CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Daulat Raja, Betul atau Mitos?

[Copy link]
Post time 20-2-2007 03:21 PM | Show all posts

Reply #180 thamrong's post

Of course it is a joke, a capitalist will laugh it out on his way to the bank when you tell him about kedaulatan.

If you tell him (the capitalist) about kedaulatan duit, then he would listen to you very seriously.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2007 08:32 PM | Show all posts

Reply #181 satellite88's post

Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2007 07:21 AM | Show all posts
kedaulatan ni xde sebenarnye.ianye adalah 1 senjata yg digunakan utk menakut2kan rakyat biasa pd ketika dulu.x logik kalo nak dikata sebab mereka berdaulat ni kerana mereka ni keturunan Nabi Muhammad.kalo kte tgk contoh sultan mahmud yg mangkat dijulang dikatakan mampu menyumpah laksama bentan yg membunuh bagind,cucu Nabi  pun mati dibunuh di dalam peperangan.xde lak kte dia cite yg pembunuh 2 kena sumpah.seperti yg diketahui umum,cucu Nabi ni tersangat la warak kalo nak dibandingkan ngan sultan 2.
       Abis 2 keturunan syed&sharifah 2 ade daulat la ek?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2007 11:03 AM | Show all posts
daulat pada aku wujud bkn pada raja itu sendiri..tetapi pada tanah yg beraja itu sendiri...kan tanah tanah di bumi ini milik ALLAH s.w.t....manusia tak bleh main2 nak rosakkan sesuka hati...mcm nie..dulu portugis menjajah melaka..cuba tgk skrg..negara portugis skrg...negara portugis adalah antara negara termiskin di dalam dunia nie...ini menandakan negeri melaka tu ada kedaulatan nnyer yg tersendiri...mcm hutan jugak ler..kita tak bleh main redah jer masukk...
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2007 01:33 PM | Show all posts

Reply #184 remizati's post

Ya benar,laut, sungai, tanah dan hutan yang berdaulat, sebab Maha Pencipta telah memperuntukannya  kepada semua lapisan  penghuni setempat.

Bukan segolongan  manusia  yang mencipta sendiri kedudukan  tinggi yang berdaulat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2007 08:42 PM | Show all posts
Originally posted by thamrong at 25-11-2006 00:50


Boy oh boy jangan lah sampai tujuh keturunan  hidup dalam kegelapan(ignorance), tahyul dan kebodohan. Jangan lah penyakit fatalitis in menjangkit keturunanku. Semua persoalan dalam dunia ni ada jawapannya kalau berusha dicari. Pernah aku duduk sebelahan penuntut Yahudi Israeal dan bertanya kapada beliau " Dove ! mengapa kau tanya soalan yang begitu bodoh sekali" lantaran beliau menjawab" Thamrong !biar aku jadi orang bodoh hari saja asalkani jangan kekal  bodoh sepanjang hayat ku".

Jawapan nya daulat tu tidak ujud cuma satu senjata rekaan gulungan sultan dan raja mengariskan pemisahan diantara yang memerintah dan yang diperintah. Dalam kesultanan Melayu manusia di bagi kapada 2 saja: 1. sultan serta pembesar2(termaksuk sibling-siblingny) 2. rayaat jelata. Rayaat tidak mempunyai apa-apa hak dan boleh di kerah sabagai abdi (Sembah patik( bermaksud hamba yang paling hina saperti anjing kurap) harap di ampun) dan hidupnya rayaat itu bergantung pada limpahanny.
:hmm::hmm:


:setuju: :setuju: :setuju:  

Nowadays I don't even understand why certain people would pegi bakar kemenyan, and perah limau kat atas keris pas tu lalu atas asap kemenyan ni.. because as far as I know, bukan ke makhluk ghaib suka bau kemenyan ni?

Let alone pasal commoner bila kawin dengan royalty, kena tulah or daulat.. macam cerita seorang Permaisuri pengsan bila ditabalkan sebab crown yang dia pakai tu ada daulat? Erkss.. not logic at all. Even pengantin yang pakai dokoh tu pun boleh pengsan sebab berat!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-2-2007 09:41 PM | Show all posts

Reply #186 duquesne's post

Sedap sahaja bunyinya, Raja berdaulat, rakyat anjing kurap.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2007 01:46 AM | Show all posts
ASM.
Aku cuma nak jelaskan, bagi membetulkan sangkaan tentang kaedah perasapan keris, pelimau keris yang sdr/sdri duquesne nyatakan. Bukan nak keluar topik bicara di sini. PAsal daulat, aku tak pandai.

