|
cepat close!!!!! aku nak balas ni |
|
|
|
|
|
|
|
Ke hadapan dinda yang kanda amat cintai.
Kanda doakan agar dinda berbahagia menjalani kehidupan seharian dinda.
Bersama doktor itu. Harapnya doktor itu melayani adinda dengan baik.
Setelah pertunangan kita yg terbina atas perhubungan selama 7 tahun 4 bulan 15 hari ini terputus.
Kanda ingin dinda sedar yang bayangan dinda tidak pernah luput dari ingatan kanda biarpun sedetik.
Tidak pernah luntur biarpun di clorox bleach berkali-kali.
Tak pernah sejuk walau kebekuan di sebalik rimbunan salji.
Tidak akan terhakis biar asid hidroklorik (HCl) disiram atasnya..
Kanda tahu kehadiran surat ini sudah terlewat. Andai bisa kanda putarkan waktu.
Ingin saja kanda kembali ke hari dinda khabarkan tentang hubungan dinda dengan doktor itu.
Akan kanda rayu dan cumbui dinda sehingga dinda berubah fikiran.
Kanda sedar betapa kanda bukan saingan doktor yang hebat itu.
Yang mampu membisikkan kata-kata menjadi puisi indah.
Namun di sebalik kekurangan kanda, ada kelebihan yang dinda belum kelihatan.
Tidakkah dinda tahu bahawa kanda gagah di kamar beradu?
dimana kita sama2 bergurau senda didlm kamar beradu sudah ke andinda lupa semua itu
Biarpun kanda nampak seperti batu tapi kehangatan cinta yang kanda boleh hasilkan boleh membakar segala2nya menjadi debu.
Walaupun kanda kelihatan lembut, tidakkah dinda sedar, kelembutan kanda itu bakal menggegarkan naluri kewanitaan dinda..
tidakkah dinda nampak kelebihan kanda ini..
kenapa mesti ada doktor dalam hubangan kita berdua
kembali lah kepada kanda lupakan lah doktor...
kanda berharap dinda kan kembali dengan ikhlas
dan melupakan doktor
Dinda, masihkah dinda ingat kita ke tepi pantai sambil mengintai camar berkicau?
Masihkah dinda ingat di saat kita merenung ufuk timur, sambil merencana masa depan?
Lafaz janji kita tatkala matahari sedang berlabuh?
Janji setia bersaksikan kemerahan senja yang penuh keindahan?
Dan balasan ikrar dari dinda, bersama kerlipan bintang, bersaksikan bulan purnama?
dinda berjanji dinda akan setia dengan kanda.
dinda berjanji kita akan bersama selamanya.
Walau halilinta membelah bumi.
walaupon dugaan dan badai menghampiri hubungan kita.
Walau bintang-bintang di langit kelam di kegelapan malam.
Tertutupnya kartika dek gemawan hitam hanya sementara, namun cinta kita bersinar selamanya.
Kerna dinda lah bintang di hati kanda, kerdil, tidak sebesardansecantik bulan namun bintang tetap punya ceritanya yang tersendiri.
Dinda penyeri hidup kanda di kala kanda susah mahupun senang.
Dinda jua adalah sebahagian dari nyawa kanda.
Tanpa dinda hidup kanda terasa bagai keseorangan.
Yang terdampar di lautan yang kegelapan.
Sedarkah dinda, pabila kita berbicara tentang cinta, semilir anginpunseakan-akan lupa melepaskan dinginnya; mentari seolah-olahcubamenyembunyikan pijarnya; bulan pula jadi malu-malu untukmengintaibintang-bintang; angin silir jadi berhenti mendesir; dan kita?
Kita...bagaikan tidak teringin jadi dewasa.
Dinda,
kanda lemah tanpa kamu, kanda ingin dikau disampingku, kanda tak sanggup kehilanganmu.
Dikau ibarat jantungku, sentiasa berdegup sambil mengalirkan bekalan darah merah beroksigen untuk kanda terus bernafas
Wujudnya dinda seakan menghembuskan kekuatan dalam segenap sendi kanda.
Oh dinda...
Tiada ertinya kanda terus bermadah duka, andai hati dinda sudah terikat kejap pada si doktor, ibarat paku lekat di papan.
Izinkan kanda mengundur diri dalam terpaksa; mengalah tidak semestinya kalah.
Kanda hanya mengharapkan agar dinda mengimbau kembali kenangan indah kita bersama dahulu dan janganlah buang memori itu.
Kanda juga takkan pulangkan hati dinda yang telah kanda curi, kerana tidak mungkin ada kemenangan yang lebih indah dari cinta.
Semoga rindu ini akan terus menemani kanda hingga hujung hayat..
Yang tidak akan pernah henti memiliki jiwamu,
Abang Gagah
(Ini mesej janaan komputer, tandatangan tidak diperlukan)
OK, dah tamat...
[ Last edited by juwaini at 24-3-2008 01:25 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #184 juwaini's post
ape plak yang ikhlas..tak jiwang btol..choyyyy |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #186 juwaini's post
mana bleh...tu surat utk dinda..pompuan
aku terjoin dr smlm :@ |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #188 juwaini's post
cair meleleh2 dinda tu baca |
|
|
|
|
|
|
|
Aku nak start boleh?
Menemui awak yang pernah saya cinta satu masa dulu....saya takkan panggil awak kanda lagi kerana semua cinta kita telah berkubur... |
|
|
|
|
|
|
|
Menemui awak yang pernah saya cinta satu masa dulu....saya takkan panggil awak kanda lagi kerana semua cinta kita telah berkubur...
p/s: sebab surat kali ini lebih realistik..lagi pun balasan dari insan yang mintak putus..takkan panggil jiwang lagik lak |
|
|
|
|
|
|
|
Sila jaga tanda baca ye adik-adik. Cikgu nak hantar surat adik-adik ni ke Hall Of Fame.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|