|
Berita Semasa [Pelbagai] Luar Negara & Ucap Selamat (10 Post Sehari)
[Copy link]
|
|
Saintis China temui 8 virus baharu
Oleh KOSMO
26 Oktober 2023, 8:20 am
![](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/10/virus-baharu-1536x1024.jpg)
Zhengli (kiri) berada di dalam makmal P4 di Wuhan, wilayah Hubai pada 23 Februari 2017. - AFP
BEIJING – Sepasukan saintis di China menemui lapan virus baharu di sebuah pulau wilayahnya yang dibimbangi berisiko menjangkiti manusia, lapor akhbar Mirror UK kelmarin.
Penyelidik menjalankan kajian dengan mengambil 700 sampel tikus di Pulau Hainan antara 2017 hingga 2021 bagi mempersiapkan dunia untuk berdepan satu lagi kebarangkalian pandemik selepas Covid-19.
Daripada sampel yang dianalisis, mereka menemui lapan virus baharu dengan salah satunya adalah daripada kumpulan yang sama dengan koronavirus dinamakan CoV-HMU-1.
Patogen lain yang ditemui adalah dua pestivirus iaitu punca demam kuning dan denggi, selain astovirus yang menjadi punca jangkitan gastroenteritis (radang perut dan usus).
Turut ditemui adalah sepasang parvovirus yang menjadi punca selesema dan dua papillomavirus iaitu punca ketuat alat kelamin dan kanser.
Patogen-patogen tersebut mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk menjangkiti manusia.
Kajian itu diterbitkan dalam jurnal Virologica Sinica, manakala pengarangnya, Dr. Shi Zhengli ialah saintis yang bertugas di Institut Virologi Wuhan, lokasi di mana koronavirus didakwa ditemui. – AGENSI
Kredit: Kosmo |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Vietnam lapor kes kematian pertama cacar monyet
HANOI: Vietnam melaporkan kes kematian pertama cacar monyet membabitkan seorang lelaki dari wilayah Long An di selatan negara itu, lapor Xinhua memetik Agensi Berita Vietnam hari ini.
Lelaki berusia 29 tahun itu dijangkiti cacar monyet dan HIV/AIDS.
Pesakit berkenaan dimasukkan ke Hospital of Tropical Diseases di Ho Chi Minh City pada 2 Oktober dan meninggal dunia selepas menjalani rawatan selama 18 hari .
Ho Chi Minh City mencatatkan 20 kes cacar monyet sejak awal tahun ini.
Daripada jumlah itu, seramai 18 pesakit iaitu 17 lelaki dan seorang wanita, didapati positif HIV.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Wanita 53 tahun kahwin anak angkat sendiri
![](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/10/kahwin-anak-angkat.png)
Aisylu berkahwin dengan Daniil pada 20 Oktober lalu. - Aisylu Chizhevskaya-Mingalim
KAZAN, TATARSTAN – Seorang wanita Russia berumur 53 tahun dikecam netizen selepas dia mengahwini anak angkatnya sendiri yang berusia 22 tahun, lapor laman berita Oddity Central semalam.
Aisylu Chizhevskaya-Mingalim yang merupakan pemuzik terkenal di Tatarstan, membuat keputusan berkahwin dengan Daniil pada 20 Oktober lalu, selepas lapan tahun mengambil lelaki tersebut menjadi anak angkatnya.
Menurut Aisylu, dia mengenali Daniil ketika lelaki itu berusia 13 tahun dan mereka mula rapat kerana mempunyai minat sama dalam bidang muzik.
Selepas menjadi anak angkatnya, kedua-dua mereka tinggal bersama.
Namun, pelbagai khabar angin timbul mengenai hubungan mereka, membuatkan Aisylu bertekad menamatkan spekulasi orang ramai.
Menurutnya, perkahwinan mereka adalah suci dan bersifat kerohanian dan bukannya didorong hawa nafsu semata-samata seperti sangkaan ramai orang.
“Perkahwinan kami berbeza. Ia seperti sebuah keluarga yang bersatu disebabkan kreativiti dan tidak boleh dipisahkan,” ujarnya.
Tambah Aisylu, dia dan Daniil kini mempunyai lima anak angkat dan seorang anak kandungnya selain enam kanak-kanak yang masih di bawah umur.
