CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 45167|Reply: 354

[Nafkah Tertunggak] Edel Notelo kena bayar RM68,530 pada Rita Rudani

[Copy link]
Post time 26-4-2016 01:43 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Syd at 26-4-2016 01:52 PM

Mohamad Aidil Zakuan kena bayar RM68,530
Siraj Mohd Zaini



Shah Alam: Mahkamah Tinggi Syariah hari ini, memerintahkan pemain bola sepak kebangsaan Mohamad Aidil Zakuan Abd Razak membayar nafkah tertunggak berjumlah RM68,530 kepada bekas isterinya Rita Rudaini Mokhtar.

Hakim Mawardi Che Man turut memerintahkan Mohamad Aidil yang juga pemain pertahanan pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (Johor DT) itu membayar kos guaman yang ditanggung Rita sepanjang prosiding perbicaraan kes berkenaan.

Mohamad Aidil Zakuan, 29, yang hadir ke mahkamah bersama peguamnya Rushdan Sujak juga dikehendaki membayar kedua-dua jumlah berkenaan dalam tempoh 45 hari bermula hari ini.

Rita, 40, yang diwakili peguamnya Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain memfailkan tuntutan berkenaan pada 14 Disember 2013.

Pelakon itu bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah hari ini kerana masalah kesihatan.

Sebelum ini, Rita turut memfailkan tuntutan mutaah RM300,000 daripada Aidil pada 7 Julai 2014 mengikut Seksyen 58 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Bagaimanapun, pada Oktober tahun lalu, Mawardi memerintahkan Aidil membayar RM30,000 untuk tuntutan mutaah terbabit.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2016 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian edel tinggal spentot je pasni
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2016 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa baik sangat tulis nama penuh?
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2016 01:45 PM | Show all posts
Edited by EvieWanKenobi at 26-4-2016 01:47 PM

bayar.. jangan tak bayar..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2016 01:45 PM | Show all posts
eh? tak setel lagi ye.
ingatkan dah setel dah ituhari.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2016 01:46 PM | Show all posts
konpius dia dengan kembar dia.. dia ni ke yang baru baru ni rumah kena rompak??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-4-2016 01:46 PM | Show all posts
ex bini x dtg, ex laki pla dtg..

Bayor jer la aidil. Aman2 jer terus.


Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2016 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Itu hari beria kata tetap byr nafkah...alih2 mmg betul ada tunggakan. Propa kuat si edelnotelo ni.

No wonderlah rita meroyan bagai nak rak seumur hidup khuenn

Rita dh baik demam denggi blom?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2016 01:47 PM | Show all posts
jangan tau nak menembak benih je...perkahwinan ni satu yang berat... sebagai lelaki ko kena bijak nak mengemudi bahtera keluarga.. bukan sekadar nak bayar bil air je... gagal nakhodanya, gagallah pelayarannya

wanita aka isteri perlu dibimbing bukan sekadar jadi kilang buat anak semata....
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2016 01:48 PM | Show all posts
bukan zafuan ke?? zakuan yg dua minit.. silap org nie..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2016 01:49 PM | Show all posts
bini kaya..apedehal..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2016 01:50 PM | Show all posts
Glass_shoes replied at 26-4-2016 01:44 PM
Kenapa baik sangat tulis nama penuh?

jap ai edit
tadi ai tengah lunch bergurau senda ngan staff dari Penang
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2016 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan ke gaji player jdt besar2 belaka? 60k sebulan kan?
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2016 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
fizamn replied at 26-4-2016 01:48 PM
bukan zafuan ke?? zakuan yg dua minit.. silap org nie..

Mohd Aidil Zafuan Abd Razak = Edelnotelo = Rita/Jemah
Mohd Zaquan Adha Abd Razak = DikQuan2Minit = Ayu Rodah
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2016 01:52 PM | Show all posts
kihkih merata mencanang ada bagi nafkah kat rita dgn anak2..alih2 non hado...ntah2 lgsg takdak usaha nak jumpa anak...mencanang ja pegi tp anak2 takdak...kihkih...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2016 01:53 PM | Show all posts
xAthenax replied at 26-4-2016 01:52 PM
TT kuan kan yang 2 menet?
ko jangan main2 salah nama



gasak.
itu Metro punye berita.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2016 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Ape yg 2 minit???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2016 01:55 PM | Show all posts
sepitsiput replied at 26-4-2016 01:51 PM
Mohd Aidil Zafuan Abd Razak = Edelnotelo = Rita/Jemah
Mohd Zaquan Adha Abd Razak = DikQuan2Minit  ...

tq darling.

ai nak sambung makan semula neh.


Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2016 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni nafkah rita kan? So haters rita sll pertahankan notelo pls
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2016 01:55 PM | Show all posts
missDollie replied at 26-4-2016 01:51 PM
Bukan ke gaji player jdt besar2 belaka? 60k sebulan kan?

gaji besar tak jamin iman besar


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 43623 Replies : 572
Siapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong Ni Boleh Masuk Sini
beggSiapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong N
Views : 35413 Replies : 20
Belum Masuk Tahun Baru Cina Apartment Dijadikan Stor Penyimpanan   Mercun Di Kajang Terbakar 80 Peratus
YgBenarBelum Masuk Tahun Baru Cina Apartment Di
Views : 11697 Replies : 11
Kemaluan tersembul di dahi, janda cantik trauma tengok cermin! - “Puas gosok-gosok mata, tetap ada”
tatodKemaluan tersembul di dahi, janda cantik
Views : 11253 Replies : 6
Harap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Azam Baki tidak isytihar jutaan saham dalam syarikat tersenarai, dedah Bloomberg
YgBenarHarap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Az
Views : 22619 Replies : 18
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi lebih RM4.8 juta termasuk faedah kepada kerajaan
ultra78Keluarga Altantuya pulangkan semula gant
Views : 20593 Replies : 13
Wanita bimbang suami bergaji 5k mahu berhenti kerja kerana toksik dan stress dan ingin jadi rider penghantar makanan.Wajar atau tidak
YgBenarWanita bimbang suami bergaji 5k mahu ber
Views : 31214 Replies : 15
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 77159 Replies : 510
SUPERMAN (2025)
SY_MumiSUPERMAN (2025)
Views : 52950 Replies : 52
Tok Arab Dubai buat video dera, seks ganas
Tumpang-SibokTok Arab Dubai buat video dera, seks gan
Views : 26375 Replies : 28

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 10:25 AM GMT+8 , Processed in 0.067917 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list