CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: amieab

siapa Tamar Jalis? dah reveal identiti pg 8 (2013)

[Copy link]
Post time 12-7-2010 10:11 PM | Show all posts
Reply 28# badgers99


   kalau tak silap,TJ ni pernah dtg rumah Jins Samsuddin ngan datuk dia...tapi masa tu dato' Jins belom jadi pelakon dan xde kat rumah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2010 10:38 PM | Show all posts
i suka sangat buku dia...
mmg real... tok awang ngah pon...
sbb diorang i penah bercita2 menuntut ilmu batin... huhu..
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2010 10:44 AM | Show all posts
aku pun wat koleksi buku2 TJ. Datuk dia tak mau turunkan ilmu kat dia sbb datuk dia kata TJ jenis cepat marah
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2010 10:55 AM | Show all posts
Iols....sangat minat baca buku ni....
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2010 11:07 AM | Show all posts
ni mmg buku feberet aku masa kecik2 dulu...SBDJ dan Tok Awang Ngah
baca 5, 6 kali pun x jemu2
penah baca sorang2 kat rumah...sudahnya aku naik takut, sbb baca buku tu macam real dan kisah dia mmg dekat je di hati
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2010 11:56 AM | Show all posts
SBDJ tuh aku penah bace..
ade satu kisah tuh ade kaitan ngan Magic David Copperfield  tuh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-7-2010 01:57 PM | Show all posts
{:1_126:} {:1_126:} {:1_126:} {:1_126:} {:1_126:} {:1_126:} {:1_126:}
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2010 02:58 PM | Show all posts
susah nk cari buku2 dia skrg..kalo diulang cetak balik..kan bagus..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2010 03:36 PM | Show all posts
Reply  badgers99


   kalau tak silap,TJ ni pernah dtg rumah Jins Samsuddin ngan datuk dia...tap ...
sw00sh Post at 12-7-2010 22:11



, walaupun dia tak sebut nama tapi dia cakap kampung kat Perak , pelakon terkenal , aku pun terbayang Jins Shamsuddin.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2010 04:44 PM | Show all posts
, walaupun dia tak sebut nama tapi dia cakap kampung kat Perak , pelakon terkenal , aku pun te ...
cm_matjawasp Post at 13-7-2010 15:36


dia citer pasal ni kat episod baper?tak ingat tapi yg episod yg awal2
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2010 10:29 AM | Show all posts
famous masa zaman 70-80an
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2010 10:35 AM | Show all posts
besh buku die.ade keinsafan
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2010 11:03 AM | Show all posts
haku pun ader gak baca BDJ ni ms kecik2 dulu
tapi kan napa penulis tamar jalis ni tak pnah 'keluar'?
aku tak pnah jumpa info ttg dia
mcm penulis lain, ada gaklah biodata.. or kisah dia d majalah2
tapi dia ni mcm tak pnah ada
padahal aku rasa ramai gak followwer BDJ ni kan..
kengkadang aku rasa.. mungkin dia ni penulis yg ada 2 nama pena
utk buku2 yg x misteri dia pakai nama lain
then nama Tamar Jalis ni mungkin dia biarkan misteri
sbb aku rasa buku2 dia ni mcm kisah benar jer
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2010 11:11 AM | Show all posts
Peristiwa pahit baginya semasa berkerja di syarikat tersebut ialah beliau pernah di berhentikan kerja serta merta oleh pihak majikan kerana pihak majikan tidak membenarkan beliau melukis komik ketika itu. Perkara yang sama turut belaku pada isterinya yang mana turut berkerja di syarikat yang sama. Namun begitu, kuasa Allah mengatasi segalanya, beliau hanya sempat menggangur selama sehari dan ditawarkan kembali berkerja di Varia Pop oleh Ahmad Mahmud yang lebih di kenali sebagai Tamar Jalis. Di situ beliau bertugas sebagai pelukis ilustrasi untuk Majalah Varia Pop, Varia Filem, Varia Sari (Siri Bercakap Dengan Jin) dan juga turut berilusrtrasi dalam majalah keluarga dan buku masakan. Gopa juga turut bertindak sebagai penilai bagi menilai karya-karya kartunis baru untuk di siarkan di majalah tersebut antaranya kartunis Rossem, Juragan Middie dan ramai lagi kartunis tempatan yang baru mencari nama.
HangPC2 Post at 9-4-2010 18:34



    maksudnya, TJ adalah Ahmad Mahmud???
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2010 08:20 AM | Show all posts
tumpang lalu je....
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2010 10:05 AM | Show all posts
Reply 116# kismis

yer..dr cerita tu dpt bygkan cemana TJ ni. tp kdg2 dia nakal gak, ms atuk dia tgh mengubat org dia cuba buat apa2 petua yg dia tau yg kdg2 mengganggu proses rawatan atuk dia tu sampai atuk dia jegil mata kt dia, kira mcm berlaku perlawanan batin masa tu.

