|
[Tempatan]
TERKINI Tsunami Selat Sunda: 429 Maut, 1485 Cedera & 128 Masih Hilang
[Copy link]
|
|

Author |
Post time 26-12-2018 03:59 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Tsunami Selat Sunda sudah diramal sejak 2012 - Pakar
Mohd Dzulfitri Md Yusuf, Astro Awani | Published Disember 26, 2018 13:33 MYT
Dr Khamarrul tidak menolak risiko bencana seperti di Selat Sunda boleh berlaku di Malaysia.
KUALA LUMPUR: : Kejadian tsunami di Selat Sunda yang berlaku pada Sabtu lalu sebenarnya sudah diramal sejak 2012 oleh sekumpulan saintis Perancis dan Indonesia.
Menurut Dr Khamarrul Azahari Razak dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), kajian saintifik itu telah meramal sebarang gelonsoran yang berlaku di bahagian barat daya Gunung Anak Karakatau akan mewujudkan gelombang setinggi 43 meter.
"Jika kita amati, pakar dan saintis telah membuat penilaian awal di kawasan Selat Sunda dan sudah menjangka tsunami boleh berlaku," kata Dr Khamarrul yang ditemu bual dalam program Komen Pagi di Astro AWANI.
Memetik artikel yang diterbitkan di Geological Society London itu, pakar mendapati ombak tinggi itu boleh melanda pulau-pulau di Sertung, Panjang dan Rakata dalam masa kurang seminit.
Gelombang ini seterusnya boleh membawa kemusnahan ke bandar Merak, Anyer dan Carita yang terletak di Jawa Barat dalam masa 45 minit.
Letusan di gunung Anak Krakatao menyebabkan berlaku gelongsoran tanah di bawah laut di Selat Sunda, mengakibatkan tsunami melanda beberapa kawasan di wilayah Banten.
"Namun saya tidak pasti sama ada kerajaan atau pihak berwajib di Indonesia mengambil maklum atau tidak mengenai hasil kajian tersebut," ujar Dr Khamarrul. |
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 26-12-2018 04:03 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Tsunami Selat Sunda: Sistem amaran baru 'dibina tahun depan'
Agensi | Published Disember 26, 2018 06:09 MYT
Seorang penduduk tempatan melihat kerosakan yang berlaku susulan kejadian tsunami di pantai Carita di Pandeglang, wilayah Banten, Indonesia, 24 Dis, 2018. REUTERS
Seorang penduduk tempatan melihat kerosakan yang berlaku susulan kejadian tsunami di pantai Carita di Pandeglang, wilayah Banten, Indonesia, 24 Dis, 2018. REUTERS
JAKARTA: : Indonesia akan membina satu sistem amaran baru yang berupaya mengesan tsunami yang berpunca dari kejadian tanah runtuh atau gelongsoran tanah di bawah laut.
Menurut Badan Pengkajian dan Penerapan Teknologi (BPPT) Indonesia, pemasangan struktur boya baru akan bermula tahun depan.
Mekanisme baru ini akan berfungsi mengesan saiz ombak, menurut jurucakap BPPT, Iyan Turyana, seorang jurutera lautan.
Teknologi sedia ada gagal meramal tsunami pada Sabtu malam yang memusnahkan beberapa bandar di tepi pantai sekitar Selat Sunda, yang terletak di antara kepulauan Sumatera dan Jawa.
Ini kerana, sistem itu dipasang untuk memantau gempa bumi, dan bukan tanah runtuh bawah laut dan letusan gunung berapi, yang turut berpotensi menyebabkan ombak besar. |
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 26-12-2018 04:04 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Tiada amaran awal kerana tiada alat pengesan tsunami berpunca gunung berapi
Najib Aroff, Astro Awani | Diterbitkan pada Disember 23, 2018 12:07 MYT
Beberapa kenderaan turut mengalami kerosakan akibat kejadian tsunami di Carita, Indonesia, 23 Dis, 2018. (Foto AP)
KUALA LUMPUR: Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia mengakui pihaknya tidak mempunyai sistem amaran awal mengenai tsunami yang berpunca dari gunung berapi di kawasan Selat Sunda.
Menurut laporan Detiknews, BMKG hanya memasang alat pengesan tsunami yang berpunca dari pergerakan plat tektonik di kawasan berkenaan.