“Justeru, Daniil ialah bapa kepada ramai anak,” ujarnya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... nak-angkat-sendiri/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Manchester United merayu David de Gea kembali
Oleh KOSMO!
26 Oktober 2023, 10:01 am
![](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/10/DEVID-DE-GEA.jpg)
DE GEA yang merupakan penjaga gol terbuang kini dirayu United agar kembali semula ke pangkuan kelab sebagai pengganti Onana apabila berlangsungnya AFCON tahun depan.
LONDON – Manchester United dilaporkan membuat pusingan U yang memalukan apabila merayu kepada penjaga gol terbuang, David de Gea untuk kembali ke Old Trafford dengan perjanjian jangka pendek.
The Red Devils bimbang kelab tersebut akan kekurangan penjaga gol apabila penjaga gol No. 1 Cameroon, Andre Onana yang juga pengganti De Gea di United akan terlibat dengan kejohanan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) pada tahun depan.
Terdahulu, United langsung tidak berhati-hati apabila Onana melakukan pusingan U mengenai persaraannya di pentas antarabangsa.
AFCON pula dijangka berlangsung bermula 13 Januari sehingga 11 Februari, bermakna pembelian penjaga gol bernilai £43.8 juta (RM209.67 juta) pada musim panas itu boleh terlepas sehingga lapan perlawanan bersama United.
Justeru, United bersedia untuk beralih kepada De Gea meskipun bertindak menyingkirkannya daripada kelab pada musim panas lepas.
Penjaga gol berusia 32 tahun dan menghabiskan 12 tahun kariernya di Old Trafford sebelum ini meninggalkan kelab berkenaan selepas kontraknya tamat.
De Gea pada awalnya ditawarkan pengurangan tempoh untuk kekal di United, malah gajinya juga dikurangkan daripada £375,000 (RM1.795 juta) seminggu kepada £200,000 (RM957,400) seminggu.
Bagaimanapun, tawaran kontrak tersebut dibatalkan pada akhirnya dan De Gea melangkah keluar dari kelab berkenaan.
Sejak meninggalkan Old Trafford, De Gea tidak bermain dengan sebarang kelab.
Lebih malang buat De Gea, United turut memintanya untuk tidak bersetuju menyertai kelab lain sehingga mereka menyelesaikan perpindahan Onana. – KOSMO! ONLINE
Kredit: Kosmo |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Berpuluh-puluh kebakaran belukar berlaku di timur Australia
SYDNEY: Ratusan anggota bomba memerangi kebakaran belukar di timur Australia, Queensland hari ini dengan suhu tinggi dan angin kering menyebabkan keadaan paling berbahaya berlaku sejak beberapa tahun.
Salah satu kawasan yang paling teruk terjejas ialah di Western Downs iaitu sebuah wilayah pertanian dan penanaman buah-buahan.
Kira-kira 350 orang berada di pusat pemindahan yang dikendalikan oleh majlis, kata pemangku ketua penguasa bomba Warren Buckley.
Satu kebakaran di luar kawalan telah membakar lebih daripada 11,000 hektar (27,000 ekar) menyebabkan empat rumah dan satu bangsal musnah setakat ini.
"Saya tidak akan mengecilkan kata-kata saya, ia adalah api yang merbahaya," katanya.
Suhu di kawasan itu mencecah 42 darjah Celsius iaitu jauh lebih tinggi daripada purata bulanan dan Buckley menyifatkan keadaan sebagai sangat tidak selesa untuk anggota bomba.
September lalu, biro cuaca negara mengesahkan bahawa cuaca El Nino sedang berlaku yang membawa suhu tinggi serta berisiko berlakunya kebakaran dan kemarau yang teruk.
Australia sedang menghadapi musim kebakaran belukar yang paling teruk antara 2019 hingga 2020 dan memusnahkan kawasan hutan sekaligus membunuh berjuta-juta haiwan dan menyelubungi bandar dengan asap.
Di New South Wales, anggota bomba sedang memerangi sekitar 70 kebakaran termasuk satu di barat bandar Kempsey yang menghanguskan hampir 30,000 hektar tanah.
Fenomena El Nino berkemungkinan menjadikan tahun 2023 sebagai tahun paling panas dalam tempoh tiga bulan akan datang.