kdg2 dia gambarkan atuk dia seorg yg penyayang esp bila atuk dia pggil dia duduk dkt atuknya, pastu digosok2nya kepala TJ sambil bagi nasihat pd cucu tu.

baca thread ni buatkan aku rasa kembali ke zaman kanak2ku..di mana aku juga membesar bersama buku2 SBDJ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2010 05:07 PM | Show all posts
aku ada SBDJ buku 1-8, buku ni diterbitkan oleh Variapop Group last cetak pada 2000 (atas desakan ramai katanya) cetakan pertama x silap 1984...Tapi banyak kesalahan ejaan dalam buku ni.

x silap TJ n datuknya tinggal di Kampung Mandi Upeh di daerah Dinding (Manjung) maybe dekat dgn Segari..

hemat aku kalau x salah TJ duk follow datuknya mengubat orang di sana sini, sekitar tahun 60 an...(sebab ada gak cerita pasal komunis)..aku rasa time tu TJ umur awal 20.

Datuk TJ ni ada isteri muda (orang bunian) sering ditolong oleh harimau yang boleh ditunggang. Mempunyai sehelai kain hitam (x silap segi tiga bentuknya).

Diceritakan juga nenek TJ seorang yang baik hati dan penyabar.

Cara mengubat orang selain dari petua, guna juga ayat-ayat Suci Al-Quran.

Suka baca buku ni sbb kejadian banyak berkisar di negeri Perak (ng akula) sekitar kawasan Manjung, Taiping dsb.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2010 05:14 PM | Show all posts
masa aku sek dulu suke baca tj ni..ingat lagi watak2 dlm buku tu.Patin tok patin..mat ketetet..long bangau..bakin kamso..
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2013 10:09 AM | Show all posts
Tamar Jalis pinjam nama jin




Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM




SELAMA 30 tahun Ahmad menyembunyikan identiti Tamar Jalis.




NOVEL mistik, Siri Bercakap Dengan Jin (SBDJ) telah mencetuskan fenomena pada tahun 1980-an.

Sebanyak 284 siri novel itu disiarkan majalah Variasari terbitan Kumpulan Variapop selama lebih 23 tahun bermula dari bulan April 1981 hingga Januari 2005.

Ia adalah siri terpanjang dan paling lama disiarkan dalam majalah di Malaysia. Disebabkan SBDJ, Variasari pernah dicetak sehingga 120,000 naskhah sebulan.

Tetapi penulisnya, Tamar Jalis kekal misteri selama 30 tahun sehinggalah beliau mendedahkan identiti sebenarnya Jun lalu.

Beliau ialah Ahmad@Mohd. Radzi Mahmud, 73, yang berasal dari Beruas, Perak. Menurut Ahmad, nama Tamar Jalis diambil daripada nama jin dalam Hikayat Inderaputera iaitu sebuah kesusasteraan Melayu lama.

Walaupun beliau seorang penulis cerita hantu terkenal, penampilan Ahmad semasa ditemui di sebuah kompleks beli-belah di Damansara, Petaling Jaya baru-baru ini tidak seaneh yang dibayangkan.

Beliau selesa memakai baju kemeja dan berseluar jean. Di sebalik kedutan pada wajahnya, beliau kelihatan sihat dan kuat.

“ Pada mulanya SBDJ cuma cubaan untuk menaikkan jualan Variasari yang agak lembap pada masa itu tetapi tidak sangka pula ia mendapat sambutan hangat pembaca sehingga majalah itu diulang cetak sebanyak beberapa kali, ” jelas Ahmad yang pernah bekerja sebagai buruh dan peniaga malah wartawan sebuah akhbar.

Beliau yang kini menetap di Kota Damansara berkata, idea untuk menulis siri novel itu timbul selepas beliau berusia 40 tahun.

