CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: salmon

Dialog sunah-syiah

[Copy link]
salmon This user has been deleted
 Author| Post time 25-5-2005 10:14 AM | Show all posts
HADITH 慡AYA ADALAH RUMAH KEBIJAKSANAAN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


salmon This user has been deleted
 Author| Post time 25-5-2005 10:15 AM | Show all posts
NABI MEMBUKA 1 000 BAB PENGETAHUAN DI DALAM HATI ALI.
Ulama terkenal kamu telah mengakui di dalam buku sahih mereka bahawa Ali mempunyai pengetahuan pada yang ghaib. Selepas nabi dialah murtaza [yang dipilih] diantara semua ummah.
Abu Hamid Ghazali, di dalam bukunya Bayan-e-Ilmu抣-Ladunni telah mengatakan yang Ali sebagai berkata: 慛abi meletakkan lidahnya di dalam mulut saya. Dari air ludah nabi, 1 000 bab pengetahuan telah disampaikan kepada saya, dan dari setiap bab,  1 000 bab yang lain telah disampaikan kepada saya.
Reply

Use magic Report

salmon This user has been deleted
 Author| Post time 25-5-2005 10:15 AM | Show all posts
MENGAMANAHKAN PENGETAHUAN NABI KEPADA ALI.
Kami tidak katakan bahawa Ali Ibn Abi Talib dan 11 dari keturunannya, para Imam, menerima pengetahuan terus dari Allah melalui wahyu sebagaimana nabi terima. Tetapi kami percaya bahawa nabi Allah yang terakhir adalah pusat bagi rahmat Allah. Apa sahaja rahmat yang diberikan kepada makhluk datangnya dari Allah melalui nabiNya.
Maka semua pengetahuan, termasuk peristiwa penting yang telah lalu dan yang akan datang, telah diberitahu kepada mereka semasa hidupnya nabi. Sebahagian pengetahuan telah diamanahkan kepada mereka oleh nabi apabila baginda hendak meninggalkan dunia ini.
Ulama kamu telah menyebutkan satu hadith dari Ummul-Mukminin Aisha mengenai maksud ini. Pada penghujungnya dia berkata: 慛abi memanggil Ali dan memeluknya dan menutup kepalanya dengan selimut. Saya meletak kepala saya kehadapan dan cuba hendak mendengar kepada mereka, tetapi saya tidak dapat memahami apa-apa. Apabila Ali mengangkat kepalanya, dahinya dipenuhi dengan peluh. Manusia berkata kepadanya, 慉li apa yang nabi katakan kepada kamu dalam waktu yang panjang?
Reply

Use magic Report

salmon This user has been deleted
 Author| Post time 25-5-2005 10:16 AM | Show all posts
JIBRIL MEMBAWA BUKU TERTUTUP UNTUK WASI [PENGGANTI] NABI.
Satu dari hadiah ilahi kepada Ali melalui nabi adalah buku penamat yang dibawa oleh Jibril. Ulama dan ahli sejarah yang agung, Allama Abu抣-Hasan Ali Bin al-Husain Mas抲d, yang dihormati oleh sunni dan shia menulis di dalam bukunya Isbatu抣-Wasiyya: 慗ibril dan malaikat yang diamanahkan membawa dari Allah buku yang tertutup kepada nabi dan berkata kepadanya: 慡emua yang hadir disini bersama kamu melainkan wasi kamu, hendaklah tinggalkan tempat ini supaya saya boleh memberikan kitab-e-wasiyya [buku pesanan terakhir]
Kemudian nabi mengarahkan semua yang hadir supaya beredar melainkan Amirul-Mukminin, Fatima, Hasan dan Husain. Jibril berkata: 慦ahai nabi! Allah sampaikan salamNya kepada kamu dan mengatakan bahawa dokumen ini yang mana Dia telah menjanjikan kepada kamu dan telah menjadikan malaikatNya saksi kepadanya dan bahawa Dia sendiri adalah saksi kepadanya.
Reply