Perasapan keris & perlimau keris ni adalah sebahagian daripada kaedah pemeliharaan keris. Setau aku yang sedikit sangat ni, begitulah. Bukan kerana nak menyeru jin, atau lain-lain urusan khurafat yang Allah & rasul tak suruh. Umpama kita ada baju, kenalah basuh, kena jaga agar serinya tak hilang. Bak kata orang, "maintenance" lah.

Keris ni senjata. Macam kita ada senapang, kenalah dicuci larasnya, kena jaga supaya tak berkarat, tak rosak. Keris pun begitu juga. Mata keris contohnya terdiri dari banyak besi yang dicampur dan mudah berkarat. Limau tu digunakan sebab dia ada unsur asid yang boleh melunturkan karat besi. Dan jugak boleh memberi bau yang harum. Kemenyan pula digunakan sebab ada khasiat nya. tentulah pula khasiat tu diketahui oleh orang yang mahir.

Aku cadangkan, bagi yang tidak tahu tentang adab pemeliharaan keris dan senjata melayu , elok belajar, agar kita dapat melihat sesuatu hal tu dengan Ilmu yang betul pula.

moga menjadi manafaat,
salam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2007 11:49 PM | Show all posts
Originally posted by sikomeng at 22-2-2007 01:46 AM
... Perasapan keris & perlimau keris ni adalah sebahagian daripada kaedah pemeliharaan keris. Setau aku yang sedikit sangat ni, begitulah. Bukan kerana nak menyeru jin, atau lain-lain urusan khurafat yang Allah & rasul tak suruh. Umpama kita ada baju, kenalah basuh, kena jaga agar serinya tak hilang. Bak kata orang, "maintenance" lah.............


Saya kira itulah sebabnya. Sungguhpun sekarang ada terjual set2 pengawetan keris...cara lamanya buah2 berasid biasa diguna seperti limau yang mengandung asid nitrik. Nenas juga ada digunakan. Biasanya selepas di cuci dengan asid, ia akan dibilas untuk nutratisekan asid itu,dan kemudiannya dikering atas asap bara.

Ada juga dengar pasal mantera keris .....more like a prayer for the keris....yang dipercayai berasal dari budaya Hindu. Tetapi kedatangan Islam telah merobah mantera2 ini dan ada yang dipercayai datangnya dari Wali Sanga, Sunan Kalijaga.

Serba sedikit yang Hami dapat kongsi di sini...........

[ Last edited by  hamizao at 23-2-2007 06:01 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2007 03:20 PM | Show all posts

Reply #189 hamizao's post

Di museum Leiden banyak kris-kris purba dari Majapahit di simpan di sana dan tiap-tiap mempunyi sejarah dan nama tersendiri. Tak payah pun kena di asap cuma di sembur dengan WD-40 anti-corrosion untuk menghindarkan karat...hmmm
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2007 03:24 PM | Show all posts

Reply #190 thamrong's post

Maybe WD-40 tuh la kemeyan asap omputih Thamrong...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2007 05:06 PM | Show all posts
Originally posted by rurouni_khairul at 23-2-2007 03:24 PM
Maybe WD-40 tuh la kemeyan asap omputih Thamrong...



wehhhh korang iklan WD-40 lak kat sini....... ni saham ada sama ka ????
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2007 06:07 PM | Show all posts
Originally posted by thamrong at 23-2-2007 03:20 PM
Di museum Leiden banyak kris-kris purba dari Majapahit di simpan di sana dan tiap-tiap mempunyi sejarah dan nama tersendiri. Tak payah pun kena di asap cuma di sembur dengan WD-40 anti-corrosion  ...


Yang Hami ceritakan tu cara lama laaaa........Sekarang ni omputihpun banyak simpan keris sebagai koleksi..dema guna kaedah2 moden. Tapi yang tang taruk kemenyan itu Hami tak kaji......jadi tak mau komen....nanti dulu....
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2007 07:07 PM | Show all posts
OK, secara ringkasnya, bab menguna kemenyan atau apa2 insence ada bersangkutan dengan kepercayaan dari zaman dedulu lagi dalam  (1) upacara keugamaan (2) perubatan. Pengikut2 paganisma dan satanismapun ada menguna incense untuk menyeru demons untuk menelek nasib dan perubatan. Ugama Hindu pula yang pertama mengguna insence sebagai ketaatan terhadap dewa2 mereka. Judah, Kristian dan lain2pun ada. Mengikut Hadith dan Sunnah (Islam) pula insence di guna untuk perubatan dan pembersihan tempat2 suci kerana bau wanginya. Tetapi rasa Hami kuantiti asap (kalau asap yang diguna) harus berpatutan kerana kalau terlebih sudah terbukti akan memberikan bahaya kanser.

