CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ariellin

~ Harum Subur Di Hati (BPR) ~ T.A.M.A.T ~

 Close [Copy link]
 Author| Post time 2-8-2010 04:04 PM | Show all posts
ye ke camtue surat yg FAZWAN bg...
sian DIAN...
shahrinas Post at 2-8-2010 14:56


rasanya ada x dalm realiti..ada x macam tu..??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2010 04:34 PM | Show all posts
rasanya ada x dalm realiti..ada x macam tu..??
ariellin Post at 2-8-2010 16:04


ada tue memang ada...cuma...
sian DIAN...lama terpendam...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2010 09:42 PM | Show all posts
mesti fadwan n naim dok 1 hostel
sbb tu fadwan bagi surat mcmtu kat dian sbb mungkin naim dah 'melobi'fadwan
atas dasar kawan fadwan mengalah....tul x speku aku nih hehehe
sian dian cinta terpendam n x kesampaian....gara2 si naim
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2010 09:43 PM | Show all posts
fadwan bangun la pertahankan cinta awak
jgn biarkan naim merampas cinta hati wak...chewahhh
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2010 10:06 PM | Show all posts
napa aku suker jer NAIM dgn JUWITA....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2010 10:16 PM | Show all posts
mesti fadwan n naim dok 1 hostel
sbb tu fadwan bagi surat mcmtu kat dian sbb mungkin naim dah 'melo ...
arieyana Post at 2-8-2010 20:42



speku yg best
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-8-2010 10:18 PM | Show all posts
napa aku suker jer NAIM dgn JUWITA....
mijot Post at 2-8-2010 21:06



berikan seribu resen awak mijot
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2010 10:52 PM | Show all posts
36

Emak masuk ke bilik aku membawa semangkuk bubur ayam.  Baunya sedap tapi otakku menolak.  Lepas baca surat Fadzwan tempoh hari, aku terus demam.  Aku tak tau kenapa aku demam.  Sebab Fazdwan ke?  Atau memang dah sampai masa aku nak demam?  Rasanya memang dah lama aku tak demam.

Bila demam aku masuk hari kedua dan tak ada tanda-tanda nak kebah lepas dibawa ke klinik oleh pakcik pemandu sekolah, Cikgu Lina memutuskan aku diberi cuti selama seminggu.  Itu yang ayah datang menjemput aku di Tunas Setia dan bawa balik ke rumah untuk berehat.

"Ju, makan sikit sayang.." bubur yang ibu hulurkan, aku pandang.  

"Tak selera.  Ju rasa pening", aku baring semula.  

Emak bangun.  Menyelak langsir dan membuka tingkap bilik.  Kemudian emak duduk semula di sebelah aku.  Emak belai rambut aku perlahan.

"Ju, kalau Ju tak nak cerita dengan emak kenapa Ju jadi macam ni, sekurang-kurangnya isi lah perut tu dulu.  Dah berapa hari Ju tak makan.  Ayah pun risau.  Kalau satu hari, ayah dengan emak tak ada, macam mana Ju nak urus diri Ju?  Lagipun Ju nak SPM tahun ni.  Tinggal berapa bulan aje ni..", kata-kata emak ada benarnya.  Namun ia hanya ibarat masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.

Aku bangun semula.  Memegang tangan emak erat.  Aku cium pipi emak perlahan.

"Emak, Ju tak ada apa-apa.  Ju okey.  Nanti kalau Ju lapar, Ju makan ye", emak angguk.  

"Dah, emak keluar dulu ye.  Kalau Ju nak apa-apa, panggil emak, lepas jamah bubur tu, jangan lupa makan ubat", dan emak keluar dari bilik.  Pintu juga ditutup rapat.

Fazdwan..sampai hati kau buat aku macam ni.  Kalau kau tak suka aku sekalipun, janganlah sampai memalukan aku.  Janganlah tolak aku mentah-mentah.  Biar aku bertepuk sebelah tangan pun, tak mengapa.  Selama ni, aku tak pernah harap pun kau tepuk bersama-sama aku.