Penyelidik berulang kali memberi amaran bahawa perubahan iklim meningkatkan risiko bencana alam seperti kebakaran belukar, banjir dan taufan. - AFP
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Suami gagal langsai hutang, isteri yang diculik
![](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/10/6.-culik-isteri.jpg)
Keempat-empat suspek ditahan polis semalam. - Polis Rokan Hilir
JAKARTA, Indonesia – Polis Rokan Hilir di wilayah Riau menahan empat suspek yang menculik seorang wanita selepas suaminya gagal melangsaikan hutang, lapor laman berita Kompas.
Ketua Polis Daerah Rokan Hilir, Andrian Pramudianto mengesahkan bahawa keempat-empat suspek merupakan pengutip hutang.
Suspek terdiri daripada tiga lelaki bernama MP (43), HT (33), RK (30), manakala seorang lagi suri rumah iaitu PH (54).
“Ada seorang lagi suspek dalam senarai dikehendaki bernama DH, 46, yang merupakan penjawat awam di Rokan Hilir,” jelas Andrian semalam.
Tambahnya, mangsa yang bernama Maya Ramasari, 35, diculik pada 17 Oktober lalu sekitar pukul 7 malam (waktu tempatan).
Ketika kejadian, keempat-empat suspek menaiki sebuah kereta dan dua motosikal untuk mencari suami mangsa, Sumilan. Setibanya di rumah mangsa, Sumilan tiada di rumah.
“Supek kemudian merancang untuk menculik isteri Sumilan, Maya” kata Andrian.
Mereka kemudian memancing Maya untuk datang ke sebuah kedai buah-buahan. Mangsa diserang hendap sebelum dimasukkan ke dalam kereta dan dibawa ke sebuah rumah.
“Suspek mengurung mangsa di dalam bilik. Tingkap bilik dihadang dan pintunya dikunci,” jelas Andrian.
Suami mangsa yang mengetahui kejadian itu segera melaporkannya kepada Polis Bagan Sinembah. – Agensi
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... steri-yang-diculik/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by anniez08 at 26-10-2023 12:10 PM
Jangan umpan pekerja Thailand dengan wang – Srettha Thavisin
![](https://www.utusan.com.my/wp-content/uploads/2023/10/26102023-41-3-PM-Thai-Israel-pixs-2-1.jpg)
SRETTHA THAVISIN - Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA
- 26 Oktober 2023, 12:00 pm
BANGKOK: Majikan di Israel tidak wajar mengumpan warga Thailand dengan wang untuk membuatkan mereka kekal bekerja di wilayah itu. Perkara itu disuarakan oleh Perdana Menteri Srettha Thavisin di tengah-tengah dakwaan pembayaran gaji pekerja tertunggak. Lapor Bangkok Post, Srettha memaklumkan pihaknya sudah menghubungi Duta Israel, Orna Sagiv untuk membincangkan perkara tersebut. Dalam perbincangan itu, Srettha mengadu bahawa majikan di Israel sama ada menawarkan gaji tinggi atau melambatkan pembayaran gaji rakyat Thailand sehingga 10 November bagi memaksa mereka kekal berada di wilayah itu. “Tindakan ini tidak boleh diterima apabila nyawa rakyat Thailand menjadi taruhan. “Sagiv menyatakan tidak tahu menahu mengenai masalah itu dan menegaskan akan menyiasat perkara itu,” katanya. Tambah Srettha, beberapa rakyatnya membuat keputusan untuk tidak pulang ke Thailand sebaliknya mahu kekal tinggal di Israel. “Saya amat memahami kepentingan kewangan golongan pekerja ini. “Namun, saya mahu semua warga Thailand yang bekerja di sana untuk pulang bagi keselamatan mereka sendiri. “Kerajaan akan mencari pekerjaan dengan tawaran gaji munasabah bagi golongan tersebut,” katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Penyakit lembu kulit berketul menular di Korea SelatanSEOUL: Korea Selatan mahu melancarkan kempen vaksinasi di seluruh negara bagi membendung wabak penyakit kulit berketul pada lembu, selepas 29 kes dilaporkan sejak wabak pertama dikesan minggu lalu.
Menurut Kementerian Pertanian, pihak berkuasa sedang berbincang dengan syarikat domestik dan asing untuk mendapatkan empat juta dos vaksin menjelang akhir bulan ini, iaitu satu jumlah yang mencukupi untuk menyuntik semua lembu di negara ini.
