CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: BeachBoys

Memories of Terengganu (Benua Terqanun)

[Copy link]
Post time 23-9-2008 06:31 PM | Show all posts
rajin btol bb ni...tq...

harap mod dpt bukak mata sket dgn usaha bb ni.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2008 06:32 PM | Show all posts
patut nya thread ni kena stick kan kat atas tu........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2008 08:47 PM | Show all posts

Balas #170 BeachBoys\ catat

Dari artikel ni jelas menunjukkan keturunan terengganu memang bermastautin sehigga ke Lingga.Ada beberapa orang forumer sebelum ni xpercaya dengan hujah aku bahawa kebanyakkan penduduk di sepanjang pesisir pantai timur berketurunan terengganu.Di kelantan sendiri, aku mempunyai banyak saudara-mara yang mana mereka ini berketurunan terengganu dari moyang aku.Arwah datuk aku pulak mempunyai dua senjata yang mana salah satunya diwasiatkan kepada anak beranak aku di kelantan dan satu lagi diwarisi oleh keluarga di terengganu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2008 08:50 PM | Show all posts

Balas #173 t@t\ catat

aku berusaha sedaya upaya aku untuk memberikan maklumat-maklumat megenai negeri terengganu................
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2008 08:54 PM | Show all posts
up.........................
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2008 08:54 PM | Show all posts
up..................
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-10-2008 11:09 AM | Show all posts
good info!!


up!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2008 06:49 PM | Show all posts

SEJARAH HULU TERENGGANU

http://www.pmn.gov.my/terengganu/Pembangunan%20Usahawan/SejarahHTrg.htm

Hulu Terengganu dikenali sebagai FO-LO-AN sejak abad ke 12 lagi berdasarkan buku sejarah Cina bernama "Ling Wai-Tai Ta" karangan Cau-Cu-Fei pada tahun 1178. Pada masa itu daerah ini adalah sebagai bandar pelabuhan yang menjadi tumpuan pedagang-pedagang dari segenap pelusuk alam Melayu, Timur Tengah dan China bagi menjalankan kegiatan ekonomi. Ahli-ahli sejarah berpendapat Foloan yang disebut dalam buku tersebut ialah Kuala Berang.

Berdasarkan buku sejarah berkenaan, hal ehwal Foloan diceritakan seperti berikut:Hasil keluaran Negeri itu (Foloan) termasuklah " Su" dan "Can" ( Jenis-jenis kayu Gahru ), kayu Laka, Gading dan lain-lain seumpamanya ; dan hasil-hasil itu diperniaga diperniagakan dengan emas, perak, porselin, besi,bahan-bahan membuat barnis, arak, beras, gula dan gandum. Tiap-tiap tahun Kerajaan Foloan itu menghantar ufti kepada kerajaan "San Fo Cih" (Seri Wijaya).

Negeri itu (Foloan) berjiran dengan "Peng-Heng" (Pahang), Teng-ya-nu" (Terengganu)" dan Ci-lan-tan (Kelantan) dan negeri-negeri itu bersamaan keadaannya."Berdasarkan keterangan itu ternyatalah Kuala Berang pernah menjadi pusat perniagaan yang utama di Asia Tenggara disamping Seri Wijaya dalam kurun masihi yang ke 12.Selain daripada itu, disinilah juga berlakunya Perlantikan Kesultanan Terengganu Pertama.

Daerah ini juga terbukti merupakan tempat terawal menerima Agama Islam di semenanjung Tanah Melayu berdasarkan catitan pada Batu Bersurat Terengganu bertarikh 1303 M (702 H) yang dijumpai di Kampung Buloh, Hulu Terengganu.