Tapi kalau itu yang kau mahu, apa perlu aku buat?  Pandang kau dari jauh pun, aku dah berdebar-debar.  Aku dah tak tentu arah.  Macam mana pulak kalau aku tak boleh pandang kau?  Apa akan jadi pada aku?  Tak kan tak ada sedikit ruang pun dalam hati kau untuk aku.  Takkan kau tak nak kawan dengan aku?  Sekadar kawan pun, itu dah memadai..huh !! suara itu merintih lagi.  

Ya Allah, Dian Juwita, bangunlah kau.  Pandang ke depan.  Kau masih muda.  Lihat sekeliling kau.  Emak, ayah..kawan-kawan..semuanya menyayangi kau.  Tak usah ditangisi...dan ini pula suara sisi aku yang satu lagi..semuanya bersatu...aku pening...!!

Aku bangun dari katil.  Membuka almari baju.  Laci  aku buka.  Aku ambil kotak kayu berukir itu dan menuju ke katil semula.  Aku buka kotak itu.  Tujuh bintang-bintang kecil pemberian Fazdwan setahun yang lalu, aku genggam..buang ke dalam bakul sampah yang berada di tepi dinding bilik.  Begitu juga dengan surat yang dia beri pada hari terakhir sesi form four yang lalu.

Selamat tinggal....kau memang layak aku buang kat dalam tu !!

Seminit, lima minit berlalu....

"Ishh...tak boleh buang.  Sayang..", dan aku kutip semula bintang-bintang itu.  Aku ambil semula surat itu.  Biar lah ia jadi kenangan.  Otak aku ni masih waras.  Nak meratap hiba pun, dia bukan laki aku.  

"Ayuh Dian Juwita, kau boleh !!  Lupakan dia !! Tak mendatangkan hasil pun !!", dan sekali lagi, dek jeritan semangat juang aku yang tiba-tiba muncul, menyebabkan emak meluru ke dalam bilik.  Kesian orang tua tu, asyik terperanjat aje..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2010 10:55 PM | Show all posts
berikan seribu resen awak mijot
ariellin Post at 2-8-2010 10:18 PM



kita suker apa yg majoriti tak suker...hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2010 11:24 PM | Show all posts
37

"Kau dah okey ke ni?", itu yang ditanya oleh Shakira masa aku kata aku nak turun ke Library untuk sesi brainwash team perbahasan kami.  

"Aku okey lah. Kau ingat aku mati laki ker?", sambil membetulkan tudung kaler biru di kepala, aku terus menyarung sandal.  Aku pandang semula ke arah Shakira.  

"Ya, aku okey.  Tak payang risau.  Aku turun dulu.  Budak Afiza tu dah lama tunggu aku.  Takut kepanasan pulak dia kat bawah tu", terus aku menuruni tangga.

Aku dapatkan Afiza.  Masa kami sama-sama nak melangkah turun ke tangga yang memisahkan bangunan sekolah dengan asrama, kami terserempak dengan Naim Najman.

Aku buat tak tahu.  Tapi rasanya Naim Najman dah menghampiri aku.  Sebab dia jugak, Afiza terus berjalan menonong meninggalkan aku.

Tiba-tiba ada satu macam perasaan yang kurang enak yang timbul.  Aku terus berjalan tanpa menghiraukan dia walaupun aku tahu kami telah berjalan beriringan.  

"Boleh ker kalau aku buat-buat tak nampak mamat selenga ni?", dalam hati menyumpah.

"Dian Juwita, kenapa cepat sangat", tolonglah...dia ni pelik lah.  Semua orang panggil aku Juwita, jadi bila dia sebut nama penuh aku, aku rasa dia memang pelik.  Malas aku nak layan.  Yang budak Afiza ni pun satu hal, boleh pulak dia tinggalkan aku terkontang kanting dengan mamat ni.

"Dian Juwita..", aku benci lah.  Kenapa dia ni tak faham bahasa.  Sekarang ni, mana ada lagi patah pujangga yang kata diam itu tanda setuju.  Zaman sekarang ni, untuk gadis sunti yang pemalu macam aku, diam itu maknanya jelek.  Dia ni aje yang ketinggalan zaman.

