mungkin ini isu kecil, berbanding isu2 lain seperti kena pukul dsbgnya. saya akui saya lemah, isu2 saya remeh dan temeh, tak cukup kuat mungkin utk tamatkan sebuah perkahwinan. benar, masih ada insan yg diuji dengan ujian yg lebih hebat tapi tetap bertahan. husnaa Post at 3-9-2010 16:38
isu isu seperti ini tk kecil... malah sama beratnya... isu penderaam emosi lebih sukar daripada penderaan fizikal.... malah kdg kdg isu seperti ini lebih sukar utk dapat penyelesaian...
saya doakan yang terbaik bagi Puan dan anak anak...
isu isu seperti ini tk kecil... malah sama beratnya... isu penderaam emosi lebih sukar daripada ...
tehlaut Post at 13-10-2010 10:18
betul...sokong 100%.soal penderaan mental dan emosi x nampak dr mata kasar.tp sedikit demi sedikit ia memang akn memudaratkan,bila tiba masa ia meletup bak gunung berapi.
sabar yer husna..kismis pernah ada bf mcm ni.suka nak menunding jari dan meletakkan kesalahan semua atas bahu kita.x dinafikan, badan kita x der lebam2 kena pukul..tp hati terdera.setiap hari menjeruk perasaan...
Dlm buku Latahzan..ada tertulis..sabar dan memaafkan org lain itu satu perkara yg amat mulia. Kita tidak layak menjatuhkan hukuman atau menganggap org lain itu hina atau keji kerana kita ini mahkluk yg sama yang Alllah ciptakan. Kita tidak layak utk menyakiti hati org lain. Kerana bukan kita yg mencipta mereka. Manja selalu berdoa minta Allah perkuatkan hati manja agar manja tabah dan dapat terima semua ujian yg melanda hidup manja dgn redha. Manja rasa tenang bila mengingatkan bhw..kebahagian dan kehidupan yg indah itu yg kekal hanya di akhirat kelak. Manja harus sabar..dan perkuatkan amalan demi bekalan di alam sana
ambik dr manja nyer...
bole ye cuma tertny2 ada manusia sampai bole jatuh hukum tk halal n tk maafkan org semua, kunun dia manusia paling maksum
la tahzan..........sy sangat2 tumpang simpati.............jangan difikir pasal kesedihan...takdir..nasib....teruskan kehidupan akak...kita hidup untuk akhirat...berat mata memandang berat lagi bahu memikul...apa yang boleh dan mampu sy katakan..bersabarla akak......la tahzan....jangan bersedih.,....biar masa mengurangkan kesedihan.........
Assalammualaikum, Setelah membaca kes saudari Latahzan, saya ingin bertanya,
1. Kenapa suami saudari memfailkan di mahkamah yang saudari nusyuz?
2. Mengapakan agaknya suami puan bertindak demikian, mungkinkan pihak saudari dan suami saudari pernah melakukan perkara-perkara yang boleh menyebabkan seorang isteri itu derhaka (seperti isteri tak jalankan tanggungjwab sebagai seorang isteri) ataupun suami tidak menjalankan tanggungjawabnya? Saya bertanyakan ini kerana, pergolakan dalam rumahtangga itu sendiri wujud atas sebab suami dan isteri itu sendiri, maka dari situ, mulalah timbul masalah lain seperti suami terpaksa mencari isteri lain yang mana poligami ini adalah halal dalam islam. Masalah poligami atau suami itu boleh berlaku adil atau pun tidak, bukan lah penentu kebahagiaan rumahtangga. Yang penting keredhaan semua pihak.
Seorang yang baik dan tabah dengan dugaan tidak akan terus terusan memburukkan suami walau dalam keadaan macam mana sekalipun. Kenapa tidak bermuhasabah diri, lihat diri sendiri dahulu sebelum menghukum orang lain. Kita cuma mendengar cerita dari sebelah pihak, bila ini berlaku, sebagai pendengar, kita telah tidak berlaku adil kerana menghukum seseorang yang kita tidak tahu hujung pangkal ceritanya. Orang akan mudah menokok tambah cerita. Ini lah hidup
Assalammualaikum, Setelah membaca kes saudari Latahzan, saya ingin bertanya,
1. Kenapa suami sauda ...
rapiddown Post at 7-11-2010 10:58
wa'alaikumussalam....
1)fyi , dia failkan nusyuz sbb takut kena bayar nafkah ...sbb tu dia cuma failkan bila kes tuntutan fasakh saya dah berjln...