Virus yang mudah berjangkit itu menyebabkan lepuh dan mengurangkan pengeluaran susu, dan disebarkan oleh serangga penghisap darah seperti nyamuk, kutu dan lalat, bagaimanapun ia tidak mendatangkan risiko kepada manusia.
Sebanyak 29 kes disahkan di seluruh Korea Selatan setakat pagi tadi selepas negara itu melaporkan wabak pertama penyakit itu di sebuah ladang lembu, minggu lalu.
Pihak berkuasa kemudian memusnahkan semua lembu di fasiliti yang terjejas dan mengenakan larangan pengangkutan sementara di ladang berhampiran.
Pada masa sama, semua lembu di sana disuntik menggunakan 540,000 dos vaksin yang mereka ada dalam stok, menurut kementerian.
Kerajaan juga bercadang untuk melaksanakan vaksinasi semua lembu di negara ini pada awal bulan depan.
"Jika inokulasi vaksin di seluruh negara selesai seperti yang dirancang, wabak penyakit kulit berketul dijangka stabil pada November memandangkan tempoh tiga minggu diperlukan untuk membangunkan antibodi bagi imunisasi," kata kementerian itu dalam satu kenyataan. - REUTERS
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Gadis perdaya lelaki minta wang RM1.62 juta
![](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/10/Geli-tipu.jpg)
WATANABE didakwa menipu RM1.62 juta terhadap seorang lelaki. - Foto YOUTUBE
TOKYO, Jepun – Polis wilayah Aichi mengeluarkan waran tangkap ke atas seorang gadis berusia 25 tahun kerana disyaki menipu seorang lelaki berumur 54 tahun supaya memberikan wang tunai kepadanya sebanyak 52 juta yen (RM1.62 juta), lapor laman berita The Mainichi kelmarin.
Waran tangkap ke atas Mai Watanabe dikeluarkan selepas dia memperdayakan lelaki berkenaan yang ditemuinya di sebuah kedai tempat dia bekerja.
Perbuatan itu dilakukan sekitar Julai 2021 hingga Jun 2022.
Gadis berkenaan didakwa menipu lelaki tersebut dengan menyatakan bahawa dia telah memulakan syarikat pakaian ketika masih belajar di sebuah sekolah vokasional. Tambah gadis itu, dia berhutang dengan seorang kenalannya.
Namun, syarikat tersebut dikatakan gagal beroperasi, manakala hutang itu belum dilunaskan.
Mangsa kemudian memindahkan kira-kira 52 juta yen ke dalam akaun suspek sebanyak enam kali.
Suspek selain itu turut didakwa melakukan satu lagi penipuan pada 11 Oktober lalu kerana memperdayakan seorang lelaki yang melibatkan wang tunai berjumlah 38 juta yen (RM1.21 juta). – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... a-wang-rm1-62-juta/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Taufan Kategori 3 menuju ke selatan Mexico
ACAPULCO: Taufan Otis dengan kekuatan Kategori 3 dilaporkan menuju ke arah pantai selatan Pasifik Mexico, menurut Pusat Taufan Kebangsaan (NHC) Amerika Syarikat (AS).
"Tahap kekuatan hanya ramalan dan Otis dijangka boleh bertukar menjadi taufan kategori 4 yang sangat berbahaya apabila ia sampai ke pantai seawal hari ini.
"Bagaimanapun ia mungkin bertukar lemah dengan cepat sebaik saja ia mendarat," katanya.
Menurut NHC, angin berterusan meningkat kepada hampir 200 kilometer sejam (km/j), sekali gus meletakkan Otis dalam kategori ketiga tertinggi daripada lima skala Saffir-Simpson.
Pusat ribut terletak 185 kilometer (km) dari pusat peranginan pantai Acapulco, dan amaran taufan dikeluarkan berkuat kuasa untuk garis pantai dari Punta Maldonado ke Zihuatanejo.
Pihak berkuasa di negeri selatan Guerrero juga menangguhkan persekolahan dan bersedia untuk membuka pusat perlindungan kecemasan selain askar meronda di pantai Acapulco.
Anggota pasukan keselamatan berkawal di tepi pantai selepas Taufan Otis diramal membadai Acapulco, Mexico. - Foto REUTERS
NHC berkata, taburan hujan sehingga 38 sentimeter dijangka merentasi Guerrero dan sebahagian negeri Oaxaca yang berdekatan.