"Dian Juwita..", dan dia hampir sahaja melanggar aku sebab aku memberhentikan langkah dengan tiba-tiba.  Fuh..selamat tak eksiden !!

"Awak nak apa?", aku pandang dia atas bawah.  Ishhh...mamat ni...baju t-shirt dia..lusuh aje.  Nak kata kaler putih, aku tengok dah kuning.  Dia ni pakai kain buruk makcik dewan makan ker? Lepas tu aku tengok jeans dia yang koyak rabak dekat lutut, lepas tu dekat peha, selamba badak aje dia pakai.   Ya Allah....tolong lah...tak selera lah aku...

Saat-saat kecemasan macam ni lah, aku mula buat perbandingan.  Memang tak ada tandingnya si Fazdwan tu dengan mamat selenga ni.  

"Saya nak awak..boleh?", aku tahu sekarang ni dahi aku dah berkerut seribu tapi dia tetap senyum.  Menunjukkan baris giginya yang putih bersih.  Aku tengok mukanya.  Adoi...boleh ker student macam ni?  Serebeh nyer dia ni...Ya Allah...kenapa sebelum ni aku tak pernah perasan mamat yang paling selekeh dalam Tunas Setia ni?  Kenapa aku boleh tak tahu pasal kewujudan dia?..

"Malas saya nak layan.  Nak cepat", aku mulakan langkah.

"Tapi saya betul-betul suka awak. Saya tahu awak suka saya", aku hentakkan kaki.  Berpatah semula mendapatkannya yang masih menyeringai sengih.

"Wei...gila ke?  Cukup kau sorang aje yang gila, boleh?  Aku tak nak join kau", kan aku dah berkasar bahasa.  Habis rosak imej muslimah yang aku jaga selama ni.  Tapi disebabkan dia....

"Tak apa...saya tetap suka awak.  Cukup saya seorang yang gila bayang kat awak..", dan dia terus berlari menuju ke Library.  Aku?  Rasa macam nak tumbuk tulang rusuk mamat tu.  Kalau aku lapah-lapah buat sup, bukak gerai pastu jual semangkuk lima ringgit dekat depan kilang tayar belakang sekolah, harus laku bisnes aku...Ishh...geramnya....
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2010 09:01 AM | Show all posts
sian DIAN...
sesilap DIAN nie pun syok kat NAIM...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2010 01:14 AM | Show all posts
aku suker NAIM....
sempoi jer...
lama2 nanti mesti juwita suker kr naim...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2010 09:55 AM | Show all posts
41

Aku campak tudung atas katil. Geram ni! Aku buka pintu loker.  Aku selak baju yang bergantung.  Sebab apa aku buat macam tu, aku pun tak tahu.  Lepas tu, aku tutup semula.  Disebabkan bunyi yang agak kuat, menyebabkan Shakira bangun dari tidur.  

"Alamak Ra, sorry, aku tak perasan kau tidur", aku mohon maaf.  Memang sungguh aku tak tahu Shakira ada di dalam bilik.  

Shakira genyeh matanya.  Duduk seketika di katil.  Dia memandang aku.  Berkerut-kerut dahinya.  Kemudian dia bangun, duduk di katil aku.

"Kau kenapa?", dia bertanya lembut.  Aku gelengkan kepala.  Aku tarik nafas perlahan.  Berkira-kira di dalam hati.

"Aku nak tanya kau, sebelum ni kau perasan tak budak si Naim tu wujud?", aku pandang Shakira yang macam dah pening-pening lalat dengar soalan aku.

"Mesti lah aku perasan.  Dah memang dia budak Tunas", jawapan Shakira tidak memuaskan hati aku.  Kenapa aku tak perasan pun budak tu sebelum ni.  

"Apsal aku tak tahu pun dia tu ada kat Tunas?  Budak tu selekeh sangat, kau tahu?  Semalam ada brainwash team debate, dia just sarung selipar Jepun besar gedabak entah siapa punya.  Lepas tu, pakai t-shirt yang dah macam kain buruk.  Dengan jeans rabak dia.  Allah...lemah semangat aku tengok dia tu.  Macam drug addict", aku luahkan rasa tidak puas hati aku.  Namun Shakira hanya senyum.  Pelik aku dengan budak ni..