Jadi, saya tinggalkan kepada tuan2 untuk memikirkan kenapa kemenyan diguna dalam cara lama pengawetan keris .....mungkin nakkan asapnya sahaja untuk mengeringkan keris atau diselitkan sedikit unsur2 ugama yang mula diturunkan dari zaman Hindu lagi....??:hmm:  Terpulang kepada niat kot?:hmm:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2007 08:01 PM | Show all posts

Reply #192 nice_72's post

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2007 11:14 PM | Show all posts
heheh
rasa mcm nak selit citer pasal kemayan sket laaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-2-2007 11:37 PM | Show all posts
sedutan....

Dalam menilai karya-karya sejarah Melayu, menuduh Sejarah Melayu sebagai bukan untuk mencari realiti atau kesahihan fakta dan bukan pula untuk menerapkan peristiwa sejarah yang benar-benar terjadi adalah keterlaluan. Menganggap Sejarah Melayu sebagai satu usaha "untuk mencipta atau memberikan suatu bentuk kekudusan kepada kalangan kerabat dan raja-raja awal Melaka" dengan menggunakan "unsur mitos, peristiwa ajaib dan ketokohan luar biasa" menunjukkan pengkajian yang kurang teliti dan pentafsiran yang tidak sealir dengan kebudayaan Melayu. Keutuhan Sejarah Melayu sebagai sumber sejarah yang sangat mustahak bagi mengkaji Kesultanan Melayu Melaka dapat dibuktikan dengan membandingkan kandungannya dengan sumber-sumber lain seperti Portugis, Siam dan China. Beberapa kenyataan yang agak sama terdapat hasil dari perbandingan ini. Sebaliknya, wujud pula maklumat yang menunjukkan bahawa Sejarah Melayu tidak menganggap semua raja-raja dan kerabat diraja sebagai kudus.

[ Last edited by  Syd at 23-2-2007 11:49 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2007 11:50 PM | Show all posts
kat page depan rasanya ada contoh jawapan soalan spm pasal daulat.

yang nih plak, contoh jawapan STPM pasal tajuk yang sama.


SISTEM SULTAN



Konsep sultan


Institusi sultan dalam kaca mata orang-orang Melayu merupakan satu rujukan kepada kekuasaan dan kekuatan yang ada pada individu yang diiktiraf oleh masyarakat sebagai sultan. Dalam hal ini sultan sering kali ditanggap sebagai seseorang yang mempunyai kuasa yang begitu teguh. Ini sering kali dikaitkan dengan konsep bahawa sultan itu sebagai wakil tuhan. Dengan kepecayaan ini, seseorang individu merasakan menderhaka kepada sultan akan membawa padah yang amat dahsyat. Konsep ketuhanan ini telah berakar umbi sejak masyarakat Melayu dipengaruhi oleh unsur agama Hindu dan seterusnya disenyawakannya dengan unsur-unsur Islam. Dalam hal ini, Sultan dianggap sebagai khalifah atau wakil Allah dalam memimpin masyarakat Islam. Sultan dianggap sebagai imam dalam memimpin rakyat ke arah kesejahteraan.



                Selain itu, sultan juga dianggap mempunyai kekuatan dan keajaiban. Sultan dianggap sebagai individu yang perkasa dan boleh mendatangkan kecelakaan kepada mereka yang menentang. Dalam aspek ini konsep daulat, tulah, dan derhaka telah menghantui masyarakat melayu supaya sentiasa patuh dan menuruti kehendak sultan. Dalam konsep daulat, sultan dianggap mempunyai kuasa dan tidak boleh disentuh. Kedaulatan sultan telah dimengertikan melampaui batas kekuasaan sultan dalam politik. Ia melampaui batas-batas kuasa dan sentiasa menganggap sultan sebagai mempunyai kuasa ketuhanan untuk memberi pembalasan terhadap individu yang menderhaka. Dengan kata lain konsep daulat memberi pengertian bahawa sultan merupakan seorang yang terpilih dan diterima oleh tuhan untuk memimpin kesejahteraan masyarakat. Dengan konsep ini sultan dianggap boleh mencelakakan kehidupan orang yang derhaka. Hal ini dapat dilihat daripada peristiwa penderhakaan Laksamana Bentan terhadap Sultan Mahmud. Sumpah sultan terhadap keturunan Laksamana dianggap sebagai satu kuasa dan ia dikaitkan dengan daulat sultan.



