Bahan A
Ayam digoreng (dipanggang pun boleh ikut citarasa masing2)
Cucur (tepung campur garam, jintan, udang, sayur kuchai, telur & digoreng crispy)
Timun (dihiris memanjang mcm mancis)
Sengkuang (dihiris memanjang mcm mancis)
Taugeh (dicelur dlm air panas sekejap)
Telur rebus
Kentang rebus dipotong dadu
Bahan B utk kuah:-
Sweet potato direbus & dilecek lumat
Atau
10 keping roti crackers Jacob/Tiger ditumbuk lumat
Cili kering (kalau nak pedas boleh tambah lagi)
3 – 4 ulas bawang merah
Sedikit serbuk ketumbar (boleh bubuh jintan putih sedikit)
Gula & garam secukup rasa
Minyak utk menumis
Cara2 membuatnya:-
1. Tumiskan cili kering+bawang merah yg ditumbuk lumat bersama serbuk ketumbar/kari. Bila sudah keluar minyak, masukkan sweet potato atau roti crackers. Baru tuang air, garam & gula. Jika kuah terlalu pekat tambah sedikit air. Biarkan menggeledak guna api perlahan utk pastikan kuah benar2 masak.
2. Hidangkan bersama bahan A.
[ Last edited by Baiduri Othman at 8-4-2009 17:07 ]
Senang jak. Tok kamek ikut apa yg kamek rasa jak masa makan manok goreng kucei.
Bahan2nya:-
1/2 kg manok (dada manok or suka ati jaklah dibersihkan & dipotong)
sedikit cabik kering dibuang bigik & direbus (digoreng pun boleh)
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit serbuk kari
sedikit serbuk kunyit
sedikit serbuk ketumbar/jintan putih (boleh substitute serbuk kurma)
lengkuas sebesar ibu jari (mun nak makei leyak pun boleh juak)
garam & ajinomoto secukup rasa
Cara2 membuatnya:-
Tutok semua bahan2 di atas kecuali manok dgn garam/ajinomoto sampei lumat. Baruk digaul dgn manok yg dah diungkah garam & ajinomoto. Marinate selama 4 jam. Mun semalaman lagiklah kick. Simpan dlm peti ais.
Bila nak goreng, ungkah sedikit tepung cornflour pakei melekat bahan2 ke badan manok. Siklah mengarei bila digoreng. Mun ada daun kari best gik. Sebelum goreng manok goreng daun kari sampei garing. Buat daun kari baruk goreng manok. Daun kari ya pakei hiasan jak bah tapi crispy di makan. Ya nyuruh manok jadi harum semerbak.
PS. Dak serbuk kunyit, kari, ketumbar/jintan (serbuk kurma) pandei2lah agak tapi kunyit lebih sikit.
Tok pic rojak kucei kamek google sekali ada manok goreng kucei. Mauk ada yg teringin lalu pergi Kedey Kucei esok ari.
?v=0
[ Last edited by Baiduri Othman at 14-4-2009 17:46 ]
Post Last Edit by Baiduri Othman at 26-6-2009 19:40
Kulit Popia Basah
Bahan2nya -
1/2 kg tepung gandum
sedikit air
Cara2nya-
Tepung dicampur dgn sedikit air. Mcm kita molah cucur tapi pekat sikit adunannya. So biarkan dough to stand for 1 - 2 hrs. Adunan ya boleh juak campur dgn putih telur tapi kamek jarang makei putih telur.
Mun makei non-stick pan, boleh sapu sedikit minyak guna tuala. Sikit jak. Or else dough ya sik mauk lekat rah non-stick pan. So boleh ndiat VC di post kamek above utk cara2 molah kulit popia okay.
Inti Popia
Sengkuang dipotong mcm mancis
Taugeh dibuang akar & diselur
Timun dipotong mcm mancis
Kacang tanah digoreng tanpa minyak & diblender
Carrot (digrated - tumis bawang putih. Lepas ya masuk telur & polah ala scrambled egg, ungkah sos tiram sikit, gula & garam. Boleh berik isi manok or undang. Finally baruk ungkah grated carrot)
Utk sambal
Polah sambal goreng undang kerin nak selalu dipolah di rumah (mcm molah sambal goreng biasa)
Utk sos
Cabik kering diblender dgn kismis & air. Lepas ya dimasak sampei pekat & berik gula.
Another option-
Sos cili dimasak dgn kismis yg udah diblender. Berik gula sikit.
(Mun nak molah kedirik bnyk kerja)
The Final Part
1. Spread popia skin with chili sauce. Tabur kacang tanah yg dah diblender.
2. Ungkah sengkuang, taugeh, timun & ramuan carrot.
3. Finally sedikit sambal goreng undang kering. Tabur gik dgn sedikit kacang tanah blender. Mun nak tabur bawang goreng pun boleh.
4. Baruk di wrap jadi popia.
Humpty, mun ada ready-made popia basah lagik senang. Just prepare intinya jak. Lamak dah sik molah popia basah.
Alrite, spt yg dijanjikan. Sorry mlm tadik kamek terlalu kepak sampei broke my promise to post the bubur pedas recipe here. Bz gilak. Maklum dak Raja2 nak bersidang. Bnyklah activities sidaknya.
Bubur Pedas
Bahan2nya:-
1 bungkus bubur pedas
2-3 ulas bawang merah
2-3 ulas bawang putih
sedikit belacan
1 batang serai
1 gelas santan
garam & gula secukup rasa
sedikit minyak pakei numis
Bahan2 utk puannya:-
Undang dibersihkan dibuang tali di belakangnya
Kentang dihiris mcm molah utk sup & kari
Daun singkel
Daun kunyit dihiris halus
Jagung muda dihiris
Kulat (yg selalu dijual di Pasar Satok ari minggu)
Cara2 membuatnya:-
1. Bawang merah+bawang putih ditutok lumat bersama belacan. Tumis bersama serai sampei brownish in colour. Baruk masuk bubur pedas bersama air (pandei2lah estimate). Masukkan kentang & jagung mudak sekali. Biarkan menggeledak sampei kentang lembut. Masukkan air santan, garam & gula.
2. Last sekali baruk masuk dak puannya & biarkan mendidih. Baruk masuk undang. Bila undang dah masak bermakna bubur pedas dah masak.
Note:-
Ya yg selalu dipolah emak kamek. Kadang nya ungkah soo hoon, fucuk, tauhu nak keras ya. Selalu org ungkah daging, kulit sapi sbg puan, sotong kembang. So pandei2lah kitak org adjust recipe kitak org.