"Apa pulak selekehnya.  Okey what..rock lah tu.  Dari si Head Student kesayangan kau yang asyik menyemart dua puluh empat jam..tapi dua-dua tu memang stok untuk dirembes lah.  Kau bising-bising ni, kenapa?  Hati dah berbelah bagi, ye?", dia angkat kening pada aku.  

"Mana ada, aku cuma pelik.  Pelik sebab tiba-tiba dia muncul dalam hidup aku.  Lepas tu, tiba-tiba Fazdwan mintak aku lupakan dia.  Semuanya tiba-tiba.  Kau tak rasa pelik ke?", soalan aku tadi menyebabkan Shakira ketawa lagi.  Budak ni, kalau aku hentak dengan buku, harus cemerlang result SPM dia.

"Apa yang nak dipelikkan.  Kau suka yang handsome.  Lepas tu yang datang pada kau pun yang handsome.  Mana ada pelik.  Aku dengar Naim tu anak somebody.  Untung kau..plus gaya dia tu macam seorang protector.  Best tu..", aku mencebikkan mulut.  

"Kau ingat perasaan suka ni boleh dipaksa-paksa ke, Ra?", dan Shakira masih ketawa.

"Boleh..apa pulak tak boleh", selamba dia bercakap.

"Tapi aku tak boleh.  First time aku rasa aku ada perasaan tu.  Dan perasaan tu tumpah pada Fazdwan...".

"Ye lah..dalam hati kau, mata kau, semua Fazdwan.  Bukak lah sikit mind kau tu Ju...orang dah tak suka, buat apa nak ditatang-tatang lagi..", Shakira kembali semula ke katilnya.  Mengambil tuala dan menuju ke pintu bilik.

"Jom shower..", dan aku bergegas bangun untuk turut serta.  Mandi manda lagi bagus.  Segarkan badan dan rehatkan kepala.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2010 01:13 PM | Show all posts
thanks ariel
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2010 04:46 PM | Show all posts
sian DIAN...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2010 07:57 PM | Show all posts
thanks ariel
cewey2 Post at 5-8-2010 12:13



welkam my dear
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-8-2010 07:58 PM | Show all posts
sian DIAN...
shahrinas Post at 5-8-2010 15:46


  beri lah kata semangat tuk dian
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2010 10:25 PM | Show all posts
42


"Dian Juwita binti Hussin, sila berjumpa dengan Cikgu Ali Rustam di Bilik Guru dengan segera", suara Kak Ani, kerani sekolah bergema di corong pembesar suara.  Menyebabkan keadaan kelas yang bising tadi terus sunyi sepi.  Semua mata memandang ke arah aku.

"Aku ke?", jari telunjuk aku bawa ke hidung sendiri.

"Kau lah, sapa lagi Dian Juwita dekat Tunas ni, kalau bukan kau", Lailawati menolak aku, untuk bangun dari kerusi.  

Dengan sedikit rasa berdebar-debar dan penuh persoalan, aku mengatur langkah perlahan.  Keluar dari kelas.  Menuruni tangga itu.  Dan terserempak dengan Fazdwan yang kebetulan menaiki tangga.  Debar di dada semakin kencang.  Namun aku teruskan rentak kaki.

"Dian, awak okey ke?", suara itu menjengah telingaku.  Ya, suara itu.  Aku rindu suara itu.  

Dengan sedikit keberanian, akku mendongak ke atas.  Memandang wajahnya.  Ah!! dia semakin kacak.  Fazdwan menghulurkan senyuman.  Dan tiba-tiba, terbayang-bayang baris kata yang dia lemparkan pada aku.  Ya, aku mesti lupakan dia.  

Tanpa menjawab pertanyaannya, tanpa mengendahkannya, aku terus menuju ke Bilik Guru.  Rasanya itu adalah langkah yang paling bijak yang pernah aku lakukan.  Ya, jangan hiraukan dia.  Anggap je dia tu umpama bebayang.  Dikejar dia lari, dipegang tak rasa.  Ishh...apa bentuk peribahasa lah tu...weird sangat bunyinya...