"Hujan ini akan menghasilkan banjir kilat dengan lumpur di kawasan yang lebih tinggi," ia memberi amaran.
Setiap tahun taufan akan melanda Mexico di kedua-dua pantai Pasifik dan Atlantik, biasanya antara Mei dan November.
Bulan ini, dua taufan dilaporkan berlaku iaitu Taufan Lidia Kategori 4 yang amat berbahaya, melanda negeri barat Jalisco dan Nayarit.
Selain itu, ribut Tropika Norma menyebabkan tiga orang maut, termasuk seorang kanak-kanak, selepas mendarat buat kali kedua di negeri barat laut Sinaloa.
Ogos lalu, ribut Hilary dengan Kategori 4 menyebabkan satu kematian dan merosakkan infrastruktur ketika ia melanda negeri barat laut Baja California.
Saintis memberi amaran bahawa ribut bertambah kuat apabila dunia menjadi lebih panas dengan perubahan iklim. - AFP
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
X lancar versi awal panggilan suara, panggilan video
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/HMhe2610_1698289655.jpg)
ELON Musk. FOTO Reuters
San Francisco: Platform laman sosial X, yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter, melancarkan versi awal panggilan suara dan panggilan video untuk sebahagian pengguna, kata Ketua Pegawai Teknologi dan pemiliknya, Elon Musk.
Selepas menjenamakan semula Twitter sebagai X, Musk memberi isyarat bahawa beliau akan menukar platform itu menjadi aplikasi super.
Ini bermakna X menawarkan pelbagai perkhidmatan daripada pemesejan dan rangkaian sosial kepada pembayaran rakan ke rakan.
Ketika berkongsi mengenai aplikasi itu pada Ogos lalu, Musk berkata, pengguna tidak memerlukan nombor telefon untuk ciri baharu itu kerana ia akan tersedia pada peranti iOS Apple, Android Google dan komputer peribadi.
https://www.hmetro.com.my/global ... ara-panggilan-video |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Inkuiri serangan masjid Christchurch bermula minggu ini
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/HM261203baron_1698291520.jpg)
BRENTON Tarrant. FOTO AFP
Wellington: Siasatan koroner terhadap kejadian tembakan beramai-ramai paling teruk di New Zealand, dibuka pada Selasa lalu, dengan sambutan tradisional Maori dan bacaan al-Quran bagi mengenang 51 penganut Islam yang dibunuh dalam tragedi itu.
Berbekalkan senjata separa automatik berkapasiti tinggi, Brenton Tarrant, 32, membunuh 51 individu dan mencederakan puluhan yang lain selepas melepaskan tembakan di dua masjid di Christchurch.
Tarrant mengeluarkan manifesto perkauman sejurus sebelum serangan dan menyiarkan insiden tembakan secara langsung di Facebook (FB).
Dia disabitkan dengan 51 pertuduhan membunuh, 40 pertuduhan cubaan membunuh dan satu pertuduhan melakukan perbuatan pengganas dan sedang menjalani hukuman penjara seumur hayat tanpa parol.
Timbalan Ketua Koroner Brigitte Windley semasa membuka inkuiri itu berkata, siasatan itu akan berusaha untuk memberi penerangan mengenai apa yang berlaku dan mempertimbangkan cadangan untuk mengurangkan peluang kejadian serupa, berulang.
"Siasatan ini bukan bertujuan mewujudkan liabiliti atau kecuaian.
"Saya tidak mempunyai mandat untuk memberikan pampasan atau mengarahkan prosiding selanjutnya," katanya.
Dalam tempoh enam minggu akan datang, siasatan akan meneliti 10 isu, termasuk tindak balas oleh perkhidmatan kecemasan dan kakitangan hospital, sama ada Tarrant mendapat bantuan langsung daripada orang lain dan punca kematian bagi setiap individu yang meninggal dunia.
Windley dijangka tidak akan mengeluarkan penemuannya sehingga 2024.
Siasatan adalah proses undang-undang yang diperlukan oleh undang-undang New Zealand untuk memeriksa kematian yang tidak dijangka dan menerima input daripada pemeriksa perubatan, polis, responden pertama dan saksi lain kepada kematian.
