CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fukadaminchi

BF marah klip3GP mimie. KOMEN PENONTON PG11. +1 Datin Ghairah pulak! PG15

  [Copy link]
Post time 12-10-2011 12:10 PM | Show all posts
teringat baca paper hari Ahad, katanya dia dah bincang dgn producer dan yakin apa yg dilakunkan tida ...
aluvium Post at 12-10-2011 11:34


sbb tu lenkali jgn komen...bila komen tunjuk bongok sendiri...adehh mana ada Islam soh ko separuh bogel...

batas2 aurat wanita Islam itu sendiri mcm mana??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2011 12:17 PM | Show all posts
mimie ni kalau menyanyi pun dah terkinja2 sangat..baju mmg le tak bukak2 tp melekat kat badan..dgn badan yg besar tinggi tu..nampak tak elok betul
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2011 12:42 PM | Show all posts
camne lah scene2 ghairah tu leh lepas dr penapisan...x puas hati tul lah...dah lah promote pun guna tag yg entah hapa2...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2011 12:55 PM | Show all posts
saper balak die nie?? kepoh la .. die ni mampu bersaing ngan deborah henry meh???  :re:
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2011 01:18 PM | Show all posts
Mak bapak budak pompuan tu tak marah ke dgn aksi ranjang beliyau??
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2011 02:18 PM | Show all posts
saper balak die nie?? kepoh la .. die ni mampu bersaing ngan deborah henry meh???
samshik Post at 12-10-2011 12:55

balak pun tak baper nak ensem..bersaing dengan debb? bukan jaung panggang dari api atau ibarat langit dan bumi, nih dah masuk kategori jauh bumi dari neptun bezanya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-10-2011 02:23 PM | Show all posts
camne lah scene2 ghairah tu leh lepas dr penapisan...x puas hati tul lah...dah lah promote pun guna  ...
lavenderrr Post at 12-10-2011 12:42


ni namanya MALAYSIA BOLEH!!

sudah mau jd bolly dan hollywood neh...segan sih nengok citer ni....kalau dah wayang pun lepas nti mesti main kat astro first...naya la kalau mak ayah gi keje anak dok tgk citer ni plak....
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2011 02:39 PM | Show all posts
balak pun tak baper nak ensem..bersaing dengan debb? bukan jaung panggang dari api atau ibarat lan ...
aluvium Post at 12-10-2011 14:18



    sapo balaknyer?? ader gambo kah???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2011 03:04 PM | Show all posts
ala sam. tak reti nak tepek gambor tapi kalo mek sam gi kat first page tuh, pakwe dier yg pakai baju putih cap merah...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2011 03:10 PM | Show all posts
cite lucah yg halal
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2011 03:48 PM | Show all posts
ala sam. tak reti nak tepek gambor tapi kalo mek sam gi kat first page tuh, pakwe dier yg pakai baju ...
aluvium Post at 12-10-2011 15:04



    yang dah kuar dari group tu kan?? yang tu kaa??
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2011 03:49 PM | Show all posts
Reply 150# fukadaminchi


    MACAM BUSUK N TAK MANDI JE WEH
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2011 04:07 PM | Show all posts
yang dah kuar dari group tu kan?? yang tu kaa??
samshik Post at 12-10-2011 15:48


eh...taklah..rasanya memang still dalam ONE tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2011 04:31 PM | Show all posts
eh...taklah..rasanya memang still dalam ONE tuh...
aluvium Post at 12-10-2011 16:07



    hm .. tanak kawin ker?? dah 36 tu ...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2011 04:55 PM | Show all posts
Apa cerita skang? dah berbaik ke belum? Kesian betul, patutnya nak jadi penyanyi & pelakon benda ...
fukadaminchi Post at 4-10-2011 17:15



    sayang mek ..

sat ni u apdet tajuk k??? mek baru dapat nie .. cayalah oh gempak.com!!!