Use magic Report

salmon This user has been deleted
 Author| Post time 25-5-2005 10:16 AM | Show all posts
PENGETAHUAN ALI MENGENAI AYAT-AYAT AL-QURAN.
Sheikhu抣-Islam Hamwaini di dalam Fara抜d dan Mu抋yyidu抎-din Khawarizmi di dalam Manaqib mengatakan bahawa Imam mengatakan perkataan itu dari atas mimbar: 揟anyalah saya mengenai apa yang kamu tidak mengerti sebelum saya mati. Saya bersumpah dengan Allah yang membelah bijiran dan menjadikan manusia bahawa jika kamu tanyakan mengenai mana-mana ayat al-Quran, kitab Allah, saya akan memberitahu kamu mengenainya
Reply

Use magic Report

salmon This user has been deleted
 Author| Post time 25-5-2005 10:17 AM | Show all posts
PENGETAHUAN ALI MENGENAI MANUSIA YANG MENDAPAT PETUNJUK ATAU YANG SESAT.
Khawarizmi mengatakan di dalam Manaqib dari A抦ash, yang mengatakan bahawa Ubaya Bin Raba抜 berkata: 揂li selalu mengatakan: 慣anyalah saya mengenai apa yang kamu tidak faham sebelum saya mati. Saya bersumpah dengan tuhan saya bahawa tidak ada padang yang hijau, atau padang pasir, atau sekumpulan manusia yang menyesatkan ratusan manusia atau memberi petunjuk pada ratusan manusia, melainkan saya mengetahuinya. Saya lebih mengetahui dari sesiapa sahaja, siapakah yang memberi petunjuk dan siapa yang menghasut mereka kepada kejahatan sehingga kepada kehari pengadilan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
salmon This user has been deleted
 Author| Post time 25-5-2005 10:18 AM | Show all posts
MERAMALKAN PEMBUNUHAN DHU扵H-THADIYYA
Sebelum peperangan Nahrwan, Imam yang suci meramalkan pembunuhan terhadap Kharijis dan khususnya bagi Tazmala, yang dikenali sebagai 揇hu抰h-Thadiyya
Reply

Use magic Report

salmon This user has been deleted
 Author| Post time 25-5-2005 10:18 AM | Show all posts
MENURUT NABI, ALI MELEBIHI YANG LAIN DI DALAM PENGETAHUAN.
Kenyataan apakah yang boleh lebih menjelaskan dari hadith itu, yang mana nabi berkata bahawa 揝esiapa yang berhajat hendak mendapat faedah dari pengetahuan saya hendaklah datang kepada pintu, iaitu Ali, kerana dia adalah pintu pengetahuan!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


salmon This user has been deleted
 Author| Post time 25-5-2005 10:19 AM | Show all posts
TAHNIAH MALAIKAT KEPADA KELAHIRAN IMAM HUSAIN.
Manusia datang menemui nabi dan mengucapkan tahniah pada kelahiran Imam Husain. Seorang dari mereka berkata: 慦ahai nabi! Kami telah sesuatu yang luar biasa pada Ali.
Reply

Use magic Report

salmon This user has been deleted
 Author| Post time 25-5-2005 10:23 AM | Show all posts
Kepada semua SAUDARA2 KAMI KAMI ALU2KAN  UNTUK KALIAN BERKONGSI PENGETAHUAN!

kAMI BARU DAPAT BERITA UNTUK KALIAN BACALAH PESHAWAR NIGHTS INI UNUTK PENGETAHUAN SECARA MENDALAM!

KALAU ADA APA2 PERTANYAAN SILA BERTANYA IKUT MEMBER DISCUSS!

ALI MA'A HAQ WA HAQA MA'A ALI!

ALI MA'A QURAN WA QURAN MA'A ALI

YA ALI MADAD!
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2005 06:00 PM | Show all posts
Originally posted by salmon at 25-5-2005 10:23 AM:
Kepada semua SAUDARA2 KAMI KAMI ALU2KAN  UNTUK KALIAN BERKONGSI PENGETAHUAN!

kAMI BARU DAPAT BERITA UNTUK KALIAN BACALAH PESHAWAR NIGHTS INI UNUTK PENGETAHUAN SECARA MENDALAM!