Bilik mahkamah penuh, dan ruang khas disediakan di bilik mahkamah berasingan untuk keluarga menonton inkuiri itu secara langsung.
Sebelum saksi pertama muncul, video gambar dan kenangan semua mereka yang meninggal dunia, ditayangkan.
https://www.hmetro.com.my/global ... -bermula-minggu-ini |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Daging kucing mahu dijual sebagai daging babi, kambing
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/HM2610kcg_1698293539.jpg)
FOTO HIASAN
Hong Kong: Polis di China, baru-baru ini, menyelamatkan kira-kira 1,000 kucing dari sebuah trak yang dalam perjalanan ke pusat penyembelihan, lapor media yang bersekutu dengan kerajaan.
CNN melaporkan, tindakan pantas polis itu sekali gus mematahkan kegiatan perdagangan haram yang cuba menjual daging kucing sebagai daging babi atau kambing, seterusnya mencetuskan kebimbangan keselamatan makanan segar.
Bertindak atas maklumat aktivis haiwan awal bulan ini, pegawai dari Zhangjiagang, di wilayah Jiangsu, timur China, memintas kenderaan yang digunakan untuk mengumpul dan mengangkut kucing yang ditangkap, lapor akhbar The Paper yang berkaitan dengan Kerajaan China.
Tanpa campur tangan, kumpulan haiwan itu mungkin disembelih dan dihantar ke selatan untuk dihidangkan sebagai daging babi dan daging kambing serta sosej, kata laporan itu.
Polis dan pihak berkuasa pertanian sejak itu menghantar kucing itu ke tempat perlindungan berdekatan, menurut The Paper.
Aktiviti itu dijangka boleh membawa keuntungan AS$20,500 (kira-kira RM98,146).
Laporan itu tidak menyebut sama ada sebarang tangkapan dibuat, mahupun sama ada kucing itu adalah haiwan jalanan atau haiwan peliharaan.
CNN sudah menghubungi polis Zhangjiagang dan pusat perlindungan haiwan untuk mendapatkan komen.
The Paper melaporkan bahawa aktivis haiwan pertama kali melihat sejumlah besar kotak kayu berpaku membawa banyak kucing berhampiran sebuah tanah perkuburan.
Mereka membuat rondaan di jalan raya selama enam hari dan apabila trak itu mula mengangkut kucing ke rumah penyembelihan, mereka campur tangan dan menghubungi polis, kata laporan itu.
Imej yang diterbitkan oleh The Paper menunjukkan kucing yang diselamatkan di tempat perlindungan itu, berehat di dalam sangkar yang lebih besar.
Seorang aktivis berkata, operasi haram itu boleh menjual satu paun (kira-kira 0.4 kilogram/ kg) daging kucing dengan harga kira-kira AS$ 4 (kira-kira RM19.14) dan menganggapnya sebagai daging kambing dan daging babi.
Setiap kucing mempunyai berat kira-kira empat paun (1.8 kg) hingga lima paun (2.26 kg) selepas ia diproses.
"Sesetengah orang akan melakukan semua yang diperlukan kerana ia menguntungkan," kata Gong Jian, aktivis yang membina tempat perlindungan untuk kucing liar di Jiangsu kepada The Paper.
https://www.hmetro.com.my/global ... daging-babi-kambing |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Lelaki maut diserang sakit jantung ketika makan sotong hidup
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/HMTS2610a_1698292516.jpg)
HIDANGAN sotong hidup. FOTO HIASAN
Seoul: Malang nasib lelaki berusia 82 tahun di Korea Selatan yang meninggal dunia akibat serangan jantung selepas tercekik sotong hidup yang dihidangkan sebagai makanan istimewa tempatan.
Independent UK melaporkan, insiden itu berlaku di bandar selatan Gwanju pada Isnin lalu, apabila bomba menerima laporan mengenai san-nakji tersekat pada kerongkong seorang lelaki.
Nama hidangan - san-nakji - itu secara literal diterjemahkan sebagai sotong hidup.
Menurut bomba, ketika pihaknya tiba di tempat kejadian, lelaki itu sudah mengalami serangan jantung.
Anggota bomba memberi bantuan pernafasan, tetapi ia tidak dapat memulihkan mangsa.
Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di hospital tempatan.
Hidangan san-nakji terdiri daripada sotong mentah yang dicincang dan dihidangkan secara tradisional, dengan disiram minyak bijan.
