|
Originally posted by fabiana at 20-7-2006 04:36 PM
dulu masa I belum kawin, ada amalkam satu petua ni..murah dan berkesan untuk turun dan maintain body
weight. Rendam asam keping dalam air masak, and biarkan semalaman, esok pagi minum...hari-hari ...
kesan dia ada sakit2 perut n cirit tak?.. atau mcm biasa je rasa nak membuang tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by hainina at 5-9-2006 10:41 AM
kesan dia ada sakit2 perut n cirit tak?.. atau mcm biasa je rasa nak membuang tu?
xde pulak rase sakit perut ke ape....senang je nak buang...kalau takut sakit perut, boleh breakfast yg light sikit, baru minum air asam keping ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by fabiana at 5-9-2006 10:52 AM
xde pulak rase sakit perut ke ape....senang je nak buang...kalau takut sakit perut, boleh breakfast yg light sikit, baru minum air asam keping ni...
ooo okla kalu xde sakit2 perut tu.... kira minum mlm sblm tido atau bila2 masa je? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by hainina at 5-9-2006 11:26 AM
ooo okla kalu xde sakit2 perut tu.... kira minum mlm sblm tido atau bila2 masa je?
peram dulu asam keping tue semalaman..besok nyer pepagi baru minum.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by hainina at 5-9-2006 11:26 AM
ooo okla kalu xde sakit2 perut tu.... kira minum mlm sblm tido atau bila2 masa je?
u rendam waktu malam, esok pagi baru minum masa breakfast...for best result... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by fabiana at 5-9-2006 11:54 AM
u rendam waktu malam, esok pagi baru minum masa breakfast...for best result...
heheheheh..samer time lak menjawab....fabiana...i terpaksa stop jap...coz biler dah berehat dari minum air asam keping ari tu coz of my chicken pox...i asyik luper jer nak buat balik...hehehehheheheeh badan nie mcm tembam semacam jer...lepas abis jer tempoh berpantang i bedal jer sumer makanan......hehehheheehe:pmuka::pmuka::pmuka: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by bawang-putih at 5-9-2006 12:02 PM
heheheheh..samer time lak menjawab....fabiana...i terpaksa stop jap...coz biler dah berehat dari minum air asam keping ari tu coz of my chicken pox...i asyik luper jer nak buat balik...hehehehh ...
yelah...11.26 a.m...ihik...xpe...bila dah raedy untuk buat semula, boleh continue.... |
|
|
|
|
|
|
|
Terpijak Paku
Masukkan kaki yang terpijak paku karat kedalam baldi yang mengandungi air bersih sambil membersihkan luka tersebut. Perlahan-lahan masukkan garam dan kapur sirih ke dalam air tersebut. Biarkan kaki tersebut terendam selama lebih kurang setengah jam. Kemudian kaki itu diangkat lalu dibalut dengan kain. Insya Allah dalam masa tigahari rasa bengkak/bisa-bisa akan hilang.
Tersusuk Duri
Ambil bawang merah atau bawang putih yang sederhana besarnya. Setelah dikupas, dibelah menjadi dua. Sebelah daribawang tersebut dilumuri dengan minyak kepala. Kemudian dipanggang di atas api dan ketika masih panas, diletakkan segera ke atas bahagian yang terkena duri itu dan dibalut. Setelah beberapa jam barulah dibuka balutantersebut. Maka akan kelihatan dengan jelas dan sangat mudah untuk mencabut duri yang menusuk dalam daging itu.
Ubat Darah Tinggi
Ambil seikat daun kucai dan ditumbuk halus-halus atau lumat, kemudian diperah hingga mengeluarkan air. Air itulahyang harus diminum setiap pagi. Amalkan meminumnya selama satu bulan.
Ubat Demam Kuning
Daun sukun yang sudah tua dan kuning warnanya, direbus hingga merah seperti warna air teh. Air itu diminum setiappagi dan petang, satu gelas selama tiga hari pada budak yang mengidap penyakit tersebut. Insya Allah penyakit yangdideritai itu akan hilang.
