CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: LelakiTeragung

[EKSKLUSIF!!!] Anita Sarawak Beli Rumah Baru di Las Vegas Pada 4 Oktober Setelah

[Copy link]
Post time 10-10-2017 03:52 PM | Show all posts
cantiknya rumah nek nita
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2017 03:52 PM | Show all posts
hahahahahhahaaa...pantasss je mencedukk
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2017 04:12 PM | Show all posts
bagus tt nie.. harap2 lepas nie kak nita pulanglah ke Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2017 04:16 PM | Show all posts
takayama replied at 10-10-2017 02:46 AM
moga kak nita sihat2 aje disana
teringat aksi dia ms minggu setiausaha dolu kala
dia mmg seorg pen ...

ha'ah.. kalo time secretary week, office mate iols sanggup beli tiket semata-mata nak tengok kak nita perform, walaupun sheols bukan secretary..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2017 04:53 PM | Show all posts
hurmmm knp ye dia hilang cm tu je? pelik sgt
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2017 04:56 PM | Show all posts
susukambingbest replied at 10-10-2017 01:29 AM
akk rasa sbb sheol anak kedua ithnaini tu no.2 dlm basa arab

xla.. mmg kang nita penah ckp sbb dia beranak hari isnin.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-10-2017 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Takkan la kak nita nak merajuk sebab mulut jahat rakyat malaysia tu kot. Kak nita dah brpuluh thn bergelumang dlm industri. Dah lali dgn ckp2 org  apetah lg kejian. Ade la sebab lain tu.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2017 05:00 PM | Show all posts
350k leh dpt umah gini??...murahhhhh



kt msia 350k dpt apartmen mid cost
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2017 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantiknye hiasan dlm umah kak nita..  dlm mimpilah nk dpt umah gini
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2017 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Kak nita sayang sume ni ayat nek ta yg paling aku ingat
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2017 05:14 PM | Show all posts
350000 darab dgn 4 yer.... lbh RM 1.3-1.5 JUTA kot....
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2017 05:23 PM | Show all posts
apakah mungkin rumah ini berhantu? jeng jeng jengggg.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2017 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga kak nita sihat2 sahaja hendaknyaaa...rindu show kak nita yg energetic
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2017 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
brainbiru replied at 10-10-2017 12:07 AM
Yup.. Kita tgk comparison $1USD sana boleh beli apa... N RM1kt malaysia boleh beli apa?  Bukan nya ...

Betul... depa ni pun... jgn l convert currency, compare one-to-one ler. Rm 350,000 rumah kat malaysia kita blh agak mcmmana ghupernya.

Aku pun prnh dgr someone beli property di sana harga serupa rumah siap ada yard besar, pool, garage besaq etc etc. Dia pun ckp dgn harga dia beli tu kat sini (read KL) takkan dpt mcm tu.

Dia bukan beli ceruk kg kat us ya, x silap aki di vegas juga within all amenities.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2017 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
tq tt...ats info terbaru pasal k nita....2/3 minggu lps akk mimpi jumpa k nita...xtau mcm mana bole mimpi psl dia padahal xprnh fikir pon pasal dia...sebab tu xprnh criter kt org lain...
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2017 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Hashitah replied at 10-10-2017 05:14 PM
350000 darab dgn 4 yer.... lbh RM 1.3-1.5 JUTA kot....

Kenapa nak kena darab 4? Org kat Las Vegas tu earn dalam RM ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2017 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
ke betul kak nita sakit.  rasa nye ade terbaca fews years  back maybe kak nita sakit sbb tu menghilang.  tp xkan la sampai jual rumah...  harap kak nita sihat...
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2017 06:17 PM | Show all posts
BY MOHAMAD BAKAR
MONDAY, 2 OCTOBER 2017
SHARE:  

Benarkah Anita Sarawak Kini Tinggal Di Perancis?
Kini dikatakan menetap di Perancis tanpa suami di sisi. (Kredit gambar: Hangat.com)
Misteri kehilangan penyanyi bertaraf superstar, Anita Sarawak atau lebih mesra dengan panggilan Kak Nita terus meninggalkan tanda tanya.

Selepas lebih enam tahun misteri ‘kehilangan’nya belum menemui pengakhiran tepat.

Kali terakhir pun sekitar awal tahun ini, cerita mengenai Anita kembali menjadi bualan apabila penghibur itu dikatakan sudah kembali menetap di Singapura. Namun ia ternyata dilihat sepi begitu saja.

