Selepas menjilat -jilat ( nasib baik lidah harimau ni tak luka kena tin margarine) harimau ni pun naik ke atas rumah dan mendapatkan moyang aku yang terlantar sakit.
Dari celah2 tingkap yang terbuka maka nampaklah harimau itu mendekati dan duduk di tepi moyang aku seraya menggesel-geselkan pipinya ke muka moyang aku.
Kemudian kelihatannya harimau itu menjilat muka moyang aku. Setelah beberapa ketika , maka moyang aku pun semacam tersedar.....
Ternampak orang kampung yang moyang aku mengusap-ngusap kepala harimau tersebut sambil berbual-bual dengannya.
Setelah itu harimau tadi menuju ke pintu hadapan dan terus terjun melangkaui mak aku dan terus menuju ke hutan kecil yang tidak berada jauh dari rumah moyang aku dan terus hilang.
Orang kampung tidaklah berasa gerun sangat kerana mereka pun dah tahu kepunyaan siapa harimau ini.
Cuma agak terkejut sebab datangnya secara tiba2.
|