CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: NaylaArisha

[Games] BINA AYAT BERDASARKAN KEYWORD. New Keyword PG4

[Copy link]
Post time 14-12-2021 09:26 AM | Show all posts
1) berubah
Perasaannya telah BERUBAH kerana kehadiran orang ketiga dalam hubungan kami.

2) bunga
Acik suka mengambar gambar BUNGA bunga yang sedang mekar.

3) bahagia
BAHAGIA perlu dicipta dan dicari, bukannya tunggu ia datang bergolek.

4) buruh
Sekarang kebanyakkan BURUH yang bekerja dalam bidang pembinaan di Malaysia adalah warga asing.

5) bangga
Janganlah kita terlalu membangga BANGGAkan segala kemewahan yang kita miliki.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2021 09:44 AM | Show all posts
1) berubah
Hati manusia boleh berubah disebabkan keadaan semasa.

2) bunga
Bunga orkid emak kembang mekar.

3) bahagia
Bahagia rasa hati bila cinta dibalas.

4) buruh
Kebanyakan pekerja buruh di Malaysia berasal dari Bangladesh dan Indonesia.

5) bangga
Sungguh aku bangga dengan pencapaian hidupku.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2021 09:54 AM | Show all posts
1) berubah
mentadak boleh berubah warna mengikut keadaan sekeliling.

2) bunga
bunga kertas mempunyai berbagai warna yang menarik.

3) bahagia
hidup bahagia dan rasa cukup jika kita sentiasa bersyukur dengan setiap rezeki yang diberiNya.

4) buruh
Buruh am diperlukan dengan segera syarikat bumiputera itu.

5) bangga
jangan rasa bangga dengan kekayaan yang kita miliki, semuanya hanya pinjaman di dunia sahaja.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2021 10:25 AM | Show all posts
1. Berubah
Mudahnya kau berubah hati.

2. Bunga
Lagu Bunga nyanyian Ara Johari pernah menjadi siulan satu ketika dahulu.

3. Bahagia
Bahagia atau derita dalam sebuah perkahwinan terletak pada peranan yang dimainkan oleh setiap pasangan suami isteri.

4. Buruh
Akhirnya Slamet kembali ke kampung halamannya di Indonesia Setelah bekerja sebagai buruh di Malaysia selama tiga tahun.

5. Bangga
Ibu bangga mempunyai anak seperti kamu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2021 02:40 PM | Show all posts
1) berubah  Keadaan banyak berubah selepas dunia dilanda pandemik covid19.

2) bunga
   Malaysia menjadikan bunga raya sebagai bunga kebangsaan.

3) bahagia
   Bahagia seseorang itu terletak dimana nilai kesyukuran yang ada dalam diri mereka.
  
4) buruh
    Buruh antara elemen penting dalam faktor pengeluaran sesuatu ekonomi.

5) bangga
    Ibubapa antara insan yang paling bangga dan gembira melihat kejayaan anak mereka.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2021 04:23 PM | Show all posts
1) berubah
Tak sangka cinta aina pada mirul telah berubah.

2) bunga
Bunga-bunga Cinta adalah tajuk lagu Misha Omar.

3) bahagia
Bahagia itu jangan ditunjuk, nanti ada yang dengki.

4) buruh
Ayah saya bekerja sebagai buruh

5) bangga
Ibu bangga melihat kejayaan anaknya, aidan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-12-2021 12:39 AM From the mobile phone | Show all posts
1) berubah
Muka mama berubah tiba-tiba

2) bunga
Bunga di taman mula layu

3) bahagia
Bahagia bila bersama keluarga

4) buruh
Tenaga buruh amat diperlukan di negara ini

5) bangga
Ayah berasa bangga dengan kejayaan anaknya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2021 08:48 AM | Show all posts
holaaaaaaaaaa....


keyword hari ni

1) cerdik

2) campak

3) cenderung

4) cemerlang

5) cermin


** 1 keyword 1 ayat

** KEYWORD valid until NAY UP KEYWORD BARU
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2021 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
1) cerdik
Adik nampak cerdik bila memakai cermin mata

2)campak
"Cuba campak bola tu ke sini" kata ali

3) cenderung
Kebanyakan cikgu cenderung menggunakan buku teks untuk mengajar pelajar sekolah

4) cemerlang
Pelajar yang cemerlang.ialah pelajar yang pandai membahagikan masa antara belajar dan beriadah

5) cermin
Cermin itu sudah retak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2021 09:54 AM | Show all posts
1. Cerdik
Cerdik sungguh anak-anak Puan Mala.