“ Biasalah orang muda, semasa usia 20 atau 30-an, kita kurang serius terhadap pelbagai perkara termasuk kehidupan.

“ Namun, selain untuk melariskan jualan Variasari, saya merasakan pengalaman mengikuti datuk saya perlu diceritakan,” ujarnya mengenai datuknya, Kulup Muhamad Diah atau lebih dikenali dengan panggilan Long Mat Piah.

Long Mat Piah ialah seorang pengamal perubatan tradisional. Ahmad banyak mengikut datuknya itu mengubat orang yang mengalami gangguan jin sehingga membawa beliau ke semua daerah di Perak.


Muncul


Keluarga Ahmad tinggal berdekatan dengan rumah datuknya. Beritahu Ahmad, mungkin disebabkan beliau cucu yang paling disayangi jadi beliau sering diajak oleh datuknya untuk mengubat.

“ Pengalaman melihat dan mendengar suara makhluk halus khususnya daripada individu yang dirasuk jin memberi idea untuk saya menulis.

“ Pada mulanya saya agak takut tetapi disebabkan ilmu yang ada pada datuk menyebabkan saya yakin dan berani, ” kata Ahmad.

Antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan Ahmad ialah semasa mengikuti datuknya menghalau hantu seorang wanita yang telah meninggal dunia tetapi tetap mengganggu keluarganya.

“ Wanita itu mengamalkan satu ilmu hitam iaitu nasi tangas untuk membuatkan suaminya tunduk dan taat kepadanya.

“ Selain itu, wanita itu juga ingin suaminya yang juga seorang kaki judi berubah, ” ceritanya.

Ahmad memberitahu, disebabkan mengamalkan ilmu yang salah itu, roh wanita itu sering mengganggu keluarganya.

“ Syukur datuk saya berjaya menghalau hantu wanita tersebut daripada terus mengganggu keluarganya, ” ujar beliau.

Namun, beliau mengaku tidak pernah dirasuk atau diganggu makhluk halus sehingga sekarang.

Ahmad memberitahu, beliau mampu menyiapkan satu siri novel SBDJ dalam tempoh sehari.

“ Saya sendiri pernah melaluinya jadi lebih mudah untuk menulis. Memang ada penambahan cerita tetapi tidak terlalu terpesong daripada cerita sebenar, ” katanya.

Namun, mengapa pada usia lebih 70 tahun baru Ahmad terfikir untuk menonjolkan diri ?

“ Cukuplah, asalkan nama jin Tamar Jalis popular, ” ujarnya.

Jelasnya lagi, beliau juga mengetahui artikel penulis bertajuk Tamar Jalis Manusia Misteri yang tersiar dalam Kosmo ! Ahad keluaran 24 Januari 2010.

“ Saya masih menyimpan artikel itu. Rakan saya A. Jalil Miran (dikatakan juga pemilik nama Tamar Jalis) banyak membantu saya dalam menghasilkan SBDJ.

“ Jasanya tidak mampu dibalas walaupun beliau telah meninggal dunia, ” jelas Ahmad.

Sebelum beredar, penulis bertanya kepada Ahmad sekiranya beliau mendedahkan identitinya lebih awal, beliau mungkin lebih terkenal dan mampu menjadi lebih kaya berbanding sekarang.

“ Tidak mengapa, cukuplah rezeki yang ada, ” katanya.

Kini, novel SBDJ bakal diadaptasi ke dalam bentuk drama televisyen.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Nafiela, Syamreen Azam Shafei yang sekarang menerbitkan novel SBDJ, usaha itu sedang giat dijalankan termasuk mencari barisan pelakon yang sesuai.

“ Saya berharap dengan adanya drama SBDJ, cerita seram ini akan ada kesinambungannya, ” ujar Syamreen.



- Kosmo -








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2013 12:02 PM | Show all posts
HangPC2 posted on 14-8-2013 10:09 AM
Tamar Jalis pinjam nama jin

mekasih atas artikel ni......akhirnya muncul juga pemilik nama Tamar Jalis...
novel2 nya mmg menemani zaman kanak2 ku...dah besar ni...baca smula versi ebook
http://www.omghackers.com/2013/03/tamar-jalis-siri-bercakap-dengan-jin.html

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-9-2024 08:01 AM GMT+8 , Processed in 0.318434 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list