kau pergi tanpa pesan
tinggalkan aku kebinggungan
puasku fikir dimana kesilapan
namun tidak terjangkau fikiran
pergimu tanpa pamitan
membuat aku kebuntuan
namun keperitan harus ku telan
walau kau tiada perkabaran
ku tetap mengutuskan pesanan
sebagai tanda aku masih mengingati
kau yg pernah menjuarai hati
ternyata ku rasa kehilangan
namun tiada daya ku menahan
kau pergi jua
tinggalkan aku sendirian
ku panjatkan doa pada yang ESA
semoga dirimu sentiasa beroleh kebahagian
aku disini akan tetap memahatkan
sebuah nama dan kenangan
bersama sebuah kenyataan
aku bukan siapa-siapa
tiada yang istimewa
sekadar seorang insan yang tidak sempurna
terpalit sebuah kelukaan yang dalam
Andai Itu TakdirNYA......
|