Ubat Keputihan
Bagi wanita yang mengidap keputihan, ambil 2 biji buah delima putih yang masih muda. Kemudian ditumbuk hinggahalus. Selepas itu campurkan dengan segenggam daun delima putih. Bahan-bahan itu direbus dengan 2 gelas air sehingga tinggal satu gelas. Minumlah air rebusan ini selama 7 hari berturut-turut. Anda dinasihatkan menjauhi makanan daging kambing, nanas, air kelapa dan ikan laut.
Ubat Kudis
Ambil beberapa biji buah pinang yang sudah kering. Buang kulitnya, kemudian buah pinang itu ditumbuk hingga lumat. Campurkan dengan minyak kelapa, supaya habuk buah pinang itu melekat di kulit. Bahagian kulit yang berkudis itu terlebih dahulu dibersihkan sebelum disapu dengan pinang tersebut.
Ubat Panau
Lengkuas yang sudah dibuang atau dibersihkan kulitnya, digosok ke badan yang berpanau setiap kali lepas mandi tengahari atau petang.
Ubat Sakit Jantung
Minumlah ramuan yang terdiri dari kuning telur dan dua sudu madu asli sekali sehari. Insya-Allah, anda akan melihatperubahannya setelah mengamalkan cara ini dalam dua atau tiga bulan.
Memudahkan Tidur
Minumlah air rendaman/perahan ketumbar yang dicampur dengan susu lembu asli atau
Makanlah bawang besar berserta yogurt putih,ianya mempercepatkan lena. |
|
|
|
|
|
|
|
ader sesaper yang ader petua untuk kecik peha.. coz peha hiriko besar la.. malu nak pakai jean... tolong yee sesaper yang ader petua tu.. jgn segan2 tau.. eheheh :tq: |
|
|
|
|
|
|
|
fabiana+bawang putih
ok senang je tu....  |
|
|
|
|
|
|
|
Turunkan darah Tinggi
Minumlah air rebusan pokok Hempedu Bumi Pokok Cerita atau Minumlah air rebusan daun Pokok Ati-ati atau Makanlah biji buah Peria atau Makanlah pucuk Pokok Pala sebagai ulam atau Minumlah air rebusan Pokok Dukung Anak atau Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan taugeh hendaklah sama nisbahnya atau Rebus daun pandan wangi secukupnya dengan dua gelas air. Biarkan hingga tinggal setengah gelas sahaja. Minum setiap pagi dan petang atau Makanlah 3 ulas bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya,bolehlah direbus atau Parutkan kunyit sebesar ibu jari. Perahairnya dan tambah dua sudu madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan petang.
Demam Biasa
Makanlah isi Labu Air berserta cuka sebelum tidur malam atau Makanlah bawang besar serta keju yang lama di ikuti memakan pula air limau nipis beserta kulitnya atau Minumlah air rebusan bunga melor.
Pening Kepala
Ambil daun Serai dan ditumbuk hingga lumat. Kemudian pupuk pada dahi atau
Ambil umbi pokok bawang putih lalu di giling atau ditumbuk kemudian ditampalkan kebahagian kepala yang sakit atau Rebus daun Kangkung sampai mendidih,kemudian angkat dan lumatkan daunnya hingga halus. Masukkan dalam air garam dan saringkan. Minum air rebusan ini setiap hari atau Makanlah daun pokok Peria atau Minumlah air rebusan biji jintan hitam yang ditumbuk.
