Yup, selama ini orang China dihantui oleh masalah keracunan makanan, kes yang paling serious ialah kes keracunan tepung susu Sanlu pada 2008 yang telah meracuni beribu-ribu bayi di China. Ada juga kes-kes restoran yang guna minyak masak recycle yang dipam dari longkang dan banyak kes daging palsu dan sebagainya...
Hakikatnya, orang China ada percepsi bahawa makanan import adalah lebih selamat. Banyak komplain kedengaran dari negara seperti Australia dan New Zealand yang mengatakan pelancong China merebut dan mengosongkan stok tepung susu mereka.
Fefeeling, kes iphone agak berbeza sebab expertise dari atas ke bawah adalah from the US.
Cuma pemasangan kat China saja.
Tapi to be fair, China sebenarnya dah banyak berkembang dalam banyak sektor hi-tech kebelakangan ini. Contohnya smartphone. Hari ini jenama-jenama seperti Huawei, Oppo, Xioami dll berjaya menembusi pasaran antarbangsa dengan gadgets mereka juga sangat berkualiti dan berteknologi tinggi.
Jack Ma ada menyatakan suatu konsep iaitu perkembangan ekonomi tinggi dua digit tidak mungkin dikekalkan, ia perlu turun ke perkembangan sederhana iaitu 5-6% untuk menjadi ekonomi yang lebih sihat. Cuba bayangkan perkembangan ekonomi tinggi sebagai ekonomi yang disokong oleh mass production kereta Proton yang berjuta-juta unit dengan perkembangan sederhana yang disokong oleh high tech/ quality production kereta Ferrari yang beratus/ribu unit sahaja. According to Jack Ma, industri pembuatan China perlu bergerak dari low quality production to high quality production, jikalau berhasrat untuk mencapai tahap negara maju.
Post time 9-5-2017 07:12 PMFrom the mobile phone|Show all posts
spiderman80 replied at 8-5-2017 02:55 PM
Fefeeling, kes iphone agak berbeza sebab expertise dari atas ke bawah adalah from the US.
Cuma pe ...
brand banyak banyak tu kebanyakkan owner sama. kilang sama. tukar brand tukar repacking. bab menjual remarkerketing retail china menang. tapi tidak pada creating product dan new inovation.
Sila pandang cermin, kita di Malaysia ada Lazada milik taukeh Taobao China dan Zone Dagang Bebas Digital yang Pertama di Dunia yang akan menjadi lapangan terbang/ hub untuk barangan buatan China di zone Asia Tenggara. Taukeh-taukeh, pekerja-pekerja SME dan retail kita ada risiko tak?
Apabila globalization sampai ke tahap tertentu iaitu tahap orang lokal hilang kerja dan tak kenyang makan, ia akan reverse balik ke "Localization"
Lihatlah Amerika, laungan kuat President Baru Donald Trump "Make America Great Again", “Bring back the jobs to Amerika”. Amerika ialah sifu globalization dan Outsourcing dari zaman 90'an lagi.
Lihatlah Britain, terkeluar daripda EU, kebanyakkan org british sudah pun fed-up tolong negara jiran yang miskin sedangkan sendiri pun susah mau survive.
Saya tak kata globalization tak baik, free market memang baik jikalau market tu adil dan semua party dapat market share yang berpatutan.
Pada pandangan saya, SME Malaysia masih belum ready untuk apa yang bakal menimpa sebab banyak yang masih tak ingin go digital or eCommerce, sekurang-kurangnya untuk mempertahankan market lokal di Malaysia sebelum attack market China through DFTZ.
I foresee Tsunami Barangan Buatan China very soon.
Kedua-dua marketplace terbesar di MY: Lazada dan 11street skrg dalam stage bakar duit dan pikat pengguna...sama seperti kes Uber...
Banyak juga pengguna yang tunggu voucher untuk beli online...anyway process ini tidak mampan sebab matlamat muktamad suatu bisness ialah untung dan bukan rugi. Kunci kejayaan atau penerusan peniagaan ialah digital presence or keterlihatan atas talian suatu bisness/ brand apabila 90% pengguna sudah boleh beli barang dengan efektif secara online...
ODM dan OEM berbeza maknanya.
ODM itu Original Design Manufacturer yang melaksanakan operasi pembuatan secara besar-besaran dengan mendapat contract "Outsource" daripada OEM. Manakala OEM (Original Equipment Manufacturer) iaitu tuan punya sesuatu brand yang "outsource" kerja pembuatan kepada ODM.
Foxconn merupakan ODM terbesar Apple, malah Foxconn juga mungkin membuat phone untuk Samsung dan Huawei dan phone jenama yang lain.
Asset terpenting sesuatu jenama sekarang ialah rekabentuk, brand dan patent mereka, bukan perlaksanaan operasi pembuatannya. Jadi banyak brand besar US seperti Apple, Nike, New Balance dan lain-lain memberi kontrak kepada pengusaha di negara-negara membangun untuk menghasilkan produk mereka.
Tetapi keadaan US akan berubah sejak kenaikan president baru Donald Trump, beliau mementingkan Insource daripada Outsource, iaitu bertujuan untuk membawa balik kerja pembuatan dari negara seperti China kepada Orang Amerika yang berpendapatan/ berpendidikan rendah. Suara dan undi kalangan berpendapatan rendah ini amat berpadu pada pilihanraya President US 2016 dan sampai boleh menjatuhkan calon kuat Hillary Clinton.
Dr Seri Vida nampak macam joker je semasa hardsell produk live di depan nasional TV channel NTV7, tapi terpaksa kagum juga dengan keberaniannya. Tak fasih sangat bahasa Cina tapi berusaha bersungguh-sungguh untuk menonjolkan produknya. Berapa pengusaha di Malaysia yang sudi berbuat sedemikian? ataupun berapa yang ada budget bermillion-million untuk berbuat demikian?
Padangan I, ada logiknya beliau berkelakuan terdesak sebegini, seperti yang dihuraikan di bebenang ini, sektor makanan ialah pemenang yang paling besar dalam DFTZ dan paling berpeluang menjadi export utama DFTZ. Jadi mestilah promote kaokao di rancangan bahasa Cina sebesar Golden Award 2017 NTV7 untuk cipta kesan besar di pasaran tanahair selagi mendapat perhatian di luar negara e.g., China.
Apabila orang bukan Cina dapat berbahasa Cina e.g., Shila Amzah terciptanya wow effect dan impact pemasarannya amat besar sekali di China...
Post time 23-5-2017 04:38 PMFrom the mobile phone|Show all posts
bryantpl2 replied at 23-5-2017 04:28 PM
Dr Seri Vida nampak macam joker je semasa hardsell produk live di depan nasional TV channel NTV7 ...
Tapi kan Shila memiliki rupa paras dan suara yang cantik. Mesti lah ummah PRC ataupun Cina dari mana-mana pun terkagum.
Bukan nak kata Datuk Seri Vida tak cantik....dia cantik juga.
Tapi untuk mereka yang pernah mengikuti kisah-kisah Datuk Seri Vida, cara-cara beliau berniaga yang tak pernah-pernah berputus dengan kontroversi, sorry to say, amat menjengkelkan.