Belum lagi ditayangkan di pawagam, filem Klip 3Gp telah mendapat respon negatif daripada peminat filem tanahair. Apa ceritanya nie?


Yang terbaru, adalah kenyataan rasmi daripada Maher Zain Malaysian Fan Club

Kenyataan dari Maher Zain Malaysian Fan Club perihal Filem Klip 3gp


Assalammualaikum warahmatullah.


Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah. Sabda Nabi Muhammad SAW : “Daripada Anas bin Malik RA. katanya; Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya antara tanda-tanda kiamat itu ialah; diangkat ilmu (agama), tersebar kejahilan (terhadap agama), arak diminum (secara berleluasa), dan zahirnya zina (secara terang-terangan)”. (Riwayat al-Bukhari no. 78 dan Muslim no. 4824)”

13 Oktober 2011 ini akan ditayangkan sebuah filem yang berjudul Klip 3gp. Diteliti promo filem ini di youtube (rujuk : http://www.youtube.com/watch?v=5esBMaOSX-k), majoriti yang menjayakan filem ini beragama Islam. Saya telah berulang-ulang kali melihat preview 1 minit 51 saat di Youtube, sedaya mungkin mencari nilai positif darinya, namun usaha saya menemui kegagalan. (Anda boleh cuba barangkali).

Jujurnya, saya berasa kurang senang, kecewa dan terkilan akan filem ini. Apa yang mahu diketengahkan di dalamnya? Gejala sosial melibatkan remaja? Sebaran video lucah melalui kamera bimbit? Zina yang semakin membarah di dalam masyarakat? Berhati-hati kalau melakukan penzinaan, khuatir ada orang merakam aksi lucah anda? Atau cuba mengajar penonton kaedah menyebarkan keaiban orang lain di ruang internet?

Sebagai salah seorang Jurulatih yang mengendalikan Kempen Anda Bijak Jauhi Zina – Raudhatus Sakinah, sudah pasti kehadiran filem ini, sedikit sebanyak menyulitkan usaha kami membanteras gejala zina di kalangan warga Malaysia, khususnya anak muda. Sukar sangatkah menghasilkan filem yang didalamnya memiliki nilai positif lantas mendidik masyarakat di luar sana?

Saya sedar dunia layar perak ini tujuannya untuk bisnes. Sudah pasti bisnes itu di hujungnya mahu mengaut keuntungan. Sebab itu kebanyakan pembikin filem beralasan kononnya mereka menghasilkan sesebuah filem mengikut trend semasa dan memenuhi selera penonton. Namun dalam masa yang sama, tanggungjawab mendidik masyarakat itu terletak di bahu anda juga. Apa guna filem mendapat kutipan berjuta-juta ringgit sedangkan filem itu rendah sekali nilai positif yang ingin dipaparkan.

Beberapa minggu lepas, pabila isu Zizan di dalam Hantu Bonceng hangat diperkatakan kerana ada adegan yang menghina junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ramai masyarakat Muslim yang bangkit dan menunjukkan keprihatinannya. Ya, langkah ini saya puji. Zizan pula telah meminta maaf dan isunya telah dijawab sendiri oleh Ustaz Azhar Idrus ( Original ). Persoalannya, pabila filem itu mencetuskan polemik dan kontroversi, baru pihak-pihak yang berwajib mahu mengambil tindakan?

Buat penerbit, pengarah, penulis skrip dan mereka yang terlibat di dalam produksi ini, ingatlah, dunia ini hanya sementara. Lakukan sesuatu kerana inginkan redha dari Allah, bukan mengaut keuntungan semata-mata. Cukup-cukuplah dengan filem rempit, jenayah, hantu dan lain-lain. Para pelakon pula janganlah hanya menganggap anda ‘pelakon’ dan bersedia melakonkan sebarang watak yang diberikan. Hari ini boleh berlakon menjadi seorang Ustazah, esok berlakon adegan di ranjang. Alasan : Saya berlakon dan mencari rezeki yang HALAL. Soal dosa pahala itu antara saya dengan Allah. What?!!