                Dalam memahami konsep ini, ia juga berkaitan dengan knsep tulah. Tulah bermaksud sumpahan. Seseorang yang terkena tulah sultan dianggap sebagai seorang yang derhaka. Oleh itu, masyarakat melayu menganggap sultan sebagai seorang individu yang istimewa serta sentiasa ingin mendapat rahmatnya untuk memperoleh kehidupan yang terjamin. Jika ia ditulah maka ia akan menerima bencana seperti keturunan Laksaman Bentan Megat Sri Rama. Dalam hal ini rakyat akan sentiasa mencari peluang untuk berbakti kepada sultan. Ini menimbulkan satu konsep kerja raja dijunjung , kerja sendiri dikelek .  Sebagai kesan daripada konsep ini, mereka berbangga meninggalkan kerja-kerja mereka semata-mata untuk berbakti serta mengelakkan diri daripada tulahan dan daulat sultan. Hal ini seterusnya menimbulkan satu amalan berkenaan sistem hamba dan kerahan yang dianggap olah sejarawan barat sebagai satu institusi yang melemahkan sistem politik Melayu.  Terjadinya sistem kerah, serah dan hamba ini timbul berikutan kehendak rakyat untuk mendapat pengiktirafan sultan sebagai rakyat  yang setia. Dalam hal ini maka timbullah kesetiaan dan ketaatan yang membabi buta seperti yang ditonjolkan oleh Hang Tuah yang sanggup membunuh rakannya semata-mata untuk membukti kesetiaannya kepada sultan.



                Oleh itu dalam memperkatakan institusi kesultanan ini, konsep daulat memberi ruang kepada sultan untuk meletakkan dirinya berbeza dengan orang lain. Hal ini juga berkaitan dengan unsur ketuhanan atau sebagai wakil tuhan yang dimilik sultan. Ia seterusnya mencerminkan kelebihan-kelebihan yang ada pada sultan serta tidak boleh digunakan oleh orang lain. Hal ini mencetuskan konsep daulat dari segi kehidupan sultan itu sendiri sebagai golongan elit yang tidak boleh dikongsi bersama dengan rakyat. Ini memberikan banyak keistimewaan kepada sultan seperti hanya sultan yang boleh berpakaian kuning, penggunaan bahasa dalam yang sering menggambarkan kehinaan rakyat, penggunaan alat-alat kebesaran , nobat, dan lambang kebesaran dan kemuliaan.



                Berdasarkan kepada keistimewaan ini institusi raja merupakan institusi yang menjadi sanjungan dan sesebuah kerajaan melayu tidak akan lengkap tanpa sultan. Hal ini dapat dilihat bagaimana luak-luak undang di Negeri Sembilan meminta kerabat Sultan di Minangkabau untuk diangkat sebagai sultan bagi mendaulatkan negeri tersebut.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2007 09:24 AM | Show all posts
DAULAT TUANKU !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2007 06:30 PM | Show all posts

Reply #198 Syd's post

Konsep ketuhanan ini telah berakar umbi sejak masyarakat Melayu dipengaruhi oleh unsur agama Hindu dan seterusnya disenyawakannya dengan unsur-unsur Islam.


Jelas di sini timbul konflik antara agama. Dari sudut theology Hindu amat brecanggah dengan Islam. Banyak adat istiadat di raja mirip kepada agama Hindu dan cara sewenang-wenangnya di anggap Islam. Islam tidak membenarkan konsep 'superman' kerana manusia itu sama sahaja. Islam tidak membenarkan sistem 'absolute power' yang extreme. Islam tidak membenarkan sistem kasta dimana manusia di asingkan kapada gulung elit yang kebal dari sebarangn kesalaham dan rayaat yang sengaja di ibarat hamba yang wajin menyembah takhta. Pemerintahan Islam tidak ujud sebarang sistem klas atau casta. Muhamad di panggil dengan nama sahaja.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 08:20 AM GMT+8 , Processed in 0.273092 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list