|
Edisi Selatan: Kaki judi ekor lagak gila
Oleh Rudy Fazrunisyam Samarudin
[email protected]
MUAR: Seorang lelaki menukar watak dan berlagak seperti orang tidak waras sebaik saja dihampiri anggota penguat kuasa Pejabat Agama Islam Muar selepas membeli nombor ekor, petang kelmarin.
Tindakan lelaki berusia 30-an itu untuk memperdayakan anggota penguat kuasa yang sememangnya masak dengan pelbagai taktik kaki judi itu bagaimanapun gagal dan dia ditahan.
Rondaan yang dijalankan ke atas beberapa kedai judi nombor ekor di sekitar pusat bandar Muar selama dua jam bermula jam 4 petang itu turut menahan lima lelaki lain yang berusia antara 23 hingga 39 tahun.
Timbalan Ketua Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Muar, Mohd Shahrulnizam Ishak berkata, semua kaki judi itu ditahan ketika membeli nombor ekor.
Katanya, anggota penguat kuasa agama berdepan dengan pelbagai taktik dan cara yang digunakan kaki judi sebagai alasan untuk melepaskan diri ketika ditahan di premis judi.
揃agaimanapun, anggota penguat kuasa kita sudah tahu selok-belok dan sudah masak dengan pelbagai taktik dan alasan yang diberikan termasuklah cara yang dianggap melucukan.
揅ontohnya dalam operasi semalam, seorang lelaki tiba-tiba saja berlagak seperti orang kurang siuman dan memberitahu tidak tahu apa yang dibelinya di kedai judi itu, 搆atanya.
Bagaimanapun katanya, operasi yang disertai enam anggota penguat kuasa kelmarin tidak membabitkan aksi kejar mengejar seperti yang lazimnya.
Mohd Shahrulnizam berkata, seramai 34 kaki judi ditahan dalam tempoh Januari hingga Mei 2006 di daerah ini dan lebih separuh daripadanya sudah dihadapkan ke mahkamah.
揝elebihnya termasuk yang terbaru dalam proses siasatan dan dirujuk kepada Ketua Pendakwa Syarie Johor, |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi Tengah: 'Tak tahu telefon rumah selepas hilang'
MELAKA: 揝aya tak tahu nombor telefon rumah, itulah sebab saya tak hubungi keluarga selepas keluar dari rumah untuk cari kerja, |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi Tengah: Zazari koma 8 tahun
Oleh Mohamad Yatim Latip
ALOR GAJAH: Seorang pelajar yang dulunya periang kini hanya mampu berbaring atas katil sejak terbabit dalam kemalangan jalan raya lapan tahun lalu.
Pelajar Jurusan Kejuruteraan Elektrikal sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur itu, Zazari Zainuddin, 28, tidak mampu bergerak dan koma selepas kemalangan itu.
Dia kini terlantar di rumah neneknya di Kampung Bukit Balai, Durian Tunggal, dekat sini.
Dalam kemalangan pada Oktober 1998, Zazari parah di kepala apabila motosikal diboncengnya dikatakan terbabas di Lebuh Raya Kesas kira-kira jam 12 tengah hari.
Ketika kejadian, Zazari dan rakannya dalam perjalanan pulang ke asrama di Subang Jaya selepas selesai menjalani kertas peperiksaan akhir di kolej mereka.
Menurut ibu saudaranya, Thalasiah Kamaruddin, 43, selepas terbabit dalam kemalangan itu, Zazari berada dalam keadaan tidak sedarkan diri selama beberapa bulan dan sehingga kini, anak saudaranya itu masih dalam keadaan demikian dan hanya mampu menggerakkan mata.
Katanya, Zazari tidak mengetahui langsung apa yang berlaku di sekelilingnya walaupun namanya dipanggil.
揗eskipun keadaannya begini, saya bersama ibu berkorban menjaganya sejak dia dibawa pulang ke rumah ini.
揔ami tetap sabar menjaganya selagi terdaya dan sanggup mengorbankan masa dan tenaga, |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi Utara: Padah laporan palsu
Oleh Nasharuddin Muhammad
[email protected]
ALOR STAR: Helah seorang pembantu rumah warga Indonesia yang mendakwa dipukul dan dicampak ke dalam kolah di rumah majikannya hingga hampir lemas di Taman Emas, di sini, Jumaat lalu, membawa padah apabila dia ditahan kerana membuat laporan palsu.
