CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: duquesne

Cerita/Pengalaman paranormal aku dan kaum kerabat

[Copy link]
 Author| Post time 29-5-2009 04:23 PM | Show all posts

Reply #179 peko_lolo's post

heheh.. tak kisah la.. ;)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2009 03:08 PM | Show all posts
Originally posted by duquesne at 29-5-2009 10:35
Sebenarnya kalau ikut cerita S ni, dia pun ada jugak cakap dulu tu, salah dia juga, sebab dia yang belasah aje buat macam tu .. ala ala "mulut takde insuran"...

So kita tutup la cerita ni yer ...


Setuju sbb kita berkongsi cerita bukan sbb nak aibkn sesiapa ..cuma nak dapat pengajaran dari cerita2 yg dikongsi.

Mcm kisah S.. pengajaran nya jgnlah kita  bercakap besar atau mencabar apa yg pelik2..ramai dah yg nasihat  kan..klu terjuma mende pelik atau terbau mende2 pelik ..jangan di tegur...

Nasihat ni sama je..bagi org2 yg ada pendamping ..jgn sesaje nak mancabar pendamping org lain...ilmu belum tetntu cukup..
ni nasihat dri shiri kat tred rumah flat atas kubur lama ......

thanks Du-ken..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2009 03:24 PM | Show all posts
oo...duken...
selama ni berbelit2 lidah aku duk try mention nick ni...
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2009 11:23 AM | Show all posts
kat ko memory lapse...dah ko ingat plak yg ko ltk kat sofa sbelah henbeg n pastu kat fridge...selama ni aku plak pronounce du-kuin...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2009 11:26 AM | Show all posts

Reply #182 ea208964's post

Betul tu ea..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2009 11:27 AM | Show all posts

Reply #183 chicmushroom's post

Heeheheh... ni kan nama watak cerita CSI Miami tu.. dalam cerita tu dia sebut camtu ler.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-6-2009 11:31 AM | Show all posts

Reply #184 lindasam's post

First time nak carik henfon tu memang macam ada hilang ingatan .. cuba buat lakonan semula tapi masa tu memang tak ingat langsung letak henfon tu kat mana.. tapi dah lepas kejadian 2 kali tu, dah balik rumah, buat apa patut... baru boleh ingat apa yang sebenarnya berlaku..

Tapi masa berlaku tu seriously tak boleh ingat langsung kat mana letak henfon tu.. terasa bingung masa tu.

P/S: Hantam la cemana nak sebut pun... heheheh
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2009 01:12 PM | Show all posts
story la lagi...best baca cite ko...
semuanya tersusun dgn baik...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-6-2009 01:40 PM | Show all posts

Reply #188 kaki_ayam's post

Thanks, kaki_ayam... nanti ada masa saya update benang ni dengan cerita terbaru... skang ni agak busy dengan project..
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2009 03:01 PM | Show all posts
ok.....tahniah tuan umah...keep a good work ekk....
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2009 03:13 PM | Show all posts
huhu..kes ilang henpon..
saye pon sama..
masa tu baring2 kat atas katil..
teringat nak godeh2 henpon..
cari la kat celah bantal kepala masa tu..
aikkk...tak jumpe...????
puas dah selak habis katil..
bantal, cadar semua tarik dari katil..
haiyohhhh
takde jugak..
dah cemas giler..pastu redha je la..baring balik..
tak lama pastu tak puas hati lagi nih, cari lagi sekali henpon tu, jumpa pulak...!!
aihhh...cemas jek..
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2009 11:11 AM | Show all posts
Em.. Bestnya citer u.. Cpt2lah hapdet citer baru ek
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2009 10:15 AM | Show all posts
takde citer baru ke?
best jer baca pengalaman-pengalaman ko..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2009 02:16 PM | Show all posts
Salam kengkawan...

Sorry lama tak jenguk benang sendiri.. busy sikit lately dengan kerja. Tapi apa pun thanks for reading my stories.. kalau ada cerita baru nanti, insya-Allah saya update lagi ok..
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2009 02:44 PM | Show all posts
abes khatam sume cite2 ko tuan umah..syok la bace....ade cite lagi tak?update la cpt2...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2009 04:02 PM | Show all posts

Mimpi aku yang pelik - part 1

Perkara ni berlaku dalam awal tahun 2000. Masa tu aku masih menyewa bilik di sebuah apartment. Aku ketika itu bekerja di Petaling Jaya, dan hari-hari aku akan naik LRT. Dari apartment, aku kena naik feeder bus ke LRT station. Dari apartment tu, nak ke stesen feeder bus, kena lalu celah-celah rumah orang, dan jugak parking lot. Kat parking lot tu ada sebaris pokok sena yang sederhana tinggi. Memang redup parking lot tu jadinya sebab pokok-pokok sena tu banyak dahan.