Sengal Sendi
Ambil akar pokok Kayu Manis Hutan/Teja,sebahagiannya lagi diasah bersama air, air rebusannya diminum dan air asahannya disapukan ketempat yang derita atau Ambil daun serai ditumbuk lumat, kemudian pupuklah ke sendi yang sengal atau ambil daun kecubung dan bubuh kapur sireh, kemudian ditumbuk sampai hancur. Bubuhlah di tempat yang bengkak atau sendi-sendi yang sakit atau Ambil lengkuas merah sekadar 2 ibu jari kemudian diparut, bubuh sedikit air masak(mati) lalu ditapiskan dan ambil airnya, bubuh di dalamnya sebiji telur ayam (ayam kampung, seeloknya)dan digoncang hingga merata lalu diminum. Minumlah dua kali seminggu atau Tumbuk daun betik muda hingga halus dan perah airnya. Kemudian campurkan dengan perahan limau nipis. Minum ramuan tersebut sekali atau dua kali seminggu.
Selsema
Ambil buah asam limau nipis lalu diperah ke dalam air teh (tanpa gula dan susu) yang
panas/suam lalu diminum atau Minumlah air rebusan pokok kadok/sirih duduk atau untuk bayiAmbil tiga helai daun sirih. Sebiji limau nipis,dibelah,diperah dan ditapiskan airnya. Ramuan-ramuan air limau nipis yan bercampur daun sirih pada dada dan leher bayi.
Suara Serak
Ambil beberapa biji limau nipis dan mesinkannya dengan dicampur sedikit air lalu dipanaskan,
kemudian sedutkan wapnya melalui mulut beberapa kali atau Ambil bawang besar 2 biji,buang kulitnya lalu ditumbuk atau dimesin hingga hancur, kemudian tapiskan lalu ambil airnya dan diminum sekadar 2 kali sehari. Buatlah 2 hari berturut-turut atau Ambil sebuku asam jawa,rendamkan dan ramas dalam air setelah itu campurkan dengan segelas air sejuk, embunkan atau masukkan kedalam peti sejuk. Minumlah air ini selama dua kali sehari, sehingga serak itu hilang.
Batuk/Semput
Ambil umbi pokok bawang putih lalu ditumbuk atau digiling, ambil airnya dan campurkan
sedikit madu dan gula untuk diminum atau ambil daun Kecubung,hiris halus-halus seperti tembakau dan dijemur hingga kering, buatkan daun dan dihisap atau minumlah rebusan akar pokok melor atau Jika anda ada penyakit lelah, jangan lupa masukkan sebatang serai yang telah dihancurkan kedalam masakan anda. Cara ini boleh mencairkan lendir atau untuk batuk berlendir Panaskan limau nipis dia tas bara api. Belahkan dua dan kemudian tuangkan kicap manis diatas belahan tersebut. Perahkan airnya kedalam mulut dan makan bersama hampasnya atau untuk batuk berkahak Campurkan sebiji telur ayam kampung dengan sesudu besar gula pasir. Seduhkan dengan tiga suku gelas air mendidih. Biarkan sejuk lalu diminum. |
|
|
|
|
|
|
|
aduhla...bila baca review org lain ada kesan positif semangat nak mencubanya..tp pelik pulak berat makin naik..padahal berak tiap2 ari kalo minum air asam keping ni...ada cara lain lagi x |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by lolen at 11-9-2006 04:05 PM
aduhla...bila baca review org lain ada kesan positif semangat nak mencubanya..tp pelik pulak berat makin naik..padahal berak tiap2 ari kalo minum air asam keping ni...ada cara lain lagi x
cuber buat sit up..setiap bangun tido setiap ari... |
|
|
|
|
|
|
|
Sakit Gigi
Minumlah air rebusan kulit batang dan daun pokok gajus atau Ambil pucuk dan daun pokok cengkih lalu di kunyah-kunyah atau Tumbukkan daun serai hingga hancur. Masukkan kedalam air hangat dan tambah sedikit garam. Air serai ini hendaklah diguna berkumur atau Ambil sedikit sekapur sirih dan kunyahkan pada gigi yang sakit itu hingga lumat.