Alhamdulillah ..ALLAH Maha Mengetahui...mahkamah pun dah tolak saman nusyuz tu...
sekrng ni kes tuntutan fasakh masih berjln...semuga ALLAH terus beri kekuatan & kesabaran pada saya & anak2...
2)regarding ur below comment....saya cuma share apa yg perlu tanpa ada niat terselindung ....
"Seorang yang baik dan tabah dengan dugaan tidak akan terus terusan memburukkan suami walau dalam keadaan macam mana sekalipun. Kenapa tidak bermuhasabah diri, lihat diri sendiri dahulu sebelum menghukum orang lain. Kita cuma mendengar cerita dari sebelah pihak, bila ini berlaku, sebagai pendengar, kita telah tidak berlaku adil kerana menghukum seseorang yang kita tidak tahu hujung pangkal ceritanya. Orang akan mudah menokok tambah cerita. Ini lah hidup"
Sila fahami maksud saya ini;
Mengapakan agaknya suami puan bertindak demikian, mungkinkan pihak saudari dan suami saudari pernah melakukan perkara-perkara yang boleh menyebabkan seorang isteri itu derhaka (seperti isteri tak jalankan tanggungjwab sebagai seorang isteri) ataupun suami tidak menjalankan tanggungjawabnya? Saya bertanyakan ini kerana, pergolakan dalam rumahtangga itu sendiri wujud atas sebab suami dan isteri itu sendiri, maka dari situ, mulalah timbul masalah lain seperti suami terpaksa mencari isteri lain yang mana poligami ini adalah halal dalam islam. Masalah poligami atau suami itu boleh berlaku adil atau pun tidak, bukan lah penentu kebahagiaan rumahtangga. Yang penting keredhaan semua pihak.
Sila fahami maksud saya ini;
Mengapakan agaknya suami puan bertindak demikian, mungkinkan pihak sau ...
rapiddown Post at 7-11-2010 12:40
salam
sebelum tu...saya berterimakasih pd saudari atas pandangan saudari...
seperti yg saya katakan sebelum ni ...tujuan saya open tred kat FD ni cuma nak share masalah saya dgn forumer & dptkan pandangan mereka ....tanpa niat utk memburukkan suami...
biar mahkamah yg menentukan saper salah & saper betul dlm hal ini....sbb kita di sini bkn hakim yg berhak menentukan saper salah & saper betul....
Lillahi Ta'ala ...saya x penah berniat utk membuka aib suami bila membuka tred ini sbb tu saya cuma bercerita secara general bila ada pertanyaan dari forumer lain...
saya x perlu bercerita detail kat sini sbb forum ni bkn mahkamah yg nak menentukan tuntutan fasakh saya diterima atau tidak...
hak suami utk berpoligami mmg dibenarkan dlm islam ...begitu juga hak isteri utk menuntut fasakh ...
mahkamah sudah tentu tidak akan meneruskan dan seterusnya mendengar tuntutan fasakh saya sampai ke tahap sekarang tanpa alasan & bukti2 yg kukuh...
saya juga x perlu bg tau sumer forumer yg saya sudah atau sedang muhasabah diri atas apa yg berlaku...
ALLAH MAHA MENGETAHUI..."Hasbunallahu wa ni`mal Wakil'' [Allah (Alone) is Sufficient for us, and He is the Best Disposer of affairs (for us).]'' (3:173).
btw, saya rasa saya kenal saper saudari dari ayat2 saudari ...
apa tujuan saudari register as newbie semlm dan terus up kan tred saya yg dah lama tenggelam ???
minta maaf kalo saya salah tapi kalo saya post kan pm saudari pd saya sebelum ni...org lain yg lansung x kenal saudari pun bole agak saudari adalah org yg sama spt yg saya sangka....
mungkin u belum berkahwin..kadang kala mulut kita terlepas tanpa mengetahui cerita sebenar dan merasakan penderitaan bahu yang memikul..dalam kes ni la tahzan hanya ingin berkongsi duka..dan menenang kan hati..
suami yang baik tidak akan mensia2kan rumahtangga...dan pimpinan yang baik akan mewujudkan sebuah keluarga yang baik dan tidak berpecah belah..sekiranya tonggak pimpinan goyang maka goyanglah semua...
zaman sekarang ramai pasangan yang ingin mendirikan rumahtanga.,.tetapi kurang pengetahuan dalam tanggungjawab dan amanah yang dipertanggungkan terutamanya pihak lelaki..banyak kepincangan rumahtangga berpunca daripada sikap lelaki sendiri..