“Alat amaran awal tsunami milik kami adalah untuk mengesan tsunami berpunca dari pergerakan plat tektonik dan bukannya akibat gunung berapi.
"Oleh sebab itu, tiada amaran awal,” kata Ketua Pusat Gempa Bumi dan Tsunami BMKG, Rahmat Triyono. |
|
|
|
|
|
|
|
ade lg ke fb cahay relung ni?
yg pasal next year feb ni
aiols ada follow fb abdul khalid abdul aziz
ada pasal kegelapan 17 hari
boleh try baca
|
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 26-12-2018 04:08 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Korban tsunami Selat Sunda Indonesia meningkat kepada 373 orang
Astro Awani | Published Disember 24, 2018 22:03 MYT
Kejadian tersebut berlaku akibat gelombang tinggi yang dilaporkan melanda pantai barat wilayah Banten sekitar jam 9.27 malam (waktu tempatan) pada Sabtu. - Foto REUTERS/Adi Kurniawan
BANTEN: : Jumlah korban susulan tragedi tsunami di Selat Sunda pada Sabtu malam kini meningkat kepada 373 orang.
Menurut kenyataan dikeluarkan oleh jurucakap Badan Bencana Nasional Indonesia, Sutopo Purwo Nugroho malam ini, 128 yang lain masih hilang manakala 1,459 tercedera.
Kebanyakan mangsa adalah penghuni di Pulau Jawa dan Sumatera.
Kejadian tersebut berlaku akibat gelombang tinggi yang dilaporkan melanda pantai barat wilayah Banten sekitar jam 9.27 malam (waktu tempatan) pada Sabtu.
Jumlah berkenaan dikhuatiri terus meningkat kerana pasukan mencari dan menyelamat masih belum dapat memasuki semua kawasan yang terjejas akibat tsunami itu.
|
|
|
|
|
|
|
|
tikusmontok replied at 25-12-2018 02:47 PM
mesti tak sanggup lagi ifan nyanyi lagu ni...
Sedih banget lagu ni dengat semalam menitik pula air mata |
|
|
|
|
|
|
|
yg ni akak ada tengok kat newsmmg geologist endon tu kata ada sapa ntah mmg buat modelling gelongsoran anak krakatao tu
tapi dlm model tu dia andaikan seluruh gunung tu gelongsor tak silapnya
and if it happens, tenaga dari gelongsoran tu akan menghasilkan 15m gelombang tsunami
yg kes ni belum dapat dipastikan berapa volume yg runtuh tu
cuma kalo ikutkan tinggi tsunami banten ni sekitar 2 meter jah
so derang kata yg gelongsor tu hanya sebahagian kecil
yg belen nyer tuh boleh je runtuh bebila masa
cuma nya nak predict belah mana dia nak gelongsor tu tricky sikit
|
|
|
|
|
|
|
|
i search cahaya relung kuar psl dia ni la mcm scary..yg dia ckp bln feb akan ada gerhana lama 17hari tu..takut pun yer gak..50/50..hehehe
|
|
|
|
|
|
|
|
secara amnya tsunami detector mmg akan detect pergerakan tectonic dalam dasar laut
sbb teorinya ialah tsunami ni jadik bila ada geseran tectonic dlm laut
gempa darat boleh juga hasilkan tsunami tapi less likely
tu yg terjadi dekat palu tak silapnya
tapi kes palu tu dia off kan ke hape tak sure tp tak berfungsi la juga
so kalau kes gunung berapi mmg tsunami detector tu tak alert
sbb takde pergerakan tectonic
kes ni eruption plus tanah gelongsor lagilah tak trigger.
|
|
|
|
|
|
|
|
si cahaya ngan abdul khalid tu org yg sama ke?
gerhana tu tak tau la..
tapi ikutkan elnino tu more likely lah
if elnino kebarangkalian panas
panas, hutan endon tebako
dah tebako mesia jerebu sebulan
mmg le gelappp
akak dah cekidut astronomy calendar
rasa takde apa2 eclipse in february
total solar eclipse adoo tapi bulan juli....
|
|
|
|
|
|
|
|
ko mcm aku lah..try to relate dgn sains hahah..xberani nk caya bulat2..