Masyarakat kini dambakan ilmu agama, sebab ia fitrah di dalam diri setiap manusia. Sebab itu kami Maher Zain Malaysian Fan Club (MZM-FC) mengangkat martabat muzik Islami oleh Maher Zain ke peringkat yang sepatutnya agar insan seni di Malaysia tahu tugas berdakwah itu bukan milik Ustaz dan Ustazah sahaja, tetapi tugas kita semua, samada kita ini artis, penerbit filem, pengarah filem, bahkan pengguna facebook sekalipun. Moga kita semua terus berada dalam rahmat Allah SWT. Ameen


“Jika makanan ada cop HALAL, bagaimana pula ya andai filem-filem di Malaysia diletakkan simbol yang sama. Barangkali sukar untuk mencari filem keluaran Malaysia yang ada cop HALAL dan boleh ditonton bersama keluarga tanpa was-was.”
Hamba Allah yang hina lagi kerdil,

Akhi Fairuz
Admin Maher Zain Malaysian Fan Club (MZMfc)

11 Oktober 2011 | 10.00 malam | Taman Melawati

Ini antara komen yang OhGempak perolehi menerusi Facebook terhadap filem Klip 3Gp.(Harap maaf terpaksa tutup nama pengkomen untuk jaga privasi dorang)



OhGempak berharap kerajaan fikirkan jalan terbaik demi menyelamatkan maruah anak bangsa.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2011 06:47 PM | Show all posts
kenapa aku rasa pompuan ni dia rasa diri dia macam fergie
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2011 06:55 PM | Show all posts
sian dorang dua. dua2 baik, tarak sombong, persembahan live meletup.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2011 09:12 PM | Show all posts
sayang mek ..

sat ni u apdet tajuk k??? mek baru dapat nie .. cayalah oh gempak.com!!!  ...
samshik Post at 12-10-2011 16:55



   dah edit tajuk mek sam.. tenkiu iolls x sempat ngadap forum lama2. any info update ya!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2011 09:20 PM | Show all posts
Post Last Edit by fukadaminchi at 12-10-2011 21:25

Aksi sekadar lakonan

KUALA LUMPUR: Filem 3GP belum ditayangkan tetapi Mimi (One Nation Emcee) mula resah memikirkan penyebaran beberapa klip video dalam Internet yang menyatakan ia adalah rakaman aksi seksnya.
Mimi atau nama penuhnya, Shamimi Amalina Norhisham, 25, berkata dia tidak menyangka ada adegan filem itu yang kini berleluasa tersebar di Internet dengan tajuk yang jelas memaparkan dia melakukan hubungan seks itu

“Saya memang tidak tahu pasal penyebaran klip video itu kerana sudah lama tidak melayari Internet. Namun yang pasti, itu hanya sedutan lakonan saya. Klip itu antara adegan dalam filem Klip 3GP yang saya jayakan.

“Malah, lakonan yang saya jayakan juga dilakukan secara profesional, jadi jangan kata saya sanggup ketepikan agama semata-mata untuk berjaya dalam bidang lakonan.



“Sehubungan itu, saya sungguh kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang mahu menjatuhkan maruah saya,” katanya.


Menurut Mimi, kebanyakan aksi yang boleh dianggap lucah itu disunting supaya ia nampak seperti adegan sebenar, sedangkan sewaktu penggambaran, watak tambahan atau pendua digunakan supaya kelihatan seperti dirinya.



komen sikit.! kesal sebab byk komen negatif kat forum atau belog2 lain kah?  haruslah kan...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2011 09:51 PM | Show all posts
citer ni bkn keluaran GB ker...mesti laku punya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 06:34 PM GMT+8 , Processed in 0.257423 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list