Tabloid Urusan Malaya, Isnin, 3 Sep, 2007
"Sejenak Bersama RainDancer"
Oleh wartawan disayangi ramai, ItikGanas, Cari Forum
KAK Itik terasa amat bertuah berbanding dengan kakak-kakak lain. Sebabnya? Dapat menemu-ramah dua peserta popular yang berjaya ke peringkat akhir rancangan JDF yang akan berlangsung tidak lama lagi. Raindancer merupakan peserta "bawah hanjing" dan pernah menjadi calon hangat menandingi Kak Itik untuk gelaran "momod" di subboard ini.
Raindancer: ekekek...ni mesti nak buat artikel ni.. (Ye lah. Periuk nasi Kak itik oooi)
Kak Itik: Apa pendapat Rain tentang pertandingan JDF ni? Susah tak?
Raindancer: Susah yang amat. JDF ni mengingatkan saya kepada subjek anatomy yang sedang melanda diri saya sekarang ini.
Kak Itik: Apa tektik anda mendapat undian?
Raindancer: Saya menggunakan teknik kuak lentang
Kak Itik: Gunakan khidmat Bomoh dari Vietnam tu ke tak? (Soalan cepumas ni)
Raindancer: Tidak. Saya tidak menggunakan cara khurafat itu. Namun saya lebih tertumpu kepada bomoh dari helsinki bagi memastikan undian lebih terjamin.
Kak Itik: Peserta mana yang menggugatkan anda?
Raindancer: Saya rasa Revolution kerana avatarnya senantiasa buat saya tidak senang duduk.
Kak Itik: Houdini dah pun menjadi duta coklat Ding Dang. Kamu bila pula?
Raindancer: Dah... smalam
Nampaknya kedua dua peserta ini setanding dari segi endorsement. Oleh kerana sumber-sumber Kak Itik dijamin Halal, Kak Itik diberitahu syarikat Nin Jam Bo Pa Kau telah melantik Rain sebagai duta terbaru Ubat Batuk Cap Ibu Dan Anak. Sila lihat gambar sisipan.
Tahniah kepada kedua-dua peserta JDF ini! Jadi selepas makan coklat DIng-Dang, minumlah Ubat Batuk Cap Rain Dan Dancer kalau batuk-batuk.
Pek baru yang diharapkan membawa tuah kepada syarikat Nin Jam Bo Pa Kau
[ Last edited by itikganas at 3-9-2007 02:03 AM ] |