Wanita dikenali sebagai Sukarti berusia 18 tahun itu sengaja mereka-reka cerita konon rumah majikannya dimasuki lima perompak dan dia dicampak ke dalam kolah sebagai alasan untuk menyelamatkan diri.
Ini kerana sebelum kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 pagi hari berkenaan, wanita terbabit dipercayai cuba mencuri wang majikan dengan memecahkan tombol pintu bilik utama rumah itu.
Dia dipercayai bertindak demikian bagi memperoleh `bekalan |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi Selatan: Lima polis positif dadah
Oleh Mohd Zin Ali
[email protected]
JOHOR BAHRU: Lima anggota polis termasuk dua pegawai adalah antara 22 yang didapati positif mengambil dadah perangsang jenis Amphetamine (ATS) dalam empat serbuan polis di negeri ini, minggu lalu.
Ketua Jabatan Narkotik negeri, Asisten Komisoner Abdul Halim Zakaria, berkata dalam serbuan di dua tempat bebas pertama, pihaknya menahan sembilan orang dan pemeriksaan air kencing mendapati semuanya positif mengambil dadah ATS dan akan dikenakan tindakan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Beliau berkata, dalam serbuan di tempat bebas kedua, pihaknya menahan 13 orang membabitkan semuanya anggota dan pegawai polis.
揢jian air kencing yang dijalankan ke atas mereka didapati dua pegawai dan tiga anggota didapati positif mengambil ATS dan akan dikenakan tindakan mengikut Seksyen 15(1)(a) ADB 1952, |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi Timur: Waris Mat Kilau tuntut janji
Oleh Ilham Nusa
KUANTAN: Janji pihak tertentu menghadiahkan sebidang tanah seluas empat hektar dan sebuah rumah di Jalan Telok Sisek di sini, kepada waris pahlawan Mat Kilau kini tinggal janji.
Janji manis yang diumumkan pada 1970 selepas badan penyiasat kemunculan Mat Kilau yang diketuai Timbalan Menteri Besar ketika itu, Datuk Abd Aziz Ahmad mengesahkan lelaki bernama Mat Ibrahim yang tinggal di Kampung Batu 5 Jalan Kuantan-Gambang adalah Mat Kilau.
Cucu Mat Kilau, Alhamadi Abu Bakar, 39, berkata Mat Kilau hanya sempat tinggal dua hari di rumah Jalan Telok Sisek iaitu pada 1970, sebelum mengambil keputusan kembali ke rumah di Batu 5.
Menurutnya, Mat Kilau mendakwa dia tidak sesuai tinggal di rumah milik kerajaan negeri itu sebaliknya lebih selesa dan tinggal di rumahnya sendiri di Kampung Batu 5.
Katanya, selepas Mat Kilau meninggal dunia pada 16 Ogos 1970 berita pemberian rumah termasuk empat hektar tanah yang tidak dinyatakan lokasinya itu hilang begitu sahaja.
揝ebagai cucu dan jurucakap keluarga Mat Kilau, saya terkilan janji yang ditaburkan kepada pahlawan Pahang itu masih tidak ditunaikan.
揥alaupun Mat Kilau sudah tiada, apa yang mustahak janji itu harus ditunaikan sebagai membalas jasa dan pengorbanannya, |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi Utara: Dituduh curi telefon
Oleh Fauzi Rahim Mustafa
[email protected]
SUNGAI PETANI: Sepasang suami isteri yang mendapatkan rawatan untuk anak perempuan mereka di sebuah hospital swasta di sini, kesal dengan sikap dua kakitangan wanita hospital terbabit yang menuduh mereka mencuri telefon bimbit milik seorang pesakit lain.
Ketika kejadian 14 Mei lalu, jam 11.30 pagi, Mohd Zamri Che Mit, 36, dan isterinya, Robithoh Sulaiman, 30, mendakwa mereka dituduh melakukan perbuatan itu di depan pesakit dan pelawat hospital terbabit.
Mohd Zamri berkata, dia tidak tahu menahu berkenaan kes kecurian itu tersentak apabila seorang daripada kakitangan hospital itu menuding jari dan menuduh dia mencurinya.