Aku melangkah perlahan memasuki Bilik Guru.  Dihujung suduh sebelah kiri, kelihatan Cikgu Ali Rustam sedang memegang gagang telefon.  Aku mengambil tempat dihadapannya apabila dia mengarahkan aku duduk di situ.  Dia hulurkan gagang telefon tersebut kepada aku.  Dengan teragak-agak aku mengambilnya.  Siapa yang telefon..?? Gagang bertukar tangan.

"Eh...Helo...", di hujung talian sana senyap.  Namun..

"Ju..Ju ke?  Emak ni..", oh..emak..

"Ya mak.  Assalamualaikum.  Emak sihat ke?  Tiba-tiba telefon?", debar di dada aku semakin kuat. Ya Allah, jauhkanlah musibah dari keluarga aku, doaku tak putus-putus.

"Wa'alaikummussalam...Emak sihat....ayah pun sihat...", suara emak putus-putus.

"Ju siap, sayang.  Dalam masa dua jam lagi, tunggu emak dengan ayah kat sekolah, ye.  Emm....", suara emak putus-putus.  Dan aku semakin tidak sedap hati.  Aku tutup mulut.  Perasan wajah tenang Cikgu Ali yang sedang memerhatikan aku.

"Macam ni, Nek Ngah dah tak ada....", Ya allah, nenek !! air mata turun laju.  Nenek tak ada??? Aku tutup mulut dengan kejap.  Aku tahan tangis namun aku gagal.

"Ju sabar ye...nanti emak dengan ayah datang...tunggu ya.....sabar ye sayang...kami sayang Ju...", aku anggukkan kepala. Dan suara emak tidak lagi kedengaran.  Yang aku dengar hanya bunyi ketukan keyboard dari meja Kak Ani.

Ya Allah....aku lap aku mata dengan kedua belah tangan.  Ya allah...ishhh degilnya..sabar lah...Nek...Ju sayang nenek...

Kasihan emak.  Hanya Nek Ngah lah tempat emak mengadu.  Emak yatim piatu.  Dari cerita emak, ayahnya meninggal dunia semasa emak dalam kandungan.  Semasa emak berusia tiga bulan, emak kandungnya pula meninggal dunia akibat demam panas.  Kasihan dengan nasib emak, Nek Ngah yang kebetulan jiran sekampung, mengambil emak sebagai anak angkat memandangkan perkahwinannya dengan Tok Ngah tidak dikurniakan anak.  Emak dibela, dijaga oleh Nek Ngah dan Tok Ngah dengan penuh kasih sayang.

Ya, ayah aku juga anak tunggal.  Aku?  Aku juga.  Tiada kakak.  Tiada abang.  Tiada saudara mara.  

Tanpa sedar, aku sudah duduk menyandar dekat bangku di Taman Koperasi.  Ya Allah...peliharalah keselamatan ayah dan emak.  Lindungilah mereka.  Patutlah sejak dua tiga minggu ni, aku berasa tak sedap hati.  Aku seka lagi air mata dengan hujung tudung.  Angin sepoi-sepoi bahasa sedikit sebanyak menenangkan jiwa aku.

"Dian Juwita...", mendengar suara itu, menyebabkan aku menoleh kebelakang.  Mamat ni lagi !..Aku tongkat dagu.  Aku sapu lagi air mata. Dan derap kakinya menghampiri aku.  Dia duduk dihadapan aku tanpa dipinta.  

Aku malas nak berbalah.   Tak ada masa untuk bertekak.  Hati aku sedang dirundung walang.  Dia pandang aku tanpa jemu sampai aku naik rimas.  

"Kalau awak rasa awak nak menangis, awak menangis saja.  I don't mind..saya disini untuk menemani awak..", aku buat tak dengar.  Dan dia masih tidak berganjak dari situ.  Membuatkan aku serba salah.  

"Dian...puas saya cari awak.  Kat sini rupanya....", Fazdwan yang datang termengah-mengah tidak menghabiskan ayatnya bila terpandang Naim Najman.  Aku serba salah.  Err.....bukan macam yang awak sangka..