Bengkak Gusi
Ambil 5 helai daun jarak, 1 liter air biasa dan sesudu besar air kapur sireh. Rebuslah ramuan ini, setelah mendidh barulah diangkat, sesudah dingin minumlah airnya atau Ambil umbut nenas, hancurkan setelah itu campurkan dengan sedikit garam halus. Tampalkan pada
gusi anda yang ada kesan bengkak. Biarkan sehingga kering.
Gusi Berdarah
Ambil beberapa helai daun bacang dan masukkan kedalam periuk berisi air, campurkan dengan beberapa helai daun inai. Kemudian rebuslah dan setelah airnya mendidih bubuhlah sedikit asam gelugur dan garam secukup rasa. Setelah airnya suam bubuhlah kedalam mulut dan biarkan selama 3 minit, lalu berkumur-kumur atau Kumurlah dengan air suam yang telah dicampurkan dengan sedikit garam atau Jika gusi anda terluka dan anda tidak mahu biarkan luka itu lama-lama, berkumurlah dengan air daun sirih. Caranya,ambil 15 helai daun sirih dan dimasakkan dengan air. Setelah itu sejukkan rebusan itu. Berkumurlah dengan kerap dan menggunakan air daun sirih itu.
Demam Campak
Ambil sebiji kelapa muda, belah dan ambil airnya, setelah itu berilah anak anda minum anggaran setengah cawan. Lakukan cara ini hingga demamnya sembuh, jika dia mengidap demam campak, campaknya akan keluar atau Parutkan kunyit dan campurkan dengan asam kawak. Kemudian lumurkan pada badan pesakit. Disamping itu,minum air kelapa gading setiap hari.
Elak ikan melekat ketika digoreng
Seringkah anda menghadapi masalah ketika mengoreng ikan? Anda hanya perlu memasukkan beberapa keping asam keping bersama ikan yang sedang digoreng. Selamat mencuba.
Menjadikan wajah berseri
Kebiasaannya setiap orang mahukan wajah licin terutamanya kaum wanita. Anda tidak perlukan modal yg besar. Basuh beras dan tuskan airnya. Goreng tanpa minyak hingga hangus kemudian tumbuk halus seperti serbuk. Simpan di dalam botol. Apabila hendak digunakan ambil sedikit dan campurkan dengan air limau nipis. Gosok pada muka dan biarkan kering. Setelah itu cuci muka hingga bersih.
Merawat bengkak usus
Penyakit bengkak usus jika dibiarkan amat merbahaya. Jika anda ingin merawatnya, potong sebuku kunyit hidup (dimesin), sedikit garam, sedikit gula merah dan sedikit perahan air limau nipis. Campurkan semua bahan didalam segelas air suam dan diminum. Amalkanlah.
Mengilatkan periuk
Untuk mengilatkan periuk anda, ambil sedikit sabun mandi dan lekatkan pada berus periuk. Selepas itu berus periuk tersebut dengan kuat. Akhir sekali bilas dengan air. Pasti periuk kesayangan anda berkilauan.
Menghilangkan jerawat batu
Kulit yang berjerawat batu mungkin akan merosakkan kecantikan muka terutama bagi kaum wanita. Untuk menghilangkannya, ambil beras, tumbuk hingga halus dan campurkan sedikit air. Gunakan pada waktu hendak tidur tiga kali seminggu. Insyaallah jerawat batu anda akan hilang.
Rawatan jika terkena minyak atau air panas
Ambil sedikit kicap dan garam halus. Kemudian sapukan kedua-dua bahan tadi di tempat yg terkena minyak atau air panas. Sebelum itu berselawatlah keatas Nabi S.A.W sebanyak 3 kali.
Mengelakkan gula dimasuki semut
Masukkan kulit kayu manis ke dalam bekas simpanan gula. Insyaallah semut akan lari.
Menghilangkan demam campak
Caranya sebelum merebak keseluruh badan, pesakit itu hendaklah diberi minum air kelapa dan kemudian mandikan dengan air kelapa itu (boleh dicampur dengan air).