2. Campak
Lili mengalami demam campak dan diberi cuti sakit selama seminggu.

3. Cenderung
Fatima cenderung ke arah aliran sains sejak dari tingkatan 1 lagi.

4. Cemerlang
Haiqal memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM tahun 2020.

5. Cermin
Cermin cembung titik buta perlu ada untuk pengguna jalanraya meramalkan persekitaran jalan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2021 11:06 AM | Show all posts
Edited by novelloverzz at 15-12-2021 12:43 PM

Ramai manusia cerdik tapi tidak semua menggunakan akal sebaiknya.

Parut demam campak jika tidak dijaga akan menjadi parut kekal.

Penagih dadah cenderung untuk bertindak agresif.

Fariez cemerlang dalam pelajaran.

Cermin tidak retak nasi tidak dingin.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2021 12:41 PM | Show all posts
1) cerdik
" Kau ni tak payah nak tunjuk CERDIK sangat" marah Pak Ayob kepada isterinya.

2) campak
Ada segelintir penduduk rumah flat suka menCAMPAKkan sampah dari luar balkoni ke bawah.

3) cenderung
Ibu bapa harus sentiasa melihat keCENDERUNGan anak anak mereka ke arah mana.

4) cemerlang
Johan telah menunjukkan keCEMERLANGannya dalam bidang Astrology yang begitu diminati sejak kecil lagi.

5) cermin
Kita perlulah sentiasa melihat CERMIN untuk melihat kekurangan diri sendiri.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2021 12:42 PM | Show all posts
novelloverzz replied at 15-12-2021 11:06 AM
Ramai manusia cerdik tapi tidak semua menggunakan akal sebaiknya.

Parut demam campak jika tidak dij ...

Nov,

ayat no 3 takde perkataan cenderung....
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2021 12:44 PM | Show all posts
acikbrown replied at 15-12-2021 12:42 PM
Nov,

ayat no 3 takde perkataan cenderung....

tq acik pasan td miss 1 perkataan nk bg sedap ltk potensi
lupa jap psl keyword tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2021 01:20 PM | Show all posts
CERDIK
ank guru itu sgt cerdik

CAMPAK
mira baru baik dari demam campak

CENDERUNG
jangan cenderung pada orang zalim

CEMERLANG
ciri ciri pelajar cemerlang adalah sentiasa bersedia menghadapi peperiksaan

CERMIN
cermin diri sendiri dahulu sebelum mengata orang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2021 03:35 PM | Show all posts
1) cerdik - Kancil merupakan binatang yang cerdik dalam cerita sang kancil.

2) campak
Dak Moh kena kurantin dalam rumah sebab demam campak.

3) cenderung
Kanak-kanak yang didera akan cenderung menjadi pembuli bila dewasa.

4) cemerlang
Sekolah asrama pernuh biasanya menlahirkan ramai pelajar cemerlang.

5) cermin
Cermin diri terdahulu sebelum mengkritik orang lain.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2021 04:20 PM | Show all posts
CERDIK
Sang Kancil seekor haiwan yang cerdik dan pintar.

CAMPAK
Tolong jangan campak sampah sesuka hati. 'Kata Ketua Kampung kepada cucunya'

CENDERUNG
Kecenderungan Aryan dalam bidang rekacipta dapat dilihat melalui pelbagai kreativiti projek yang dihasilkannya.

CEMERLANG
Nurul telah mendapat Anugerah Khidmat Cemerlang bagi tahun 2021.

CERMIN
Cermin itu telah retak setelah dilanggar adik.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2021 04:51 PM | Show all posts


1) cerdik    Kancil menjadi simbol haiwan yang cerdik oleh masyarakat melayu

2) campak
    Aiman tidak dapat hadir ke sekolah akibat mengalami demam campak.

3) cenderung
    Seseorang yang gemar minum air berkarbonat lebih cenderung mendapat masalah diabetis

4) cemerlang
    Berkat usaha keras dan rajin bekerja ayah terplih menjadi pekerja cemerlang.

5) cermin


   Cermin depan kereta pecah akibat terkena serpihan batu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2021 09:49 PM | Show all posts
1) cerdik
Sememangnya Rayyan kelihatan cerdik berbanding rakan sebayanya.

2) campak
Semalam saya nampak Noni campak suatu objek dari keretanya.

3) cenderung
Sejak bersara Pak Ali lebih cenderung ke arah keagamaan.

4) cemerlang
Suriani merupakan anak yang paling cemerlang di antara adik beradiknya.

5) cermin
Puteri terpaksa memakai cermin mata atas nasihat doktor selepas mengalami demam panas bulan lepas.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2021 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts
novelloverzz replied at 15-12-2021 12:44 PM
tq acik pasan td miss 1 perkataan nk bg sedap ltk potensi
lupa jap psl keyword tu

nasib baik acik tegur sebelum ai bg tacang kalau tak free² tolak ,-5
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:53 PM GMT+8 , Processed in 0.980823 second(s), 46 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list