Ia dihidangkan serta-merta selepas haiwan itu dicincang dan ketika kepingan sotong itu masih bergerak-gerak.
Difahamkan, ia dihidangkan semasa sesungut sotong masih bergerak-gerak. Oleh itu, makanan itu menimbulkan risiko keselamatan dan orang ramai dinasihatkan untuk memotongnya menjadi kepingan yang lebih kecil dan mengunyah dengan teliti sebelum ia ditelan.
Insiden ini bukan satu-satunya kejadian di mana orang mati akibat sesak nafas akibat memakan hidangan berkenaan.
Sekurang-kurangnya tiga individu meninggal dunia akibat memakan hidangan sotong hidup antara 2007 dan 2012, menurut data dari Ibu Pejabat Bomba dan Bencana Metropolitan Seoul yang dipetik oleh The Korean Herald.
Pada 2013, dua lagi kematian direkodkan, dan satu lagi kejadian, membabitkan seorang lelaki berusia 70-an, berlaku pada 2019, menurut laporan berita tempatan.
San-nakji disenaraikan di antara makanan paling berbahaya di dunia, bersama-sama dengan katak kuak dan ikan buntal beracun, oleh beberapa saluran berita Barat,
https://www.hmetro.com.my/global ... -makan-sotong-hidup |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
NASA dijangka dedah penemuan sampel baharu asteroid
HOUSTON: Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) hari ini, dijadual memberi pandangan mengenai sampel tanah terbesar pernah diambil dari permukaan asteroid yang disimpan dalam kanister dan dibawa kembali ke bumi, bulan lalu.
Bahan dikumpul kapal angkasa OSRIS-REx dari asteroid Benu yang terletak berhampiran bumi, tiga tahun lalu, akan didedahkan di Pusat Angkasa Johnston NASA di Houston, lebih dua minggu selepas ia mendarat di Utah.
Pendaratan kapsul itu menamatkan misi bersama agensi angkasa AS dan Universiti Arizona selama enam tahun.
Ia adalah sampel asteroid ketiga dan setakat ini yang terbesar pernah dibawa kembali ke bumi untuk dianalisis, selepas dua misi serupa oleh agensi angkasa Jepun yang berakhir pada 2010 dan 2020.
Bennu adalah relik sistem suria awal, namun kimia dan mineralogi terkini hampir tidak berubah sejak terbentuk kira-kira 4.5 bilion tahun lalu, selain memiliki petunjuk mengenai kewujudan dan perkembangan planet berbatu seperti bumi serta kemungkinan evolusi kehidupan.
Kapsul dan kandungan asalnya diperiksa di dalam 'bilik bersih' di julat Ujian dan Latihan Utah berhampiran tapak pendaratan.
Ia kemudian diterbangkan ke pusat Johnson, di mana kanister dalamannya dibuka bagi membolehkan sampel dibahagikan kepada spesimen lebih kecil bagi diagihkan kepada kira-kira 200 saintis di 60 makmal di seluruh dunia.
Berat sampel Bennu dianggarkan kira-kira 100 hingga 250 gram, ketika ia mendarat.
NASA dijangka mengumumkan ukuran lebih tepat hari ini, bersama pengesahan sama ada tujuan mengumpul sampel asli dan bebas daripada pencemaran daratan, tercapai.
Ciri fizikal seperti ketumpatan, warna dan bentuk bahan, sama ada terdiri daripada batu, kerikil, butiran halus atau habuk juga dijangka didedahkan. - REUTERS
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Penduduk Australia berpindah selepas banjir, kebakaran hutan
SYDNEY: Penduduk di pekan sekitar Victoria, Australia yang dipindahkan akibat kebakaran hutan diberi amaran jangan kembali ke rumah kerana kini berlaku banjir kilat.
Penduduk di beberapa pekan sepanjang Sungai Macalister di negeri di tenggara itu diarah berpindah lewat semalam, selepas paras air naik ke tahap membahayakan.
Pihak berkuasa memberi amaran mengenai kemungkinan terputus bekalan elektrik, air, pembetungan dan hubungan telekomunikasi akibat banjir.
Hujan berkurangan pagi tadi, namun pegawai pengurusan berkata paras air masih tinggi dan perlu surut terlebih dulu sebelum penduduk boleh kembali ke rumah masing-masing.