Karipap lebih rangup
Ramai suri rumah merungut apabila kulit karipap yang mereka buat liat dan keras. Cara mengatasi masalah ini mudah iaitu sebelum mengadun marjerinbersama tepung gandum, panaskan marjerin yang telah disukat bersama 1/2 cawan minyak masak. Biarkan mendidih. Tuangkan minyak tadi kedalam adunan tepung, kemudian ulilah seperti biasa. Dengan ini karipap anda akan rangup dan enak.
Melegakan selsema bayi
Ambil sebiji kunyit, patahkan, potong atau tumbuk. Kemudian sapukan pada batang hidung bayi anda. Insyaallah jika selalu diamalkan, hidung bayi anda tidak akan tersumbat dan dia akan tidur nyenyak. |
|
|
|
|
|
|
Diela_79 This user has been deleted
|
Ada petua nak ngelak dari sihir @ santau x?
Kalau ada tolong2 la yer share... |
|
|
|
|
|
|
|
Malam sebelum tido, awak baca surah 3 Qul, 3 kali setiap satu, Al-Fatihah 3 kali dan ayat Kursi. Lepas dah baca semua awak hembus di kedua2 tangan seolah2 meludah(masa menghembus ni posisi awak seolah tengah menadah tangan berdoa). Lepas tu awak sapukan kedua2 belah tangan awak tu di seluruh permukaan badan awak, (tak tahu pasal kecuali punggung tu, tp apa yang saya belajar seluruh permukaan badan!). Ini sunnah Rasulullah saw yang diajar oleh Malaikat Jibrail untuk mengelak baginda dari terus disihir(selepas kena sihir dari wanita yahudi, tak silap la).
nie diambil dari thread misteri...kiter boleh berkongsi bersama yer.
[ Last edited by bawang-putih at 12-9-2006 10:53 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Buku ni ada cerita pasal santau.Pengarang dia Prof dr haron din..tajuk buku, Rawatan gangguan makhluk halus menurut al-quran dan al sunnah.
antara tujuan santau:-
1.Membalas dendam atau sebab2 tertentu
2.Semata-mata utk menguji ketahanan batin diri seseorang
3. membuang santau yg dimiliki pada masa2 tertentu dalam hal ini santau ini tak ditujukan pd org tertentu tp bergantung pada nasib sekiranya santau tersebut dibuang dihadapan sekumpulan org yg sedang makan atau minum kemungkinan semua org td akan terkena santau.Santau yg dilepaskan dicelah-celah kuku boleh menyebabkan semua org berada dalam keadaan derita lebih2 lagi kalau angin sedang bertiup dari arah org yg melepaskan termasuk kanak-kanak yg tidak berdosa.
nie diambil dari thread misteri...kiter boleh berkongsi bersama yer.
[ Last edited by bawang-putih at 12-9-2006 10:53 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
saya tanya ayah saya..apa amalan untuk elak dari santau.. ayah saya kata..selain dari baca 4 qul yang selalu kita amalkan sebelum tidur tu.. setiap kali nak makan, terutama di tempat awam, amalkan baca bismillah 5 atau kalau rasa panjang sangat, sekurang2nya selepas baca bismillah macam biasa tu, bacalah bismillahillazi...sampai habis.. pastu, baru baca doa makan...InsyaAllah..kita akan dilindungi dan akan mendapat "rasa " atau "alamat" samada gelas tu retak/pecah atau tiba2 kita rasa kita tak berselera nak makan...demikianlah adanya...
nie diambil dari thread misteri...kiter boleh berkongsi bersama yer.
[ Last edited by bawang-putih at 12-9-2006 10:53 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #198 bawang-putih's post
bismillah hillazi syai'un fil ard hi wa huwas sama
tuh ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dak_ker at 12-9-2006 10:15 AM
bismillah hillazi syai'un fil ard hi wa huwas sama
tuh ke?
nanti saya check balik yer...tak ingat |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|