KALAU ADA APA2 ...


Bila sebut Peshawar Night, teringat PakMalau waktu first time ke masjid syiah... jumpa masjid tu pun secara kebetulan je... pastu fikir 2,3 puluh kali samada nak pegi atau tak. Kalau tak silap lepas asar. Setelah lebih 30 min dok pikir dari jauh (takut pun ada juga sb pegi sorang2, karang diorg sembelih buat sup, naiya).. last sekali nekad pegi tengok kalau2 ada library dlm tu.. boleh buat kajian sket. Jumpa dgn tok imam (wakil dari IRAN, hujatullah) dan explain yg nak buat kajian ttg syiah, mintak nak tengok library. Semua yg ada situ layan sket punya baik, termasuk bagi buku "Then I was guided" free dan lain2.

Dari situ jumpa satu pakcik yg dah lebih 60 thn. Biasa la org tua, baru jumpa something yg baru cerita sket punya best. Dia masuk syiah selepas baca buku Peshawar Night la, rekomend suruh aku baca bukan main, siap balik ambik diapunya. Dia cakap bila baca buku tu dia tak boleh nak henti, sampai mlm tak tidur.... dia siap keluar airmata sebab banyak yg tak tahu ttg sejarah dan politik dlm Islam (yg tak diceritakan ulama sunni) especially ttg sahabat. Sejak baca buku tu, dia selalu ke masjid syiah dan jadi pengikut setia syiah sampai sekarang.

Banyak juga exposure aku dgn pakcik2 yg baru masuk syiah, masalah rumahtangga diorg (isteri, anak2, masih sunni, etc), masalah penerimaan masyarakat, etc . aku ada kumpul cerita2 mereka dan buat kajian ttg mengapa sunni, ahmadi dan kristian masuk syiah. Insyaallah kalau ada umur (pencen tak tahu nak buat apa) aku akan tulis novel ttg conflict rumahtangga, sosial, dll bila berlaku pertembungan antara sunni dan syiah. Draft cerita, watak, bahan, lokasi, conlict, klimax, moral,  etc. semua dah ada dlm kepala, cuma mood dan masa belum ada utk tulis.

Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2005 08:33 PM | Show all posts
Kalau korang minat sangat nak tahu pasal syiah dan argument diorg, boleh lawat sini (versi Melayu):

http://www.almawaddah.cjb.net/
http://www.al-shia.com/html/id/index.htm

ada berlambak-lambak buku yg diterjemahkan. Boleh download free je.

Sebagai guide, elok korang start dgn turutan buku berikut utk tahu argumen syiah. Jangan lupa baca buku tulisan ulama sunni juga. Buat perbandingan. Ada masa buat rujukan dan cross-reference.

(1) Akhirnya aku temui kebenaran (Dr Tijani):
http://free.hostdepartment.com/a ... ni/tijani_frame.htm

(2) Kebenaran yg Hilang (Allamah Syarafuddin Al-Musawi)
http://www.al-shia.com/html/id/books/Kebenaran-Hilang/index.htm

(3) Al-Murajaat (dialog antara Syeikh Salim dan Ulama Syiah)
http://free.hostdepartment.com/a/almawaddah/murujaat/dialog1.htm

(4) Peshawar Night (debat ulama syiah dgn 5 ulama sunni)
http://free.hostdepartment.com/a ... dungan_peshawar.htm

(5) Kitab Muktamar Ulama Baghdad (dialog sunni-syiah dgn Sultan)
http://free.hostdepartment.com//a/almawaddah/1.html

:ah:
Reply

Use magic Report

salmon This user has been deleted
 Author| Post time 17-8-2005 02:56 PM | Show all posts
Dialog ini kena baca ni!
ada jugak bekalan tentera!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 02:56 PM GMT+8 , Processed in 0.092429 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list