|
Kemuncak Mentor
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin
[size=-1]Kat, Fiq dan Nieyl berdebar tunggu titik penentuan dalam saingan akhir setelah lima bulan berjuang
PERTANDINGAN peringkat akhir yang menyaksikan persembahan mereka akan disiarkan secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, Wisma MBSA.
Fokus mereka bertiga kini bukan soal kontroversi Nieyl yang layak ke final, sebaliknya bagaimana untuk memberikan sebuah persembahan yang terbaik dan meyakinkan bagi memastikan gelaran juara menjadi hak mereka.
Benar selama lima bulan mereka bertungkus lumus berlatih untuk tampil setiap minggu di atas pentas tetapi latihan itu belum mencukupi.
Kata Amy Search, seorang penyanyi memerlukan masa bertahun-tahun untuk memperbaiki mutu suara mereka. Pengalaman menyanyi bertahun-tahun adalah salah satu daripada latihan yang paling efektif menjadikan mereka penyanyi yang baik.
Pengalaman bertahun-tahun itu jika dibandingkan dengan angka lima bulan ternyata jauh jaraknya. Jadi, ketiga-tiga mereka kini sedang giat berlatih agar tidak ada yang pincang saat berada di atas pentas akhir nanti.
Perasaannya tentu sekali berbeza dengan Battle setiap minggu. Ahad nanti adalah hari penentu pengorbanan mereka selama ini.
Kata Kat, lain macam sungguh perasaannya sekarang. Takut setiap masa, duduk di mana-mana pun otak ligat memikirkan mengenai peringkat akhir. Bagaimanakah rupa pentasnya? Berapa ramaikah penontonnya? Sedapkah suaranya? Dan bermacam-macam lagi.
Sejak Rabu lalu, mentor Kat, Datuk Siti Nurhaliza giat melatih anak didiknya. Walaupun ada yang kata Kat bakal dinobatkan sebagai juara melihat keputusan peringkat separuh akhir minggu lalu, tapi Datuk Siti Nurhaliza tetap menjalankan tanggungjawab terakhirnya.
Ujar Kat, dia akan mendendangkan sebanyak empat buah lagu. Antara yang bakal didendangkan ialah Big Spender, Langit Ketujuh, Nuri dan Kita Insan Biasa.
Lagu Big Spender, Kat biasa dengar tapi tidak biasa menyanyikannya. Kat akan cuba buat yang terbaik. Takut, tapi seronok sebab peminat ada banyak pilihan untuk memilih siapa yang mereka suka kerana kami bertiga mempunyai karakter yang berbeza,? katanya.
Siti Nurhaliza akui dia agak sibuk dan jarang dapat meluangkan masa dengan anak didiknya tetapi gembira kerana Kat pandai membawa diri. Kata Siti, dia tidak bimbang mengenai persembahan kerana anak didiknya itu mempunyai keyakinan diri yang tinggi kala beraksi di pentas, tapi dari segi vokal masih banyak yang perlu diperbaiki Kat.
Terpulanglah jika ada yang berkata sekiranya Kat menang itu adalah atas usahanya. Bagi Siti itu sesuatu yang baik kerana sebaik melangkah daripada Mentor, Kat akan berdiri sendiri.
Siti tidak akan lagi berada di sisinya tetapi jika dia mahukan nasihat, Siti tidak kisah berkongsi dengannya. Tetapi itu tidak bermakna Siti lepas tangan terus kerana Siti meminta bantuan Juliza Adlizan untuk membentuk vokal Kat,? kata Siti.
Apabila diberi peluang meneruskan perjuangannya di peringkat akhir, sedikit sebanyak
Lupakan segala kontroversi
NIEYL akui perasaan bersalah seakan menerjah dirinya. Tetapi di saat-saat begini soal bersalah itu ditolak ketepi dulu kerana Nieyl tidak mahu mempersia-siakan peluang sekali lagi yang diberikan pihak TV3.
Menyentuh soal latihan, sejak Isnin lalu Nieyl gigih berlatih bersama mentornya Nurul. Walaupun tidak mempunyai masalah vokal, masih ada yang perlu diperbaiki lagi supaya persembahannya nanti bisa memukau penonton.
Ujar anak jati Kuala Lumpur ini, dia akan mendendangkan lagu Elergi Sepi, Sway, Objection dan Seiring Sejalan. Nieyl bersyukur kerana mentornya cukup komited dan serius membimbingnya.
Kak Nurul seorang guru yang baik, dia begitu komited melatih saya. Daripada seorang yang kurang yakin tampil di pentas, kini saya semakin berkeyakinan. Kak Nurul juga berkata dia melihat peningkatan saya sebelum dan selepas menyertai program ini.
Ketakutan ke final memang tidak boleh saya gambarkan, ketakutannya berganda. Apa pun saya mesti buat yang terbaik,? katanya.
Nurul pula menganggap kejayaan Nieyl ke final adalah rezeki, katanya ini adalah kehendak pihak penganjur. Awalnya dia sendiri sudah menjangka Nieyl tidak akan ke final. Dengan peluang yang ada ini dia akan memastikan Nieyl menggunakan sebaiknya.
Pada persembahan Nieyl nanti, Nurul akan mengundang Ajai untuk berduet dengan protegenya. Katanya, perkara itu sudah dirancang sejak awal lagi justeru dia harus menunaikannya.
Fiq akui bukan laluan mudah
FIQ satu-satunya protege lelaki berkata, dia juga mula berlatih sejak Isnin lalu. Setakat ini dua lagu saja yang sudah diputuskan iaitu Fantasia Bulan Madu dan Bujang Senang. Manakala dua lagi lagu masih belum diputuskan.
Anak muda ini yang meminati genre rock akan terus membawakan lagu daripada genre berkenaan. Bukan dia tidak mahu membawakan lagu genre lain tetapi tidak sesuai dengan vokalnya. Katanya, walaupun dia seorang peserta lelaki itu tidak bermakna dia boleh menang mudah.
Saya tidak ada peminat tetap yang akan mengundi walaupun tanpa melihat persembahan saya. Satu saja cara saya untuk meraih undi adalah dengan memberikan persembahan yang baik supaya boleh menarik minat mereka.
Sejak awal lagi saya sudah perhatikan, orang hanya akan mengundi saya setelah melihatkan persembahan saya. Jadi, saya tidak rasa akan menang mudah dalam pertandingan ini,? katanya.
Mentornya Amy Search berkata, tanggungjawabnya mendidik Fiq sudah selesai dan kini giliran anak didiknya memberikan yang terbaik pada final nanti. Mengenai perancangan untuk anak didiknya selepas Mentor nanti, Amy tidak merancang apa-apa kerana bimbang pihak TV3 mempunyai perancangan lain untuk semua protege.
Setakat ini saya memang tidak rancang apa lagi kerana pihak TV3 pasti mempunyai rancangan sendiri. Bagaimanapun sekiranya Fiq masih memerlukan bimbingan, saya sedia untuk berkongsi,? kata Amy.
Siapakah yang bakal menggondol gelaran juara yang akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000 dan kontrak rakaman bersama EMI anda kenalah menonton Mentor akhir, Ahad ini yang disiarkan secara langsung di TV3 jam 9 malam.
~~sumber berita harian 01 dis 2006~~
[ Last edited by Eddlisa_uyuk at 1-12-2006 08:49 AM ] |
|