Di samping itu, daerah Hulu Terengganu juga pernah menjadi tempat kunjungan dan tempat bermastautin tokoh-tokoh ulama seperti yang dibuktikan dengan penemuan makam-makam lama seperti Makam Tok Raja Ri di Kampung Kuala Por, Makam Tok Pauh di Kampung Pauh, Makam Tok Gajah di Kampung Pasir Nering, Makam Tok Berlian Mahmud di Kampung Kemat, Makam Tun Indera di Kampung Kuala Por dan Makam Sharif Mohammad al-Baghdadi di Kampung Jenagor.

Hulu Terengganu juga pernah menjadi tumpuan pahlawan-pahlawan Melayu seperti Tok Gajah, Dato` Bahaman, Tok Janggut, Mat Kilau dan lain-lain lagi di awal abad ke 19. Daerah ini dijadikan sebagai kubu dan tempat persembunyian mereka bagi mengatur strategi menentang penjajahan Inggeris pada ketika itu. Antara peristiwa yang masih menjadi ingatan sehingga ke hari ini ialah Peristiwa Padang Kacong di Kuala Telemong.


[ Last edited by  BeachBoys at 23-10-2008 12:24 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-10-2008 07:15 PM | Show all posts
Perkhidmatan Pos merupakan perkhidmatan yang terpenting memberikan perkhidmatan kepada orang ramai di bandar-bandar atau di luar bandar. Bagi Negeri Terengganu, Pejabat Pos Besar Kuala Terengganu telah dibina untuk menggantikan bangunan lamanya, demi untuk memberi perkhidmatan kepada penduduknya yang semakin meningkat. Pejabat Pos Besar Kuala Terengganu telah dirasmikan pembukaannya pada hari ini 26.2.1967 oleh D.Y.M.M. Pemangku Sultan Terengganu, Tengku Mahmud ibni Sultan Ismail Nasiruddin Shah dan Tengku Puan Muda Tengku Bariah bintiAlmarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah.

Turut serta di majlis perasmian tersebut ialah Menteri Kerja Raya, Pos danTelekom Malaysia Y. Berhormat Tun V.T. Sambanthan dan Menteri Besar Terengganu YAB Tan Sri Ibrahim Fikri bin Muhammad.
Pejabat Pos Besar Kuala Terengganu telah dibina dengan barang-barang tempatan berharga lebih kurang RM660,000. Bangunan itu telah direkabentuk oleh Syarikat T.Y. Lee & Sons, Kuala Lumpur dan Kontraktornya ialah Encik Kho Teck Meng.  

Dalam ucapan semasa perasmian majlis tersebut Menteri Kerja Raya, Pos danTelekom berkata bahawa Pejabat Pos Besar itu merupakan projek terakhir di bawah Rancangan Lima Tahun Yang Kedua. Semenjak Rancangan Lima Tahun dilancarkan, Kerajaan telah berjaya membina 6 buah Pejabat Pos baharu iaitu di Dungun, Marang, Jerteh, Besut, Kemaman dan akhir sekali Pejabat Pos Besar di Kuala Terengganu.

Selain daripada itu Kerajaan juga telah membuka 18 buah wakil pos baharu dan menubuhkan 2 pejabat pos berkereta sebagai tambahan.
Sesungguhnya dengan pembukaan Pejabat Pos Besar Kuala Terengganu pada hari ini diharap akan memberi kemudahan kepada orang ramai di samping dapat meningkatkan lagi mutu perkhidmatan pos di negeri Terengganu khususnya.


[ Last edited by  BeachBoys at 23-10-2008 12:13 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2008 07:16 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2008 07:22 PM | Show all posts

Sejarah Pentadbiran Marang

http://ptmarang.terengganu.gov.my/maxc2020/agensi/article2.php?cid=482&aid=1466


Sejarah Pentadbiran Daerah Marang telah bermuladaripada pemerintahan Baginda Omar ( 1839-1876 M). Ia diketuai olehpembesar-pembesar daerah yang dilantik oleh Tuanku Al- Sultan.Pentadbiran oleh pembesar daerah ini adalah berasaskan kepadapemerintahan kawasan sungai (river district).