Timbalan Ketua, Perkhidmatan Kecemasan Victoria, David Baker, berkata sekitar 130 rumah terkesan akibat banjir, yang menyusuli kebakaran hutan 48 jam terdahulu akibat bahang panas melampau di wilayah sama.
"Berita baik ialah tiada lagi hujan lebat diramalkan dan banjir yang dialami sekarang akan surut," katanya kepada penyiar tempatan, ABC.
Perkhidmatan Kecemasan turut mengeluarkan amaran kepada pensusuk supaya berpindah ke kawasan tinggi atau menjauhi kawasan bencana dekat McAllister dan sungai lain yang terjejas akibat banjir di wilayah Gippsland,Victoria di timur Melbourne.
Dua hari lalu, anggota bomba bertungkus lumus memadamkan kebakaran hutan merentasi ribuan hektar, juga di Gippsland tetapi kawasan berlainan, memaksa penduduk setempat dipindahkan.
Selepas beberapa tahun yang 'lembap', pakar meramalkan musim panas yang bakal tiba mungkin menyebabkan kebakaran hutan besar-besaran, seperti yang berlaku pada musim 2019-2020.
Ketika itu, kebakaran hutan 'Black Summer' atau 'musim panas hitam', marak membakar merentasi pesisiran pantai timur Australia, memusnahkan sebahagian besar hutan, membunuh jutaan haiwan dan menyelubungi bandar dengan asap tebal. - AFP
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
VIDEO tular itu menunjukkan Fidias dan tiga individu lain menaiki pengangkutan awam di sekitar Jepun tanpa membayar tambang. FOTO Agensi
Tokyo: Akibat keterlanjurannya, seorang YouTuber dari Amerika Syarikat yang mempunyai 2.4 juta pengikut memohon maaf pada Selasa, selepas videonya dan tiga individu lain menaiki pengangkutan awam di sekitar Jepun, tanpa membayar tambang, tular.
Terdahulu, YouTuber dikenali Fidias memuat naik video itu pada hujung minggu lalu menunjukkannya menaiki kereta api dan bas di sekitar Jepun dan dalam beberapa kes, dia tidak membuat sebarang bayaran.
Dalam video itu, Fidias bersembunyi di dalam tandas kereta api laju, berpura-pura sakit apabila berhadapan dengan pemungut tiket, dan kemudian melarikan diri untuk menaiki kereta api lain di mana dia menggunakan helah sama.
Satu lagi klip menunjukkan dia memasuki sebuah hotel dan berpura-pura menjadi tetamu untuk mendapatkan sarapan pagi secara percuma. "Saya baru sahaja (mendapat) akses kepada bufet Jepun lima bintang. Kami meninggalkan hotel tanpa tertangkap dan tanpa sebarang masalah," katanya dengan penuh bersemangat di depan kamera.
Bahagian lain dalam video itu menunjukkan keempat-empat mereka, salah seorangnya, YouTuber dikenali Night Scape, yang mempunyai 1.7 juta pengikut, meminta wang daripada penduduk tempatan untuk membayar tiket.
Tidak jelas bila video itu dirakam atau sama ada tiga lelaki dan seorang wanita itu masih berada di Jepun.
"Satu lagi YouTuber pelik dan menjengkelkan dari luar negara muncul. Selain Fidias, tiga yang lain harus ditangkap," kata seorang pengguna media sosial dalam Bahasa Jepun.
Seorang lagi pengguna hairan melihat ruangan komen pada video berkenaan menerima reaksi positif.
"Polis harus menangkapnya untuk mengelakkan jenayah," katanya.
Sementara itu, pengendali kereta api wilayah, JR Kyushu berkata, pihaknya mengkaji rakaman itu sebelum memutuskan sama ada untuk memaklumkan perkara itu kepada polis.
"Kami mengetahui kes itu dan menyiasat fakta di sekelilingnya," kata seorang jurucakap kepada AFP.
Fidias pada Selasa memuat naik video permohonan maaf di saluran YouTubenya,
"Saya mohon maaf kepada orang Jepun jika kami membuat mereka berasa kurang senang, itu bukan matlamat kami.
"Mulai sekarang saya akan (melakukan) lebih banyak penyelidikan (mengenai) budaya (di tempat) yang kita pergi dan cuba menghalang perkara ini daripada berulang," katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|