS
DEFAM
FORTEEN
9. PENYAMPAI RADIO PILIHAN ONLINE
AG
FARA FAUZANA
DJ LIN
JOHAN
RADIN
10. BINTANG SUKAN LELAKI PILIHAN ONLINE AZIZULHASNI AWANG
FAIZ SUBRI
LEE CHONG WEI
MOHD SAFIQ RAHIM
NAZMI FAIZ
11. BINTANG SUKAN WANITA PILIHAN ONLINE
[size=0.98em]ANN OSMAN
FARAH ANN
FATEHAH MUSTAPA
NICOL DAVID
PANDELELA RINONG [size=0.98em]12. PASUKAN SUKAN PILIHAN ONLINE
KELANTAN (BOLASEPAK)
KEDAH (BOLASEPAK)
JDT (BOLASEPAK)
PPBN (BAWAH 13)
PASUKAN MEMANAH WANITA KEBANGSAAN
13. IKON FESYEN PILIHAN ONLINE AWAL ASHAARI
NEELOFA
SCHA AL-YAHYA
WAK DOYOK
SITI NURHALIZA
14. IKON NIAGA MUDA PILIHAN ONLINE
NAELOFAR HIJAB
BURGER BYTE
BELLA AMMARA
BURGER BAKAR KAW-KAW
AIDIJUMA
15. BLOG PILIHAN ONLINE
BEN ASHAARI
SIAKAP KELI
CIK EPAL
EMAS PUTIH
SENSASI SELEBRITI
16. CHEF SELEBRITI PILIHAN ONLINE
CHEF AZLI RAZALI
CHEF ADU AMRAN
CHEF FAZLEY YAAKOB
CHEF NIK MICHAEL
CHEF WAN
17. SELEBRITI MEDIA SOSIAL PILIHAN ONLINE
AMRAN FANS
UCOPPP
LUQMAN PODOLSKI
FAIZ DICKIE
MAT LUTHFI
WALAUPUN ANUGERAH NI MACAM SYOK SENDIRI OLEH MEDIA STAR {MSTAR/SURIA/THE STAR}.. TAPI AT LEAST CALON TOP 5 LOGIK & RELEVANT COMPARED TO ABPBH2015. KHUENZ???
KO GHASERRRR???
|