    Semasa pemerintahan sultan Zainal Abidin IIIdari tahun 1881 hingga 1918M, Yang Di Pertuan Muda Tengku Mohamad telahdiberi kuasa menjaga kawasan Sungai Marang manakala Tengku Putra yangdiwakili isterinya iaitu puteri kepada Tengku Long dan Tengku Safiahdiberi kuasa menjaga kawasan sungai Mercang. Mereka bertanggungjawabmenjalankan pentadbiran kutipan cukai dan hasil. Penghulu -penghulutidak mempunyai kuasa mentadbir. Kuasa mereka hanya terhad kepadakampung - kampung tertentu sahaja.





Pada tahun 1912 sistem pentadbiran daerah olehpembesar-pembesar daerah telah digantikan oleh Pegawai Daerah yang jugamentadbir berasaskan pemerintahan kawasan sungai (river district.).Pegawai Daerah Marang yang dilantik itu akan mentadbir kawasan "riverdistrict" yang terangkum di dalam Daerah Marang termasuk Mercang.

    Pada tahun 1923 ketika pemerintahan SultanSulaiman Badrul Alam Shah dari 1920 hingga 1942, Pesuruhanjaya Britishyang pertama di Terengganu iaitu J.L. Humphreys telah memperkenalkansistem pentadbiran wilayah yang baru di mana Daerah Kuala Terengganu,Kuala Berang dan Marang di letakkan dibawah Jajahan Tengah dengan PusatPentadbiran di Kuala Terengganu. Daerah - daerah lain seperti Kemaman,Kemasik, Paka dan Dungun telah diletakkan di bawah Jajahan  Timurdengan Pusat Pentadbiran di Kemaman.  Manakala Besut dan Setiudiletakkan di bawah Jajahan Barat dengan Pusat Pentadbiran di KampungRaja. Setiap jajahan tersebut diketuai oleh seorang pesuruhjaya dandibantu oleh seorang penasihat British dan seorang D.O

    Bagi memperkemaskan lagi pentadbiran daerah,Bangunan Pejabat Daerah Marang yang pertama telah dibina pada tahun1915 berasaskan model Pejabat Daerah Johor.berdasarkan maklumat lisan,bangunan Pejabat Daerah Marang yang pertama telah dibina di tepi MuaraSungai Marang. Seramai 40 orang Pegawai Daerah yang telah sempatmemberikan khidmat mereka di Daerah Marang.

  Arus perkembangan semasa selepas tahun1960 dimanaprogram pembangunan luar bandar dipergiatkan bagi mempertingkatkantaraf sosio-ekonomi rakyat menyaksikan Bangunan Pejabat Daerah danTanah Marang yang ada itu tidak lagi dapat menampung pertambahankakitangan dan penyimpanan dokumen jabatan yang semakin meningkat. bagimengatasi masalah kesesakan tersebut, bangunan Pejabat Daerah dan TanahMarang yang ketiga telah dibina dan disiapkan pada tahun 1965. Bangunandua itu sempat digunakan selama 31 tahun dan sekarang telah dijadikanPejabat Majlis Daerah Marang.  Antara Pentadbir Tanah  yang telahsempat memberikan perkhidmatan mereka ialah:
  • En. Abdul Rahman bin Nasir ( Y. Bhg. Dato' Setia Wangsa)
  • En. Hashim bin Sulaiman ( Y. Bhg. Dato' Lela Jasa)
  • En. Omar bin Pilus ( Y. Bhg. Dato' Bentara Luar)
  • YM. Tg Abdul Jalil bin Omar ( YBM Tg Seri Bijaya Raja)
  • En. Wan Salleh b. Mahmood
  • YM. Syed Omar bin Mohamad (YBM. Engku Bijaya Sura)
  • En. Mustaffa bin Abu Bakar
  • En Wan Abdul Manan bin Chik (Y. Bhg. DAto' Setia Bakti)
  • Y. Bhg. Dato' Zahid bin Muda
  • Y. Bhg. Dato' Hj Abdullah bin Mohd
  • Y. Bhg. Dato' hj Che Mat bin Jusoh
  • Y. Bhg Dato' Hj saad bin Boto'
  • Y. Bhg. dato' Hj Baharuddin b. Ismail
    Dari segi kawasan pentadbiran daerah, DaerahMarang sebelum tahun 1985 merangkumi 4 buah mukim sahaja iaitu mukimRusila, Pulau Kerengga, Jerung dan mercang dengan penduduknya berjumlahseramai 54,996 ornag. Mulai 1 Januari 1985 Daerah Marang telahdiperbesarkan denagn menambah 2 buah mukim baru iaitu Mukim BukitPayong dan Mukim Alur Limbat yang dahulunya terletak di bawahpentadbiran Daerah Kuala Terengganu.