|
|
|
|
|
|
|
|
cuba cr cahaya relung..rs dia akan pegi kat abd khalid ni
|
|
|
|
|
|
|
|
ya lorrr
antara dosa2 besar kan merenung nasib..
tp skang so called ustaz pon dah pandaiii buat prophecy
kalau ko keep to yourself okla ni siap publish kat socmed
pastu aku baca boleh daftar dengar ceramah dia dan bayar sekali
aku dalam hati eh eh dia ni
|
|
|
|
|
|
|
|
tu la br nk bersangka baik..sekali mintak duit lak..turn off la 
|
|
|
|
|
|
|
|
ai da follow lama fb abdul khalid tu
hanya mampu follow utk usaha hafal alkahfi ja
memg utk next year aiols xde plan pape
|
|
|
|
|
|
|
|
try search group siri bercakap dengan cahaya relung
|
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 26-12-2018 11:08 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Tsunami: Indonesia minta orang ramai jauhi kawasan pantai
Dikemas kini 6 jam yang lalu · Diterbitkan pada 26 Dec 2018 5:00PM
AGENSI Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia (BMKG) telah mengeluarkan satu amaran pada lewat Selasa malam bahawa fenomena tsunami Selat Sunda masih berlaku susulan gegaran berterusan di cerun Gunung Berapi Anak Krakatau, selain cuaca melampau di sekitar gunung berapi itu ketika ini.
Amaran itu didedahkan oleh Pengerusi BMKG, Dwikorita Karnawati, pada satu sidang akhbar di pejabatnya, lapor agensi berita China Xinhua.
|
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 26-12-2018 11:14 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Gunung Anak Krakatau kini di paras 'berjaga-jaga',
Firdaus Alauddin, Astro Awani | Published Disember 26, 2018 19:35 MYT
Keadaan gunung berapi Anak Krakatau yang dirakamkan dari kapal tentera KRI Teluk Cirebon 543 pada 26 Disember 2019, 4.33 petang (Waktu Indonesia Barat) - Twitter Sutopo Purwo Nugroho
Keadaan gunung berapi Anak Krakatau yang dirakamkan dari kapal tentera KRI Teluk Cirebon 543 pada 26 Disember 2019, 4.33 petang (Waktu Indonesia Barat) - Twitter Sutopo Purwo Nugroho
BANTEN: : Badan Bencana Nasional Indonesia (BNPB) mengeluarkan amaran tahap 'waspada' (berjaga-jaga) selepas gunung berapi Anak Krakatau terus menerus mengeluarkan abu lahar serta batu cair yang panas.
Amaran tersebut dikeluarkan Ketua Pusat Data dan Informasi BNPB, Sutopo Purwo selepas kapal tentera Republik Indonesia yang terletak di Teluk Cirebon merakamkan situasi terkini gunung berapi Anak Krakatau pada petang Rabu.
“Keadaan gunung berapi Anak Krakatau yang dirakamkan dari kapal tentera Republik Indonesia (KRI) Teluk Cirebon 543 pada 26 Disember 2018, 4.33 petang (waktu Indonesia Barat).
“Letusan masih berlaku. Letusan gunung berapi Anak Krakatau jenis strombolian telah mengeluarkan abu lahar dan batu cair panas secara berterusan. Status waspada (aras 2),” memetik kenyataan tersebut. |
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 27-12-2018 07:11 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Korban tsunami kini 429
Share
Tweet
Share
JAKARTA: Jumlah korban tsunami di pantai Selat Sunda sehingga petang ini, meningkat kepada sekurang-kurangnya 429 orang manakala lebih 1,485 cedera.
Portal berita Indonesia, termasuk CNBC Indonesia dan Detik News, melaporkan jurucakap agensi pengurusan bencana Indonesia, Sutopo Purwo Nugroho, berkata 154 lagi masih hilang akibat tsunami yang berlaku hasil aktiviti gunung berapi Anak Krakatau malam Sabtu lalu.
“Sehingga kini, 1,485 orang cedera sementara 128 masih hilang,” kata Sutopo dalam kenyataan kepada media di sini.
Liputan6 melaporkan, Sutopo berkata, maklumat terbaru bencana itu menunjukkan 882 rumah musnah atau rosak teruk, selain 73 hotel, kedai (60 unit), sampan dan kapal (434 unit). - Agensi |
|
|
|
|
|
|
| |
|