Bagaimanapun menurut sumber terdekat dan boleh dipercayai yang membisik ke telinga Rojak Daily Kaw! ada memaklumkan yang Anita kini berada di Perancis.

Penyanyi yang mesra disapa Kak Nita itu difahamkan berada di sana kira-kira tiga jam perjalanan dari Paris. Cerita itu dikongsi sumber yang kebetulan temannya menetap di sana.

“Anita sudah tinggal di rumah yang difahamkan miliknya itu sejak dua tahun. Kiranya Anita tinggal di atas tanah rumah yang dibangunkan. Anita sebelum ini pun pernah dengar terbabit dalam dunia hartanah.

“Tak hanya di situ, saya turut dimaklumkan yang Anita juga kini tinggal tanpa suaminya di sisi. Ikut cerita teman saya itu, Anita dan suaminya, Mahathir Abdullah dikatakan sudah berpisah. Punca perpisahan mereka tidak dapat dipastikan. Mereka dikatakan sudah berpisah sama tempoh dengan jarak Anita menetap di situ.

“Anita katanya lagi juga lebih gemar menyendiri,” kongsi sumber itu.

Kata sumber itu lagi, Anita dilihat bagai memberi isyarat tidak akan kembali lagi ke Malaysia.

“Lihat gayanya menurut teman saya, Anita seperti menyembunyi dan memendam sesuatu. Entah, barangkali Anita segan nak berhadapan dengan teman, keluarga dan peminatnya di Malaysia yang selama ini melihat kehidupannya begitu sempurna.

“Di sana pun, Anita lebih selesa menggunakan nama sebenarnya, Ithnaini Mohd Taib. Barangkali juga Anita tak mahu dirinya disedari mana-mana pihak. Anita turut dikatakan gemar memakai tudung atau berselendang untuk memastikan kehadirannya tidak diperhatikan. Mungkin juga itu isyarat diri beliau tak mahu lagi menjadi penghibur yang diagung-agungkan selama ini.

“Namun kalau melihat keadaannya menurut teman saya lagi, Anita bagai menahan rasa rindu terhadap insan yang beliau rapat di Malaysia. Perasaan itu bagai tersekat serta tak mampu diluahkan kerana sebab musabab tertentu,” kata sumber itu lagi.

Kalau mahu diimbas cerita kehilangan Kak Nita mula bertebaran sejak 2011 sekitar Oktober. Ia timbul apabila panggilan telefon dan kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) ke taliannya tidak dijawab. Malah Noorkumalasari yang dihubungi media memberitahu, Anita sudah pulang semula ke AS bersama suaminya.

Seterusnya pada Julai 2012, ada sekumpulan peminat mendakwa terserempak dengan Anita yang berimej baharu dengan berjubah dan bertudung di sebuah kompleks beli-belah di Texas. Anita juga dilihat sedang berjalan sendirian tanpa ditemani suaminya. Namun, segala yang diperkatakan itu terus tinggal menjadi tanda tanya.

Malah turut bertebaran cerita, kononnya punca kehilangan Anita mula terungkai apabila Noorkumalasari memberitahu, penghibur itu merajuk dengan industri hingga mengambil keputusan membawa diri.

Kemudian pada Februari 2014, berita mengenai perpisahan Anita dan Mahathir kembali tersebar. Hubungan mereka dikatakan berdepan dengan masalah sejak dua tahun sebelum `kehilangannya' lagi. Rakan baik Anita pernah mendakwa, dirinya sering menjadi saksi perbalahan mereka. Namun cerita itu bagaimanapun dinafikan Noorkumalasari.

Seterusnya pada Mei 2015, Noorkumalasari mengesahkan kakaknya itu sudah bersara daripada bidang nyanyian kerana mahu memberi tumpuan kepada perniagaan hartanah. Noorkumalasari juga memaklumkan, Anita gembira dengan apa yang dilakukannya dan belum mahu pulang ke Malaysia atau Singapura.

Terbaru sekitar Januari lalu, cerita mengenai Anita kembali menjadi bualan apabila penghibur itu dikatakan sudah kembali menetap di Singapura.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2017 06:19 PM | Show all posts
Edited by kittypong31 at 10-10-2017 06:22 PM

alahaii rindu nak tengok kak nitaa.. Suka rumah mcm tu luar je nampak simple tapi dalam mmg cantik! Masalah kewangan la tu..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2017 06:21 PM | Show all posts
lama menghilang dia ni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 06:34 AM GMT+8 , Processed in 0.108804 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list