Suatu hari, lewat petang, aku pulang dari kerja. Aku lalu kat parking lot ni dan terasa parking lot tu terang semacam. Baru aku perasan sebahagian daun-daun lebat dan dahan tinggi pokok-pokok tu dah ditebang. Agaknya takut terkena wiring telefon yang melintang kat situ. Petang tu nampak mendung. Aku tengok kat langit masa tu awan makin berat. Nak hujan agaknya.

Aku naik ke rumah, buat apa yang patut. Aku masak maggi, dan makan. Simple aje sebab aku dah penat. Malam tu, hujan lebat. Nak masuk internet pun tak boleh sebab kilat sabung menyabung, tu belum masuk lagi angin kuat menderu-deu sampai ada bunyi macam anjing menyalak mendayu-dayu (sapa penah duduk apartment tinggi mesti selalu dengar bunyi angin kuat ni.. uuuuu.. uuuuuu.. uuuuuu). Nak tengok TV pun tak boleh jugak sebab kilat. Kang ada yang hangus kang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-6-2009 04:07 PM | Show all posts

Mimpi aku yang pelik - 2

So aku pun habiskan masa aku baca novel. Aku memang suka baca novel. Lama-lama novel tu yang baca aku. Aku memang dari siang tu dah penat sungguh dan aku ingat lagi time tu aku tido lena sungguh.

Aku mimpi. Aku terasa macam aku terbang kata area parking lot tu. Masa tu pokok-pokok melentok-lentok ditiup angin kencang. Tapi masa tu belum hujan lagi. Cuaca mendung sungguh, gelap. Awan kat langit kelabu pekat. Aku terasa macam aku terbang ke arah stesen feeder bus. Seolah-olah macam aku nak pegi keja macam biasa tu. Rupa pokok-pokok tu sebijik macam petangnya – terang, baru lepas kena tebang. Ada satu dahan kat pokok kedua tu melintang panjang ke arah pokok pertama.

Tiba-tiba aku terdengar bunyi kuat macam benda meletup. Aku nampak dahan yang melintang tadi terkulai ke bawah. Rupa-rupanya macam kena panah petir. Heran aku masa tu sebab belum hujan lebat lagi, tapi angin menderu-deru. Aku tak jadi ke stesen feeder bus. Aku patah balik. Masa patah balik tu, aku bertembung dengan seorang lelaki tua, berjubah putih dan berserban. Aku ingat lagi apa orang tua ni bagitau kat aku. Dia suruh aku balik rumah dan duduk diam-diam dalam rumah. Jangan keluar. Dia kata bahaya buat aku kalau aku keluar masa tu. Aku pelik. Tapi aku ikut ajela nasihat dia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2009 04:08 PM | Show all posts

Mimpi aku yang pelik - final

Aku terasa macam aku terbang ke arah lobi apartment tu. Tiba-tiba aku terasa macam da hada dalam bilik semula. Aku terjaga. Aku tak ingat time tu pukul berapa, tapi memang hujan dah berenti, kilat masih lagi sabung menyabung, tapi bunyi guruh dah jauh. Angin masih kuat lagi menderu-deru dan masih gelap kat luar. Lampu bilik aku menyala lagi sebab kan sebelum tu aku tertidur dengan novel aku tu. Aku terus sambung tido sampai pagi.

Pagi tu aku bangun macam biasa. Siap-siap nak pegi keja. On the way ke stesen feeder bus tu, aku lalu parking lot tu macam selalu.  Hari masih mendung. Tiba-tiba aku terasa macam deja vu. Macam aku pernah melalui pengalaman tu sebelum ni. Cuma takde angin menderu-deru. Aku terkejut bila aku nampak ada satu dahan terkulai ke bawah sebijik dalam mimpi aku. Takde beza langsung. Aku berdebar-debar. Terus aku teringat pasal orang tua tu bagi amaran pada aku. Apa agaknya makna mimpi tu?

Aku ambik keputusan takmo pikirkan sangat pasal tu. Aku pegi keja macam biasa. Alhamdulillah, takde apa yang buruk berlaku kat aku lepas tu. Tapi bila aku teringat mimpi ni, mesti aku teringat kat orang tua tu dan amarannya pada aku.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2009 12:28 AM | Show all posts
duken..ni mcm astral projection ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2009 10:40 AM | Show all posts

Reply #199 ea208964's post

Yeap.. lebih kurang.. boleh kata banyak kali gak experience deja vu ni..  normally for significant event la.. contoh job interview, pegi kenduri kawin, travel to a place yang saya tak penah pegi lagi..

Tapi yang mimpi tu memang terasa seram la.. sebab tengok dahan tu exactly terkulai macam dalam mimpi tu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 08:07 PM GMT+8 , Processed in 0.081024 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list