    Bilangan pegawai dan kakitangan Pejabat Daerahdan TAnah Marang sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Sehinggaawal tahun 1990an, bilangan ini telah meningkat kepada 159 orang bagimengimbangi bebanan kerja yang semakin bertambah. Disebabkan maslahkeperluan ruang pejabat yang semakin mendesak, pada tahun 1994 bangunanPejabat Daerah dan TAnah Marang yang keempat telah dibina dan muladiduduki pada september 1996.

    Bangunan baru PDTM ini dibina atas tapak seluas2.800 hektar terletak di tepi Jalan Marang / Wakaf Tapai iaitudibelakang Bangunan PDTM yang kedua dan ketiga. Bangunan baru setinggi3 tingkat dengan keluasan lantai 3, 285.989 meter persegi menelanbelanja sebanyak RM4,802,475.00 telah disiapkan pada jun 1996. PegawaiDaerah yang telah sempat memberikan khidmat baktinya bangunan baru iniialah :-
  • Tn Hj Long bin Abd. Rahman
  • Tn Hj Muhatar bin Abdullah
  • Tn Hj Hashim bin Mamat
  • En. Osman bin Muda
      Bangunan PDTM yang keempat telah di rasmikanoleh DYMM AL WATHIQUBILLAH AL-SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN IBNI AL-MARHUMSULTAN MAHMUD AL-MUKTAFIBILLAH SHAH, Sultan dan Yang Di Pertuan bagiNegeri Terengganu Darul Iman serta segala jajahan takluknya pada 19Julai 1999.
        Bandar Marang dahulu yang bangunanya terdiri dari bagunankayu, dimana sekarang ini, bandar Marang telah membangun dengan pesat.Pertumbuhan ekonomi semakin maju dan pesat.

[ Last edited by  BeachBoys at 6-10-2008 07:23 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2008 08:28 PM | Show all posts

Reply #173 t@t's post

ha ah betul tu

patutnya mod kena bagi kredit atas BB ni..

bukan senang nak cari maklumat mcn ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2008 11:51 PM | Show all posts
Tarikh Peristiwa:    15.08.1587



Pada hari ini dalam tahun 1587, Portugis telah menyerang Johor Lama dan Kota Batu di negeri Johor.1 Peperangan ini merupakan serangan balas Portugis terhadap Sultan Johor, Sultan Ali Jalla Abdul Jalil yang telah menyerang Melaka pada bulan Januari.

Akibat serangan Johor ke atas Melaka itu, kerajaan Portugis di Melaka telah meminta pertolongan Wizurai Portugis di Goa. Ini kerana Portugis mengalami kesusahan yang amat teruk, terutama    kekurangan makanan. Sebagai langkah mengatasi masalah ini, Wizurai Portugis di Goa, telah menghantar satu angkatan perang yang mengandungi 16 buah kapal besar yang diketuai oleh   Paulo de Lima Pereira. Pada 10 Ogos 1587, angkatan perang ini telah menuju ke Johor Lama dan serangan telah dilakukan pada hari ini dalam tahun 1587.