揝aya membela diri dengan mengatakan tidak tahu langsung perkara itu tetapi kakitangan berkenaan tetap menuduh saya sebelum berlalu pergi dari situ, |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi KL: Rambut terbakar
Oleh Nazarali Saeril
AMPANG: 揝aya sedang menggoreng keropok untuk dijual di pasar malam apabila terdengar letupan kecil. Saya sangkakan ia akibat gorengan itu tetapi terkejut apabila menoleh ke belakang api sedang marak.
揝aya terus meredah api itu hingga terbakar sebahagian rambut. Saya bersyukur terselamat dalam kebakaran berkenaan, |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi Timur: Sarjan ghaib
Oleh Isma Ismail dan Rosliza Mohamed
KOTA BHARU: Anggota polis berpangkat Sarjan yang disyaki terbabit dengan kehilangan sejumlah dadah dari simpanan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, sudah tidak hadir bertugas sejak kes itu terbongkar.
Menurut sumber, lelaki berusia 40-an itu dikatakan baru bertukar ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan bulan ini, manakala ketika di IPD Kota Bharu lelaki terbabit adalah seorang pegawai penyiasat.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Razalli Mohd Yusof, berkata siasatan mengenai kehilangan dadah di IPD terbabit akan disegerakan.
Menurutnya, Ibu Pejabat Polis Persekutuan di Bukit Aman, Kuala Lumpur sudah mengeluarkan arahan untuk berbuat demikian.
Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 201, Kanun Keseksaan kerana menyebabkan hilangnya keterangan mengenai sesuatu kesalahan yang dilakukan atau memberi maklumat palsu mengenai kesalahan itu, bagi mengelak pesalah daripada seksaan.
揓ika disabitkan kesalahan hukuman penjara tujuh tahun dan denda, |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi KL: 18 pemandu khayal
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
GOMBAK: Beberapa penagih dadah yang sedang memandu melalui Kilometer 14 Jalan Kuala Lumpur-Rawang hanya mampu mengangkat kedua-dua tangan tanda menyerah diri apabila ditahan sepasukan polis yang melakukan operasi bersepadu, semalam.
Dalam operasi bermula jam 10 pagi itu, kebanyakan penunggang motosikal, pemandu dan kelindan lori dikesan sengaja mencari nahas dengan mengambil dadah jenis ganja atau heroin sebelum memandu.
Kebanyakan penagih terbabit terjerat dan hanya mematuhi arahan polis supaya menjalani ujian air kencing serta-merta di tepi jalan terbabit.
Hasilnya, 18 pemandu dikesan memandu di bawah pengaruh dadah dan ditahan dalam operasi bermula jam 10 pagi itu.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor, Superintendan Che Hussin Omar, berkata operasi bersepadu itu membabitkan 60 anggota polis trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Bahagian Narkotik IPD Gombak, Jabatan Alam Sekitar (JAS), Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) dan Badan Pencegah Rasuah (BPR).
Menurutnya, operasi bersepadu dilancarkan 10 Mei lalu itu bertujuan memberkas pemandu kenderaan yang melakukan pelbagai kesalahan lalu lintas di seluruh Selangor.
揌asil operasi semalam, sebanyak 164 saman dikeluarkan polis trafik atas pelbagai kesalahan, JPJ (20 kompaun), JAS (enam kompaun) serta 18 tangkapan penagih dadah oleh Jabatan Narkotik IPD Gombak.
揝elain itu, pihak polis menyita 26 motosikal, tiga kereta dan tiga van selepas mendapati pemandunya tidak memiliki lesen memandu sah atau cukai jalan, |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi Selatan: 2 tauke getah kena samun
Oleh Paiman Selamat
SEGAMAT: Dua tauke getah beku `kecut perut |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi Utara : Arak campur air mineral
Oleh Ahmad Saufi Mansor
KEPALA BATAS: Kegiatan sindiket `memproses |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi Nasional: Ops sulit Minah Cameroon
Oleh Zainal Zawawi Mohamed
[email protected]
KUALA LUMPUR: Seorang 慚inah Hitam |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi KL: Seperti kena pukau
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
SELAYANG: 揝aya lihat dia seperti dipukau apabila memandu jengkaut itu terus ke arah tebing tasik sebelum tenggelam ke dalamnya, |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi Tengah: Sindiket bermusim curi ratusan motosikal
Oleh Muhd Izawan Baharin dan Arhiza Ahmad
[email protected]
SEREMBAN: Sindiket curi motosikal di daerah ini dipercayai menjadikan beberapa model sebagai sasaran mengikut musim berdasarkan permintaan pelanggan.