Dan tidak semena-mena tangan aku ditarik kemas oleh Fazdwan.   Dan kaki ini turut mengikut saja....tanpa menoleh ke arah Naim Najman.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2010 10:50 PM | Show all posts
42

Usai solat Zuhur, kami berempat membaca Yassin untuk disedekahkan kepada arwah Nek Ngah sementara menunggu kedatangan emak dan ayah aku.  

Namun, bacaan kami terhenti apabila tiba-tiba Afiza datang mengetuk bilik kami, menggamit Lailawati untuk menemuinya di luar bilik.  Aku teruskan menyambung bacaan Yassin tadi.  

Tak lama, dengan perlahan Shakira dan Marshila turut keluar dari bilik.  Aku buat tak endah.  Sehinggalah bacaanku selesai, kelibat Cikgu Lina melewati bilik kami.  Dan kemudian, Lailawati mengiringi Cikgu Lina masuk ke bilik.  

Mereka menghampiri aku yang sedang mengemas baju untuk dimasukkan ke dalam beg.  Aku pandang wajah mereka.

"Lai, kenapa kau nangis ni? Hei...aku tak ada apa-apa lah...", aku peluk dia erat.  Cikgu Lina menepuk-nepuk bahuku perlahan.  

Lailawati melepaskan pelukan aku.  Aku nampak di pintu bilik, Shakira dan Marshila sedang menangis.  La....aku tak ada apa-apa, dia orang pulak yang terlebih emosi.

Cikgu Lina memegang tanganku.  Membawa aku duduk di birai katil.  

"Hem....macam mana...Cikgu nak beritahu Ju...", suara Cikgu Lina tersekat-sekat.  Aku pandang wajahnya.  Dapat aku rasakan, genggaman tangannya semakin kuat.  

"Cikgu, saya okey.  Saya redha..Yang hidup akan mati juga akhirnya..Nek Ngah tu cuma pinjaman  dari Allah untuk kami sekeluarga...", dalam tenang, aku terangkan.  Ya, aku memang redha tika ini.

Tapi aku bertambah pelik bila Lailawati, Shakira dan Marshila semakin menggogoi.  Ishh...kenapa pulak ni..???

Tidak semena-mena, Cikgu Lina memeluk aku.  

"Ju...emak dengan ayah Ju ....mereka dah tak ada.  Mereka....mereka...", otakku seakan berputar laju..Apa??? emak dengan ayah...??

"Cikgu...Cikgu jangan...jangan nak...jangan....nak mainkan...saya...", aku tolak Cikgu Lina.  Aku bangun.  Kembali mengemas baju.  Emak dengan ayah...?? Emak..?? Ayah...???

"Ju...sabar ye sayang...Emak ayah Ju....dah meninggal....", suara Cikgu Lina perlahan tapi amat jelas kedengaran.  

"Cikgu tipu !! Emak dengan ayah on the way nak ambil saya..Cikgu tipu..!!!", aku baling beg itu ke lantai...menyebabkan Lailawati cuba memeluk aku..cuba menenangkan aku.  

"Ya Ju...mereka eksiden masa nak ambil Ju....sabar ya sayang...",  tidak !! Cikgu tipu saya !!! Ingin saja aku menjerit menidakkan pembohongan yang dibuat oleh Cikgu Lina...oleh Lailawati....

"Cikgu tipu saya.........!!!", akhirnya aku terjelepok di lantai.  Aku dengar tangisan mereka semua.  Aku dengar.  Ya Allah........

"Kenapa mesti saya..?? Kenapa Allah tu tak adil dengan saya?? Kenapa saya....???", aku tak peduli...Air mata aku menitis laju..Hati aku terasa mahu tercabut keluar.  Dada aku seakan ingin meletup...

"Saya dah tak ada sapa-sapa....emak !!! ayah !!!! kenapa tinggalkan Ju !!!"....

Dan pandangan aku semakin hitam dan kelam...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2010 11:08 PM | Show all posts
siannya juwita...malang bertimpa2..
sabarlah yer ju...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 06:18 PM GMT+8 , Processed in 1.027985 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list