Bandar Johor Lama adalah sebuah bandar yang cantik, terletak di atas sebuah bukit yang memanjang di tebing sungai Johor. Bandar ini dikelilingi oleh pagar-pagar kayu yang sangat kuat. Di samping itu, tidak jauh dari bandar ini terdapat sebuah kota batu yang disebut Kota Batu yang sangat kukuh. Semasa Portugis menyerang bandar Johor Lama ini, Raja-raja Melayu dari Terengganu, Inderagiri dan Kampar ada di Johor Lama dan mereka telah membantu Sultan Johor.

Dalam peperangan ini, Portugis telah beijaya menewaskan Kerajaan Johor. Sultan Ali Jalla serta pembesar-pembesar baginda telah melarikan diri mudik ke hulu dan mendirikan pusat pemerintahan yang baru di Batu Sawar, di tepi sungai Johor pada akhir tahun 1587.

Peperangan ini telah mengakibatkan kehilangan banyak nyawa dan harta benda.Peperangan di antara Portugis dan Johor ini yang bermula dari tahun 1586, tidak berakhir dengan serangan ini sahaja tetapi ia berterusan sehinggalah Portugis kalah kepada Belanda.

http://hids.arkib.gov.my/doc/jilidvii/ogos/15_08_1587_1984.htm





[ Last edited by  BeachBoys at 23-10-2008 12:07 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 06:06 AM | Show all posts
saya respek org ganu pasal pengekalan warisan tradisi senibina lama yg dimodenkan. tgok la bangunan2 dia, airport, muzium semua ikut seni bina tganu yg depannya ada kayu berlapis2 tu. tak mcm kelantan yg makin hilang identiti, senibina baru lebih pada bentuk kubah, tapi tganu cuba mengekalkan malah memperkenalkan senibina mereka pada umum (cth tilawah baru2 ni, serambi bentuk rumah tradisi tganu) . di kelantan rumah2 yg ada senibina tradisi diroboh, makin lama makin kurang. pembangunan punya pasal
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2008 01:46 PM | Show all posts

Reply #186 sekngucing's post

terima kaseh...

Bukan kat terengganu saje..tapi kat negeri-negeri lain ada jugok.mcm di kedah dan perlis.kebetulan aku sekarang lepak kat utara....kat kelantan aku dok tau sebab lama doh aku dokgi ke sana.

untuk pengetahuan mung, antara hobi aku ialah suka masuk kampung-kampung di utara ni semata-mata nok tengok senibina rumah lama....memang banyok lagi rumah-rumah lama kat utara ni...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 05:04 PM | Show all posts

Reply #187 BeachBoys's post

snibina utara terutama kedah rekabantuknya mcm rumah thai. cth plza tol dia la, adaptasi senibina kedah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2008 05:56 PM | Show all posts
ni senibina kelantan





bumbung thai

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 05:57 PM | Show all posts
perasan tak yg kelantan, terengganu dan siam (selatan thai) mempunyai senibina yg hampir sama. malah bumbung mereka semua berasaskan atap singghora (atap bata sisik ikan)
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 06:02 PM | Show all posts
airport tganu


muzium negeri


yg saya maksudkan bumbung berlapis tu, tgok kat bahagian depan struktur2 ini
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 06:05 PM | Show all posts
beza senibina kelantan dan tganu jelas pada bumbung yg berlapis2 tu la. kelantan tak ada mcm 2

terengganu
[url=http://tbn0.google.com/images?q=tbn:bbPqrCZ9tH4UHM:]http://tbn0.google.com/
kelantan


satu lagi. kat hujung bumbung kelantan ada mcm bucu terkeluar, seni terengganu tak ada mcm tu

[ Last edited by  sekngucing at 23-10-2008 06:16 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 06:58 PM GMT+8 , Processed in 0.078849 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list