Pemantauan polis mendapati pada awal tahun ini, motosikal model EX5, Yamaha Lagenda dan Modenas Kriss menjadi kegemaran sindiket itu manakala sepanjang Mei ini, Yamaha RXZ menjadi sasaran utama.
Malah, sejak Januari lalu, kira-kira 400 laporan kehilangan motosikal diterima polis di sekitar daerah ini.
Difahamkan, motosikal jenis lebih kecil itu kebanyakannya dijual semula untuk kegunaan di ladang atau 慸ieksport |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi Utara: Remaja urus sindiket judi RM800,000 sebulan
Oleh Nasharuddin Muhammad
[email protected]
ALOR STAR: Walaupun baru berusia 17 tahun, seorang remaja lelaki dari Taman Simpang Jaya, Simpang Empat, di sini, sudah menguruskan sindiket judi ekor haram membabitkan kutipan pertaruhan bulanan berjumlah RM800,000.
Bagaimanapun, kegiatan remaja itu terbongkar dalam serbuan polis di sebuah rumah papan di Batu 6, Jalan Simpang Empat, dekat sini, kira-kira jam 6.40 petang kelmarin.
Difahamkan, remaja itu mula menguruskan perniagaan haram selepas mewarisi daripada bapanya berusia 50-an yang dikenakan tindakan buang daerah di Pahang, sejak Januari lalu kerana kegiatan sama.
Ketika serbuan diketuai Asisten Superintendan S Shankar, suspek sibuk menguruskan resit pertaruhan di sebuah bilik di bahagian bawah rumah papan berkenaan.
Penangkapan remaja berkenaan dilakukan selepas polis menjalankan intipan hampir dua bulan bagi memantau pergerakannya dan lokasi digunakan untuk menguruskan kegiatan berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kota Star, Asisten Komisioner Zainal Abidin Kasim, berkata ketika serbuan, remaja bawah umur itu sibuk menghantar senarai nombor pertaruhan menggunakan mesin faksimili kepada ejen utamanya.
Menurutnya, dalam serbuan itu, polis menemui 32 kertas putih besar dan lima kertas putih pelbagai saiz mengandungi pelbagai angka dipercayai nombor ekor haram serta masing-masing satu mesin faksimili dan mesin kira.
Katanya, berdasarkan siasatan awal, polis mengesyaki dia mempunyai hubungan rangkaian dengan sindiket pertaruhan antarabangsa yang berpangkalan di luar Kedah.
揃agaimanapun, polis masih mengesan ejen utama itu yang mungkin di luar negara dan sering menggunakan nombor faksimili berlainan setiap kali transaksi dibuat bagi mengelak kegiatan berkenaan dikesan.
揜emaja terbabit juga tidak menerima atau menyimpan wang tunai pertaruhan dalam premis itu, sebaliknya komisen diterima akan dikreditkan dalam akaun miliknya.
揑ni kerana polis tidak menjumpai wang tunai ketika serbuan dibuat, sebaliknya hanya kertas mengandungi nombor pertaruhan dan pelbagai peralatan ditemui, |
|
|
|
|
|
|
|
3 pelajar lebih berdisiplin selepas selamatkan gadis
Oleh: ADNAN MOHAMAD
SETIU 25 Mei - Sikap dan tingkah laku tiga pelajar lelaki sebuah sekolah di sini berubah menjadi `lebih berdisiplin' sejak mereka menyelamatkan seorang gadis dari menjadi mangsa rogol seorang pemandu bas di Kampung Bukit Derebar, baru-baru ini.
Ezwa Afifi Zuraini @ Zaidi, Mohd. Izwanizan Yasin dan Mohd. Shafiq Affendi Latiff, kesemuanya berusia 14 tahun dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SM) Guntong yang sebelum ini dikatakan kurang berminat dalam pelajaran kini sudah semakin tekun untuk belajar.
Semalam, ketiga-tiga pelajar itu dianugerahkan sijil penghargaan dan wang tunai RM100 atas keberanian mereka daripada Pemangku Ketua Polis Daerah Setiu, Asisten Supritendan Abdul Hamid Che Ahmad dan Pegawai Pelajaran Daerah, Abdul Majid Muda sempena Majlis Pelantikan Pegawai Perhubungan Sekolah Daerah Setiu.
Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Setiu, Romeli Ismail ketika ditemui pada majlis itu berkata, pihaknya mengesan perubahan sikap ketiga-tiga pelajar lelaki itu yang lebih berdisiplin dan rajin belajar.
Menurutnya, tindakan ketiga-tiga pelajar itu menyelamatkan gadis tersebut mungkin memberi kesan dan kesedaran kepada mereka mengenai kehidupan, disiplin dan nilai maruah seseorang.
Sebelum ini mereka kurang berminat memberi tumpuan dalam bidang akademik dan ko-kurikulum tetapi selepas kes itu ia telah memberi satu perubahan drastik yang membanggakan pihak sekolah dan kami.
``Ini tidak bermakna sebelum ini para pelajar itu selalu ponteng sekolah atau melakukan kegiatan tidak bermoral sebaliknya mereka lemah dalam bidang pelajaran,'' katanya.
Dalam kejadian 11 Mei lalu, seorang pelajar perempuan dari sebuah sekolah menengah di Besut terpaksa dirawat Hospital Setiu selepas nyaris dirogol oleh pemandu bas sekolah tersebut, jika tidak diselamatkan oleh ketiga-tiga pelajar lelaki tersebut.
Mangsa berusia 19 tahun yang akan mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Persekolah Malaysia (STPM) tahun ini dikatakan bersama beberapa pelajar lain yang tinggal di kampung berlainan dalam perjalanan pulang dari sekolah kira-kira pukul 5 petang.
Ketika pelajar itu berseorangan da-lam bas, pemandu berusia 23 ta-hun itu cuba merogolnya serta menampar muka mangsa.
Bagaimanapun, mangsa yang sudah kematian bapa dapat diselamatkan oleh ketiga-tiga pelajar dari SMK Guntong yang secara kebetulan sedang menoreh getah tidak jauh dari tempat kejadian.
Romeli berkata, pihaknya juga akan berbincang dengan pengetua SMK Guntong untuk melantik pelajar terbabit sebagai pengawas sekolah atau pengawas perpustakaan.
``Pelantikan ini sebagai penghargaan atas keberanian mereka selain memberi dorongan kepada pelajar lain supaya sentiasa membantu antara satu sama lain,'' ujarnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Pelajar dibelasah dua lelaki
MELAKA: Seorang pelajar tingkatan lima dipukul dua lelaki di tempat menunggu bas di hadapan sekolah Tun Mutahir, Batu Berendam dekat sini, petang semalam.
Pelajar berumur 17 tahun dari Kampung Sungai Putat yang bengkak di kepala dan sakit di bahu belakang itu hanya menjalani rawatan sebagai pesakit luar.
Kejadian itu berlaku jam 2.30 petang apabila pelajar itu sedang menunggu bas untuk pulang ke rumah apabila dihampiri dua lelaki yang membawa kayu dan topi keledar.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mazlan Kesah, berkata lelaki itu memukul pelajar berkenaan untuk membalas dendam kerana mendakwa pelajar itu memukul rakannya.
Katanya, mereka terus memukul pelajar itu di bahu dan kepala lalu melarikan diri dengan motosikal.
Pelajar itu kemudian membuat laporan polis mengenai kejadian itu di Balai Polis Batu Berendam, kira-kira jam 8 malam.
Katanya, sehingga kini belum ada tangkapan dibuat dan pelajar itu juga tidak mengenali penyerang berkenaan.
Kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. |
|
|
|
|
|
|
|
Tiada maaf bagimu
Oleh Saipul Adli Mohamad
[email protected]
JOHOR BAHRU: 揝aya bekerja siang dan malam di Singapura dan hanya satu perkara saya minta daripadanya iaitu menjaga anak kami dengan baik.
揟etapi, dia berkawan dengan orang yang tidak diketahui asal usul dan mengajak orang asing datang ke rumah, menyebabkan anak kami mati. Saya tidak akan maafkannya terhadap apa yang berlaku, |
|
|
|
|
|
|
|
Siang malam menangis
Oleh Paiman Selamat
[email protected]
SEGAMAT: 揝iang malam saya menangis memikirkan nasib anak lelaki tunggal saya itu sejak dia hilang 19 hari lalu. Saya tak tahu kenapa dia menghilangkan diri, kami sekeluarga tak berselisih faham dan saya tahu dia tiada musuh, |
|
|
|
|
|
|
| |
|